Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SAMBUTAN HARI KELUARGA HAJI ROS &; HAJAH MARLIAH 2011

Hujung minggu yang penuh manfaat bagi aku dan keluarga.

Sabtu, 28 Januari 2011 bertempat di Kampung Serom 2, Muar, Johor,  merupakan satu hari yang bersejarah bagi keluarga Almarhum  Hj Ros dan Almarhumah Hajah Marliah yang merupakan Buyut bagi isteri aku. Aku dan isteri yang baru sahaja membentuk keluarga dan baru sahaja berjinak-jinak untuk belajar tentang alam kekeluargaan begitu berbesar hati untuk menghadiri satu majlis yang penuh barokah lebih-lebih lagi untuk mengeratkan siratulrahim antara saudara-mara jauh mahupun dekat.

Hj Ros merupakan generasi pertama dan hasil dari perkongsian kasih dengan isterinya, jika diperhatikan dari perhimpunan keluarga yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari 200 orang. Itu tidak termasuk yang tidak hadir ke majlis ini kerana terdapat halangan lain.Jika tidak silap aku, generasi keturunan yang telah dibentuk mungkin sudah mencapai tahap lima ke enam lapis keturunan dari induk yang satu. Lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T!

Majlis ini merupakan hari keluarga yang kedua kali selepas penganjurannya pada tahun lalu yang hanya melibatkan keluarga dari jurai keturunan Nyai Esah dan Jaie Ngadino sahaja (generasi kedua). Tetapi selepas itu terdapat idea-idea untuk mengumpulkan jurai keturunan dari keluarga Hj Ros iaitu generasi pertama bagi keluarga besar ini. Maka pada tahun ini majlis tersebut akhirnya telah terlaksana dengan jayanya. Tidak mustahil pada tahun-tahun berikutnya hari keluarga ini akan terus dijalankan kerana mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Pelbagai program dan pengisian aktiviti telah dibuat disepanjang majlis berjalan. Majlis bermula dengan upacara bergotong-royong bagi membersihkan kawasan laman Nyai Esah dan empat buah balai telah didirikan serta seekor lembu telah berjaya ditumbangkan untuk santapan ahli keluarga. Majlis ilmu, tazkirah, bacaan yassin dan taaruf serta majlis suai kenal dijalankan bagi memantapkan kerohanian ahli keluarga. Kebiasaannya hal-hal; keagaamaan akan dibawa oleh Wak Sahid yang mengetuai keluarganya yang kini menetap di Sri Jergoh, Pahang. Di sebelah pagi acara sukan rakyat dan sukaneka telah disusun oleh kontinjen Kota Tinggi yang diketuai oleh Saudara Fadhil dan keluarganya disamping dibantu kuat oleh ahli-ahli keluarga yang lain.

Ramai…

Memang ramai…

Ada yang kenal, ada juga yang tak kenal dan masa inilah perlunya kenal-menganal antara satu sama lain!

Aku mengikuti hari keluarga ini dengan amat berbesar hati dan perasaan bangga itu turut terpancar di dalam hati. Lihatlah, bermula dengan dua orang sahaja tapi kini telah berkembang hingga menjadi sabuah kampung ramainya! Ada yang menetap di Utara, timur, barat dan selatan tanah air.

Allahamdullilah…

p/s – Penat juga….banyak masuk aktiviti weh! Minggu depan aku nak balik kampung aku pulak…tengok nenek di Batu Pahat. Gambar-gambar Hari keluarga akan di upload kemudian. Card Reader tadak!….Penulis adalah menantu pada Mbah Som Sg. Mas, Kota Tinggi.

6 responses

  1. mana gambarnya beb? nk tgk juga..:)

    Mei 29, 2011 at 2:06 pm

    • faerrin

      Gambar nt aku upload…hehehe

      Mei 30, 2011 at 8:51 am

  2. paCat

    Aku tak begitu faham erti BUYUT.

    Penerangan diperlukan.

    Mei 29, 2011 at 2:10 pm

    • faerrin

      Buyut ertinya, moyang…hehehe

      Mei 30, 2011 at 8:50 am

  3. haa jmpe pn…mau knl2 sama ini org

    Ogos 1, 2011 at 9:57 am

    • faerrin

      jumpa apa???

      Ogos 1, 2011 at 4:51 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s