Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mei 5, 2011

RON 97 DAH NAIK…

Gambar ni aku jumpa masa berjalan-jalan di blog-blog rakyat yang ada. Aku agak tertarik dengan gambar yang dilukis oleh kartunis ini. Di sebelah kiri gambar, muka bapa “Dafi AF” Baeeekkk punye mewakili paksi Kerajaan. Di sebelah kanan pula rakyat sedang membuat demostrasi tunjuk perasaan. Mahu lebih, pergi sahaja di kartunjahanam.blogspot.com.

Jadi, apa yang kamu faham akan hal ini? Jika kamu golongan bawahan yang sama seoerti aku, yang punya gaji tidak sebesar mana seperti aku, yang hidupnya tidaklah sekaya mana seperti aku pasti dapat rasakan perkara yang sama.

Apa yang aku risaukan ialah, jika RON 97 boleh naik harganya, tidak mustahil RON 95 akan naik juga jika kononnya “mengikut harga pasaran global”. Kini RON 95 masih berharga RM1.90 seliter.

– – – – – – – – – -PPPfffttttttt – – – – – – – – – – – –

Baca petikan akhbar arus perdana yang aku tampalkan di sini.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi 4 Mei 2011.

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi – 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai HARI INI, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia malam tadi, manakala RON95 kekal pada RM1.90. – Bernama

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi – 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini. Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini. Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

– – – – – – – – – – – PPPPPffftttttt – – – – – – – – – –

Jadi, sila bandingkan pula dengan negara-negara ini.

p/s – Kalau lepas ni RON 95 pulak yang naik memang abesla aku. Pokai! Aku dahla travel ulang alik Melaka-KL. Sehari je RM30 aku perlukan untuk isi minyak saja! Belum tol lagi pergi balik dengan makan dan minum. Kalau naik lagi, memang makin rabaklah poket aku! Udohle kategori miskin bandar dah aku ni (baca: Pendapatan kurang dari RM3,000.00 dan tinggal di bandar adalah dikategorikan sebagai miskin bandar). Kalau dah reti minyak naik, harga barang lain-lain naik….elaun-elaun ataupun gaji tak nak naikkan ke? Hehe..

Ini sekadar keluh-kesah aku, selaku golongan bawahan…..

Advertisements

MARILAH TUNAIKAN SOLAT!!!

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.

Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka…Nak cari masjid @ surau baru boleh solat…
p/s – Dipetik dari blog Pahlawan30 untuk dikongsikan bersama dengan semua umat Melayu Islam di Malaysia ini terutamanya kepada mereka yang meringan-ringankan solat. Oleh itu, marilah tunaikan solat!!!

10 MITOS TENTANG OSAMA BIN LADEN

Osama bin Laden yang kematiannya disyukuri sekaligus diratapi orang-orang dari kelompok berbeza itu, menyerlahkan banyak cerita. Ada yang benar, ada yang dusta. Inilah 10 mitos, iaitu cerita dusta, tentang lelaki dari Arab Saudi ini.

1. Osama bin Laden “acuan” CIA. Ia mahupun pengikutnya tidak pernah menerima dana langsung mahupun latihan dari Amerika Syarikat selama dekad 1980-an. Penerima sejumlah besar kedua jenis sokongan Amerika itu adalah Mujahidin Afghanistan melalui badan intelijen Pakistan, ISI. Sejumlah masyarakat keturunan Arab memang bertempur melawan pasukan Soviet tetapi jumlahnya tidak signifikan.

2. Ia punya kekayaan peribadi yang sangat besar. Bin Laden terpaksa meninggalkan wang tunainya ketika harus pergi dan meninggalkan Arab Saudi tahun 1991 ke Pakistan, kemudian Sudan. Keluarganya memotong aksesnya sama sekali. Dia juga tidak menerima warisan dari ayahnya yang sangat kaya, dan telah dibagi-bagi. Yang dimiliki Bin Laden adalah jaringan yang memungkinkannya mendapat dana dengan mudah.

3. Ia bertanggungjawab atas pengeboman Word Trade Centre tahun 1993. Ramzi Yousef, pelaku utama serangan itu, mungkin bekerja untuk Khaled Sheikh Mohammed yang merupakan operator bebas pada saat itu. Muhammad mulai bekerja dengan Al-Qaeda pada 1996, dan bahkan kemudian menjaga jarak dengan Bin Laden.

4. Ia mendapat wang dari perniagaan dadah. Tidak ada bukti sejauh ini meskipun ada penyataan yang diulang-ulang, misalnya dalam berkas pemerintah Inggeris tentang pasca serangan 11 September dan Al-Qaeda.

5. Ia tidak pernah terlibat pertempuran berbahaya. Dia tidak sendirian ketika menyita senjata AK-47 dari seorang jenderal Soviet yang mati, sebagaimana kadang dia akui. Namun, banyak saksi melaporkan tentang keberadaannya di tengah-tengah pertempuran Jaji pada 1987, dan pertempuran Jalalabad pada 1989.

6. Ia lebih sering di gua. Pada akhir 1990-an, demi propaganda, Bin Laden mengundang jurnalis tertentu untuk menemuinya di gua dekat Tora Bora di Afghanistan timur. Namun sebetulnya, ia tinggal di sebuah kompleks yang jauh lebih nyaman, dekat kawasan pertanian di Hadda, bekas wilayah Soviet, milik seorang panglima perang tempatan.

Menjelang 1999, ia pindah ke sebuah kompleks perumahan dekat Kandahar. Sebelum terbunuh, dia hidup di rumah nyaman yang terpisah tetapi dekat kompleks itu di Abbottabad, Pakistan. Selama itu, tidak ada bukti ia tinggal di gua.

7. Ia remaja yang suka pesta di Beirut sebelum berubah jadi ahli agama. Tidak ada bukti soal itu sejauh ini. Bin Laden tampaknya pemuda yang tekun, pemalu dan saleh serta menikah muda dan banyak menghabiskan waktu untuk belajar kitab.

8. Dia nyaris sakit kuat kerana penyakit ginjal. Ada beberapa laporan — termasuk dalam dokumen Guantanmo — mengenai masalah ginjal tetapi tentu saja tidak cukup serius untuk mengorbankannya. Penyakit itu agaknya lebih kerana ada masalah dengan punggungnya akibat posturnya yang tinggi (6 kaki 5 inci = 1,9558 meter) dan gaya hidupnya.

9. Ia bersembunyi di Kashmir, sebagai pemimpin gerila Chechnya, dan bertanggungjawab atas kekerasan di Filipina dan Indonesia, merancang serangan di Madrid, Sepanyol, tahun 2004 dan memiliki jaringan luas di Paraguay, wilayah sub-sahara Afrika dan Afrika Selatan. Semua dakwaan itu dibuat oleh pemerintah sejumlah negara atau badan perisikan selama lebih dari satu dekad yang terbukti seluruhnya disusun tanpa dasar.

10. Bin Laden adalah penggemar kelab bola sepak Arsenal. Meskipun ada laporan fans Arsenal meneriakkan, “Osama, woah-woah, Osama, woah-woah, ia bersembunyi di Kabul, ia mencintai Arsenal”, tetapi Bin Laden bukan penggemar setia kelab bola sepak dari London utara itu. -kompas

p/s – Apa-apa pun, aku doakan semoga pemergian Osama akan melahirkan lebih ramai Osama untuk menghancurkan kufur Zionis-Amerika yang sebenarnya jauh lebih ganas dari Osama ini. Moga rohnya aman dan ditempatkan bersama-sama yuhadah dan solihin yang lainnya. Aminnnnnn….