Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KISAH PERJALANAN RAJA SEHARI SYARIN & YANN

Sabtu 2 Januari 2011, genaplah seminggu aku dan pasangan menjadi suami dan isteri. Masih seperti tidak percaya tapi kami sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Aku menulis entri ini adalah untuk menjadikan ianya satu memori indah buat kami, bakal anak-anak dan cucu cicit kami nanti. Sebuah perjalanan raja sehari aku dan isteri dan aku dedikasikan khas kepada isteri, keluarga dan sesiapa sahaja yang terlibat untuk majlis perkahwinan kami.

Jumaat, 24 Disember 2010.

Aku dan famili bergerak dari rumah terus ke Batu Pahat. Pulang ke kampung halaman ibu dan bapaku bagi mengadakan kenduri doa selamat untuk majlis ke esokkan harinya. Tiba pada jam 1 petang dan masih sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Kampung Linau Kecil. Alhamdullilah.

Di rumah nenek, sudah ramai saudara mara, mak cik, pak cik dan lain-lain sedang sibuk menjalankan kerja masing-masing. Kami disambut oleh nenek dan mak lang dan terus menjalankan kerja-kerja di dapur, memasak, mengopek bawang, membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain. Di depan pula kerja-kerja menggubah hantaran masih rancak dijalankan dengan bantuan Mak long akhirnya selesai juga.

Pada waktu malam majlis kenduri doa selamat akhirnya selamat dijalankan, tetapi sebelum majlis itu dijalankan aku sempat meminta mak ling untuk menyemak bacaan Al-Quran sementelahan pada majlis persandingan aku dan pasangan bakal khatam Quran. Pada keseluruhannya bacaanku Ok dan ada juga tajwid-tajwid yang perlu diperbetulkan. Tamat sahaja majlis kenduri, acara kemas-mengemas dijalankan aku tidur awal memandangkan pada esoknya perjalanan yang jauh bakal kami semua tempuhi.

Sabtu, 25 Disember 2010.

Perjalanan ke Kota Tinggi yang dijangka pada waktu pagi rupa-rupanya telah ditangguhkan ke waktu petang. Kami sekeluarga bersama pak cik dan mak cik berkonvoi ke Kota tinggi pada jam 1 petang dan akhirnya tiba di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada waktu petang. Kami dijamu dengan masakan kampung yang enak sekali. Ada ikan keli, sambal goreng, sayur campur tumis dan lain-lain. Sungguh menyelerakan! Sebelum tiba di kampung isteriku pada petang itu aku sempat singgah di butik andaman bagi mengambil baju nikah untuk majlis malamnya.

Usai makan dan perut pun sudah kenyang kami semua dipandu oleh Abang Ngah (Abang ke dua isteri) untuk ke rumahnya. Kami semua ditempatkan di rumah sementara dan ianya telah disediakan oleh keluarga isteriku dan rumah tersebut adalah rumah Abang Ngah sendiri. Pada dasarnya, rumah Abang Ngah akan menempatkan rombongan bagi keluarga sebelah ibuku manakala rumah Wak Ata bagi keluarga sebelah ayahku.  Secara keseluruhannya penginapan yang disediakan adalah amat memuaskan memandangkan rumah Abang Ngah adalah besar dan amat luas jadi untuk berebut-rebut menggunakan bilik air dan bilik untuk salin baju tidak akan menjadi masalah buat keluarga besar kami maklumlah lebih dari sepuluh keluarga yang menyertai rombongan menghantar pengantin!

Lewat petang tidak banyak perkara yang dilakukan. Cuma borak-borak kosong, dan bersiap-siap untuk acara malam ini. Akad nikah!

Jam 8:20 malam kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk upacara akad nikah. Lebih dari 10 kereta menuju ke rumah pengantin perempuan. Macam artis dan VVIP pulak rasanya! Jam 9 malam aku telah pun mengungkapkan akad nikah dengan sekali lafaz sambil disaksikan oleh ke dua orang tuaku. Aku dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi iaitu Ustaz Hisyam. Bermacam-macam rasa ada pada ketika itu, tetapi aku tetap bersyukur kerana orang yang aku sayangi kini sudah pun sah menjadi isteriku. Alhamdullilah! Malam itu majlis diteruskan dengan berinai dan berzanji yang dibaca oleh isteriku sendiri. Mendayu-dayu!

Suasana ketika berakad nikah

Ahad, 26 Disember 2010.

Pagi itu aku bangun awal dan bersiap-siap untuk menbeli sarapan pagi walaupun sebelum ini aku telah diberitahu sarapan mahupun makanan akan disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Pagi yang berkabus dan nyaman itu, aku dan ayah bergerak ke rumah Wak Ata. Saja bertanya khabar dan membeli sarapan pada masa yang sama.

Dipendekkan cerita, lebih kurang sejam di rumah Wak Ata, aku dan ayah pulang ke rumah bagi bersiap-siap untuk majlis khatam Quran pada jam 10 pagi. Tanpa lengah, aku bersiap dan bersama keluarga terus ke rumah pengantin perempuan untuk majlis tersebut. Lebih kurang sejam akhirnya majlis khatam telah pun berjalan dengan jayanya. Kami kemudian dijamu dengan makanan pagi sebelum bertolak ke rumah kembali untuk bersiap-siap bagi acara bersanding yang dijangka dijalankan pada jam 2 petang.

