Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

UMAT ISLAM SEMAKIN RAMAI!!! TAPI……

Berita hari ini katanya umat islam makin ramai, dan dijangkakan jumlah pertambahan itu akan menjadikan jumlah umat islam sekali ganda dari sebelum ini berbanding penduduk bukan islam. Berita penuh, adalah dipetik dari Utusan Malaysia.

– – – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – – – –

WASHINGTON 27 Jan. – Penduduk Islam di dunia akan bertambah sekali ganda lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang. Satu kajian terbaru oleh Pew Forum on Religion and Public Life juga meramalkan, umat Islam dalam masa satu generasi akan menyamai lebih 25 peratus daripada penduduk dunia.

Penyelidik Pew Forum yang menggunakan kadar kesuburan, kematian dan penghijrahan menjangkakan kadar pertumbuhan penduduk Islam di dunia pada paras 1.5 peratus setahun dalam tempoh dua dekad akan datang, manakala bagi penduduk bukan Islam, kadar pertumbuhan hanya 0.7 peratus setahun.

Kajian berjudul The Future of the Global Muslim Population itu mengunjurkan pada 2030 umat Islam akan menyamai 26.4 peratus daripada penduduk dunia yang dijangka berjumlah kira-kira 8.3 bilion orang pada waktu itu. Peratusan itu menandakan kenaikan tiga peratus berbanding 23.4 peratus yang merupakan penduduk Islam daripada kira-kira 6.9 bilion penduduk dunia pada masa kini.

Lebih daripada enam dalam setiap 10 penduduk Islam akan mendiami rantau Asia Pasifik pada 2030 dan Pakistan akan mengatasi Indonesia sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai. Di Afrika, penduduk Islam di Nigeria dijangka lebih ramai daripada penduduk Islam di Mesir dalam tempoh 20 tahun, menurut kajian itu.

Di Eropah, Pew Forum meramalkan penduduk Islam akan bertambah hampir 33 peratus dalam tempoh 20 tahun, daripada 44.1 juta orang atau enam peratus daripada penduduk Eropah pada 2010, kepada 58.2 juta atau lapan peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2030. Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dijangka mempunyai penduduk Islam yang lebih ramai berbanding mana-mana negara Eropah kecuali Rusia dan Perancis pada 2030.

Peratusan penduduk Islam daripada keseluruhan penduduk AS diramalkan meningkat daripada kurang daripada satu peratus pada masa sekarang kepada 1.7 peratus pada 2030, menjadikan bilangan umat Islam seramai penganut Yahudi atau Kristian di AS, menurut kajian itu.

Penduduk Islam di AS dijangka bertambah daripada 2.6 juta pada 2010 kepada 6.2 juta pada 2030. – AFP

– – – – – – – – -PPPffttttt – – – – – – – –

Biarpun berbilion-bilion umat Islam sekalipun,kita masih seperti buih di lautan…..Lihat, berapa ramai yang mengamalkan rasuah? Bearapa ramai yang menindas saudara semuslimnya? Berapa ramai yang sukakan dan cintakan dunia? Berapa ramai yang tidak membantu saudara semuslimnya dalam apa jua kesusahan? Adakah pemimpin-pemimpin dunia islam adalah dari kalangan yang bersolat? Adakah mereka jauh dari maksiat atau hampir dengan maksiat itu?

Walaupun ramai, kualitinya kurang.

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas.
Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:

“Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu ‘al-wahan’. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda ‘cintakan dunia dan bencikan akhirat.”

Lihat gambar di bawah….

Di penjara Abu Gharib

Juga di penjara yang sama

Ditahan dan diseksa

Diperlakukan seperti binatang

Bagaimana tidak ditindas…umat islam kini leka dan suka kepada hiburan! contohnya…

Jom Heboh

Akademi Fantasia

p/s -BANGKITLAH!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s