Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mac, 2011

OBELISK DI PUTRAJAYA;HEHEHEHE…

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.

Sun Pillar

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith).

Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide:

This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.

Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud

Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

National Millennium Monument, Precint 2 Putrajaya

St. Peter Square, Vatican.

Luxor Obelisk, Paris

Central Park, New York

Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin

Sao Paolo. Brazil

Istanbul, Turki

London, England

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13

p/s – Kalau diikutkan, banyak lagi binaan di Malaysia ini yang menyemai semangat fremason dan illuminati ini. Contohnya Midvalley, jika kamu google map/google earthkan binaan ini dari atas kamu akan dapati midvalley ring road itu adalah “the all seing eyes”. Tak percaya? Sila lakukan! 

Siapa pelopor pembinaan Putrajaya? Hehehehehe….pastinya seseorang yang ber”degree” besar dalam freemason!

credit: Kelab Greenbroc


PROSES KEJADIAN BAYI DARI MINGGU KE MINGGU

Insyaallah, aku bakal menjadi ayah pada bulan Oktober ini. Kini isteri sedang mengandung dan usia kandungannya lebih kurang 10-11 minggu. Jadi pada masa ini, banyaklah cabaran yang aku dan juga isteri tempuhi, maklumlah kami kini berjauhan. Aku di Kajang, isteri di Alor Gajah, Melaka. Sudah ditakdirkan begini barangkali. Apa boleh buat, terima sahaja dan setiap hari kami berdoa agar dapat juga duduk serumah bersama satu hari nanti. Mudah-mudahan.

Aku kini semakin sebuK. Kerja, mestilah sebuk. Kalau tidak sebuk makan gaji buta! Rezeki apa yang kamu perolehi itu dengan hanya bergoyang kaki. Pukul 10 pagi sudah sebuk mahu keluar minum. Sarap katanya. Pukul 12 baru masuk pejabat. 12.30 sudah mahu keluar lagi, mahu ke bank katanya. Sudahlah…malas aku mahu bebel tentang ini.

– – – – – – – – PPPfftttttt – – – – – – – – –

Dah terlanjur aku bakal menjadi bapa. Di sini aku kongsikan sedikit info tentang proses kejadian bayi dari minggu ke minggu. Sedikit sebanyak dapat jugak kamu semua ilmu dan manfaat darinya.

Minggu 1 :

Minggu ini sebenarnya masih dalam tempoh periode menstruasi, bahkan pembuahan pun belum terjadi. Sebab tarikh perkiraan kelahiran bayi dihitung berdasarkan hari pertama haid terakhir anda Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahwa telah ada calon bayi dalam rahim. Saat ini janin sudah memiliki segala bekal genetik, sebuah kombinasi unik berupa 46 jenis kromosom manusia. Selama masa ini, yang diperlukan hanyalah nutrisi (melalui ibu) dan oksigen. Sel-sel telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari. Sel ini akan bertemu dengan sel-sel sperma dan memulakan proses pembuahan.

5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju tujuan akhir mereka iaitu menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang berjaya menembusi telur.


Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak henti-hentinya berusaha secara tekun menerobos dinding telur.

Minggu ke-2 : 

Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopio menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.Sel-sel mulai berkembang dan terbahagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium

Minggu 3:
 
Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sedar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.
Minggu ke-4 :
Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin – HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif. Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).
Minggu ke-5 :
Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6 :
 
Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga punggung. Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum bisa mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai nampak.


Minggu ke-7 :

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Pucuk lengan mulai membelah menjadi bagian bahu dan tangan yang mungil. Jantung telah dibahagi menjadi bilik kanan dan bilik kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

Minggu ke 8 :
 
Panjang kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda boleh melihat , hujung hidung dan kelopak mata mulai berkembang, begitu pula telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan tenggorokan, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah pembuahan. Bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna
 
Minggu ke-9 :
 
Telinga bagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda boleh mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.
 
Minggu ke-10 :

Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap minit. Ia mulai nampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.

Minggu ke-11 :

Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah keadaan bayi yang sebigini akan mengakibatkan si ibu kerap terasa sakit akan tetapi sedikit sebanyak memberi rasa sensasi kebahagiaan tersendiri.

Minggu ke-12 :

Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin boleh jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram. Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.

Minggu ke-13 :

Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan sampah bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Janin mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram. Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.

