Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Februari, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA LWN PAKISTAN

Malas nak cakap banyak-banyak.Sekalung tahniah dan penghargaan di atas kecemerlangan skuad Harimau Malaya membenam Pakistan (Pakis-setan) dalam pusingan pertama kelayakan Olimpik sebentar tadi dengan 2 jaringan berbalas 0. Sepanjang perlawanan begitu banyak ruang dan peluang yang kurang dimanfaatkan oleh pemain di barisan hadapan, malahan tiada follow-up dan finishing berjaya dilakukan untuk menjaringkan gol. Barangkali jika kesemua peluang yang ada itu digunakan sebaik mungkin sudah pasti kita berpesta gol malam ini dan pastinya Pakistan di”sayur”kan!

Ini sedikit komen aku yang bernilai 2 sen…..

Dari segi sepakan sudut yang melebihi sedozen itu (baca; lebih 12 kali sepakan sudut dari pihak Malaysia) tiada satu pun yang membuahkan hasil. Dari perlawanan ini, jurulatih Malaysia iaitu sudara Ong Kim Swee perlu memberi lebih penekanan kepada para pemainnya supaya lebih bijak dalam mengatur gerakan dan juga pintar menggunakan peluang yang ada ketika melakukan penyudah di depan gawang lawan (baca; peluang ketika sepakan sudut).

Rata-rata pemain yang beraksi begitu muda dan belia belaka. Tenaga dan kudrat yang ada serta skil yang ditunjukkan begitu memberangsangkan….tapi, sayang sekali lagi, penyudah yang dilakukan di depan gol lawan tidak cantik mana. Diperhatikan, rata-rata mereka lebih suka melakukan rembatan dan tandukan sesuka hati terus ke gawang pihak lawan, ini yang perlu dielakkan kerana aksi yang ditunjukkan ketika mencipta peluang adalah amat cemerlang, tapi di mana pula penyudahnya? Ke Laut????

Sewajarnya, sesuatu perlu dilakukan. Post mortem kembali perlawanan ini supaya ketika berkasi di Lahore pada 9 Mac ini akan lebih membuahkan gol-gol yang cantik!

p/s- Bapak aku kata….”budak-budak ni main tak pakai otak ke, harap tenaga je lebih”

Apa-apa pun…GO!GO!GO! HARIMAU MALAYA!!!


HARIMAU MALAYA (MALAYSIA) LWN PAKISTAN (PAKIS-SETAN)

Skuad Olimpik Kebangsaan

Kejayan demi kejayaan harimau muda ini menempah nama di mata dunia bola sepak ini, tugas berat semakin dirasai bagi juara AFF 2010. Ditambah lagi, dengan kemenangan apabila mengalahkan Hong Kong  2-1 ketika perlawanan persahabatan bulan lepas. Juga terdepat desas-desus dalam arena sukan bola sepak ini mengkhabarkan bahawa penganjuran Piala Suzuki AFF akan datang (2012) adalah di Malaysia. Jika ya, ini pasti satu berita yang begitu mengujkan penyokong-pentokong tempatan yang lebih dikenali sebagai Ultra Malaya!

Barisan ke-sebelasan Malaysia pada malam ini (kemungkinan) ;

Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Irfan Fazail, Fandi Othman, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Md. Ali.

Perlawanan menentang Pakistan

Skuad Olimpik Pakistan

Ternyata, perlawanan ini bukan sebarang perlawanan, kerana Pakistan bukanlah negara yang boleh kita ambil mudah, seharusnya berhati-hati dan jangan memperkecilkan lawan ini nanti. Kita tahu persembahan pemain negara sudah semakin bagus, namun jangan alpa dan leka dengan pertahanan. Ini kerana skuad negara itu telah berkelana selama dua minggu di Thailand dan hanya tewas 1-2 kepada skuad Olimpik negara itu – keputusan yang sama dicatatkan oleh skuad Harimau Muda menjelaskan segala-galanya bahawa Pakistan jelas cukup serius bagi menghadapi perlawanan dengan Malaysia.

Mereka turut diperkuat dengan dua pemain yang berkelana di luar negara, Irfan Khan yang mewakili Kelab Persatuan Bola Sepak Bradford Park Avenue dari England dan Yousof Ejaz Butt dari pasukan Birkelod IF Skjold dari Denmark.

– – – – – – – – -PPPPffftttttt – – – – – – – –  – –

Bagi peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan , mulai Selasa, 22 Februari 2011 . Bagi yang tak berkesempatan, boleh menonton di saluran astro 801.

Bagi mendapatkan tiket, kamu boleh beli di Stadium Shah Alam, harganya adalah RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tiket dijual pada 22 dan 23 Februari di Wisma FAM, Kelana Jaya (Petaling Jaya) dari 9 pagi hingga tamat waktu kerja (pukul 4.30petang). Manakala Tiket yang belum terjual pada Rabu (23 Februari) akan dijual di Pintu A Stadium Shah Alam mulai 4 petang. Perlawanan yang bersejarah ini, akan bermula pukul 8.30 malam. Besar harapan dari peminat bola sepak ini, untuk menyaksikan perlawanan yang mungkin sangat sengit. Kelebihan di tempat sendiri, seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Apapun percaturan dari jurulatih dan strategi yang tersendiri terserah kepada mereka.

Menurut Ong Kim Swee. . . .

