Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MAMPUKAH BAYAR BALIK PTPTN??

Aku adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011 ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.

Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu jumlah graduan yang baru tamat pengajian setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil (walaupun sudah kerap kali para pemimpin mengatakan ekonomi adalah stabil dan kukuh) semestinya pasaran kerja menjadi lembap kerana rata-rata majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun untuk diambil bekerja dan pengambilan pekerja adalah berdasarkan daripada sistem internalization iaitu pengambilan pekerja yang disyorkan oleh staf-staf dalaman sahaja (baca: kabel). Ini mendorong kepada terhadnya peluang pekerjaan kepada graduan yang ramai di luar sana kerana tiada tawaran kerja diiklankan dalam akhbar atau internet. Oleh itu, kedapatan masih sangat ramai graduan kita yang masih belum bekerja atau bekerja secara sampingan di mana pendapatannya tidak menentu dan ini menjadikan bebanan untuk mereka membayar balik pinjaman PTPTN.

Dari soal pendapatan pula, rata-rata graduan Ijazah yang berjaya mendapat kerja hanya menerima purata gaji bulanan sebanyak RM2,000 sahaja dan trend majikan kini lebih berminat untuk membayar seorang pekerja yang boleh bekerja untuk bebanan lebih seorang pekerja. Dengan jumlah gaji bulanan seperti ini (sesudah ditolak KWSP), ia mendorong kepada tekanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada para lepasan Ijazah yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur dimana segala kos seperti penginapan, makan minum, bil-bil utiliti, tempat letak kereta harian, harga petrol yang baru sahaja dinaikkan Kerajaan, kenaikan kos-kos barangan harian (banyak yang tidak dikawal) dan lain-lain untuk ditanggung dengan gaji bulanan yang rendah. Umum mengetahui bahawa pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan adalah tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi peminjam yang sudah berkahwin pada usia muda. Faktor bekerja secara kontrak juga mendorong kepada tekanan untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana tiada keselamatan dalam pekerjaan seseorang itu kerana sesudah tamat kontrak, peluang untuk terus bekerja adalah 50-50. Sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap pada waktu sebegini memandangkan biasanya majikan lebih memikirkan keuntungan syarikat berbading hak pekerja serta faktor kestabilan ekonomi yang tidak menentu. Tidak semua majikan mahu menawarkan kontrak pekerjaan dengan gaji bulanan yang tinggi.

Malah tidak keterlaluan juga untuk mengatakan di agensi-agensi kerajaan atau badan-badan berkanun lantikan untuk pekerja yang baru adalah dimulakan dengan status kontrak. Ada juga dari pekerja-pekerja ini terutamanya lantikan baru dibayar hanya dengan gaji basic sahaja. Sebagai contoh Jawatan hakiki adalah Pegawai Tadbir N41, tetapi beliau hanya dibayar berdasarkan gaji basic sahaja dan tidak siberi lain-lain elaun! Bayangkan jika gaji seorang Pegawai 41 secara relatifnya adalah sekitar RM2800 akan tetapi jika ditolak dengan lain-lain elaun yang berjumlah RM850, berapa sahaja yang tinggal dan jika ditolak dengan caruman wangg KWSP berapa pula bakinya? Justru bagaimana rata-rata graduan yang berpendapatan sebegini rupa boleh membuat bayaran balik pinjaman dengan keadaan sebegini? Jadi ada yang beranggapan “selagi tidak mendapat pekerjaan yang tetap dan gaji yang stabil…PTPTN tidak akan dibayar!”.

Walaupun sudah ditetapkan di dalam kontrak pinjaman pengajian untuk membayar balik satu jumlah yang dipersetujui dan ditandatangani pelajar sebelumnya, tetapi harus juga diingat bahawa rata-rata pelajar yang membuat kontrak pinjaman seperti ini tidak begitu memahami apa yang terkandung dalam kontrak memandangkan rata-rata ketika itu mereka masih berumur 18 tahun yang baru memulakan pengajian di alam universiti, baru melepasi umur seorang minor. Kebanyakan mereka ketika itu hanya memikirkan untuk mendapatkan wang untuk belajar walaupun tidak kurang juga yang gagal mengawal kewangan mereka dengan baik digunakan sehingga habis dalam jangkamasa beberapa minggu sahaja. Ini adalah kerana mentaliti mereka ketika itu yang berumur belasan tahun tidak mengerti bebanan yang bakal dihadapi terutama untuk membayar balik pinjaman ini.