Minggu ke-14 :

Tiga bulan setelah pembuahan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju panggul.
Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal karena belum ada lapisan lemak

Minggu ke-15 :

Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi anda perempuan, ovarium mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat tipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm. Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan mengisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutupMinggu ke-16 :

Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Janin mulai bergerak ! Tetapi tak perlu kuatir jika anda tak merasakannya. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi seiring dengan perkembangan kerangka. Bayi Anda berukuran 116 mm dan beratnya 80 gram.
Minggu ke-17 :

Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat mulai berkembang, untuk menjaga suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari jumlah keselurhan berat badannya.  Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk

Minggu ke-18 :

Pada minggu ini, anda boleh dan digalakkan untuk berbual bicara dengan bayi. Bernyanyi dan bersenandung juga digalakkan. Bagi muslim adalah lebih afdal diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Ini kerana  janin sudah boleh mendengar pada minggu ini. Ia pun boleh terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter/scanner yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram. Bayi sudah boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.

Minggu ke-19 :

Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, semacam lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik kerana ia mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap ibu jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.

 

Minggu ke-20 :

Setengah perjalanan telah dilalui. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. Kuku tumbuh pada minggu ini. Proses penyempurnaan paru-paru dan sistem pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat


Minggu ke-21 :

Usus bayi telah cukup berkembang sehingga ia sudah mampu menyerap atau menelan gula dari cairan lalu dilanjutkan melalui sistem pencernaan manuju usus besar. Gerakan bayi semakin pelan kerana beratnya sudah
340 gram dan panjangnya 20 cm
Minggu ke-22 :
Panca Indera yang akan digunakan bayi untuk belajar berkembang setiap hari. Setiap minggu, wajahnya semakin mirip seperti saat dilahirkan. Perbandingan kepala dan tubuh semakin proporsional.

Minggu ke-23 :

Meski lemak semakin bertambah di dalam tubuh bayi, kulitnya masih kendur sehingga nampak kerepot. Ini kerana produksi sel kulit lebih banyak dibandingkan lemak. Ia memiliki kebiasaaan “berolahraga”, menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki, lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram 
Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.

 Minggu ke-24 :

Paru-paru mulai mengambil oksigen meski bayi masih menerima oksigen dari plasenta. Untuk persiapan hidup di luar rahim, paru-paru bayi mulai menghasilkan surfaktan yang menjaga kantung udara tetap mengembang . Kulit bayi mulai menebal

 
Minggu ke-25 :
 
Bayi cegukan, apakah Anda merasakannya? Ini tandanya ia sedang latihan bernafas. Ia menghirup dan mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu banyak, ia akan cegukan.
Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indera penciuman bayi sudah semakin membaik karena di minggu ini bagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cm.

Minggu ke-26 :
 
Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi, si ibu boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin si ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, sedangkan tingginya 35-38 cm.

Minggu ke-27 :
 
Minggu pertama trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem kekebalan tubuh masih harus dimatangkan. Namun jika ia dilahirkan, memiliki peluang 85% untuk bertahan. Panca Indera perasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. Berat umum bayi adalah 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38 cm.
 
 
Minggu ke-28 :
Minggu ini beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin berkembang dan rambutnya terus tumbuh lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar boleh dapat bertahan hidup.

 
Minggu ke-29 :
 
Kelenjar adrenalin bayi mulai menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen. Hormon ini akan menyetimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu sehingga membuat kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat menyusui). Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah boleh mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.

Minggu ke-30 :

Lemak dan berat badan bayi terus bertambah sehingga bayi sekarang sekitar 1400 gram dan panjangnya 27 cm. Kerana ia semakin besar, gerakannya semakin terasa Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Saat ini waktu yang terbaik bagi si ibu untuk menggerak-gerakan senter tersebut maka mata bayi sudah boleh mengikuti ke arah mana senter tersebut bersinar. Cairan ketuban (amniotic fluid) di rahim si ibu juga semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mulai memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm. 

Minggu ke-31 :

Plasenta masih memberikan nutrisi yang dibutuhkan bayi. Aliran darah di plasenta memungkinkan bayi menghasilkan air seni. Ia berkemih hampir sebanyak 500 ml sehari di dalam air ketuban  Perkembangan fisik bayi sudah mulai melambat pada fase ini, hanya berat badan bayilah yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor. Berkebalikan dengan
perkembangan fisiknya, pada fase ini perkembangan otaknyalah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan muzik, bayi akan bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43 cm.
 
 
Minggu ke-32 :
 
Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai gugur tetapi sebahagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini. Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah mula boleh bermimpi, .

 

Minggu ke-33 :

Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mula boleh berkoordinasi antara lain, bayi sudah menghisap ibu jarinya dan sudah boleh menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.

 
Minggu ke-34 :
 
Bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh si ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah si ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih rinci pada saat bunda mulai menyusui. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-46 cm.

Minggu ke-35 :
 
Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim si ibu. Apabila bayi laki-laki maka di bulan ini testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-47 cm.