“Saya rasa tiada masalah untuk kita menembusi gawang Pakistan kerana para pemain kini sudah bersedia sepenuhnya”

Memetik kata-kata Jurulatih Pakistan pula…

“Malaysia adalah sebuah negara yang sedang meningkat naik dalam arena bola sepak dan saya cukup menghormati kemampuan mereka. Bagaimanapun kami tidak akan memberikan laluan mudah kepada Malaysia dan turut berharap dapat melakukan kejutan pada hari perlawanan”

p/s – GO!GO!GO! HARIMAU MALAYA!

Malaysia perlu menang dengan selesa di tempat sendiri kerana ada pusingan ke dua selepas ini yang dijadualkan berlangsuang pada 9 Mac depan di Lahore, Pakistan. Sewajarnya Malaysia perlu menang di kampung sendiri!


AZIZULHASNI CEDERA TAPI MASIH MAMPU RAIH GANGSA!

Azizulhasni aka The Pocket Rocket Man aka Lelaki Poket Roket

Mamat yang dilahirkan di Terengganu ini bukan calang-calang orang. Agaknya dilahirkan untuk menjadi satu lagenda berbasikal negara dan membawa nama negara ke persada dunia dengan megahnya. Siapa sangka mamat yang tidak berapa tinggi berbanding dengan mat saleh dan mat negro ini mempunyai daya tujahan dan kekuatan yang kuat mengayuh! Walla! Trademark beliau adalah mengangkat tayar basikal depan seoalh-olah seperti mat rempit melakukan “willy” setiap kali mencapai garisan penamat.

Sedikit pengenalan Azizulhasni yang malas aku nak translate.

Was born on 5 of January 1988 in Dungun,Terengganu, MALAYSIA is a track cyclist representing MALAYSIA . He is a flag bearer for Malaysian team in Beijing Olympic Games. Azizulhasni,winner of gold medals in keirin and 200m sprints at the Asian Championships in April, finished as the best Asian finisher at the Beijing Olympics last month with a top eight finish.The 23-years-old, is among 2012 London Olympics gold medal prospects .He made a history when he won the main keirin final in the second-leg of the UCI Track World Cup in Melbourne to become the first-ever Malay­sian gold medallist at the World Cup stage.He hold the title of world cup leader in Keirin 2009,nevertheless his luck in World Championship Keirin was obscure but he conferred as a silver mendalist in Men Sprint in Track World Championship at Poland .He is now married to a loving wife,Athiah Ilyana Abd Samat .

– – – – – – – – -PPPPfffttttt – – – – – – – – –

Bayangkan, bagaimana mamat ni masih boleh mengayuh dengan kaki yang tertusuk kayu, malah masih sempat mendapat pingat gangsa!

Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan. Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat. Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya.

Sewajarnya setiap rakyat Malaysia mencontohi apa yang dilakukan oleh Azizul. Penuh semangat yang waja untuk membuktikan kemampuan diri dan sekaligus mengharumkan nama negara! Tahniah!

p/s – Jijul bakal menjadi sebuah lagenda dan akan ditulis di dalam buku sejarah tahun 2050!

 


PROTON SATRIA NEO R3 ~ GEREK SEH!

Proton Satria Neo R3 ketika dipandu uji di Jepun oleh T. Yamano. Dengar-dengar Proton bekerjasama dengan CUSCO sebuah syarikat penalaan yang terkenal bagi menyertai perlumbaan rali di sana.

Nampaknya Proton Satria Neo R3  telahpun dilancarkan oleh Proton secara rasminya pada 28 Januari 2011 dan jumlahnya adalah terhad! Model R3 Satria Neo berharga RM79,797 (MT Metalik) dan boleh didapati melalui tempahan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia. Mengikut maklumat, yuran tempahan adalah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput ke acara pelancaran itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model itu adalah kesinambungan kepada pembabitan dan kepakaran Proton dalam sukan bermotor yang akan melihat model generasi baharu terpilih disuntik dengan elemen dinamik dan keseronokan yang lebih hebat.

Seperkara yang menarik ialah kerusi standard digantikan dengan jenis semi bucket yang direka semula hasil maklum balas orang ramai yang tidak berkenan dengan jarak kelegaan kepala pemandu. Kerusi baharu ini juga telah diuji untuk memastikannya sesuai dengan beg udara. Ditawarkan dalam warna ekslusif “Fire Red” dengan bumbung bercat hitam, R3 Satria Neo mempunyai bentuk luaran yang berbeza daripada model-model sebelumnya. Proton juga sudah pun membuka tempahan awal bagi sesiapa yang berminat dengan model ini.

R3 Satria Neo dilengkapi naik taraf Peringkat 2 kepada enjin standard 1.6 liter CAMPRO S4PH dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm.

Rim gempak!

Nampak tak Neo CUSCO kat sebelah tu! Wallaweh!

Berikut adalah spesifikasi Satria Neo R3 yang gempak beb!

