Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ISTERIKU MUDAH-MUDAHAN CEPAT SEMBUH & LIVERPOOL CAYALAH!!!

Lamanya aku tidak menjengah ke blogku ini. Aku sebuk dengan urusan kerja dan rumah tangga, malah malam semalam isteriku telah jatuh pengsan secara tiba-tiba. Pada ketika itu, kami di Melaka, maka terpaksalah aku membawa isteri ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan smabil ditemani oleh Mak cik dan anak buahku (Mak Tik dan Dak Iddin). Setelah mendapatkan rawatan dan telah sedar sepenuhnya pada hari ini, aku sudah boleh menarik nafas lega. Doktor juga mengkehendaki supaya isteri ditempatkan di wad bagi memudahkan rawatan.

Aku sebenarnya amat risau…terlalu risau…Manakan tidak, ketika usia di dalam kandungannya semakin membesar (kini sudah genap dua bulan) isteri secara tiba-tiba sakit. Mungkin pembawakan budak. Tak apalah..moga cepat sembuh dan kita semua akan kembali ok seperti sedia kala. Aku boleh pulang ke pejabat, dan isteri kembali bertugas menabur bakti untuk mendidik anak bangsa di UiTM Melaka kelak.

– – – – – – – – -PPPPfftttttt – – – – – – – – – –

Dalam kegusaran dan juga kerisauan yang melanda diri aku ni, aku juga mendapat berita gembira apabila aku mendapat tahu yang MU telah dikalahkan juga “disayurkan” malah “diayam-ayamkan” oleh pasukan yang kini lebih dikenali dengan “Standard Kampung”. Iyalah, resam dunia, kita tidak selalu berada di atas dan kadang-kadang tidak juga kita semestinya di bawah dan tercorot!

Ini petikan berita yang aku ambil dari Utusan Malaysia Online.

Liverpool kembali mengganas!!

Dirk Kuyt menjadi igauan ngeri buat Manchester United apabila jaringan hatriknya membantu Liverpool membenam Red Devils 3-1 dalam aksi terbaik yang pernah ditampilkan oleh skuad bimbingan Kenny Dalglish setakat ini.

Pemain antarabangsa Uruguay, Luis Suarez menjadi arkitek kepada dua gol yang dihasilkan Kuyt pada minit ke-34 dan ke-65, sementara satu gol lagi hasil ‘ihsan’ yang diberikan Nani yang tertanduk bola berhampiran pintu gol United pada minit ke-39.

Javier Hernandez memberikan gol sagu hati kepada United pada minit ke-91 selepas menanduk bola hasil hantaran lintang Ryan Giggs. Keputusan itu bermakna kekalahan kali kedua berturut-turut buat United selepas tunduk kepada Chelsea minggu lalu, manakala Liverpool terus menghidupkan peluang merebut slot ke saingan Eropah pada musim hadapan.

Gol pertama dihasilkan menerusi gerakan menakjubkan Suarez, yang secara bersahaja melepasi tiga pemain United di dalam kotak penalti sebelum melakukan hantaran ke Dirk Kuyt yang menunggu di hadapan gawang lawan. Kuyt mudah melepaskan sepakan ke arah gawang United yang tidak dikawal bagi meletakkan Reds di hadapan, walaupun penjaga gol pelawat, Edwin van der Sar cuba membantah keputusan pengadil.

Belum sempat United mahu mengatur gerakan mencari gol penyamaan, lima minit selepas itu Nani menghadiahkan Liverpool gol kedua apabila tersilap percaturan dengan menanduk bola menghampiri pintu gol sendiri, sebelum mudah disambar Kuyt menewaskan van der Sar yang jelas kelihatan kurang bersedia.

Perlawanan itu bagaimanapun agak tegang dengan beberapa aksi kurang menyenangkan selepas itu apabila Nani mengadu dikasari oleh Jamie Carragher sementara pertahanan United, Rafael nyaris menerima kad merah apabila melakukan terjahan menggunakan kedua kakinya ke atas Martin Skrtel pada minit ke-44.

Dalam dua insiden itu, pengadil Phil Dowd yang cukup terkenal kerana sering bermurah hati memberikan kad kepada pemain melayangkan kad kuning kepada Carragher, Van der Sar, Rafael dan Skrtel. Pada babak kedua, Liverpool terus menambahkan sengsara United berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Suarez namun van der Sar hanya mampu menampan lemah sebelum bola muntah itu pantas disambar Kuyt untuk gol ketiga The Kops pada minit ke-65.

p/s – Apa-apa pun, semoga Liverpool kembali power dan isteriku cepat sembuh seperti sedia kala. Aminnnnnnnnnnn…

One response

  1. wow.

    Mac 13, 2011 at 6:17 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s