 
Minggu ke-36 :
 
Kulit bayi sudah semakin halus dan sudah menjadi kulit bayi. Lapisan lemak sudah mulai mengisi bagian lengan dan betis dari bayi. Ginjal dari bayi sudah bekerja dengan baik dan livernya pun telah memproduksi kotoran. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah siap bertemu dengan si ayah dan si ibu. Berat badan bayi 2400-2450 gram, dengan tinggi badan 47-48 cm
 
Minggu ke-37 :
 
Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah boleh melihat adanya cahaya diluar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktiviti harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih dilakukan di dalam air. Berat badan bayi di minggu ini 2700-2800 gram, dengan tinggi 48-49 cm

Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 :

Proses pembentukan telah berakhir dan bayi siap dilahirkan.

p/s – Semoga isteri dan bayi yang dkandungkan sentiasa sehat wal-afiat dan selamat di bawah perlindungan oleh-Nya.

Credit to: Blog ibu-ibu bapak-bapak atas info ini.


KRISIS JEPUN, KRISIS LIBYA; DUA-DUA BENCANA BESAR!

Sekarang, dunia seperti tidak tentu arah. Sebelah sana ada gempa bumi, tsunami menghancur negara. Bencana alam! Di sudut yang berlainan, sebelah sana pula sebuk dengan mahu meruntuhkan kerajaan sedia ada. Mengheret perang sedara, merosak sosio ekonomi, mengugat kemanan dan kestabilan politik sedia ada. Paling menyanyat hati apabila ada pula negara besar cuba membentk pakatan menghujani Tomahawk ke negara yang sedang bergolak. Katanya mahu melerai segala, mahu menolak segala anasir sedia ada…tapi yang pasti, itu semua adalah alasan semata-mata! Alasan untuk menakluk negara lain dan meninggalkan kerajaan boneka bertunjangkan barat!

Entahlah, dunia semakin teruk.

Ada kemusnahan berpunca dari alam semulajadi. Kemusnahan yang secara tiba-tiba meranapkan segala yang tegak. Merosak segala yang dibina selama ini. Secara tidak langsung menggubah geografi dan kedudukannya di peta dunia! Tapi yang agak mencemaskan, bencana tersebut semakin melarat dan mengheret kepada satu lagi permasalahan global. Kesan radioaktif semakin meruncing apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang menimpa negara Jepun.

Kombinasi imej satelit, (gambar kiri) merakamkan loji nuklear Daiichi di Fukushima pada 21 November, 2004 dan (gambar kanan) pada 14 Mac. Kelihatan kepulan asap menjulang ke udara setelah reaktor No.3 di loji itu meletup ekoran gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Dalam tempoh empat hari lalu selepas gempa itu, dua reaktor di kompleks nuklear terletak 240 kilometer ke utara Tokyo itu telah meletup mencetuskan krisis nuklear paling serius di Jepun sejak Perang Dunia Kedua. – REUTERS


– – – – – – – – – – – PPPPPffffffftttttttttttt – – – – – – – – – – –

Bagaimana jika kamu semua baca makilumat yang aku terima ini. Mengenai krisis Libya.Mungkin sedikit sebanyak akan dapat menggubah persepsi kamu yang kini sudah statik.

Amerika dan Zionist telah HIJACKED gerakan revolusi Islam di Timur Tengah:

1. Protes untuk menjatuhkan diktator tajaan barat di Tunisia dan Mesir memang wajar. Di kedua-dua negara ini, pemimpin serta tentera mereka ditaja oleh Kerajaan Amerika.

2. Namun seperti biasa, masyarakat Islam memang terkenal sebagai masyarakat yang beremosi sehingga tidak dapat menilai mana kaca dan mana permata.

3. Cuba pikir, kenapa bukan Kerajaan Saudi Arabia yang dijatuhkan? Kenapa bukan Kerajaan Jordan yang dijatuhkan? Gaddafi bukan merupakan “boneka” Amerika dan seringkali mengkritik keras usaha dan sentiasa menyokong gerakan menentang Amerika.

4. Kini, Libya terbahagi kepada dua. Libya Barat (tak banyak OIL) dan Libya Timur (banyak OIL). Dasar pecah perintah Zionist telah berjaya dengan cemerlangnya. Cuba bandingkan tempoh masa US bertindak dalam kes Mesir dan Libya. Presiden Amerika mengambil masa 3-4 minggu sebelum memutuskan untuk menyuruh Mubarak berundur. Tetapi sebab Libya kaya dengan OIL, Obama mengambil masa 3 sahaja untuk pergi ke PBB dan memaksa Majlis Keselamatan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Libya.

