Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TRAVEL HUJUNG MINGGU DAN SELAMAT HARI GURU; YA!! AKU JELES!

Yaaa….minggu lepas, adalah minggu yang memenatkan. Ke sana, sini. Ke hulu, ke hilir. Dari Melaka, turun ke KL. Pulang ke Semenyih dan esoknya ke Melaka kembali. Petangnya pula pulang semula ke Semenyih untuk persiapan majlis gemilang Konvo buat isteriku di UiTM Shah Alam pada tanggal 13 Mei 2011 (Khamis). Esok, seawal pagi sudah gerak ke Shah Alam dan menanti hingga lewat petang di sana. Dipendekkan cerita, aku berulang-alik Melaka-Selangor-Kuala Lumpur-Kota Tinggi minggu lepas.

Sungguh penat!

Tapi, apakan daya sudah menjadi tuntutan suami untuk bertanggungjawab ke atas isterinya. Layan sahaja.

– – – – – – PPPfftttt – – – – – – –

Dari Kota Tinggi untuk pulang ke Melaka, aku terkesima dengan gaya pemanduan pakcik-pakcik takpun brader-brader bawak bas. Laju semacam! Bas dua tingkat, tapi laju mengalahkan kereta aku. Lebih 120 km/j beb! Aku masa tu memandu kereta isteri (Saga FL) dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan itu aku cuba mengekori bas tersebut tapi dek kerana letih nak bawak laju-laju, aku mengalah. Aku biarkan sahaja bas-bas yang laju itu berlalu pergi ke destinasi. Di dalam hati aku hanya mampu berdoa supaya mereka semua selamat sampai ke tempat yang dituju. Tapi kadang-kadang, aku menyumpah-nyumpah jugak dengan sikap biadap mereka.

Apa yang aku faham, memang pemandu bas ni tak berapa nak faham nilai nyawa penumpang atau mungkin buat-buat tak faham undang-undang jalan raya. Bila sudah berlaku kemalangan besar barulah terlintas di hati untuk insaf. Insaf buat seketika…..Esok, lusa buat lagi.

– – – – – – PPPffttttt – – – – – – –

16 Mei…..Hari Guru. Tak banyak nak cakap…..Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku selama ini. Segala ilmu yang dicurahkan berjaya menjadikan insan ini berguna buat keluarga, agama dan bangsanya. Terima kasih guru!

Nampaknya insan yang bernama guru ini tak habis-habis di berikan dengan pelbagai insentif dan imbuhan. Kadang-kadang aku “jeles” jugak dengan profesion perguruan ni. Baru sahaja pada hari ini Perdana Menteri mengumumkan 5 kaedah kenaikkan pangkat bagi guru hingga mampu mencapai tahap JUSA C diakhir perkhidmatan mereka yang rata-ratanya mencapai 25 tahun.

Sebelum ini, pada bulan Februari 2011 yang lalu,Tan Sri Muhyiddin ada mengumumkan seramai 586 guru besar dan pengetua cemerlang hari ini diberi ganjaran melalui tawaran baru melibatkan peruntukan RM18.4 juta. Kejayaan meningkatkan pencapaian sekolah pada kedudukan lebih baik, juga menyaksikan staf sokongan sekolah turut menerima habuan.Ganjaran wang RM7,500 diberikan kepada pengetua atau guru besar sekolah. Guru cemerlang lain di sekolah sama, RM1,800. Manakala guru lain-lain di sekolah sama mendapat ganjaran RM900.

Dari apa yang aku lihat, guru-guru ini yang kononya “tiada masa” akibat dari kesebukkan bidang tugasnya di sekolah hingga dibawak “beban tugas” itu ke rumah masih mampu juga menjalankan perniagaan di waktu malam!

p/s – Entahlah…..apa-apa pun Selamat Hari Guru! Aku jeles!

2 responses

  1. Aku nak tujukan ucapan selamat hari guru kepada Cikgu Shida yang sangat sibuk dengan tugasan harian di sekolah tapi sangat senang menghaplod video youtube beliau.

    Kau tak rasa dia kool ke.? Ahaks.!!

    Mei 16, 2011 at 2:29 pm

    • faerrin

      aku rase nak bakor je cat!!!

      jeles aku ngan profession dorang nih….hahahaha

      Mei 17, 2011 at 2:11 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s