Pihak Kerajaan perlu meniliti sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk menetapkan penolakan gaji bulanan sebagai langkah untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN ini. Aku ingin mencadangkan supaya bayaran balik melalui penolakan gaji ini bermula setelah para graduan sudah bekerja secara tetap sekurang-kurangnya dua tahun. Aku ulangi, hanya setelah peminjam bekerja tetap sekurang-kurangnya dua tahun, dan bukan secara kontrak. Ini untuk memastikan aliran kewangan seseorang itu tidak terjejas teruk berikutan ikatan bayaran balik pinjaman PTPTN ini khususnya mereka yang bekerja di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur.

p/s – Aku bayar ikut dan je!

Advertisements

11 responses

  1. zaira khalisa

    aku setuju sgt..mcm aku ni pas grad dapat keje kerajaan pun kontrak je..jawatan lak pembantu tadbir..bape sen la gaji aku..tolak KWSP dan EPF, tgl je dalam RM 1000..bayar kete (tu pon sekehen & kete 1 keperluan utk bergerak terutama ketika ibu bapa sakit memandangkan kuarga aku bukan org kaya yang sememangnye ade kereta sejak azali), bayar sewa umh, makan lagik, tanggung adik belajar lagik..tolak sana sini, belanja utk aku sebulan dalam RM 180.00..simpan pon kdg2 mis..kalo org mcm aku ni mcm ne la nasib kalo kena wat potongan gaji?? kalo sebelum ni bayo ikut mampu..tetiba kena tolak gaji ape lah yang tgl utk aku mkn,pakai malah kalo sakit demam pon silap2 nak beli ubat pon takde duit. Bukan x cuba carik keje lain..tp aku rasa dah lenguh tok penghulu tu cop pengesahan sijil2 aku..rasanya dah beribu wit abis potostet, amik gambo, pos dan sebagainya..hampir2 putus asa…

    Januari 25, 2011 at 5:48 am

  2. hocab

    tue la gov tak prihatin..diorang gaji ribu riban..harga makan/minyak naik celah gigi je bg diorng..x fkr majority penduduk malaysia especially malay still income takat sederhana..project billion2 mega sana sini gah siap hantar org g melancong g angkasa..baik spend duit bg free education kat rakyat

    Januari 26, 2011 at 4:43 pm

  3. gred29

    bayar la hutang tu..aku pon buat gak pinjaman ptptn ni..tp nasib baik cuma 3500 jer..i sem jer la.aku buat hutang ni masa aku masuk UPSI amek B.Ed Sains (Hons) dulu..tp i sem jer then aku berenti sbb xminat jd cikgu..pastu aku dah kena hutang la ngan ptptn ni.aku belum byr la..mana ader duit.then aku apply buat latihan diploma teknologi makmal perubatan di sebuah hospital universiti ni..skrg aku kerja dalam gred sokongan jer 29.gaji xder la sebyk gred 41..bersih pn dalam 1800 jer..masa dalam diploma dulu aku pernah hantar surat penangguhan kepada ptptn ni..diorg setuju tangguhkan sampai aku abeh tempoh latihan diploma aku..then pas belajar ptptn mula antar surat mintak hutang..dalm 2 thn jugak la surat2 ptptn ni aku ignore jer..yelah gaji xcukup la nk byr..then aku mula dpt surat amaran dr ptptn ni..tkt la gak..mula start bayar 50 sbln pakai maybank2u tp aku rasa setakat bayar 50 sebln mmg xabeh nyer hutang ni..then aku buat la loan peribadi bank 10k..ckit buat bayar ptptn dan ckit buat downpayment keta amek gen2..nak tahu aku pinjam 3500++ jer tp aku kena byr dlm 3800..gila la ptptn ni menipu..nasib aku byr cepat..so nasihat aku byr jer hutang ptptn ni.biar lama mungkin yg 3500 boleh jd 35k lak..aku ni dah la keja kat kl..idup simple jer la..sewa rmh kat flat..pakai keta proton jer..ape leh buat..so kalo yg gred pengawai tu..bayar la..gaji ko tu lagi byk dr aku ni..