5. Sekali lagi puak Zionist berjaya mengkucar kacirkan Umat Islam sebab mereka bijak melihat dan mengambil peluang manakala umat Islam sentiasa dengan sikap bertindak melulu…Mari kita lihat adakah Kerajaan Arab Saudi atau Jordan tajaan Amerika akan dijatuhkan ke tidak…

Gambar di atas dari Reuters, bolehkah dipercayai?

Mahu info lebih, boleh rujuk di web ini.

1.Pelajar Indonesia Bantah Berita Libya DIseleweng
2.Kronologi Krisis Libya Sebenar – Pelajar Indonesia
p/s- Mungkinkah ada hidden hand yang terlibat disebalik kedua-dua bencana ini? Di Jepun dan negara-negara Arab? Apa-apa pun dua-dua bencana besar!


TSUNAMI JEPUN; APA PANDANGAN KAMU?

Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tidak menulis. Banyak memerhati sekarang ni. Ok, baca sahaja!

Sana-sini sebuk dan kecoh pasal Tsunami Jepun. Satu dunia gegak gempita mahu jadi jaguh mahu tolong negara Jepun. Di Malaysia juga tak terkecuali, dari Badan-badan kerajaan ke NGO-NGO serta lain-lain badan mahu menyalurkan bantuan tidak ira dari segi kewangan, material, makanan, ubat-ubatan mahupun tenaga. Memang sebuklah!

Golongan artis juga tidak terkecuali mau “beramal dan berbakti”.Huhhh….Tapi, tahukah disebalik kecelakaan itu ada juga cakap-cakap aneh mengenai hal ini. Kedengaran juga teori-teori dan kononya konspirasi berlakunya “tsunami” itu adalah dirancang. Entahlah…Apa-apa pun tuhan lebih mengetahu di sebalik kejadian. Mungkin ini adalah azab dan juga sebagai perinatan kepada kita semua penduduk bumi.

Ok, berbalik kepada teori konspirasi. Mengikut dari “cakap-cakap aneh”, tsunami yang melanda Jepun bukanlah dari kejadian natural. Bukan kejadian kemusnahan alam yang biasa. Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun adalah hasil dari ujikaji bom nuklear dasar lautan oleh Barat (baca; New World Order). Aktiviti manusia seperti ujian nuklear yang dijalankan di dasar laut mampu memberi kesan kepada bencana alam. Ujian nuklear mungkin boleh dianggap sebagai pemacu (triggering) kepada gegaran gempa bumi dan kemungkinan gempa bumi boleh berlaku sekiranya ujian nuklear dilakukan di kawasan sempadan antara tektonik (plet bumi) pada permukaan bumi, tidak boleh ditolak.

Jadi dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami serta kemusnahan yang berlaku ianya akan memudahkan pengurusan membentuk orde dunia baru. Ok, itu cuma sekadar teori….realiti masih belum dibukti dan mungkin para pengkaji teoti konspirasi harus membuat kajian lebih mendalam mengenai hal ini.

– – – – – – – – – PPPPffffttttt – – – – – – – – – – –

Tapi, kenapa kita Malaysia turut membantu Jepun? Atas dasar apa? Dasar kemanusiaan? Pada satu ketika dulu kita pernah dijajah oleh Jepun dan kehidupan pada zaman dulu dibawah penguasaan Jepun adalah begitu teruk. Ubi rebus sebagai jamuan dari pagi, tengah hari membawa ke petang hingga ke malam. Ok, sila baca rentetan yang sudah pun diringkaskan untuk pemahaman dan pembacaan kamu semua.

Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Kesan Politik

a) Menyemarakkan semangat nasionalisme,kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.

b) Orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM, PETA, KRIS

Kesan Ekonomi

a) Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali
Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi. Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

b) Kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun.Perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport. Perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun. Orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

Kesan Sosial- Perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.Permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.

Tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.Pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

Jadi, bagaimana???

Jadi, selepas melihat gambar-gambar di atas…..tiada siapa yang akan sampai hati. Pasti semangat kemanusiaan akan lahir bagi membantu mereka yang di dalam kesusahan. Apa pandangan kamu?

p/s –  Aku punya pandangan tensendiri…


RUTIN HARIAN WARGA KOTA

Hari-hari kita pasti akan melakukan perkara atau perbuatan yang sama. Seolah-olah kepala otak dan minda ini diprogram atau telah disetkan untuk mengikut apa jua ketetapan yang telah ditetapkan (baca; The Adjustment Bureu).

Ambil contoh, bangun seawal enam pagi, celik mata dan gosokkan mata. Terus bingkas bangun dan capai tuala. Menuju ke bilik air, buka pancuran air dan mandi sambil menggosokkan gigi. Siap. Masuk bilik, tukar baju dan bersolat terus capai kunci kereta dan merempuh kesesakan sebelum tiba di pejabat. Oh Ya!!! tidak dilupakan melalui lebuhraya bertol yang penuh dengan kenderaann dan sekaligus terperangkap di dalam aliran trafik yang sangatlah padat!

