Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MAHAL MAKANAN DI RNR

Makan di hentian RnR akan membuatkan aku berfikir. Kenapa makanan di sini mahal belaka? Sudahlah tidak sedap dan kurang enak, setiap ceduk kuah yang diambil pun akan dicaj! Tidak kurang 50 sen! Ambil sepinggan nasi, ceduk kuah asam pedas, ambil ikan keli masak berlada, ditambah sedikit sayur campur dan air suam. Berapa ringgit agaknya? Cuba kamu semua teka berapa ringgit yang caj yang dikenakan?

5 ringgit? Tidak…tidak….

7 ringgit 80 sen? Pun tidak….

8 ringgit genap? Tidak!

Jadi berapa?

Kesemua lauk pauk yang tidaklah seberapa tu berharga 8 ringgit dan 20 sen. Aku makan berdua, bersama isteri dan lauk yang dipilih oleh orang rumahku lebih kurang sahaja samanya dengan lauk-pauk yang aku ambil. Jumlah keseluruhan untuk makanan kami berdua berjumlah 17 ringgit dan 30 sen! Pelik dan tidak masuk akal betul. Aku nak sahaja bertekak dengan tauke kedai makan tersebut. Tapi atas sebab orang ramai, dan juga suasana tauke kedai yang tidak mesra pengguna juga tahap kekuatan tuntutan tribunal pengguna yang tidak berapa “power” di negara kita. Aku batalkan niat.

Biasanya kalau mana-mana pelanggan bertekak dengan tauke kedai (baca: konteks Malaysia) pasti tauke kedai yang akan menang. Mana mungkin ada tauke kedai yang dermawan dan begitu prihatin dengan pelanggan-pelanggan mereka. Kejadian ini sering berlaku di depan mata aku. Ada pelanggan yang dimarah kembali oleh tauke kedai akibat hanya bertanyakan kenapa caj lauk-pauk yang dikenakan begitu mahal sedangkan lauk yang diambil tidaklah banyak. Ayat yang paling kerap dilontarkan…..

“Lu mau makan, lu makan…tak mau makan…lu carik kedai lain…banyak lagi customer lain!”

“Sekarang barang pun dah mahal-mahal der…minyak naik, sayur naik, gula naik, gas naik, masuk jamban pun caj dah naik…awak nak makan, awak ingat ini barang saya beli free ka?”

– – – – – – – – PPPftttttt – – – – – – – –

Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Kenapa peniaga dan tauke-tauke kedai di RnR selalu cekik darah? Adakah dengan berniaga sedemikian rupa akan menjadikan mereka bertambah kaya atau adakah mereka perlu berbuat demikian kerana sewa kedai yang begitu tinggi? Entahlah…apa pun pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib. Harga yang mahal sepatutnya dibayar untuk perkhidmatan dan mutu kualiti makanan yang terbaik. Cukup rasa masinnya, pekat kuah masak lemaknya, segar-segar sayuran dan salad yang dihidang bukan seperti sekarang dengan kuah yang cair, masin pun tidak, manis pun tidak, sayur pula tidak berapa nak segar.

Bukan aku katakan kesemua pekedai di hentian RnR begitu. Tapi hakikatnya, dari perbuatan segelintir peniaga yang teruk itulah persepsi orang ramai akan berubah. Bak kata orang lama-lama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

p/s – Kalau ke RnR aku lebih suka makan bekalan yang dibawak dari rumah selepas dah terkena beberapa kali.

4 responses

  1. jgn kata barang mahal, nak kawin pun mahal jgk cos kene tanggung

    Januari 4, 2011 at 6:19 am

  2. bontot

    tokey2 rnr tuh pakai ron97 tuh yg maheiiii makanan dia huhuhuhu….
    cadangan ang bawak bekal dari rumah adalah GREAT idea… selalu2 la buat mcm tuh naaaaa….🙂 ni dok bagi tokey rnr tuh kaya jaaaa kita yg kayap kikikiki

    Januari 5, 2011 at 12:37 am

  3. desperadol

    pengguna/pembeli pun satu kat malaysia ni main beli je..kalo aku kedai mahal2 ni aku pangkah je.makcik jual kuih seketul 50sen pun aku pangkah je.xyah dtg dah..dah jd amalan di malaysia bila berniaga nak jadi cepat kaye,untung kene banyak..cit.

    Januari 5, 2011 at 12:55 am

  4. I was looking on the internet something about this post and found your blog now, I can only thank you

    Januari 5, 2011 at 4:22 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s