    Februari 17, 2011 at 12:20 pm

  4. Tak perlu persoalkan pembayaran balik PTPTN, dah kira murah nak dibandingkan dgn loan bank.

    yang perlu dipersoalkan, kenape aku tak score SPM 9A1 so aku akan dapat biasiswa?
    yang perlu dipersoalkan, kenape aku tak dapat kerja yang gaji tinggi?
    yang perlu dipersoalkan, kenape aku selalu gagal dalam interview?
    yang perlu dipersoalkan, macam mana orang lain boleh berjaya?

    jgn menuding jari menuduh pihak lain di atas kelekaan, kealpaan, dan kelalaian diri sendiri untuk berjaya.

    saya juga bekas graduan uni swasta dibawah pembiayaan PTPTN, seorang melayu, dan takde lah scorer mana pun dalam exam. habis belajar saya dapat 1st interview dgn IBM (tanpa sebarang kabel) dan berjaya menjawat jawatan sebagai Penganalisis IT. Starting gaji basic RM2000 + RM300 shift allowance. FYI, jumlah pinjaman PTPTN saya adalah maximum (rm64k) dan jumlah pembayaran balik lebih kurang rm360 sebulan selama 240 bulan (total rm90k++). saya mula membeli kereta (kelisa) selepas 3 bulan bekerja dan juga menyewa rumah yang berdekatan dgn office. sekarang saya seorang eksekutif di Hewlett Packard dgn gaji lebih kurang rm7500, memiliki 2 buah rumah, dan masih memandu kelisa………

    dalam tempoh 2006-2012 saya masih bertahan dan alhamdulillah selesa dgn apa yang ada.. tak perlu lah nak tuduh sana sini sedangkan usaha sendiri masih belum cukup..

    INGAT, takda sapa memaksa kita tandatangan perjanjian pinjaman PTPTN. kita sendiri yang rela dan setuju dgn syarat2 yang dah ditetapkan.. malah kita dah didedahkan ttg pelan pembayaran sebelum sign lagi…

    KALAU TAK AMIK PTPTN mungkin anda dan saya takde Ijazah/Diploma hari ini…..

    Februari 8, 2012 at 6:06 am

    • lulu

      mungkin betul ape yg anda katakan.. tapi igtlah bukan semua orang beruntung seperti anda.. masing2 mempunyai ‘warna’ kehidupan masing2… betul, kalo tak amik ptptn maka takdela ijazah.. bermakna kalau kite fikir secara terbalik, kite takda pilihan dan TERPAKSA amik ptptn utk dpt ijazah yg kononnya boleh digunakan utk mendapat kerja yg baik yang pada hakikatnya ijazah bukanlah segala-galanya

      Februari 8, 2012 at 7:23 am

    • siti

      alhamdulillah pandangan begini yang kita mahu, tidak perlu tuding pada orang lain, cuma bila kita dah ada kuasa fikir2lah orang sekeliling , tidak mahu kita menjadi yang kaya bertambah kaya. namun yang kaya jangan lupa memberi pada yang tiada melalui zakat. semoga sentiasa diberkati rezeki itu

      Februari 8, 2012 at 8:47 am

  5. Anynomous

    sperti anda, saya juga mengalami masalah yang sama. saya tenyeh dulu kemudian fikir, TETAPI saya tidak sperti anda cuba menyalahkan keadaan atau kerajaan. USAHA TANGGA kejayaan. Alhamdullilah setakat ni masih surviving.

    ANDA diberi pilihan untuk menanda tangani PTPTN. tiada paksaan, sekira nya anda fikir begitu tiada entry sebegini. Melain kan anda diwajibkan mengambil PTPTN itu kes lain.

    Februari 8, 2012 at 7:51 am

  6. lulu

    aku tgk la rata2 yg bagi komen ni macam tak baca dan fahami langsung ape point dan isu yang cuba diketengahkan oleh penulis.. harapkan gaji je 7k (ntah betul ntah idak) tapi tahap memahami dan menilai keadaan sekeliling tu takde..

    penulis takde nak menuding sapa2 secara membabi buta.. betul, tidak salahkan sesiapa tu bagus.. tapi tgklah keadaan sekeliling dulu.. jgn pulak kite yg menuding jari menyalahkan peminjam.. bukan semua peminjam nak elakkan diri.. mmg ada yang tak mampu tapi masih dipaksa.. seolah2 sudah jatuh ditimpa tangga.. pandang sekeliling dulu, jangan pandang diri je.. “tgkla aku, aku boleh bayar sume hutang, gaji aku 7k.. tak mcm korang, tau salahkan org lain je, aku baik” tu riak namenye..