Mauk ke kawasan bangunan pejabat, tegesa-gesa dengan kakitangan lain untuk berebut pula petak parking yang sudah pastinya menggunapakai metode first come first serve atau pun siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia tak dapat dan tiba di pejabat sebelum pukul lapan dan sempat untuk punch/ log in/ tumb print tepat pada jam 8:03 minit pagi.

Sekali lagi kamu merah !!!

Di pejabat, deringan telefon bertalu-talu. Pelbagai mesyuarat perlu dihadiri dan pelbagai tindakan perlu dibuat. Ke sana dan ke sini, ke hulu dan ke hilir untuk menyelesaikan sesuatu. Perbincangan, konsultasi dan lain-lain situasi yang perlu dihadapi secara kritikal.

Kerja, kerja, kerja….semuanya kerja yang entah bila akan habis. Esok lusa masih ada tapi kerja yang ada tidak pernah surut, malah makin bertambah dari masa ke semasa. Cuma satu sahaja yang tidak pernah bertambah.

Gaji!!!

Yaa…..gaji dan elaun yang ada, tidak pernah bertambah. Bebanan tugas mencakupi pelbagai aspek yang semakin hari semakin banyak. Itulah dia rutin seharian warga kota, bangun awal pagi dan pulang pada lewat dinihari. Ke sana-sini dengan arah tujuan yang sama dan kadang-kadang jika difikirkan, apakah ini semua? Adakah benda-benda ini akan berakhir atau adakah perlu dihadapi hingga ke akhir nafas?

p/s –  Rutin harian warga kota…samakah dengan warga desa?


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Pada 8 Mac yang lalu, tayangan perdana khas filem ke lapan terbitan KRU Studios telah berjaya memukau dan membuka mata penonton dengan keindahan filem yang sedang hebat dicangan di merata tempat. Selepas dicalonkan dan memenangi beberapa buah anugerah di dalam FFM ke 23 yang lalu dengan mempertaruhkan filem Magika, kini syarikat milik tiga beradik ini tampil pula dengan filem epik-aksi yang diberi tajuk, Hikayat Merong Mahawangsa.

Filem yang dikategorikan sebagai salah sebuah filem wajib tonton tahun ini telah beraksi di pawagam pada 10 Mac ini, serentak tayangannya di Brunei. Filem edaran KRU Pictures ini bukan lagi satu penantian malahan kini berubah menjadi satu realiti yang pasti. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, filem epik dengan bantuan CGI membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya.

Filem epik-aksi ini menceritakan kembali kepada kita mengenai mitos yang dikatakan telah ditelan zaman. Mitos yang dahulunya wujud di hati penglipurlara di zaman purbawara ini membawa kita menyusur galur sebuah lagi kisah zaman pemerintahan yang agung. Hikayat Merong Mahawangsa yang diambil cerita asalnya dari sebuah buku mitos yang bertajuk sama ini difilemkan dengan interpretasi yang tersendiri. Pengarahnya, Yusry Abdul Halim yang amat terkenal dengan hasil tangannya yang penuh magikal dan penuh dengan CGI ini amat menarik perhatian.  Sebuah kerajaan yang dahulunya memang terkenal dengan cerita seorang lagenda bangsa yang terkemuka. Namanya bukan satu perkara asing dan sering disebut oleh penglipurlara zaman dahulu kala. Mengenai seorang wira yang diberi nama Merong Mahawangsa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan sebauh filem epik yang berdiri dengan menggunakan kesan teknik CGI. Hampir 60% filem ini menggunakan CGI untuk menyokong jalan cerita mitos yang dibawa.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem epik ini adalah Stephen Rahman Hudges, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Hendrik Norman, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong. Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi iaitu pemenang Drama Sebabak ERA.

Pengambaran yang dijalankan di sekitar Pahang dan Terengganu ini sebenarnya melibatkanlebih dari 200 tenaga produksi yang bekerja di dalam sesuatu tempoh. Maka, tanggungjawab yang diserahkan untuk filem epik seperti ini pastinya akan lebih bermakna jika melihatkan kepada hasil produk akhirnya. Tiada cacat cela yang ketara, cuma ada rasa bangga dan terpesona sahaja.

Filem yang dimulakan dengan babak di mana salah seorang keturunan Merong Mahawangsa sedang menulis hikayat ini untuk dipersembahkan kepada anak cucu mereka kelak. Kisah penceritaan seorang tokoh yang dianggap lagenda dunia mitos ini dimulakan dengan permulaan bagaimana pertemuan Putera kerajaan Rom dengan Merong yang ditangkap di Goa kerana sedang menimbulkan satu kekocohan di pelabuhan. Akibat tertarik dengan sikap dan juga gelagat Merong yang menarik perhatian. Seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain ini dilihat sangat pandai bertarung dan bijak pandai orangnya.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.  Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat? Sama-sama kita saksikan kesudahannya di pawagam kelak.

