Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RON 97 DAH NAIK…

Gambar ni aku jumpa masa berjalan-jalan di blog-blog rakyat yang ada. Aku agak tertarik dengan gambar yang dilukis oleh kartunis ini. Di sebelah kiri gambar, muka bapa “Dafi AF” Baeeekkk punye mewakili paksi Kerajaan. Di sebelah kanan pula rakyat sedang membuat demostrasi tunjuk perasaan. Mahu lebih, pergi sahaja di kartunjahanam.blogspot.com.

Jadi, apa yang kamu faham akan hal ini? Jika kamu golongan bawahan yang sama seoerti aku, yang punya gaji tidak sebesar mana seperti aku, yang hidupnya tidaklah sekaya mana seperti aku pasti dapat rasakan perkara yang sama.

Apa yang aku risaukan ialah, jika RON 97 boleh naik harganya, tidak mustahil RON 95 akan naik juga jika kononnya “mengikut harga pasaran global”. Kini RON 95 masih berharga RM1.90 seliter.

– – – – – – – – – -PPPfffttttttt – – – – – – – – – – – –

Baca petikan akhbar arus perdana yang aku tampalkan di sini.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi 4 Mei 2011.

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi – 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai HARI INI, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia malam tadi, manakala RON95 kekal pada RM1.90. – Bernama

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi – 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini. Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini. Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

– – – – – – – – – – – PPPPPffftttttt – – – – – – – – – –

Jadi, sila bandingkan pula dengan negara-negara ini.

p/s – Kalau lepas ni RON 95 pulak yang naik memang abesla aku. Pokai! Aku dahla travel ulang alik Melaka-KL. Sehari je RM30 aku perlukan untuk isi minyak saja! Belum tol lagi pergi balik dengan makan dan minum. Kalau naik lagi, memang makin rabaklah poket aku! Udohle kategori miskin bandar dah aku ni (baca: Pendapatan kurang dari RM3,000.00 dan tinggal di bandar adalah dikategorikan sebagai miskin bandar). Kalau dah reti minyak naik, harga barang lain-lain naik….elaun-elaun ataupun gaji tak nak naikkan ke? Hehe..

Ini sekadar keluh-kesah aku, selaku golongan bawahan…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s