Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for April, 2011

USIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Teaser poster filem di atas adalah dari filem arahan terkini Mamat Khalid, Hussin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Poster yang memiliki sentuhan tersendiri ini merupakan satu lagi karya agung Kuku Besi iaitu orang yang sama mencipta/merakacipta/melukis poster bagi karya agung filem epik tempatan Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios.

Ok, apa yang aku dapat rasakan filem ini juga bakal memberi kesan yang mendalam bagi rakyat Malaysia yang amat mengemari sebuah filem yang bergenre komedi ringan. Lihatlah apa yang berlaku kini, hingga sekarang dialog-dialog filem Hantu Kak Limah masih lagi diguna pakai oleh hampir segenap rakyat Malaysia. Dialog umpama “Ce, citer…ce citer” dan “Kita bakorrr…..” amat popular di pejabar-pejabat!

Dengan dibarisi pelakon yang hampir sama dengan filem sebelum ini, iaitu Awie, Usop Wilcha, Rashidi Ishak, Ezlyn, Pak Jabit dan lain-lain ianya pasti akan menjadikan filem ini filem pecah panggung kelak. Dijangkakan filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2012 nanti.

p/s – Kite Bakorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…………………………!!!!


JOHN NAIM AWAT HANG DOK BAGI CERAMAH ASET NI?

Kursus Tatacara Pengurusan Aset/Harta Modal Kerajaan yang berlangsung selama dua hari selamat sudah aku jalani. Makanya, sudah 16 jam kredit aku sudah miliki bagi melengkapi 7 hari bekursus dalam setahun seperti yang diarahkan kepada setiap penjawat awam. Sudah 32 borang Kew PA sudah aku hafal dan segala urusan berkaitan aset sudah aku khatamkan. Nampaknya tambah lagi sebeban kayu balak terpaksa digalas di bahu aku ni. Aiyak!!!

Kenapa aku hadir kursus ini? HAAA!! Aku baru sahaja dilantik sebagai Pegawai Aset di PTJ secara rela paksa. Jadi dengan pengetahuan yang sangatlah zero berkaitan aset dan harta modal aku mengambil inisiatif sendiri dengan memohon kursus yang boleh “memandu” aku ke jalan yang benar dan jalan yang lurus bagi menguruskan aset yang ada di PTJ dengan baik dan cekap.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku mahu menceritakan berkaitan penceramah kursus ini, beliau yang aku maksudkan adalah Ustaz Ahmad Fauzi (kalau tak silap akulah). Sekali pandang saling tak tumpah dengan seorang sahabat aku kini berkhidmat di Lembaga Latihan Malaysia (baca; LLM). Dua kali pandang, juga mirip. Tiga kali pandang juga sama! Si John Naim.

Terus aku terdetak secara bermonolog dalaman…..

“John Naim, awat hang dok bagi ceramah aset?”

Apa yang membawa pada persamaan antara Ustaz ini dan juga sahabat aku yang seorang ni? Di sini aku mahu jelaskan.

Dari segi bentuk badan, ke dua-dua hamba Allah ini memliki bentuk badan yang lebih kurang sama. Tidak tinggi, tidak rendah. Rendang-rendang sahaja dan sedap mata memandang. Malah jika mereka berdiri sebelah-menyebelah sudah pasti ramai yang menyatakan mereka ini adik beradik satu ibu, satu bapa! Cuma yang membezakan mereka adalah tahi lalat di bibir John Naim. Hahahahaha!!

Lenggok bahasa yang loghat Kedah aka Utara aka Perlis juga menjadikan watak dan perwatakan mereka hampir-hampir sama. Nada suara, lenggok bahasa dan juga konotasi ayat yang dilontarkan hampir sama. Ton suara yang kadang-kala bertukar dari loghat Utara ke Perak menjadikan ianya begitu sama! Jadi, infrens awalan aku menyatakan dan menimbulkan satu persoalan; Adakah mereka insan kembar yang terpisah ketika dilahirkan? Inilah yang kerap menjadi tanda-tanya bagi aku ketika sedang bekursus! Yang penting kedua-dua mereka adalah kelakar dan boleh membuat orang berdekah!

Apapun di sepanjang waktu bekursus segala ilmu yang dikongsikan bersama amatlah mudah untuk kami , peserta-peserta untuk memahaminya dan aku sempat mendownload sedikit ilmu-ilmu agama dan petua-petua berguna daripada ustaz ini. Terima kasih ya ustaz!