    mcm aku kate, bukan sume org mempunyai nasib yang sama .. ade yg gaji mampu byr tapi terpaksa menanggung ibu bapa yang sakit.. ada yang mendirikan rumah tangga, ada yang kerja pun tak tetap walaupun 1st class degree.. yg masih mencari2 kerja pun ada.. ada ke kite bersangka baik dgn mereka?

    sape yg mampu tu patut bersyukur dan merendahkan diri, bukan mengagung-agungkan dgn kata kita mampu bayar.. skrg boleh la kite kate mase sign kontrak tu kite boleh pilih utk tak sign.. tapi mase zaman kita sign tu ada kita pikir camtu? takde.. sbb segala harapan ibu bapa, cita-cita sume berada di bahu kita..

    aku sendiri pun mcm tu.. aku pegi cari yang lain dr ptptn, aku mintak MARA.. tapi sayang, MARA kate die tak boleh kacau uni yg ptptn pegang… adakah itu satu pilihan? abis study, 3 bulan takde keja, ok la kejap je.. pastu dapat keje tapi tau ke gaji 1st aku brp? 1.2k.. tolak sewa, makan sume tak lepas pun.. nasib baik ade mak tlg support jugak sikit.. slps 4 tahun keja baru la merasa gaji 2.3k..tapi skrg aku dah kawin.. nak tampung kehidupan.. alhamdulilllah isteri pun bekerja, kurang skit beban.. alhamdulillah dapat jugak bayar sikit2 mane yang mampu

    igtlah, sape yg mampu bayar tu bersyukurlah kpd Allah kerana dikurniakan kelebihan dan janganlah sia-siakan kelebihan itu dgn perasaan riak, mungkin kita kate mane ade riak, cube muhasabah dan tanye diri adakah aku riak.. sape yg masih belum mampu, jangan putus asa kerana hutang tu wajib utk dilangsaikan.. selagi kita berniat utk membayar, insyallah selagi itu Allah akan sentiasa menolong kita

    Februari 8, 2012 at 10:48 am

    • faerrin

      Salam lulu, aku juga memerhati apa yang mereka tuliskan…kadang-kadang mereka menulis hanya berdasarkan perasaan dan keadaan individual mereka sendiri tidak kepada faktor semasa dan sekeliling secara holistik.

      Februari 8, 2012 at 1:47 pm

  7. Mek

    tu la bukan semua orang mampu, lepas tu ikut negeri kita tinggal. Aku tinggal di perlis sebab ikut suami di sini, apa sangat la kerja yang ada kat sini, tapi nak buat macam mana, terpaksa, kalau yang duduk di kotaraya tu lain pula keadaannya.. dan bukan semua orang boleh dapat 9A1, setiap kepandaian dan untung nasib orang tak sama. Keadaan sekeliling yang mempengaruhi juga berbeza, keadaan ekonomi ibubapa misalnya. Bukan masalah dengan pinjaman tu, tapi dengan caj perkhidmatan yang tak wajar. Bukannya kami tak mau bayar, cuma sepatutnya bayar apa yang kami pinjam, bukannya caj yang bukan-bukan.

    Julai 26, 2012 at 4:01 am

  8. farah

    aku bukan x nak bayar ptptn…tapi keadaan kewangan yang masih tidak mengizinkan..insyallah aku akan langsaikan jika keadaan kewangan yang mengizinkan pada masa akan datang….kerja 5 tahun pun..gaji bukan nya sampai 3K lgi….masih x ckup menampung hidup..kos hidup makin meningkat..tapi gaji naik ciput jugak….mcm mana nk langsaikan hutang ptptn…sampai masa skarang pn still tak boleh bli rumah lgi..menyewa jugak….

    nasihat aku di sini…nasib setiap orang tak sama…bukan x nak belajar pandai2 utk dpt scholar tapi nak baut macam mana usaha hnya setakat itu saja…tu yang allah dh tuliskan….so kena terima lah…

    nak study pkai duit mak bapak plak x boleh…mak bapak pun bukan nya senang mana….setakat ckup lah tampung duit belnja aku time study dlu…so ptptn lah jdik pilihan…

    jangan salahkan diri sendiri…sbb apa yang tertulis sekarang mmg telah ditentukan oleh Allah…so tugas kita hnya bayar hutang bila rasa sumber kewangan kita ckup menampung hidup pada masa sekarang…

    Ogos 21, 2013 at 2:23 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s