Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HARI CUTI UMUM HARI BERMALAS-MALASAN & SEDIKIT INFO KL GANGSTER

Satu hari berehat di rumah. Tiada semakan dokumen-dokumen. Tiada masa untuk lihat file-file bayaran. Tidak ada masa juga untuk tandatangan di Purchase Order/Pesanan Rasmi di Jabatan. Tiada.

Apa yang ada, hanyalah tv murah 32 inci flat screen (baca; tolak bulan-bulan). Tilam dan juga alat-alat mengemas rumah. Usai Subuh ditunaikan, terus sahaja aku dan isteri mengemas rumah. Sang isteri sebuk mengemas dapur, dan menyediakan sarapan. Aku, sang Rajuna Tapa bekerja keras, membanting tulang mengemas keseluruhan rumah. Dari menyapu dapur, mengemop lantai dan memeriksa enjin VTEC Honda! Huh…..aku puas hati sejurus menyiapkan segala kerja-kerja tadi.

Aktiviti seterusnya di hari cuti umum yang mulia ini.

Bermalas-malasan di depan tv!

Tiba-tiba, satu iklan arahan pengarah muda Syamsul Yusof muncul di skrin tv. Aku terpaku, terpesona dan terkesima. Manakan tidak filem tersebut yang bertajuk KL Gangster mempunyai ciri-ciri sebuah filem ganster yang sejati. Ala-ala filem gangster Hong Kong. Ada gaya Chan Hao Nam yang berkuasa di Causeway Bay tu! Jauh sekali Temulak di dalam filem Kongsi. Itu cerita, bikin aku mahu gelak sahaja….gangster mana ada kelakar beb! Tak sejati! Dah kata pembunuh upahan, kenapa tidak tahu pakai senjata….aiya!!!!!

– – – – – – – – PPPfftttttt – – – – – – – – – –

KL Gangster; pastinya akan membuat adrenalin anda mengalir laju!!

Sedikit sinopsis…..

KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.

Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?

Semuanya akan terjawab di KL Gangster pada Jun 9 ini.

– – – – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – – – – –

Aku tanpa lengah terus pergi ke Youtube untuk melihat video teasernya dengan lebih. Dari apa yang aku lihat, filem ini memang terbaek dan ada kelainanya. Dialog yang paling best setakat yang aku dengar berbunyi…

“Wa tak kisah lu ayahanda ka abang long ka, ini KL wa pegang!!!”

Hahahahaha….

p/s – Wajib tonton ini filem. Lepastu tengok lagi sekali di Astro First!

3 responses

  1. paCat

    Ayat terakhir “ayahanda ka, along ka, ini KL wa pegang.”

    Tamparan hebat pada bebudak poser sekarang ni.

    Kool giler.!

    Mei 19, 2011 at 1:48 pm

    • faerrin

      hahahahaha….budak2 zaman skang, baru sudah dapat bekap, muka ketat semacam…

      bila kena pegang, kena kutip…ketaq kepala lutut..ish2

      Mei 20, 2011 at 4:10 am

  2. mohd azam bhasrah

    cite kl gangster nih 18 tahun ke ats ke?

    Jun 7, 2011 at 10:08 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s