– – – – – – – – – -PPPPfffftttttttt – – – – – – – – – –

Waktu rehat…..

“Salam ya ustaz….nak cakap sikitlah….maaflah ganggu”

“Wsalam…yaaa…ada apa?”

“Ni haaa….maaflah ustaz…saya nak cakap sikit mengenai wajah dan rupa paras ustaz ni. Wajah ustaz, watak dan perwatakan, lenggok bahasa dan bahasa tubuh ustaz sangat-sangatlah mirip dengan seorang sahabat saya”

“Iyaaaa? Mirip sebijik ka?”

“Yaaa…mirip sangat-sangat…saling tak tumpah ustaz!”

“Tang mana?”

“Lahhh….kan cek dah khabaq mai, tang semua ustaz!”

“Hahahahahahaha….kalau macam tu, kirimkan salam saya kat dia”

“Ok ustaz!”

p/s –¬† Masa ustaz dok seronok bagi ceramah aku kat belakang sempat amek gambaq senyap-senyap nak tunjuk John Naim pasai abang angkat dia ni. Hehehe….


APA KHABAR KALIAN SEMUA???

Lebih sebulan juga aku tidak menulis. Bukan malas. Bukan bosan mahupun kering idea.Idea boleh dikutip di mana-mana. Tapi iyalah, bila sudah sebuk dengan hal-hal duniawi yakni famili, kerja dan juga lain-lain….hal-hal picisan yang satu ini (baca; menulis di blog) aku tidak boleh buat apa.

Jika mahu menulis mengenai politik Malaysia yang semakin hari semakin merepek, sudah berapa banyak blog yang berkarya. Entah betul, entahkan tidak. Entah sahih entahkan tidak. Kutuk itu, kutuk ini. Mengata itu dan ini yang penting boleh menjadi juara kepada rakyat, pelopor kepada gerakan massa. Justeru kini ramai yang berkata, politik itu kotor. Tapi siapakah yang mengotorkan politik jika bukan kamu dan kamu semua wahai sang politikus!

Mahu menulis mengenai diri sendiri dan kehidpuan harian nanti dikutuk dan dikeji pula.Masakan tidak, jika saban hari menulis mengenai diri sendiri hinggakan makan apa, minum apa dan buat apa pada sekian hari dan sekian waktu boleh menjadikan pembaca meluat,

Jika hendak memberi informasi tentang hal-ehwal semasa, adalah lebih elok jika dirujuk sahaja kepada akhbar-akhbar arus perdana yang begitulahhhhhhhhhhh berat sebelah isi-isinya. Ambil contoh Utusan Meloya, Berita Harian dan lain-lain. Mahu info yang sahih dan juga lebih berintelek, pergi sahaja ke MPH Bookstore. Lebih baik dan boleh dipercayai.

– – – – – – – – PPPfffttttt – – – – – – – – – –

Ada teman yang bertanya padaku juga ada yang mengutuskan mail-e kepada aku dan mengajukan soalan.

“Kenapa dah lama tidak menulis?”

Jawapan ringkas dari aku yang agak tuntas, tepat dan pantas adalah…

“Tak sempat”

Dan ini adalah jawapan yang panjang lebar dari aku…

Ohhh…..ini bukan soalan yang sukar untuk dijawab. Aku akan terangkan di sini kenapa aku tidak menulis. Pertamanya aku agak sebuk dengan urusan pekerjaan yang semakin hari semakin dibebani dengan pelbagai tugas dan beban, tapi aku tetap enjoy dengan kerja yang aku buat demi kelangsungan hidup. Keduanya, kini aku menetap di Melaka dan baharu sahaja mendapat rumah di negeri bersejarah ini, Alhamdulilah rezeki anak bak kata orang-orang tua, lagipun isteriku juga bekerja di Melaka sudah tentulah aku perlu mendapatkan rumah untuknya dan juga bakal anakku di negei Hang Tuah ini. Ketiganya, oleh kerana aku kini bekerja di KL dan menetap di Melaka, justru masa yang dulunya diperuntukkan untuk menulis telah dihabis dan dileburkan untuk perjalananku sahaja. Pergi ke ofis seawal jam 6 pagi dan sampai rumah sekitar matahari kian melabuhkan tirainya.

p/s – Diam tak diam bersawang jugak blog PANDANG-pandang ni…Oh ya….apa khabar kalian semua???