Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

CUTI-CUTI MALAYSIA – UMBAI

Selepas segalanya sudah dijalankan dengan jayanya, maksud aku…majlis pernikahan, majlis bersanding di pihak perempuan dan akhirnya majlis menyambut menantu di sebelah lelaki, apakah perkara seterusnya yang boleh dilakukan? Haaa! Inilah dia yang ditunggu-tunggu oleh semua pengantin baru…Honeymoon a.k.a Berbulan Madu! Aku sehingg ke hari ini masih tidak paham kenapa istilah bulan dan madu disatukan untuk satu erti yang “manis”. Kenapa istilah bintang tidak digunakan? Adakah dengan menggunakan perkataan bintang, frasa kata nama Berbulan Madu ditukarkan kepada Berbintang Madu menjadi tidak cocok, terus bakal menjadikan suasana manis pasangan pengantin menjadi kurang enak.

ERmmm..entahlah….

Aku mahu pergi ke Gold Coast, tidak mampu. Mahu ke Singapore ataupun Bali, Indonesia (negara luar yang paling dekat dan penggunaan wang yang jimat berbanding Gold Coast, Melbourne dan lain-lain) yang juga masih di luar kemampuan aku. Mahu ke Sabah atupun Sarawak, tiket penerbangan pula lewat ditempah. Mahu berkunjung ke Tanah Tinggi seperti di Genting dan Cameron Highland, cuaca pula tidak mengizinkan. Mahu ke pantai timur akan menjadikan jarak perjalanan begitu panjang. Mahu ke Langkawi ataupun Penang juga akan mengakibatkan aku menongkah arus perjalanan.

Memandangkan aku baru sahaja melangsungkan majlis menyambut menantu pada Ahad lepas (30 Januari 2011) dan baru sahaja selesai mengemas rumah pada semalam (1 Februari 2011, Selasa) membuatkan aku tiada perancangan yang rapi untuk pergi berbulan madu. Tiada pula terpacul di benak fifkiran untuk berjalan berdua-duaan bersama isteri. Jadi, selepas beberapa ketika dan berbincang bersama isteri, kami mengambil langkah yang mudah setelah mencapai persetujuan. Bercuti 3 hari dan 2 malam, lokasi di sekitar selatan tanah air yang melibatkan tiga buah negeri iaitu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (ketiga-tiga negeri ini terlibat dengan banjir). Sejurus selepas habis bercuti akan terus pulang ke rumah ibu mertuaku di Johor di daerah Kota Tinggi.

Selepas mengambil beberapa lagi perkiraan dan timbang tara, Melaka telah dipilih sebagai lokasi. Kebetulan pula pada minggu ini adalah cuti sekolah dan pada minggu yang sama juga jatuhnya Tahun Baru China (Tahun Arnab). Keadaan ini telah mengakibatkan segala tempat untuk menginap penuh! Dari hotel murah ke mahal, segalanya sudah habis ditempah. Tapi, sudah rezeki, akhirnya kami dapat menginap di Everly Hotel, Klebang untuk 3 hari dan 2 malam. Melaka dipilih sebagai lokasi berbulan madu bagi kami kerana lokasinya yang strategik serta tempat kelahiran pahlawan melayu terbilang Hang Tuah ini juga mempunyai begitu banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan dilawati. Melaka juga telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2010.

Mahu tahu apa yang terdapat di Melaka dan apakah yang menariknya di sini, sila klik.

Malam ini, isteri belanja seafood di Umbai. Tidak jauh untuk ke sini. Perlu melalui lebuh AMJ, dan susur keluar ke Umbai. Mudah dan pantas! Juga tiada tol dikenakan. Di sini, kami memelih Restauran Parameswara yang sudahpun terkenal itu sebagai lokasi mentekedarah dan mencekik! Makanan laut adalah specialtynya dan di sini semestinya segala ikan-ikan, sotong-sotong, kerang, kupang, udang, lala dan lain-lain lagi makanan laut adalah segar-segar belaka dan harganya juga boleh tahan ok siap boleh kowtim harga lagi dengan tauke kedai.

Inilah yang kami makan!

