Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BUKU BARU; UMNO AKHIR SEBUAH IMPIAN & MENUJU PAS BARU

Dua buah buku politik. Dua buah parti berbeza.  Dua orang penulis yang hebat. Dua orang tokoh politik yang punya karisma tersendiri. Dua buah buku yang bernilai untuk dijadikan koleksi. Dua buah buku yang mengundang kontrovesi.

Aku baru sahaja membeli dua buah buku baru-baru ini. Walaupun sudah agak lama aku mengidam untuk mendapatkan karya Tok Mat ni, tapi akhirnya tanggal 5 Mei 2011 impian tersebut tertunai (sudah lebih setahun impian untuk membeli buku ini tertunda-tunda….entah kenapa). Bukan kerana apa aku mengidam buku ini, tetapi dek kerana gaya penulisan Tok Mat yang agak santai, tenang dan bersahaja menceritakan kisah hidupnya di dalam sepak terajang politik di dalam UMNO itu sendiri begitu menarik untuk dibaca. Banyak yang telah dilakukan oleh Tok Mat untuk menjamin survivaliti sebuah Parti maupun pemimpin-pemimpinnya yang ada di dalam parti itu.

Buku ini adalah hasil tulisan pertama Tan Sri Mohamed yang mencatatkan pengalaman politiknya dalam pergolaka UMNO yang bermula sejak zaman Tunku lagi. Apa yang diceritakannya mungkin mengejutkan sesetengah pembaca terutamanya dalam mengupas krisis dalaman UMNO. Antara rentetan peristiwa di mana beliau sendiri memainkan peranan penting termasuk kisah di sebalik usaha menjatuhkan Tun Hussein dan Dr Mahathir serta usaha beliau membantu mereka mengatasi krisis berkenaan. Buku ini turut menjelaskan tentang latarbelakang UMNO, dari saat ia ditubuhkan, diharamkan, dihidupkan semula, dikembangkan dan kini mengalami krisis yang mungkin menjejaskan masa depannya. Lagi sikit sahaja, khatamlah buku ini……

Harga Buku; RM29.90 dan boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran. e.g; MPH

– – – – – – – – – -PPPPPPPPPPfftttttt – – – – – – – – – – – –

Sebuah buku kontroversi karya Dr. Mujahid Yusof Rawa berjudul ‘Menuju PAS Baru’. Aku belum menyentuh dan “membedah siasat” buku ini lagi memandangkan buku karya Tok Mat masih belum habis dibedah. Tapi dari apa yang aku perhatikan, kulit buku ini sahaja sudah cukup untuk mengundang kritikan banyak pihak. Seorang budak lelaki yang memakai seluar pendek (baca; tidak menutup aurat) sambil memegang bendera PAS melangkah ke hadapan. Ini mengambarkan seolah-olah PAS pada masa hadapan dengan wajah serta imej yang berbeza dengan apa yang ada hari ini.

Karya Dr. Mujahid ini dilihat cuba membawa para pembacanya melihat PAS sebagai sebuah pemain utama politik negara dengan pembawaan yang lebih liberal sesuai dengan citra serta budaya masyarakat di Malaysia khususnya golongan muda. Isi kandungan dalam buku ini banyak berligar tentang fenomena konflik yang berlaku dalam sebuah parti politik Islam yang dikenali dengan nama PAS.

Harga buku; RM20, juga boleh dibeli di MPH dan lain-lain kedai buku.

p/s – Mohle kite membace…..!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s