Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

APA KHABAR KALIAN SEMUA???

Lebih sebulan juga aku tidak menulis. Bukan malas. Bukan bosan mahupun kering idea.Idea boleh dikutip di mana-mana. Tapi iyalah, bila sudah sebuk dengan hal-hal duniawi yakni famili, kerja dan juga lain-lain….hal-hal picisan yang satu ini (baca; menulis di blog) aku tidak boleh buat apa.

Jika mahu menulis mengenai politik Malaysia yang semakin hari semakin merepek, sudah berapa banyak blog yang berkarya. Entah betul, entahkan tidak. Entah sahih entahkan tidak. Kutuk itu, kutuk ini. Mengata itu dan ini yang penting boleh menjadi juara kepada rakyat, pelopor kepada gerakan massa. Justeru kini ramai yang berkata, politik itu kotor. Tapi siapakah yang mengotorkan politik jika bukan kamu dan kamu semua wahai sang politikus!

Mahu menulis mengenai diri sendiri dan kehidpuan harian nanti dikutuk dan dikeji pula.Masakan tidak, jika saban hari menulis mengenai diri sendiri hinggakan makan apa, minum apa dan buat apa pada sekian hari dan sekian waktu boleh menjadikan pembaca meluat,

Jika hendak memberi informasi tentang hal-ehwal semasa, adalah lebih elok jika dirujuk sahaja kepada akhbar-akhbar arus perdana yang begitulahhhhhhhhhhh berat sebelah isi-isinya. Ambil contoh Utusan Meloya, Berita Harian dan lain-lain. Mahu info yang sahih dan juga lebih berintelek, pergi sahaja ke MPH Bookstore. Lebih baik dan boleh dipercayai.

– – – – – – – – PPPfffttttt – – – – – – – – – –

Ada teman yang bertanya padaku juga ada yang mengutuskan mail-e kepada aku dan mengajukan soalan.

“Kenapa dah lama tidak menulis?”

Jawapan ringkas dari aku yang agak tuntas, tepat dan pantas adalah…

“Tak sempat”

Dan ini adalah jawapan yang panjang lebar dari aku…

Ohhh…..ini bukan soalan yang sukar untuk dijawab. Aku akan terangkan di sini kenapa aku tidak menulis. Pertamanya aku agak sebuk dengan urusan pekerjaan yang semakin hari semakin dibebani dengan pelbagai tugas dan beban, tapi aku tetap enjoy dengan kerja yang aku buat demi kelangsungan hidup. Keduanya, kini aku menetap di Melaka dan baharu sahaja mendapat rumah di negeri bersejarah ini, Alhamdulilah rezeki anak bak kata orang-orang tua, lagipun isteriku juga bekerja di Melaka sudah tentulah aku perlu mendapatkan rumah untuknya dan juga bakal anakku di negei Hang Tuah ini. Ketiganya, oleh kerana aku kini bekerja di KL dan menetap di Melaka, justru masa yang dulunya diperuntukkan untuk menulis telah dihabis dan dileburkan untuk perjalananku sahaja. Pergi ke ofis seawal jam 6 pagi dan sampai rumah sekitar matahari kian melabuhkan tirainya.

p/s – Diam tak diam bersawang jugak blog PANDANG-pandang ni…Oh ya….apa khabar kalian semua???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s