Prestasi:

  • Power: 145bhp @ 7,000rpm
  • Torque: 168Nm @ 5,000rpm
  • Weight: 1200kg

Enjin

  • Carbon Fiber Intake System
  • Reprofiled Cams
  • Recalibrated ECU
  • High Flow 4-2-1 Extractor
  • Tuned exhaust system
  • Lightweight Adjustable Aluminium pulleys

Kasis

  • 16″ Lightweight R3 Gunmetal Wheels wrapped in Bridgestone Potenza RE001R in 205/45 rubber
  • 500-degree Celcius rated brake pads
  • R3 Springs with tuned suspension settings

Luaran

  • Fire Red metallic paint with black roof
  • Full CPS Bodykit
  • New R3 Front splitter
  • New R3 Rear wing

Dalaman

  • R3 Limited Edition seats in Nappa Leather
  • 2-Tone black interior detailed in red stitching
  • Matt-red dashboard trims
  • R3 floor mats
  • Engine start button
  • Aluminium foot pedals and gear knob
  • Solar and security protection
  • 2-DIN audio head unit with 3D GPS navigation

p/s – Nasib baiklah aku dah pakai Honda City, kalau tidak musti aku dah gatal hati nak angkat Neo R3 ni! Bini aku lak nak angkat Saga FL. Hehehe…mintak dia tukar Neo R3 ni cara jugak!


24 PROTOKOL YAHUDI ; SATU PENGENALAN

Bendera Yahudi

Bendera Israel mula digunakan pada 28 Oktober 1948, 5 bulan selepas penubuhan negara ini. Terdapat sebuah Bintang Daud biru pada latar belakang putih, antara dua garis mendatar biru. Warna biru ini ditetapkan sebagai “biru langit perang”, dan berubah-ubah daripada bendera kepada bendera, daripada biru tulen, kadangkala biru tentera laut, kepada kira-kira 75% biru kehijauan dan warna biru cerah yang sangat cerah.Bendera ini direka bagi Pergerakan Zionis pada tahun 1891. Rekaan asas memperingatkan Tallit, selendang doa Yahudi, yang berjalur putih dan biru. heksagram pada tengah ialah Magen David (“perisai Daud”). Ini menjadi sebuah lambang Yahudi sejak akhir zaman pertengahan di Prague, dan mula digunakan oleh Kongres Zionis Pertama pada tahun 1897.

Masyarakat dunia mengetahui Yahudi adalah kaum yang penuh dengan tipu daya. Kewujudan negara haram Yahudi itu juga terdiri dengan kekejaman, penindasan dan pembunuhan masyarakat Arab Palestin dengan dibantu oleh Inggeris (baca; tipu daya dan helah digunakan kepada pemimpin-pemimpin Liga Arab). Mereka juga, telah menggubal satu garis panduan yang juga dikenali sebagai Protokol dan dari situ mereka telah menggariskan 24 Protokol yang akan membawa kaum Yahudi ke dimensi yang lain.

– – – – – – – – – – PPPfffttttt – – – – – – – – –

24 Protokol Yahudi

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Protokol Pertama

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol Ketiga

Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita’ iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol Keempat

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kelima

Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol Keenam

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

Protokol Ketujuh

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Kelapan

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Kesembilan

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh

Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma’ ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol Kesebelas

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol Kedua belas

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol Ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat belas

Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelima belas

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE’ iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol Keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuh belas

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapan belas

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

Protokol Kesembilan belas

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua puluh

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua puluh Satu

Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua puluh dua

Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua puluh tiga

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Kedua puluh empat

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

p/s – Yahudi, kaum yang penuh kospirasi dan tidak dapat diduga!


KOR ARMOR TENTERA DARAT

Kor Armor DiRaja Tentera Darat Malaysia mempunyai sejarah penubuhan sebagai dua unit berasingan  dalam pasukan Tentera Persekutuan. Unit pertama adalah merupakan unit kenderaan berperisai yang pada asalnya adalah merupakan sebuah skuadron yang dikenali sebagai ‘Federation Armoured Car Squadron’ atau Skuadron Kenderaan Berperisai Persekutuan.

Ia ditubuhkan pada 1 September 1952. Pada masa sama sebuah rejimen infantri yang berasingan turut ditubuhkan dengan nama rejimen Persekutuan. Berbeza dengan unit  infantri tempatan seperti Askar melayu DiRaja, rejimen Persekutuan merekrut anggotanya dari kalangan semua kaum dan keturunan yang wujud di Malaya ketika itu. Pada asalnya pihak British bercadang untuk menubuhkan sehingga tiga buah Rejimen Persekutuan, namun atas sebab kurangnya minat yang ditunjukkan oleh bangsa lain selain dari bangsa Melayu untuk menyertai unit ini, akhirnya hanya satu batalion berjaya diwujudkan dengan keanggotaan yang secukupnya. Pada tahun 1957 pula, Skuadron Kenderaan Berperisai Persekutuan ini telah diperbesarkan menjadi sebuah rejimen dan untuk memantapkan lagi kemampuan operasinya pada tahun 1960 ia telah digabungkan dengan rejimen Persekutuan lalu melahirkan sebuah Kor Peninjau.

Unit-unit pertama yang berada dibawak Kor peninjau adalah Rejimen Pertama dan Rejimen Kedua Kor Peninjau Persekutuan yang lebih dikenali dengan akronim 1 Recce dan 2 Recce (1 dan 2 Peninjau Persekutuan). Kedua-dua unit ini mengoperasikan sistem kenderaan Ferret sebagai kenderaan berperisai utamanya dan pernah dihantar ke Kongo sebagai sebahagian dari kontijen Malayan Special Force dibawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  antara tahun 1960 dan 1962. Pada  20 Mei 1972  Kor Peninjau ini telah dianugerahkan gelaran ‘Diraja’  dan secara automatik nama unit ini dikenali semula sebagai Kor Peninjau Diraja. Pada 22 Disember 1979 menyaksikan sekali lagi nama unit tersebut diubah kepada Kor Kavalri Diraja bersesuaian dengan pelbagai jenis kelengkapan dan kenderaan tempur baru yang diterima oleh Tentera Darat Malaysia (TDM)  ketika itu.  Ini termasuklah kenderaan seperti SIBMAS dan juga CONDOR yang telah mempertingkatkan kemampuan daya mobiliti tinggi serta kuasa tembakan kepada TDM.