Bercakap mengenai hasil kerja kreatif ini, Yusry selaku pengarah filem ini memberitahu, filem ini merupakan hasil kerja yang dibuat pada 2 tahun yang lepas dan di sepanjang tempoh masa itu juga dia telah banyak mempelajari pelbagai perkara baru. Maka, hasil yang dikeluarkan jika dibawa ke masa sekarang maka hasilnya akan turut berbeza. Tidak hairanlah jika ini pernyataan yang dikeluarkan oleh Yusry sendiri kerana pengambaran yang dijalankan selama dua bulan pada tahun 2009 ini sudah lama berlalu. Filem yang menelan bajet sebanyak RM8,000,000 ini sebenarnya tidaklah semahal yang kita sangkakan. Melihat kepada tenaga produksi yang dibawa dari dalam dan luar negara dan juga para pelakon yang terlibat akan memberikan anda satu persoalan. Adakah baket sebanyak 8 juta itu benar-benar cukup untuk menghasilkan filem sehebat ini? Anda tonton dan nilai sendiri hasilnya.

Disebabkan oleh filem ini bergenre epik, maka penekanan warna kusam, gelap dan juga nampak lebih sesuai dengan zaman. Imaginasi Yusry untuk bermain dengan ruang dan penetapan props dan CGI di dalam skrin amat tepat dan meyakinkan sekali. Melihat kepada hasil CGI yang ada di dalam filem ini sebenarnya masih ada banyak lagi ruang untuk improvisasi. Yusry sendiri membuat pengakuan bahawa jika filem ini dijalankan pada tahun ini dan bukan pada dua tahun yang lepas, maka hasilnya tidak akan sama. Kerana CGI dan teknologi mengalami evolusi.

Walaubagaimanapun, trend CGI yang dikekalkan oleh KRU Studios ini patut diteruskan, dikembangkan dan semoga akan menjadi satu budaya sihat yang akan mengubah wajah industri perfileman tanah air kita. Bukan mahu memenangkan teknologi, namun perkembangan media baru ini berada di mana sahaja dan kini sedang mempelopori dunia perfileman seantero dunia.

Bahasa di dalam filem ini bukanlah bahasa sebenar yang digunakan oleh penduduk bumi pada tahun ke 120. Namun, pengarah memutuskan untuk mengutamakan keselesaan pelakon untuk melontarkan dialog mereka dengan fasih dan juga mendekati pemahaman penonton. Tidak memberikan penekanan yang berat kerana pengarah mahu penonton juga memahami apa yang dikatakan dan jika bahasa asal yang digunakan, maka penuhlah ruang sari kata yang berada di bahagian bawah skrin. Stephen Rahman yang ditemui ketika majlis sidang media turut memberitahu bahawa dia juga memerlukan masa untuk mengetahui dan memahami setiap dialog yang akan dituturkan.

Tiga naskhah telah diperuntukkan dengan versi berbeza disediakan untuk membantu pemahaman pelakon. Maka, tidak hairanlah jika di satu babak sebelum pertempuran akhir kerajaan Langkasuka yang diketuai oleh Merong Mahawangsa sendiri dilakukan dengan penuh semangat dan pengucapan dialog Stephen lancar dan mampu melahirkan kesan emosi yang tepat. Berdiri bulu roma dengan kata-kata laungan semangat tersebut.

Pergerakan plot yang bergerak selari dengan bantuan tukang cerita di bahagian awal, pertengahan ketika melalui titik transition dan juga di bahagian akhir cerita ini menarik. Jarang sekali cerita Malaysia yang membawa tukang cerita begitu jauh sehingga ke penghujung cerita. Membantu jalan cerita dan memberikan mood yang berbeza. Jika anda amati secara mendalam, filem ini tanpa bantuan tukang cerita? Pasti akan kurang impak penumpuan fokus anda kepada apa yang ingin disampaikan.

Terjemahan idea secara literal juga banyak dibawa ke dalam filem  ini menurut kesesuaian dalam penceritaan. Cetusan imginasi memenuhi ruang dengan keperluan yang tertentu tanpa sogokan yang luar biasa istimewa pada mata penonton. Burung geruda yang diceritakan di dalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa berbeza dengan geruda yang dimaksudkan di dalam filem ini. Jika mengikut naskhah sebenar burung geruda itu adalah burung sakti yang gergasi yang mempunyai kuasa yang sangat hebat namun di dalam filem ini, sedikit improvisasi dilakukan bagi menjaga sensitiviti sesuatu perkara yang didorong oleh perkataan mitos.

