Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ADAKAH KAPAL DARI KELAS GOWIND BAKAL MENJADI BENTENG PERTAHANAN PERAIRAN TERBARU?

Sudah lebih dari seminggu aku tidak menulis. Nampak bersawang dan berhabuk sungguh laman jartatanku ini. Iyalah, aku sebuk sejak akhir-akhir ini, urus itu dan ini, pikir itu dan ini, ke sana dan ke sini, ke hulu dan ke hilir, terus menjadikan ruang untuk aku menulis semakin sempit, jadi tiadalah entri. Kebetulan pula, aku akhir-akhir ini banyak membaca buku-buku yang baru sahaja dibeli di MPH, maka semakin jauhlah jurang perhubungan aku dan juga internet. Tapi tidak mengapa, kali ini aku membawa satu isu yang segar bagi sektor pertahanan negara kita.

– – – – – – – – PPPPffftttttt – – – – – – – –

Adakah kapal ini bakal menjadi tunjang pertahanan litoral negara kita? Gowind Class

Kapal Kelas Formidable Singapura; RSS Steadfast

Aku amat tertarik dengan berita di akhbar pada hari ini. Nampaknya ruang maritim kita bakal dilengkapkan dengan aset pertahanan yang lebih canggih serta lebih garang. Jika sebelum ini, kapal-kapal peronda kelas KD Kedah, Pahang dan sewaktu denganya menggunakan konsep fitted for but not with, akan tetapi konsep kapal baru ini tidak! Elemen fitted for but not with tidak lagi di implementasikan seperti sebelum ini! Ini menambahkan lagi kegarangan kelengkapan pertahanan litoral kita.

Umum tahu kapal Peronda Generasi Barul (NGPV) Kelas Kedah adalah dari jenis Meko A-100 dan inilah yang menjadi asas kepada kapal peronda pesisir negara kita buat masa kini.Kelengkapan peperangan yang ada boleh dikatakan bagus akan tetapi tidaklah secanggih Kapal Perang Kelas Delta dari Singapura. Melalui konsep Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang lebih canggih melalui konsep halimunan dan peperangan tiga dimensi yang lebih mantap ianya bakal dapat menandingi kapal frigat dari Singapura itu.

Adalah difahamkan, TLDM bakal dilengkapkan dengan kapal dari Jenis Gowind buatan DCNS Perancis. Pemilihan kapal adalah kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan.

Pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali. Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini

Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo. Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.

Ianya adalah kategori kapal ‘stealth’ design jika dibandingkan dengan kapal-kapal projek DELTA Singapura yang mengambil kriteria rekabentuk kapal ‘La Fayette’ didalam membina kapal perang, iaitu dari Kelas Formidable’ yang dimilik sebanyak 6 buah kesemuanya. Kapal -kapal ini mempunyai kadar deteksi radar yang sangat rendah(RCS) , berdasarkan rekabentuknya yang mampu membalikkan signal deteksi radar ke arah yang lain dan bukannya ke arah kapal. Berpemukaan rata dan penggunaan cat yang berupaya untuk menyerap signal-signal penjejakan radar, menjadikan ianya bersifat stealth. Kapal kategori LCS ( littoral combat ship), ini bakal membolehkan ianya beroperasi di perairan cetek dan juga dilaut dalam dalam tempoh jangka masa yang panjang , tanpa perlu diservis dan berkelajuan tinggi, antara 27 – 28 knot.

– – – – – – – – – – PPPfffttttttt – – – – – – – – – –

Keluarga Kapal Kelas Gowind

Kapal Gowind (Kombat pelbagai) adalah dilengkapi dengan alatan perang penuh bagi menghadapi ancaman tiga dimensi juga peperangan anti kapal selam (ASW)

Gowind (High Seas Master) – Untuk peperangan jarak jauh dan boleh tahan lebih lama di laut

Gowind (Dettereant Worrior)anti udara dan anti permukaan dilengkapi dengan misil anti udara yang mantap

Gowind (Sovereignty Enforcer)- Kawalan pantai dan kawalan zon ekonomi eksklusif

p/s – Jangan ada penyelewengan semasa membuat perolehan ini, sudah! Karang, ada lagi yang kena bom! Hancur luluh dan tiada kubur!

3 responses

  1. kkalau kapal terbang kertas..terbakar sudah..

    Januari 25, 2011 at 3:07 am

  2. azam

    Alhamdulillah,
    kalau betul caranya.

    Januari 30, 2011 at 5:40 am

  3. bolero

    sebagai rakyat malaysia.. saya sokong sepenuhnya pembelian jenis gowind ini memandangkan pertikaian laut cina selatan semakin ganas

    Jun 11, 2014 at 2:45 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s