Pada 1986 evolusi Kor ini terus berlaku dengan penukaran nama sebagai Kor Armor Diraja. Status Kor Armor Diraja dilihat sebagai bersesuaian ketika itu kerana buat pertama kalinya Kor tersebut telah memiliki sistem kenderaan berunut dengan sistem meriam berkaliber 90mm yang sebelum ini tidak pernah wujud dalam perkhidmatannya. Ini berikutan perolehan sejumlah 26 buah kenderaan SCORPION dari United Kingdom pada 1983. Perolehan ini sebenarnya bukanlah bermakna bahawa Kor Armor Diraja ketika itu telah memiliki sejenis kereta kebal utama atau MBT (Main Battle Tank) dalam perkhidmatannya, namun ia mungkin sebagai langkah awal untuk memberikan pendedahan kepada anggota-anggotanya mengenai teknik dan taktik pengoperasian sebuah kereta kebal atau kenderaan yang memiliki sifat yang paling hampir kepada sifat sebuah kereta kebal utama, iaitu sebuah kenderaan berarmor, daya mobiliti yang agak baik dengan sistem pendorongan berunut serta memiliki turet yang dipasangkan dengan sistem meriam. Untuk memberikan sokongan kepada pengoperasian SCORPION AC 90, TDM turut membuat perolehan sebanyak 25 buah kenderaan STORMER yang merupakan kenderaan berperisai pengangkut infantri yang berunut. Kenderaan STORMER ini adalah merupakan versi pertama yang dihasilkan oleh firma GKN dan merupakan kesinambungan dari reka bentuk sistem kenderaan SCORPION, malah sebahagian besar dari komponen kedua-dua kenderaan adalah sama.

Pemilihan sistem kenderaan SCORPION adalah sesuatu yang dianggap bernas. Walaupun bukanlah sebuah kereta kebal utama, ia mempunyai rekod penggunaan oleh Britain dan negara-negara lain secara meluas. Ia juga telah terbukti berkesan ketika kempen Perang Falklands pada 1982 apabila dioperasikan oleh pasukan Royal Horse Guards serta 1 Dragoons. Sejak dari awal pembangunan program tersebut, kenderaan SCORPION direkabentuk sebagai sebuah kenderaan peninjau berperisai yang boleh diatur gerak dengan lintasan udara. Program ini dikenali sebagai CVR(T) bagi menggantikan kenderaan berperisai beroda Saladin.  Prototaip kenderaan pertama berjaya diuji pada 1969 dan penyerahan dilakukan pada 1972 dan pihak tentera darat British telah menerima kenderaan pertama mereka pada 1973.

 


ALLY ISKANDAR BERTUNANG DENGAN AISHAH ZAINAL

Ally Iskandar & Aishah Zainal

Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar, 35, bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya, Nur Aisy’ah Zainal, 26, hujung tahun ini. Majlis pertunangan Ally dan Aisy’ah yang juga naib juara program realiti televisyen Gadis Melayu musim pertama, berlangsung Jumaat lalu (11 Februari) bertempat di rumah kakak Aisy’hah di Ampang, Selangor.

Apabila majlis tersebut diadakan secara diam-diam, Ally ketika ditemui di majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian, terbitan kolaborasi antara TV3, Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) menjelaskan kepada para wartawan berhubung majlis pertunangannya.

“Bukan sengaja mahu dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan wartawan sebaliknya sebagai menghormati permintaan daripada pihak keluarga perempuan yang tidak mahu perkara ini dihebohkan maka majlis diadakan tanpa disalurkan sebarang maklumat kepada media.

“Bukan sahaja wartawan tidak mengetahui mengenai pertunangan kami tetapi warga kerja MHI termasuk bahagian Komunikasi Korporat TV3 pun tidak tahu menahu tentang perkara ini,” jelasnya sambil memohon maaf kepada rakan-rakan media berhubung merahsiakan pertunangannya itu.

Menurut Ally, perkenalan dengan Aisy’ah yang mempunyai perniagaan sendiri bermula pada tahun 2008, cuma tiga bulan kebelakangan ini barulah mereka menjadi rapat dan mengambil keputusan untuk bertunang. Katanya, pakej yang ada dalam diri Aisy’ah berjaya memikat hatinya dan dengan pertunangan mereka, kegusaran yang selama ini membelenggu Ally telah terhapus.

“Saya tidak takut hilang penonton wanita jika itulah persoalan yang dilontarkan mengapa saya merahsiakan pertunangan dengan Aisy’ah.

“Apa yang saya takutkan ialah kalau saya tidak berkahwin. Lagipun saya sedar, lama kelamaan tidak akan ada orang yang mahu tengok muka saya lagi.

“Sekurang-kurangnya apabila saya balik ke rumah, adalah juga orang yang nak tengok muka saya,” katanya secara berseloroh.