Pujian perlu diberikan kepada para pelakon yang terlibat. Terutamanya kepada Khir Rahman yang membawakan watak antagonis, Kemawas yang zalim dan rakus. Watak yang dibawakannya hidup dan rasa benci serta marah kepada Kemawas semakin menebal apabila penonton melihat kekejaman dan kezaliman Kemawas kepada Embok dan keluarganya. Namun, adakalanya wujud saat di mana tumpuan watak utama beralih dari Merong kepada Kemawas pula ketika tiba saat pertarungan mereka berdua. Kemawas nampak lebih dominan, yakin dan juga mampu meyakinkan penonton lebih sedikit dari watak utama.

Tidak hairanlah jika kita katakan bahawa, Khir mampu mencuri sebentar tumpuan lampu sorot watak utama yang protagonis itu. Kewibawaan Stephen dan Khir sebagai pelakon tidak boleh diperbahaskan lagi. Walaupun kadangkala, pengucapan dialog Stephen kedengaran pelik dengan kepelatan bahasa, namun pujian harus diberikan kerana Stephen berjaya membawa watak Merong dengan berjaya sekali.

Filem ini sebenarnya cukup rasa. Ada tawa di dalam duka, ada cinta di dalam sengketa dan ada jenaka di dalam derita. Watak yang dibawa oleh Ummi Nazeera sebagai Embok di dalam filem ini penuh emosi dan penuh. Wataknya biarpun hanya muncul seketika namun meninggalkan kesan dan impak yang tertentu. Embok berjaya meneutralkan rasa pahlawan sejati yang ganas, kasar dan gagah perkasa itu. Embok juga berjaya menunjukkan sisi lembut si perwira penyelamat suku mereka.

Watak inang kepada tuan puteri di dalam filem ini berjaya ditandingi dengan lakonan Nell Ng yang nampak lebih hidup karakternya. Lawak jenakanya yang comel dan mencuit hati ini jauh lebih menarik untuk ditonton jika dibandingkan dengan watak tuan puteri itu sendiri. Watak pelakon pembantu dengan karakter yang menarik perhatian akan mendapat perhatian penonton.

Sebuah filem yang penuh dengan keindahan dan satu sisi transformasi kepada masa hadapan industri seni tanah air. Semoga dengan lahirnya filem ini akan membawa industri perfileman kita setapak ke hadapan dan akan berlaku evolusi di dalam arus tayangan sinema di Malaysia.

p/s – Moh ramai-ramai kita layan muvi ni. Terbaek!!!! Kali ini aku yakin boleh pecah panggung 10 juta!!! Tulisan di atas adalah hasil dari ulasan Liza Ramli.


A DOCTOR IN THE HOUSE: THE MEMOIRS OF TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Tun Mahathir dah lancarkan bukunya pada petang tadi (maksud aku semalam 9 Mac 2011). Buku yang bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad dilancarkan pada satu majlis di East Atrium Concourse, Mid Valley Megamall. Buku itu juga katanya, memuatkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka.

Kacak jugak Tun M ini walaupun dah berusia!!

Buku terbitan MPH Group Publishing Sdn. Bhd. setebal 800 halaman dan berharga RM100 senaskhah tersebut akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya.

Dr. Mahathir berkata, buku tersebut merupakan memoir dan pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

Saya mengambil masa selama lapan tahun untuk menulis buku ini. Saya berharap semua orang mengambil iktibar daripada buku tersebut”.

“Apa sahaja pandangan yang diberikan selepas membaca buku itu adalah terpulang kepada mereka,” katanya pada majlis pelancaran buku tulisannya itu di sini hari ini.”

MPH telah mencetak sebanyak 50,000 naskhah dan ia boleh didapati di kesemua kedai buku dan cawangan MPH Bookstore di seluruh negara. Malah lebih 1,000 naskhah telah dijual sejak buku itu mula dipasarkan hari ini. Jangan terkejut, menurut sumber dari penerbit buku berkenaan sebanyak 253 buah naskhah telah dijual ketika pelancaran dan perasmian buku ini. Orang luar juga tidak terkecuali berminat untuk mendapatkan buku ini memandangkan pihak MPH sendiri telah mendapat tempahan dari Amerika, Indonesia dan Singapura secara online!

– – – – – – -PPPfftttttt – – – – – – –

Sedikit intipati buku ini yang aku ceduk dari laman web MPH online. Sekadar untuk berkongsi bersama.

In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.

This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir’s extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bête noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.

At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why

p/s – Siapa-siapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, boleh carik di kedai-kedai buku MPH atau layari sahaja MPH Online! Buku ini kategori wajib beli dan musti aku miliki!


