Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

OBELISK DI PUTRAJAYA;HEHEHEHE…

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.

Sun Pillar

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith).

Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide:

This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.

Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud

Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

National Millennium Monument, Precint 2 Putrajaya

St. Peter Square, Vatican.

Luxor Obelisk, Paris

Central Park, New York

Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin

Sao Paolo. Brazil

Istanbul, Turki

London, England

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13

p/s – Kalau diikutkan, banyak lagi binaan di Malaysia ini yang menyemai semangat fremason dan illuminati ini. Contohnya Midvalley, jika kamu google map/google earthkan binaan ini dari atas kamu akan dapati midvalley ring road itu adalah “the all seing eyes”. Tak percaya? Sila lakukan! 

Siapa pelopor pembinaan Putrajaya? Hehehehehe….pastinya seseorang yang ber”degree” besar dalam freemason!

credit: Kelab Greenbroc

14 responses

  1. desperadol

    husyo bahaye ni…tp yg kat presint 2 tu bukan ke tugu soyuz?

    April 8, 2011 at 7:35 am

  2. Pingback: FREEMASON DI MALAYSIA;SATU PENGENALAN « PANDANG-pandang

  3. sama juga di indonesia ada monas.. monumen nasional…

    Julai 30, 2011 at 12:45 pm

  4. jaga ibadah lebih baik dari mengkaji benda2 ni yg belum tentu kesahihannya…amar maaruf nahi munkar….

    Januari 10, 2012 at 6:13 am

    • Sorestar Bing

      Ini bukan berkaitan dgn amar ma’ruf nahi mungkar bro..ini berkaitan dgn kedatangan akhir zaman yg smakin hari smakin dirasai….dajal/antichrist merupakan makhluk terlaknat yg akan keluar utk berdusta pada seluruh umat manusia…di saat inilah kta digalakkan mengkaji ttg keluarnya makhluk terkutuk ini supya kita lebih bersiap sedia….Kerana? kerana bila keluarnya dajal, org alim pun blh tertipu dgn muslihatnya, apatah lg kita? Jdi, jgn hanya ambil tahu pasal politik malaysia je (BN, PKR, Bersih, PAS, DAP dll)…benda2 akhir zaman ni sbnarnya mmpunyai kesan yg lebih global klu nk bnding dgn politik kita…..Ini baru pasal dajal…tak kaji lagi pasal konsipirasi yahudi, freemason, illuminati dan zionis….wallhualam

      Julai 2, 2012 at 2:50 pm

  5. zamorano

    Pengkajian/pencarian ilmu juga merupakan satu ibadah….Apatah lagi ia membabitkan ilmu Islam….

    Januari 20, 2012 at 1:33 am

    • q

      yup true.. kadang2 ad yang tak memahami dengan mksud ‘ibadah’ itu sendiri…

      Mei 2, 2013 at 4:28 am

  6. Oneshoot

    petshopzoneyus: anda suruh jaga ibadah… amar maaruf nahi munkar… tp anda cuma amar maaruf tetapi tidak nahi munkar… mengapa saya berkata begitu… anda fikirkanlah sendiri… InsyaAllah anda akan ketemu jawabannya…

    Mac 20, 2012 at 12:40 am

  7. Raif

    aku berharap aku dapat banyak maklumat mengenai permainan dajjal ni. dah mudah2an aku terhindar dari fitnah dajjal.. Amin

    Jun 11, 2012 at 8:14 pm

  8. gi

    kalo kite tgk OBELISK kat negara lain..bentuk dia 3 segi..kalo kat putrajaya tu tk 3 segi..dia bulat..

    Jun 14, 2012 at 4:24 am

  9. saufi

    kat penang pun ada, kalau nak pergi bukit bendera akan lalu roundbout, kat tepi roundbout tu ada satu

    Jun 28, 2012 at 10:42 am

  10. wak

    kat bangunan kementrian pertahanan di mindef pun ada, tapi tak tinggi sgt la…

    Ogos 15, 2012 at 4:42 am

  11. ank yg bru belajar

    Smoga lbh mendalami dan mengkaji,,cri greja kristian S.D.A tnya mksud antichrist,d sna da kaitannya dgn dajjal,

    Februari 13, 2013 at 3:00 pm

  12. hamba Allah

    Menurut pandangan mata saya, monumen di Putrajaya tak sama dengan monumen yang ada di negara lain.. Monumen negara lain mmg sama dengan obelisk (tiang syaitan) di mekah ttp monumen alaf baru di presint 2 lain. Jangan mudah melatah..

    Julai 3, 2015 at 2:24 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s