Terus terang Ally berkata, beliau tidak dapat mendedahkan berapakah wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan sebaliknya memberitahu, bakal isterinya itu cukup memahami kerjayanya.

p/s -Tahniah Ally dan Aishah!

Sumber dari Utusan Malaysia


BUKU BARU ; ORANG MACAM KITA

Aku baru sahaja membeli sebuah buku baru yang bertajuk Orang Macam Kita atau dalam bahasa Inggerisnya “People Like Us” aka PLU. Jadi apakah PLU itu? Aku pun tidak pasti akan maksud yang sebenarnya berkaitan terma tersebut, mungkin kamu boleh google sahaja untuk dapat lebih maklumat. Aku tertarik dengan buku ini kerana ianya sebuah karya yang lain dari yang lain. Iyalah, sebelum ini negara digemparkan dengan pengakuan seorang gay melayu muslim yang bernama Azwan Ismail yang mengatakan “saya gay, saya ok”. Pengakuannya sebagai seorang gay telah mengundang ugutan dan cercaan dari setiap umat melayu muslim di Malaysia. Aku juga pernah menulis mengenainya di dalam entri yang lepas, cari sahaja di dalam blogku ini jika kamu mahu baca. Sebenarnya, perlakuan beliau meneganai pengakuannya sebagai seorang gay di dalam youtube itu boleh menjadikan satu ikut-ikutan di kalangan generasi muda melayu muslim di Malaysia dan ianya juga secara terang-terangan telah melanggar hukum agama islam, budaya melayu serta norma-norma kehidupan seorang manusia yang normal. Ok, berbalik kepada buku ini. Sebenarnya, hasil dari “karya” Azwan Ismail di youtube itulah telah menjadikan aku begitu ingin tahu untuk menyelami dunia mereka, bukan kerana apa…sekadar untuk mengetahu satu sisi alam yang lain.Ya….. Dunia PLU itu adalah satu sisi dunia yang lain.Sudah banyak kali ianya dirungkai di kaca tv, banyak kali juga ianya dikupas oleh para sarjana-sarjana dan bayak kali juga ianya menjadi bahan sembangan di kedai kopi! Oleh kerana itu, hasil carian aku telah membawa kepada satu penemuan tentang buku ini dan akhirnya aku membelinya dari lamann web syarikat penerbitan buku ini. Oh ya! Untuk makluman, buku ini tidak terdapat di kedai-kedai buku di Malaysia dan ianya hanya boleh di beli dan dipesan melalui internat sahaja. Carilah di MPH, Kinokuniya, Borders, Popular waima Kedai Buku Czip Lee di Kajang, pasti tidak akan ketemu!
– – – – – – – – – – – – -PPPPPPffffttttttt – – – – – – – – – – – – –
Orang Macam Kita

Orang Macam Kita ialah sebuah antologi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif di Malaysia. Seksualiti alternatif boleh diertikan sebagai homoseksual, biseksual, transgender dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa. Label-label sebegini mungkin tampak sensasi atau klinikal. Namun cerita-cerita dan kajian-kajian di dalam buku ini mungkin mendedahkan sisi lain, yakni sisi alternatif, daripada tanggapan yang sedia ada.

Orang Macam Kita memuatkan 25 karya dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza: kisah cinta dan penerimaan yang mencuit, cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera dan filem; dan ada yang melayang jauh ke alam surreal. Kepelbagaian ini turut diraikan; tepuk dada tanya selera!

Berikut adalah tajuk-tajuk karya yang termuat di dalam buku ini.

Pengenalan – Azwan Ismail & Diana Dirani

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas – Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Anak Ikan – Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Sembang Ratu – Nizam Zakaria
Jika Itu Takdirnya – Khalid Idris
Pangkon – Dalih Sembiring
Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia – Fadli al-Akiti
Avatar Tekne Seksual – Clarissa Lee
Rabak – Mohd Zaain Bin Md Zin
Sulalatus Anilingus – Ridhwan Saidi
Lurus Atau Bengkok – Dina Zaman
Pencuri Hati – Nizam Zakaria
Gay.a Ke Aku? – Zulkifli Bin Mohamad
Duyung Karuna – Chuah Guat Eng
Indra Dan Fadil – Paul Agusta
Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita – Hafidz Baharom
Tiada Sesalan – Azwan Ismail
Wanita Dua Wajah – Bissme S.
Honey – Bernice Chauly
Sepetang Di Kafe Oedipus – Mohd Ikhwan
Syi – Mohd Syahar Azizan
Vagabundando, Vagabundando – Fernando Rosa Ribeiro
Yang Sebenarnya – Adibah Yahya
Sembang Ratu II – Nizam Zakaria
Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? – Farish A. Noor
Asmara Dua Vampir – Diana Dirani
Cover Buku Orang Macam Kita yang berjudul Sticker

p/s – Ok, mari membaca! Jangan terpengaruh! Yang elok dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan!

SUPERCAR HUAYRA ~ KERETA SUPER CANGGIH!

