Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TAK DE DUIT, JANGAN CERITA!!!

Aku akan berasa sangat kecewa apabila duit yang aku belanjakan atau aku gunakan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan itu seolah hilang nilainya. Betulkan? Biasalah tu semua orang pun akan berasa begini. Bukan senang mahu dapatkan duit, akan tetapi begitu mudah sekali untuk menghabiskanya. Ambil contoh…hari ini, untuk makan tengah hari bagi mengalas perut aku hanya membeli sekeping daging beger goreng berjenama Ramly.

Yaaa!! hanya sekeping, yang digoreng garing dan disirakan dengan sos lada hitam, sos cili dan seculas mayo. Habis makan, aku maju ke tauke kedai dan ingin membayar daging beger tersebut. Ingat…sekeping daging beger yang digoreng garing. Tanpa roti, tanpa salad dan sayur. Kosong! Apa yang kamu jangkakan dari segi harga untuk sekeping daging beger itu? Jadi, aku menghulurkan not satu ringgit.

“Bang…lagi 30 sen”

“Aik…daging beger je kot……”

“Sekarang semua barang harga naik bang…….”

Tanpa banyak soal, aku hulurkan lagi syiling 30 sen yang diminta. Aku kecewa. Aku beredar dan berlalu pergi. Selalunya begitulah…apa yang kita belanjakan selalunya tidak mempunyai sama nilai dengan nilai duit kita itu sendiri.

Kadang-kadang kita akan mudah terpedaya dengan iklan-iklan di telivisyen yang selalu mengaburi mata kita. Contoh mudah. Iklan makanan dari syarikat “makanan pantas”……dari ilustrasi atau dari iklan selalunya produk-produk mereka ini akan nampak lebih besar, lebih segar, lebih enak dan tersangat-sangatlah lazat untuk dimakan. Tapi, apabila kita sudah membelinya dengan wang yang kita ada dan melihat sendiri produk tersebut, ternyata ekspektasi kita meleset. Produk yang sebenar tidak seperti yang digambarkan dan sekali lagi kita akan kecewa!

Juga, kita pula jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dijaja oleh mulut-mulut masyarakat sekeliling tentang sesuatu perkara. Dalam hal ini, aku boleh ambil contoh wayang gambar. Kenapa wayang gambar? Kenapa tidak drama tv swasta atau sinetron. Jawapannya mudah…wayang gambar kita perlu mengeluarkan duit dan perlu membelanjakan duit tersebut untuk mendapatkannya. Ok, masuk sahaja panggung wayang, mata akan terus tertumpu di layar…sesekali otak akan fikir dan cuba membuat taakulan tentang filem tersebut, adrenalin mengalir laju kerna begitu beriya-iya dan terdorong dengan kisah filem ini yang membawa satu impak positif dari segi sinematografinya dan lakon layarnya  yang didengar dari teman-teman.

Tapi, selepas 15 minit menonton….hancur!!!!

Apa yang kamu fikirkan? Adakah berbaloi membayar RM12, RM13 atau RM7 untuk menonton wayang tersebut. Ok, aku tanya kamu diluar sana….Apakah perasaan kamu menonton Filem 2 Alam terbitan dR. Rozmey? Puas hati atau sebaliknya?

Apa pun…di dunia ini….atau di Malaysia ini…segala-galanya perlukan duit dan ianya akan dibelanjakan nilainya untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan…tapi..

Tak de duit, jangan ceritalah!!!

p/s – Perkara macam ni dah biasa berlaku di sini.

4 responses

  1. daging burger tak de roti dah naik jadi RM1.30? peh.. mahal..

    tapi biasenye memang macam tu.. kebanyakan barang kita beli lepas tu kita rasa macam tak berbaloi beli. mungkin beli ikut nafsu?

    pasal wayang tu, 50-50. kadang2 kita tgk trailer nampak macam menarik. bila tengok, hancus!

    dan aku kategorikan orang yang berani pergi tengok 2 Alam sebagai orang yang tabah dan cekal hatinya

    Januari 27, 2011 at 4:38 pm

    • faerrin

      adakah kao bermaksud siapa yg tak pegi 2 alam, adalah insan yang lemah? haha!

      nai, peniaga sekarang makin cekik darah!

      Januari 27, 2011 at 11:38 pm

  2. hocab

    ape la lu faer…burger rm1.30 pun berkira..

    p/s lu diet ke faer makan burger kosong je..hehe

    Januari 27, 2011 at 11:28 pm

    • faerrin

      ocab, bukan berkira….tapi cuba bayangkan kao dutempat aku…kao mesti pikir bnyak kali kan? cuma satu keping daging beger, rm1.30? logik kah????

      Januari 27, 2011 at 11:37 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s