Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI

Oh…sejak dua menjak ni, semakin kurang pulak aku menulis.

Tak pelah…mahu tulis yang berat-berat, akan membebankan benak fikiran pula. Jadi, dari dibiarkan bersawang, aku tulis. Ikut suka hati dan kata hati. Ikut rentak dan irama lagu Tv.

– – – – – – – – –  PPPfftttttt – – – – – – – – – –

Iyalah…ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang kini sedang berkhidmat di salah sebuah IPTA di Melaka sebagai seorang tenaga pengajar. Di sana pula, rumah untuk berteduh dan menginap masih belum di dapati untuk dihuni. Mahu carik bilik untuk di sewa pun agak payah. Tapi mahu carik rest house dan hotel, punyalah senang! Maklumlah, inikan Melaka…bandar perlancongan bukan pekan gelandangan!

Tapi kini, buat seketika isteri masih bergantung harap pada mak cik di Paya Rumput. Di rumah mak cik itulah isteri berteduh dan mennginap. Jadual pengajarnnya pula tidak sekata. Kadangkala pengajaran kelas yang diajar ada di sebelah malam dan ada juga di sebelah siang. Perlu juga mengajar di dua kampus sekali gus di Bandar Melaka dan juga di Lendu. Berbekalkan kereta Kancil L2S aku, aku doakan isteri tabah menghadapi segala dugaan untuk ke sana dan ke sini berkhidmat mendidik anak bumiputera. Hanya doa dari jauh aku iringkan semoga dia tabah dan banyak bersabar. Lain-lain permasalahan rasanya tidak perlulah aku coretkan di sini. Biarlah kami telannya bersama…biarpun pahit, tapi masih perlu ditelan dan dikemam. Ibarat ubat panadol dan Melada Pahit, walaupun pahit masih mampu menyegarkan pening di kepala, biarpun pahit masih bisa menurunkan paras gula dalam darah.

Terdetak juga kerisauan di dalam hati mengenangkan nasibnya di sana. Tapi apakan daya…..kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala. Segalanya sudah pun tertulis di Luah Mahfuz dan segalanya sudah pun di aturkan sama ada baik dan buruknya, qada’ dan qadarnya. Mungkin inilah cabaran alam rumah tangga dan mungkin inilah yang orang tua-tua selalu cakapkan…awal perkahwinan ibarat bayi sedang belajar bertatih untuk belajar berjalan. Belajar untuk hidup berdikari dan belajar untuk menjadi orang tua!

Tiba-tiba aku teringatkan lagu dendangan Monoloque dan Atillia yang acap kali berkumandang di corong-corong radio. Pernah kamu dengar?  Tak pernah, mari sini baca lirik di bawah…aku ambilnya di internet!

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

– – – – – – – –-PPPfffttttt – – —  – – – – – – –

Sekali dengar lirik lagu ini cukup kena dengan kisah kami. Dua kali dengar ibarat mencebik pula. Lantaklah…apa pun masyuk jugak lagu ni. Mahu dengar? Sila bukak ERA atau cari sahaja di Youtube. Aku dedikasikan khas buat mereka di luar sana yang senasib dengan aku.

Nampaknya malam kian melabuhkan tirainya dan aku kini seorang diri di dalam bilik. Aku mahu baca buku. Baru dua hari lepas aku beli. Tajuk; Malaysia lah! dan Behind The Lost Symbol. Aku membaca bila stress dan tensi. Dengan membaca, boleh buat aku tenang dan ok.

Malaysia-Lah; Sebuah koleksi tulisan Blog Warung Idea Diskopi (Himpunan Analisa Terpilih Kaki Lepak)

Behind The Lost Symbol

p/s – Minggu lepas, semasa isteri masih di rumahku. Balik sahaja dari kerja dan dalam keadaan stress, aku disambut oleh isteri. Jadi stress terus hilang dan ketenangan muncul. Apa-apa pun aku memohon kepadamu Ya Allah…permudahkanlah segala-galanya urusan kami. Aminnnn….

One response

  1. Eh, dah kawen? Tahniah. Aku tak tau plak.

    Januari 24, 2011 at 3:25 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s