Pengilang kereta dari jenis supercar dari Itali, Pagani automobili SpA mengatakan hari ini akan memasuki pasaran AS dengan model baru yang dikenali sebagai Huayra. Syarikat mengatakan akan mula menjual kereta 700 kuasa kuda di Amerika Syarikat melalui rangkaian pengedar awal tahun ini. Harganya dijangka akan lebih dari $ 1 juta. Baru-baru ini, syarikat supercar Pagani telah menayangkan gambar dari  jenis kereta dua tempat duduk baru dan maklumat mengenai spesifikasi kereta tersebut. Ianya bakal menjadi tandingan kepada Ferari, Lamborghini dan lain-lain pengeluar “kereta super”
 

Pagani Huayra 

“Kereta Super” Huayra

Dinamakan sebagai Huayra Tata, bersempena nama tuhan kuno yang mengawal angin, Huayra yang bersesaran 6 liter, 12- silinder dengan dua turbocharger yang dibina oleh Mercedes-Benz ‘s dari Jerman dan menggunapakai dari jenis AMG yang berkuasa itu. Mesin yang berkuasa dijana melalui sepasang “intake” angin di belakang tempat duduk. Syarikat menjelaskan ianya direka untuk membolehkan udara masuk ke dalam mesin tanpa perlu mengganggu aerodinamik bagaikan “sebuah penghargaan bagi pesawat supersonik akhir 1950-an dan 1960-an.”.

 

Pagani, yang berpusat di San Cesario sul Panaro, berhampiran Modena, Itali, mengatakan telah merekacipta lima buah prototaip Huayra dan telah menguji kereta-kereta tersebut selama empat tahun yang lepas. Kereta-kereta ujian telah melakukan perjalanan lebih dari 300,000 batu dan akan merangkumi sekitar 600.000 kilometer sebelum memasuki pasaran AS.  Syarikat mengatakan kereta yang dibinanya adalah sangat mematuhi standard kualiti dan sesuai dengan keselamatan Eropah dan Amerika yang ketat itu. 

Kereta ini akan membuat debut kemunculan di Geneva Motor Show bulan depan. Syarikat mengatakan akan mendedahkan rancangan khusus untuk pendedahan Huayra di AS dalam beberapa minggu mendatang. Saksikan gambar-gambar kereta yang umpama “robot” ini.

 


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H

Selamat pagi! Selamat Menyambut Maulid Nabi 1432H!

Moga perpaduan ummah akan terus dibina demi kesajahteraan kita masayarakat muslim di Malaysia. Berikut adalah dalil yang menagatakan kita perlu dan dibolehkan untuk menyambutnya. dan ianya diterima oleh shari’a.

“Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,”Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu” (3:31)

Ok, kepada semua pembaca. Selamat menyambut Maulidur rasul!

p/s –  Ke Melaka (nak tengok isteri dan bakal anak!)

 


LAMAN SOSIAL YANG SERUPA FACEBOOK! SALINGSAPA.COM

Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan. Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

“Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

“Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi,” kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai ‘mengklik’ komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti. Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com. Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak. Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

“Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan,” kata ibunya

– – – – – – – – -PPPPfffttttttt – – – – – – – – – –

Lay out SalingSapa.com

Bagi aku, ini merupakan satu kejayaan bagi seorang budak. Baru berumur 13 tahun sudah boleh mencipta sesuatu yang kini menjadi igauan dunia. Itulah “Laman Sosial”. Apa-apa pun, aku sudah pun mendaftar di akaun Saling Sapa ini. Cuba klik di sini. Ini merupakan laman bagi profileku. Add friends dan jadilah temanku!

Berikut merupakan ciri-ciri saling siapa yang didirikan oleh sorang remaja muslim ini.

1-Adanya menu Al Qur�an, hal ini memungkinkan bila disela-sela kita sedang On Line, kita boleh membaca Al Qur�an dengan tampilan
yangg menarik, serta juga boleh memeriksa, apakah bacaan Al Qur�an kita betul atau tidak.

2-SalingSapa.com memiliki server sendiri , sehingga pengguna boleh memiliki kontrol penuh dalam hal data-data, serta isi yg di upload. Fail-fail atau isi yg tidak sesuai dengan nilai nilaiIslam akan dihilangkan secara automatik.

3-Server berada di Jakarta, Indonesia dan tidak terletak di negara-negara barat bukan di luar negeri, sehingga boleh diakses dengan lebih cepat (untuk melihat /mengupload foto atau naskah ) . Cuma memang untuk Video, Saling Sapa masih masih menggunakan perkhidmatan Youtube

4-Usia kawan-kawan tidak terbatas, sekalipun baru berusia 6 tahun juga boleh mendaftar . Ini berbeza dengan Facebook yangg membataskan usia pendaftar.

5-Juga ada menu Game, akan tetapi Game yang ada di SalingSapa.com ini lebih disaring, dan akan dikembangkan Game-Game yang mengikuti lunas-lunas Islam.

p/s – Apa lagi, register cepat di sini! http://www.salingsapa.com/


FACEBOOK PINDAH KE PEJABAT BARU

Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini, iaitu perpindahan kedua syarikat rangkaian sosial paling pantas berkembang itu dalam tempoh dua tahun.

Facebook yang mempunyai 2,000 pekerja dan kini berpangkalan berhampiran Palo Alto berkata, perpindahan ke satu lagi kawasan Silicon Valley itu akan memberi lebih ruang untuk mengembangkan kakitangannya pada masa depan. Facebook, iaitu rangkaian sosial terbesar di dunia dengan lebih 500 juta pengguna, sedang berkembang pesat dari segi pertumbuhan operasi dan kakitangan.

