Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BUKU BARU ; ORANG MACAM KITA

Aku baru sahaja membeli sebuah buku baru yang bertajuk Orang Macam Kita atau dalam bahasa Inggerisnya “People Like Us” aka PLU. Jadi apakah PLU itu? Aku pun tidak pasti akan maksud yang sebenarnya berkaitan terma tersebut, mungkin kamu boleh google sahaja untuk dapat lebih maklumat. Aku tertarik dengan buku ini kerana ianya sebuah karya yang lain dari yang lain. Iyalah, sebelum ini negara digemparkan dengan pengakuan seorang gay melayu muslim yang bernama Azwan Ismail yang mengatakan “saya gay, saya ok”. Pengakuannya sebagai seorang gay telah mengundang ugutan dan cercaan dari setiap umat melayu muslim di Malaysia. Aku juga pernah menulis mengenainya di dalam entri yang lepas, cari sahaja di dalam blogku ini jika kamu mahu baca. Sebenarnya, perlakuan beliau meneganai pengakuannya sebagai seorang gay di dalam youtube itu boleh menjadikan satu ikut-ikutan di kalangan generasi muda melayu muslim di Malaysia dan ianya juga secara terang-terangan telah melanggar hukum agama islam, budaya melayu serta norma-norma kehidupan seorang manusia yang normal. Ok, berbalik kepada buku ini. Sebenarnya, hasil dari “karya” Azwan Ismail di youtube itulah telah menjadikan aku begitu ingin tahu untuk menyelami dunia mereka, bukan kerana apa…sekadar untuk mengetahu satu sisi alam yang lain.Ya….. Dunia PLU itu adalah satu sisi dunia yang lain.Sudah banyak kali ianya dirungkai di kaca tv, banyak kali juga ianya dikupas oleh para sarjana-sarjana dan bayak kali juga ianya menjadi bahan sembangan di kedai kopi! Oleh kerana itu, hasil carian aku telah membawa kepada satu penemuan tentang buku ini dan akhirnya aku membelinya dari lamann web syarikat penerbitan buku ini. Oh ya! Untuk makluman, buku ini tidak terdapat di kedai-kedai buku di Malaysia dan ianya hanya boleh di beli dan dipesan melalui internat sahaja. Carilah di MPH, Kinokuniya, Borders, Popular waima Kedai Buku Czip Lee di Kajang, pasti tidak akan ketemu!
– – – – – – – – – – – – -PPPPPPffffttttttt – – – – – – – – – – – – –
Orang Macam Kita

Orang Macam Kita ialah sebuah antologi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif di Malaysia. Seksualiti alternatif boleh diertikan sebagai homoseksual, biseksual, transgender dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa. Label-label sebegini mungkin tampak sensasi atau klinikal. Namun cerita-cerita dan kajian-kajian di dalam buku ini mungkin mendedahkan sisi lain, yakni sisi alternatif, daripada tanggapan yang sedia ada.

Orang Macam Kita memuatkan 25 karya dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza: kisah cinta dan penerimaan yang mencuit, cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera dan filem; dan ada yang melayang jauh ke alam surreal. Kepelbagaian ini turut diraikan; tepuk dada tanya selera!

Berikut adalah tajuk-tajuk karya yang termuat di dalam buku ini.

Pengenalan – Azwan Ismail & Diana Dirani

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas – Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Anak Ikan – Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Sembang Ratu – Nizam Zakaria
Jika Itu Takdirnya – Khalid Idris
Pangkon – Dalih Sembiring
Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia – Fadli al-Akiti
Avatar Tekne Seksual – Clarissa Lee
Rabak – Mohd Zaain Bin Md Zin
Sulalatus Anilingus – Ridhwan Saidi
Lurus Atau Bengkok – Dina Zaman
Pencuri Hati – Nizam Zakaria
Gay.a Ke Aku? – Zulkifli Bin Mohamad
Duyung Karuna – Chuah Guat Eng
Indra Dan Fadil – Paul Agusta
Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita – Hafidz Baharom
Tiada Sesalan – Azwan Ismail
Wanita Dua Wajah – Bissme S.
Honey – Bernice Chauly
Sepetang Di Kafe Oedipus – Mohd Ikhwan
Syi – Mohd Syahar Azizan
Vagabundando, Vagabundando – Fernando Rosa Ribeiro
Yang Sebenarnya – Adibah Yahya
Sembang Ratu II – Nizam Zakaria
Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? – Farish A. Noor
Asmara Dua Vampir – Diana Dirani
Cover Buku Orang Macam Kita yang berjudul Sticker

p/s – Ok, mari membaca! Jangan terpengaruh! Yang elok dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan!

One response

  1. as if!

    Februari 21, 2011 at 5:12 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s