– – – – – – – – PPPPffttttttt – – – – – – – – –

Bersanding.

Jam 1:30 petang aku bertolak ke rumah bersanggah untuk di”mekap”. Tunggu punya tunggu akhirnya mak andam tiba. Aku dimekapkan dan akhirnya menjelmalah Raja Sehari! Dengan keris tersemat, tanjak dan pelbagai aksesori, aku dapat rasakan pada ketika itu sangat bergaya. Haha! Tidak lama kemudian aku diarak ke rumah pengantin perempuan.

Nak masuk ke rumah pengantin perempuan bukannya mudah. Ada 5 tol! Dari depan rumah sampai la kat depan pelamin. Mak Andam pun buat tol jugak! Nak tak nak, mahu tak mahu kena sediakan duit banyak-banyak! Berbekalkan Maman Hood dan Pak Lang, kombinasi mereja berdua berjaya mematahkan barisan pertahanan atau pun tol tersebut. Tapi, kopakla duit beb! Akhirnya, selepas melalui tol dan tol dan membayar wang bukak kipas kepada mak andam, aku dapat juga duduk di pelamin bertemankan sang isteri yang cantik sekali! Alhamdullilah.

Raja Sehari diarak

Tol pertama di depan rumah, ada 4 tol lagi seterusnya. Bayangkan!

Aksi Pak Lang (berserban) dan Maman Hood (berbaju batik) cuba “kowtim” tol, siap berpencak!

Nampaknya apa yang aku coretkan di sini bakal menjadi kenangan terindah buat aku seumur hidup. Mudah-mudahan perkahwinan ini diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga aku dan isteri dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, cukup sifatnya, menuruti perintah Allah dan rasulnya dan mendengar kata kedua orang tuanya.

Di kesempatan ini juga aku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ibu dan bapa ku kerana begitu banyak sumbangan dan pertolongan yang diberikan kepadaku untuk menjayakan majlis pernikahan dan perkahwinan ini. Aku juga nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik beradikku, angah & Zetidor, ame, iya dan min. Juga kepada pak cik dan mak cikku, Pak Long & Mak Long serta anak-anaknya (Abang Long Han dan keluarga, Kak Ija dan keluarga & Abang Emi & keluarga), Mak Ngah dan anaknya Abang Saril, Mak Lang dan Pak Lang, Maman Hood dan Mak Salmi, Pak Teh & Mak Teh sekeluarga serta Pak Ucu dan Mak Ucu sekeluarga. Tidak dilupakan juga kepada Wak Ata sekeluarga, Pak Cik Sidek dan keluarga, Mak Cik Isal dan keluarga dan lain-lainnya. Juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga isteriku dan orang-orang rewang Blok 2 Felda Sungai Mas, Kota Tinggi. Terima kasih.

Terima kasih dari kami

p/s – Cuti seminggu ni, aku dan isteri tak sempat pergi honeymoon lagi! Selasa 4 Januari dan mula kerja, isteri pula akan mengajar di UiTM Kampus Melaka pada Januari ini. Jarak jauhlah nampaknya…..

11 responses

  1. baju pink tu lawa jugak

    Januari 3, 2011 at 3:35 am

    • faerrin

      HAHAHAHAHA…betol, sebelum ni, ramai yang takut2 nak pakai….cuba try, naek seri!!!

      Januari 28, 2011 at 5:36 am

  2. mantap beb, sudah menjadi lelaki org..
    welcome to the club..:p

    Januari 3, 2011 at 7:28 am

    • faerrin

      terima kasih jal….kao pun sama…kita serooopaaa!!

      Januari 28, 2011 at 5:36 am

  3. su

    tahniah long

    Januari 8, 2011 at 4:15 am

    • faerrin

      trima kasih yaaaa

      Januari 28, 2011 at 6:15 am

  4. Kak Bai

    Tahniah Syarin,

    Selamat pengantin baru dan semoga kekal ke akhir hayat. Dunia perkahwinan ni banyak cabarannya…bersabarlah menempuhinya. Walaupun ada pahit tapi yang manis tu lebih banyak. Semoga bahagia dan dapat baby cepat2. 🙂

    p/s: akhirnya akak jumpa jugak web nih. He…he..

    Januari 14, 2011 at 7:11 am

    • faerrin

      oh kakak ku…sampai hati meninggalkan daku…hahahaha..apa2 pun thanx atas segala tunjuk ajar ya kak…hehehe…errr, majlis belah lelaki jemput dtg k! 30 jan ni

      Januari 28, 2011 at 6:16 am

  5. how do i join

    Januari 16, 2011 at 8:58 pm

  6. husna

    Congrats Syarin..
    selamat pengantin baru….moga dilimpahi rahmat dari Nya..
    u know what, sampai skrg kalo tgk gmbr kawen sndiri, masih ada rs sebaknya..BAHAGIA…

    all d best in your life..

    Januari 19, 2011 at 2:42 am

    • faerrin

      terima kasih kak, nampaknya sorang2 dah meninglkan opis nih..apa2 pun, selamat bertugas sebagai pelajar pula, nampaknya segala beban dah terlepas!!! hehehehe…

      apa2 pun jmput dtg 30 jan ni yaaa

      Januari 28, 2011 at 6:17 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s