Ibu pejabat baru itu nanti mempunyai keluasan kira-kira 93,000 meter persegi dan ia merupakan bekas ibu pejabat Sun Microsystems yang kini telah diambil alih oleh Oracle Corp. pada 2010.

p/s – Dianggarkan Facebook bakal mempunyai kakitangan seramai 10,000 orang pada tahun 2015. Gila ramai!


HARI VALENTINE ~ TIDAK WAJAR DISAMBUT UMAT ISLAM

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

a) Pendapat pertama

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri ‘terjun’ dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

b) Pendapat ke dua

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)

c) Pendapat ke tiga

menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

– – – – – – – – -PPPPffffttttt – – – – – – – – – – –

PANDANGAN ISLAM

Valentine bukan untuk mereka yang beragama Islam!

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

– – – – – – PPPPffftttttt – – – – – –

Ini petikan dari Berita yang diambil dari akhbar Harian Metro.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan kempen awasi jerat Hari Valentine sebagai salah satu usaha meningkat kesedaran umat Islam daripada terjebak dalam perayaan yang sia-sia dan bertentangan sama sekali dengan Islam.

Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, turut menggesa media termasuk televisyen memainkan peranan ke arah meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap sambutan hari berkenaan. Apa-apa pun kita harus ingat, Rusia sendiri telah mengharamkan sambutan Hari Valentine dengan menyifatkan ia satu upacara yang tidak menguntungkan manusia.

p/s – Bagus tindakan yang dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi mengekang gejala sosial yang boleh merosakkan marual remaja muslim dan muslimah.

Al-Fatihah di atas pemergian paman di kampung (Wak Amin).


APA ADA DENGAN RM1 ~ SERINGGIT/SINGGIT/SEHENGGET/ 1 HENGGET

Hentikan dulu cakap politik dan kebarangkalian tindakan repot polis yang boleh memeningkan. Jom kita teliti not seringgit, atau RM1 kita.

Hadapan duit kertas RM 1

Belakang duit kertas RM1

Teliti betul-betul wang kertas itu. Aku pun sambil menaip turut mengeluarkan not itu dan membelek-beleknya. Ia berwarna biru. Di bahagian belakang ada gambar gunung Kinabalu, landskap tertinggi negara ini dan di Asia Tenggara. Wau bulan serta gambaran kepulauan nelayan dari arah laut turut terpapar di atas kertas itu.

Sebelum ini tiada siapa yang benar-benar membeleknya. Apalah sangat RM1. Mungkin ia hanya dibelek oleh pelancong yang baru pertama kali melihat not itu. Peniaga pun tak bimbang jika itu not palsu. Tiada apa yang istimewanya. Nak kata ia menarik, biasa saja. Berbanding dengan rekaan matawang asing lain, mungkin nilai seringgit kita itu tidaklah hebat mana.

Itu dari segi rupa bentuknya. Bagaimana pula dengan nilainya? Denominasi seringgit itu dibentuk daripada mata desimal 100 sen. Dari nilai siling sekecil 5 sen, 10 sen, 50 sen ia boleh dicampur-campur membentuk RM1. Kini Bank Negara Malaysia (BNM), autoriti yang mengesah lakukan wang ringgit di negara ini tidak lagi mengeluarkan wang siling 1 sen. Mungkin BNM ada alasan berbuat demikian. Difahamkan untuk mengeluarkan siling 1 sen kosnya ialah sekitar 20 sen? Oleh itu ia dihentikan pengeluaran. Jadi nilai wang kita hanya bermula dari siling 5 sen.

Dari segi ilmu hisab, kita sudah rugi 4 sen. Tapi 5 sen pun sudah jarang digunakan oleh pekedai. Oleh itu kita sudah rugi 5 sen. Pekedai lazimnya akan mula mengira mulai 10 sen. Maka kita pengguna sudah rugi 9 sen! Sering dulu jika harga gula naik 10 sen sekilogram, maka mamak-mamak stall akan menaikkan harga minuman kegemaran orang Malaysia, teh tarik dengan harga 10 sen segelas. Maka harga segelas teh tarik sekarang ialah RM1.20 sen.

Mamak (harap jangan saman saya kerana guna istilah ini) enggan menggunakan 5 sen untuk menaikkan harga minuman itu. Mereka lebih gemar memilih 10 sen. Entah kenapa saya pun tak tau. Budaya menggunakan 1 sen sudah hilang di negara ini. Sepatutnya nilai RM1 ialah 100 sen dan setiap sen patut diambil kira. Dulu jika kita beli kasut Bata, harga mengikut pecahan sen-sen amat popular, begitu juga di McD dan bayar bil elektrik dan air. Kini semuanya dibulatkan kepada 5 sen dan 10 sen.

Nilai 100 sen itu sudah mengecil. Dalam suasana inflasi yang semakin ketara sekarang, walaupun BNM hanya melaporkan angka yang rendah, nilai RM1 sudah hampir tiada. Harga teh tarik melebihi RM1. Masuk tandas awam kini ialah 50 sen, dua orang RM1. Belanja budak sekolah sekurang-kurangnya RM3. Jika BNM mahu menjimatkan kos pengeluaran 1 sen, pengguna juga yang tertekan dengan kos barangan, turut rugi dari segi nilai sen-sen itu.

Mungkin, jika nilai 1 sen itu dibudayakan semula – seperti di Amerika Syarikat yang masih aktif menggunakan Penny (1 sen), Nickel (5 sen), Dime (10 sen), Quarter (25 sen), Half dollar (50 sen) – maka nilai RM1 kita akan lebih bernilai lagi. Pada masa itu mamak mungkin akan memikirkan untuk menaikkan teh tarik hanya kepada RM1.21 sahaja berbanding RM1.30 sekarang.

