Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

JOHN NAIM AWAT HANG DOK BAGI CERAMAH ASET NI?

Kursus Tatacara Pengurusan Aset/Harta Modal Kerajaan yang berlangsung selama dua hari selamat sudah aku jalani. Makanya, sudah 16 jam kredit aku sudah miliki bagi melengkapi 7 hari bekursus dalam setahun seperti yang diarahkan kepada setiap penjawat awam. Sudah 32 borang Kew PA sudah aku hafal dan segala urusan berkaitan aset sudah aku khatamkan. Nampaknya tambah lagi sebeban kayu balak terpaksa digalas di bahu aku ni. Aiyak!!!

Kenapa aku hadir kursus ini? HAAA!! Aku baru sahaja dilantik sebagai Pegawai Aset di PTJ secara rela paksa. Jadi dengan pengetahuan yang sangatlah zero berkaitan aset dan harta modal aku mengambil inisiatif sendiri dengan memohon kursus yang boleh “memandu” aku ke jalan yang benar dan jalan yang lurus bagi menguruskan aset yang ada di PTJ dengan baik dan cekap.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku mahu menceritakan berkaitan penceramah kursus ini, beliau yang aku maksudkan adalah Ustaz Ahmad Fauzi (kalau tak silap akulah). Sekali pandang saling tak tumpah dengan seorang sahabat aku kini berkhidmat di Lembaga Latihan Malaysia (baca; LLM). Dua kali pandang, juga mirip. Tiga kali pandang juga sama! Si John Naim.

Terus aku terdetak secara bermonolog dalaman…..

“John Naim, awat hang dok bagi ceramah aset?”

Apa yang membawa pada persamaan antara Ustaz ini dan juga sahabat aku yang seorang ni? Di sini aku mahu jelaskan.

Dari segi bentuk badan, ke dua-dua hamba Allah ini memliki bentuk badan yang lebih kurang sama. Tidak tinggi, tidak rendah. Rendang-rendang sahaja dan sedap mata memandang. Malah jika mereka berdiri sebelah-menyebelah sudah pasti ramai yang menyatakan mereka ini adik beradik satu ibu, satu bapa! Cuma yang membezakan mereka adalah tahi lalat di bibir John Naim. Hahahahaha!!

Lenggok bahasa yang loghat Kedah aka Utara aka Perlis juga menjadikan watak dan perwatakan mereka hampir-hampir sama. Nada suara, lenggok bahasa dan juga konotasi ayat yang dilontarkan hampir sama. Ton suara yang kadang-kala bertukar dari loghat Utara ke Perak menjadikan ianya begitu sama! Jadi, infrens awalan aku menyatakan dan menimbulkan satu persoalan; Adakah mereka insan kembar yang terpisah ketika dilahirkan? Inilah yang kerap menjadi tanda-tanya bagi aku ketika sedang bekursus! Yang penting kedua-dua mereka adalah kelakar dan boleh membuat orang berdekah!

Apapun di sepanjang waktu bekursus segala ilmu yang dikongsikan bersama amatlah mudah untuk kami , peserta-peserta untuk memahaminya dan aku sempat mendownload sedikit ilmu-ilmu agama dan petua-petua berguna daripada ustaz ini. Terima kasih ya ustaz!

– – – – – – – – – -PPPPfffftttttttt – – – – – – – – – –

Waktu rehat…..

“Salam ya ustaz….nak cakap sikitlah….maaflah ganggu”

“Wsalam…yaaa…ada apa?”

“Ni haaa….maaflah ustaz…saya nak cakap sikit mengenai wajah dan rupa paras ustaz ni. Wajah ustaz, watak dan perwatakan, lenggok bahasa dan bahasa tubuh ustaz sangat-sangatlah mirip dengan seorang sahabat saya”

“Iyaaaa? Mirip sebijik ka?”

“Yaaa…mirip sangat-sangat…saling tak tumpah ustaz!”

“Tang mana?”

“Lahhh….kan cek dah khabaq mai, tang semua ustaz!”

“Hahahahahahaha….kalau macam tu, kirimkan salam saya kat dia”

“Ok ustaz!”

p/s –  Masa ustaz dok seronok bagi ceramah aku kat belakang sempat amek gambaq senyap-senyap nak tunjuk John Naim pasai abang angkat dia ni. Hehehe….

One response

  1. bontot

    kekekekeke…. upload la gambaq dia john…

    April 28, 2011 at 6:26 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s