ISTERIKU MUDAH-MUDAHAN CEPAT SEMBUH & LIVERPOOL CAYALAH!!!

Lamanya aku tidak menjengah ke blogku ini. Aku sebuk dengan urusan kerja dan rumah tangga, malah malam semalam isteriku telah jatuh pengsan secara tiba-tiba. Pada ketika itu, kami di Melaka, maka terpaksalah aku membawa isteri ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan smabil ditemani oleh Mak cik dan anak buahku (Mak Tik dan Dak Iddin). Setelah mendapatkan rawatan dan telah sedar sepenuhnya pada hari ini, aku sudah boleh menarik nafas lega. Doktor juga mengkehendaki supaya isteri ditempatkan di wad bagi memudahkan rawatan.

Aku sebenarnya amat risau…terlalu risau…Manakan tidak, ketika usia di dalam kandungannya semakin membesar (kini sudah genap dua bulan) isteri secara tiba-tiba sakit. Mungkin pembawakan budak. Tak apalah..moga cepat sembuh dan kita semua akan kembali ok seperti sedia kala. Aku boleh pulang ke pejabat, dan isteri kembali bertugas menabur bakti untuk mendidik anak bangsa di UiTM Melaka kelak.

– – – – – – – – -PPPPfftttttt – – – – – – – – – –

Dalam kegusaran dan juga kerisauan yang melanda diri aku ni, aku juga mendapat berita gembira apabila aku mendapat tahu yang MU telah dikalahkan juga “disayurkan” malah “diayam-ayamkan” oleh pasukan yang kini lebih dikenali dengan “Standard Kampung”. Iyalah, resam dunia, kita tidak selalu berada di atas dan kadang-kadang tidak juga kita semestinya di bawah dan tercorot!

Ini petikan berita yang aku ambil dari Utusan Malaysia Online.

Liverpool kembali mengganas!!

Dirk Kuyt menjadi igauan ngeri buat Manchester United apabila jaringan hatriknya membantu Liverpool membenam Red Devils 3-1 dalam aksi terbaik yang pernah ditampilkan oleh skuad bimbingan Kenny Dalglish setakat ini.

Pemain antarabangsa Uruguay, Luis Suarez menjadi arkitek kepada dua gol yang dihasilkan Kuyt pada minit ke-34 dan ke-65, sementara satu gol lagi hasil ‘ihsan’ yang diberikan Nani yang tertanduk bola berhampiran pintu gol United pada minit ke-39.

Javier Hernandez memberikan gol sagu hati kepada United pada minit ke-91 selepas menanduk bola hasil hantaran lintang Ryan Giggs. Keputusan itu bermakna kekalahan kali kedua berturut-turut buat United selepas tunduk kepada Chelsea minggu lalu, manakala Liverpool terus menghidupkan peluang merebut slot ke saingan Eropah pada musim hadapan.

Gol pertama dihasilkan menerusi gerakan menakjubkan Suarez, yang secara bersahaja melepasi tiga pemain United di dalam kotak penalti sebelum melakukan hantaran ke Dirk Kuyt yang menunggu di hadapan gawang lawan. Kuyt mudah melepaskan sepakan ke arah gawang United yang tidak dikawal bagi meletakkan Reds di hadapan, walaupun penjaga gol pelawat, Edwin van der Sar cuba membantah keputusan pengadil.

Belum sempat United mahu mengatur gerakan mencari gol penyamaan, lima minit selepas itu Nani menghadiahkan Liverpool gol kedua apabila tersilap percaturan dengan menanduk bola menghampiri pintu gol sendiri, sebelum mudah disambar Kuyt menewaskan van der Sar yang jelas kelihatan kurang bersedia.

Perlawanan itu bagaimanapun agak tegang dengan beberapa aksi kurang menyenangkan selepas itu apabila Nani mengadu dikasari oleh Jamie Carragher sementara pertahanan United, Rafael nyaris menerima kad merah apabila melakukan terjahan menggunakan kedua kakinya ke atas Martin Skrtel pada minit ke-44.

Dalam dua insiden itu, pengadil Phil Dowd yang cukup terkenal kerana sering bermurah hati memberikan kad kepada pemain melayangkan kad kuning kepada Carragher, Van der Sar, Rafael dan Skrtel. Pada babak kedua, Liverpool terus menambahkan sengsara United berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Suarez namun van der Sar hanya mampu menampan lemah sebelum bola muntah itu pantas disambar Kuyt untuk gol ketiga The Kops pada minit ke-65.

p/s – Apa-apa pun, semoga Liverpool kembali power dan isteriku cepat sembuh seperti sedia kala. Aminnnnnnnnnnn…