Walaupun cadangan ini nampak bodoh dan mengarut kerana nilai 1 sen sudah dimansuhkan, kita berharap BNM boleh memikirkan sesuatu atau semula. Rakyat kini sebenarnya mulai gelisah kerana nilai mata wang mereka semakin mengecil. Jika dulu orang kampung boleh berbelanja dapur dan petrol motosikal sekitar RM300 sebulan, kini nilainya sudah menjadi RM250 dan ke bawah dan ke bawah. Ia lebih memeritkan bagi mereka yang tinggal di bandar dan kota raya. Gaji RM2,500 ialah miskin bandar. Tapi majikan masih kedekut dan amat berkira untuk menaikkan gaji. Gaji yang diperoleh tidak setaraf dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kelok gaji dan kelok kos barang dan perkhidmatan tidak seimbang.

Kita berharap pakar-pakar ekonomi negara dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Jika ke Britain nilai 1 Pound itu masih cukup besar, tapi RM1 kita sudah terlalu kecil. Bagi saya yang minum teh tarik bersama kawan malam tadi, nilai RM1 hanya untuk disedekahkan kepada orang buta yang silih berganti ke kedai-kedai makan sekitar ibu kota. RM1 sudah mulai tidak dipedulikan. Tapi bagi orang buta yang mengutip RM1 bagi setiap meja – dan berjaya melakukannya ke atas beratus meja setiap malam – mereka itulah sebenarnya yang mewah.

Dan dalam keadaan ekonomi baik atau tidak seperti sekarang, jumlah orang buta (dan buat-buat buta) seperti itu semakin hari semakin ramai…

Tulisan asal oleh; Zaini Hassan

p/s -Ni sajak untuk RM 10 pulak.

RM 10; apalah sangat nilainya sekarang….

RM10
Dulu….
banyak betul barang boleh dibeli dengan RM10 ni….
kira kalau dapat la RM10 sepuloh, sepuloh tahun lepas…..
dah dikira mewah dahhh…
siap boleh belanje kengkawan makan lagi…..

RM10 tu boleh jadik duit makan untuk 2 hari…..
siap ada balance lagiii…..
dan aku ingat jugak mase tahun 1998 (tingkatan 1)….
tiket bas dari Kelang ke Kajang campur makan, minum….
kurang dari RM10….

masa raya dulu….
bebudak cukup payah nak dapat RM10….
yang dapat RM10 biasenye riyak menunjuk-nunjuk kat kengkawan tuuu….
dapat RM1 tu paling mewah le dulu…..

Sekarang….
RM10 yang kamu semua ade ni….
makan untuk sehari pun tak cukup….
apelagi nak belanje kengkawan…..
maap je laaa….
silap-silap RM10 tu duit makan waktu pagi je weiiii…..

kalau nak cerita tambang bas ke KL dari Melaka….
memang tak lepas la sekarang ni…..
setakat nak beli topap prepaid bolehlaa….
tapi lame mane pun bolehh tahan prepaid RM10 tuuu…

bebudak sekarang ….
raya kalau dapat RM1 tu memang kene gelak lee….
siap kutuk lagi yang tukang RM1 tadii….
kalau RM10 tu dah biasa dahhh….

tapi ye lee….
dulu-dulu nilai duit kite besar…harga barang) pun takde le tinggi macam sekarang ni…..
tapi sekali air bah, sekali pantai berubah….
macam tu jugak le kehidupan…..
makin kedepan…..
makin banyak yang perlu kite bayar untuk kemajuan!!!

 


MALAYSIA MENANG 2-0 MENENTANG HONG KONG

Tahniah pasukan Malaysia aka Harimau Malaya atas kejayaan menumpaskan seteru lama, Hong Kong. Kemenangan itu telah disumbangkan oleh Shafiq Rahim selaku kapten pada awal babak pertama dan jaringan kedua oleh Amirul Hadi Zainal pada saat-saat kritikal iaitu di masa waktu kecederaan (minit yang ke 90). Banyak pertukaran dilakukan oleh Jurulatih dan akui agak terkejut sedikit apabila Khairul Fahmi aka apek dikeluarkan dan digantikan dengan pemain lain. Tapi lebih mengujakan adalah apabila melihat kelibat Kunalan yang berlari ke sana dan ke mari dengan penuh semangat dan kuat stamina!

Apa-apa pun, momentum dan prestasi skuad kebangsaan di waktu menjuarai Piala Suzuki AFF hujung tahun lalu telah berjaya dikekalkan oleh pemain Malaysia pada perlawanan persahabtan kali ini dan kebanyakkan muka-muka baru telah menunjukkan penguasaan padang yang baik dan mencapai tahap yang amat memberangsangkan ketika menentang pemain Hong Kong.

Sekalung tahniah juga buat penyokong skuad Malaysia yang turun padang dengan memberi sokongan moral yang berterusan sambil diiringi dengan paluan gendang.  Secara keseluruhuannya Malaysia menguasai 55% penguasaan permainan berbanding Hong Kong. Teruskan prestasi begini Harimau Malaya!

p/s – Siap sedia untuk menentang Pakistan pula untuk kelyakan pra-olimpik selepas ini! Teruskan momentum begini!