Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

1 MEI HARI LAHIR AKU!

Hari pekerja : Hari Lahir aku!

1 Mei sudah berlalu. 26 tahun yang lepas, hari rabu, waktu Azan Subuh berkumandang, pada tarikh yang sama…Dino Rebbu Pon… Dino Nogo (baca:berdasarkan kiraan kalender jawa, Perimbon), Aku dilahirkan. Tapi hari jadi atau hari lahir aku adalah sama sahaja setiap tahun. Tidak ada besday party, mahupun pesta buih.  Cuma biasa-biasa. Seperti selalunya, beratus-ratus wish besday dan juga sebiji dua hadiah aku terima. Mudah-mudahan pada tahun ini akan memberi lebih keceriaan kepada aku sekeluarga, tambahan lagi pada bulan sepuluh ini aku bakal menerima ahli baru di dalam keluarga kecilku ini.

Sejak menjadi orang Melaka (baca; aku ulang alik pergi kerja KL-Melaka setiap hari dengan kos tol, minyak dan minum/makan sehari untuk pergi balik sekitar RM 70), menjadikan aku lebih tabah menempuh dugaan seharian. Bangun seawal 5 pagi dan keluar rumah sekitar jam 6:15 pagi, usai Subuh ditunaikan. Pergi pagi tidak nampak cahaya matahari dengan menempuh trafik sesak di sekitar lebuhraya PLUS (baca; di persimpangan Seremban, tol Sungai Besi dan sekitar Bandar Tun Razak) pastinya akan membuatkan aku lewat sedikit  ke pejabat. Kebiasaannya akan tiba sekitar jam 8:10 ataupun 8:15 pagi, itupun jika ruang letak kereta yang dikhaskan untuk aku gunakan tidak “dipancung” orang lain. Itulah rutin harian aku setiap hari. Sampai bila? Itu aku tidak pasti.

– – – – – – – -PPPPfffttttttt – – – – – – – – – –

1 Mei yang lepas, ramailah sanak saudara dari sebelah isteri berkunjung ke rumah baru kami di Melaka. Maka, penuhlah rumah ini dengan pelbagai ragam anak-anak buah, keletah saudara mara dan macam-macam lagi. Mereka semua bercadang mahu ke Port Dickson (PD) untuk bercuti di sana. Terlanjur ke sana, singgahlah di Melaka. Aku dan isteri pun turut serta ke PD. “Family Day” sekali di sana. Bila dah ramai-ramai dan berbual panjang, tiba-tiba muncul bab Horoskop Jawa. “Perimbon”.

Nak dijadikan cerita, abang iparku ada software horoskop ni. Iyalah, inikan zaman teknologi dan kecanggihan, kitab-kitab jawa semua dah “di ICT kan”. Kalau nak cari kitab-kitab jawa lama…mana ada lagi, jika ada pun…dah tentu tak boleh nak baca! Komfom! Jadi malam tu hampir semua nak semak dan cek tentang diri melalui tarikh lahir masing-masing. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi!

Ini sedikit maklumat dari Perimbon mengenai aku!

Nama                       :MOHAMMAD SYARIN (bukan nama sebenar)
Unsur Aksara Jawa
¤ Aksara depan      :Ma
¤ Aksara belakang  :Ra
Lahir : Rabu Pon, 1 Mei 1985
: 10 Ruwah 1917 Tahun JIMAWAL Windu SANGARA
: 10 Syaban 1405H
Jenis Kelamin : Laki-Laki
Neptu             : 14
Wuku             : BOLO
Pangarasan    : Lakuning Rembulan
Pancasuda     : Bumi Kapetak
Dina               : Dina Naga
Lintang 12      : Lintang Sur
Pranotomongso  : DHESTO ( 20 April – 12 Mei )
Bintang              : TAURUS ( 21 April – 21 Mei )

<< Sifat-Sifat Yang Sangat Menonjol >>
Pendiam, tak banyak bicara, tak banyak tingkah
Tabah, tahan uji, betah menderita

<< Sifat-Sifat Yang Menonjol>>
Pandai mengambil hati / merayu (seorang perayu)
Menyukai pekerjaan yang tidak halal
Suka keributan / uring-uringan / keonaran / permusuhan
Perangainya buruk / brangasan / brutal / kasar
Angkuh
Banyak yang takut pada omongannya
Berwibawa / punya kepribadian yang berpengaruh, banyak orang yang segan / hormat
Dapat memiliki kedudukan
Pandai membawa diri / menyelaraskan diri / menyesuaikan diri / tahu diri
Tidak suka mencampuri urusan orang lain
Pemberani / tak gentar menghadapi tantangan / bukan seorang penakut, nyalinya besar
Perintahnya lunak tetapi berkesan
Suka memperdaya / mempermainkan orang / jahil
Disayang / disenangi atasan / pembesar
Bijaksana
Mudah tersinggung / emosi, peka perasaannya
Mudah terpengaruh / tergoda / terbawa suasana
Suka menolong / membantu, mudah dimintai bantuan, ringan tangan
Baik hati, mulia, kesucian
Sesuatu pada dirinya mengundang simpati orang (simpatik)
Pekerjaannya selesai dengan rapi, baik segala pekerjaannya
Seorang yang cerdas, mudah menangkap suatu pengertian

p/s –  Ini hanyalah horoskop sahaja, nak percaya 100% pun tak boleh jugak..Tapi, bila aku tengok-tengok, ada jugak yang kena dengan aku. Gila lah! Apa-apa pun, terima kasih kepada sesiapa sahaja yang wish besday. Thanxx!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s