Udang Goreng Tepung

Udang Sambal

Siakap Tiga Rasa

Sayur Campur untuk sorang makan (tapi boleh untuk 3 orang makan)

Tom Yam untuk sorang makan (tapi boleh untuk 4 orang makan)

Pari Bakar yang Dirobek

– – – – – – – – – PPPPfttttt  – – – – – – – – –

Kisah disebalik Restauran Parameswara.

http://lh3.ggpht.com/O_oNYYBfl7SeTnRngop146dDVVoFcIoh9wxQHj7zjjCIIKR1s_m_I1Z-_h0uetNV9HRTmWAfxz1AggYcjs60HA

BAYU lembut disulami deruan ombak memukul pantai sememangnya mengasyikkan. Deretan bot nelayan dan suasana malam yang mendamaikan menjadikan suasana di Medan Ikan Bakar Parameswara di jeti Umbai, Melaka selesa dikunjungi. Apatah lagi restoran yang mampu menempatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa itu terletak betul-betul di muara sungai. Sambil menikmati ikan bakar dan pelbagai jenis makanan laut, pengunjung dapat menikmati angin laut selain melihat sendiri pokok-pokok bakau yang kini semakin jauh daripada pengetahuan generasi muda.

Ditanya rahsia di sebalik nama Parameswara, pemilik restoran itu Jalaluddin Said tersenyum sambil mengimbau perniagaan cruise Sungai Melaka yang diterokainya pada tahun 1986. Syarikatnya Parameswara Maritime & Tours Sdn. Bhd. adalah yang pertama meneroka bisnes tersebut sehingga mampu menarik pelancong untuk menyusuri Sungai Melaka. Bagaimanapun selepas kerja-kerja mengindahkan Sungai Melaka siap, kerajaan negeri mengambil-alih aktiviti menyusuri Sungai Melaka pada tahun 1996.

Mahu mencuba bidang baru, anak kelahiran Bukit Tembakau, Umbai Melaka itu tertarik dengan perniagaan ikan bakar. Menggunakan nama Parameswara, maka lahirlah restoran kecil yang beroperasi di dalam kontena menawarkan hidangan makanan laut bakar yang dinikmati bersama nasi lemak kampung. Ternyata pertaruhannya agak tidak menjadi untuk tempoh lima tahun pertama restoran itu beroperasi.

Saingan deretan restoran yang turut menawarkan menu ikan bakar menyebabkan Parameswara terpaksa bersaing dan adakalanya beralah – maklumlah yang berniaga kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan sekampung. Siapa sangka usahawan yang berusia 50 tahun itu pernah menetap di Hokaido Jepun selama 10 tahun. Pengalaman bekerja di sana dan hidup dengan budaya masyarakat Jepun menjadikan beliau gigih dan tidak pernah mengenal erti tewas.

Daripada sebuah kontena, saiz Parameswara kini ditambah luas sehingga mampu menampung pengunjung yang sememangnya bertali arus ke restoran tersebut terutamanya pada hujung minggu. Malah Jalaluddin kini dalam proses menambak pinggir laut untuk memperluaskan lagi restorannya. Biarpun selesa dengan menu ikan bakar tradisional, namun Jalaluddin terpaksa akur dengan selera pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Justeru Parameswara turut menawarkan menu sweet sour, tiga rasa, kukus, blackpepper, goreng berlada, goreng tepung, goreng kunyit dan goreng berempah.

Bersesuaian dengan Melaka sebagai negeri yang terkenal dengan asam pedasnya, Parameswara tidak ketinggalan mengetengahkan menu tersebut yang turut mendapat permintaan ramai. Mencipta kelainan, Jalaluddin akan melancarkan perkhidmatan penghantaran set ikan bakar untuk makan tengah hari dan makan malam. Buat permulaan dua set akan diperkenalkan iaitu set sederhana terdiri daripada ikan cencaru, sotong bakar, udang bakar, nasi (nasi lemak atau nasi biasa), sambal dan dua jenis pencicah. Manakala set mewah pula menawarkan ikan jenahak. Dengan tenaga kerja melebihi 60 orang pada hujung minggu, apa yang penting bagi Jalaluddin adalah kepuasan pelanggan dan perkhidmatan yang pantas. Dia tidak betah membiarkan pelanggan menunggu lama.

Apa istimewanya Parameswara lantaran menu yang disediakan hampir menyamai restoran-restoran lain? Sebuah bot yang dibeli oleh Jalaluddin berlabuh di tepi muara menunggu pelanggan menikmati ikan bakar dan juadah di situ. Sememangnya menarik bagi sesiapa yang ingin menjamu selera sambil dilambung ombak kecil serta menikmati desiran angin laut. Bot tersebut sentiasa dipenuhi pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang mencuba keunikan menikmati ikan bakar dan pelbagai hidangan dengan cara tersendiri.

p/s- Kami dapat makan atas bot tu, sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa!

3 responses

  1. owh…ini makan sedap sekali!

    Februari 6, 2011 at 8:57 am

    • faerrin

      meeeeeeeeeeeeeeemang lazat!!!

      Februari 16, 2011 at 8:01 am

  2. ko buat aku lapar.
    udang sambal tu mcm sedap

    Februari 9, 2011 at 8:43 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s