Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA vs HONG KONG…SIAPA BAKAL MENANG???

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh………………….!!!!

Sudah genap seminggu aku tidak menulis! Gila! Aku jika tidak menulis boleh mengakibatkan kegemukkan di bahagian jari-jemari, akan tetapi, oleh kerana dek kesebukkan perkara-perkara hal dunia (baca; pekerjaan dan kerjaya yang sedang dibina) juga dek kerana tanggungjawab kepada si isteri yang kini di melaka (baca; ulang-alik ke melaka-KL hampir tiap hari) menyebabkan kerja-kerja menulis terbantut dan tergendala! Malah trip tempoh hari juga tidak habis lahi di tulis! Juga, di dalam benak fikiran ku juga amatlah banyak yang mahu dikeluarkan….tetapi..apa kan daya….

– – – – – – – – PPPffttttt – – – – – – – –

Ok, ini aku mahu ulas sedikit mengenai Perlawanan antara pasukan Malaysia dengan Hong Kong pada malam ini, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil tepat jam 8:30 malam ini. Apa pandangan kamu? Sebenarnya Hong Kong telah menjadi seteru sejak bertahun lamanya dan berdasarkan sejarah pertemuan antara kedua-dua pasukan, Hong Kong mempunyai rekod yang lebih baik kerana menang dalam empat perlawanan daripada enam. Manakala, Malaysia hanya menang sekali dan satu lagi pertemuan berakhir dengan keputusan seri. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada 2006 yang dimenangi oleh Hong Kong dengan keputusan 2-0 dengan perlawanan berlangsung di sana.

Mengikut dari pembacaan aku di akhbar-akhbar tempatan pada hari ini, jurulatih Hong Kong seolah-olah amat gentar dengan kewujudan Safee Sali selaku tonggak serangan. Berikut petikan yang di ambil dari akhbar Utusan Malaysia…

”Adakah pemain berjersi nombor 10 (Safee Sali) boleh bermain esok?,” soal Chung Tsang sebelum Rajagobal memberikan jawapan bahawa bakal penyerang Pelita Jaya FC itu boleh bermain. Kemudian, Chung Tsang membalas:”Oh, memang nasib kami tidak berapa baik, ” katanya berseloroh sebelum wartawan yang hadir turut ketawa mendengar kenyataan pengendali Hong Kong itu.”

– – – – – – PPPfffttttt – – – – – – – –

Ranking kedudukan FIFA

Jika diteliti, ranking antara Malaysia dan Hong Kong tidaklah jauh sangat. Beza dengan 3 kedudukan di mana, Malaysia di tangga ke 140 dan Hong Kong di tangga 143. Peluang antara negara yang berntap pada malam ini adalah 50-50! Sebelum ini skuad negara adalah di tangga 142 dan ranking terbaru ini adalah dikeluarkan oleh FIFA pada 2 Februari yang lalu.

Cuma, pada malam ini aku suka mengingatkan pemain kita supaya janganlah terlalu ego, bangga, dan mempunyai sikap yang terlalu selesa dengan kedudukan serta riak akan kemenangan yang lalu ketika menjuarai Piala Suzuki AFF beberapa bulan yang lalu, sebaliknya mereka perlu fokus dalam perlawanan dan seterusnya memenangi perlawanan pada malam ini tambahan lagi dengan kecederaan beberapa orang pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan dan Amar Rohidan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi corak permainan skuad Harimau Malaya. Jangan menjadi seperti Sepanyol pula, selepas menjuarai Piala Dunia, mereka tewas dua kali secara berturut-turut dalam perlawanan persahabatan.

Apa-apa pun, selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya!!!

Sokong Skuad Harimau Malaya!!!

p/s – Sekarang ni, rata-rata warga Malaysia dah tak segan nak pakai jersi Malaysia untuk turun lepak kat mamak! Gila ah! Fenomena! Malam ini siapa bakal menang?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s