Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Jun, 2011

MALAYSIA TEWASKAN LUBNAN 2-1

Aku tak sempat nak ulas dan tulis panjang-panjang, sebentar nanti aku akan berangkat ke Taman Negara di Pahang, mahu menyumpit monyet di sana! Jadi, aku mahu ucapkan Tahniah buat skuad Malaysia yang berjaya mengalahkan Lubnan pada malam tadi dengan 2-1. Walaupun cuma berbaki 10 pemain sahaja pada separuh masa kedua akan tetapi skuad Harimau Malaya berjaya bertahan hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Ini berita yang aku ambil dari Utusan Malaysia dan aku tampalkannya di sini.

Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Lebanon, Chadi Atie pada pertemuan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 2-1. – utusan/shahril Azman Zaini

KUALA LUMPUR – Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan 40 itu turut membawa skuad bawah 22 tahun negara bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu.

Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, malah berjaya merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit ke-64 setelah tuan rumah kehilangan pemain tengahnya, Gary Steven Robbat pada babak kedua kerana menerima kad kuning kedua.

Lebanon juga lebih awal menguji penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat menerusi tandukan Mahmoud Kojok pada minit keempat dan Mohamad Haidar (keenam) yang bagaimanapun hanya terus kepada dakapan pemain Kelantan itu.

Hanya seminit kemudian, tuan rumah menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.

Ia berpunca daripada sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Mohamad Muslim Ahmad dan selepas satu percubaan jarak dekat pertama sempat diadang pemain lawan lantas stadium bergema dengan sorakan gol diraikan lebih 10,000 penyokong.

Permainan tiba-tiba diberhentikan pada minit ke-27 kerana pengadil Jepun, Toma Maasaki mengadu terdapat pancaran cahaya laser daripada penonton.

Menyambung aksi seminit kemudian, Mohamad Fandi Othman bagaimanapun mensia-siakan pula sepakan bebas tidak jauh dari petak penalti untuk menambah gol.

Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan.

Pada minit ke-38, satu lagi kesempatan gol buat Lebanon terbentang menerusi Haidar yang melepaskan rembatan kaki kirinya dan menewaskan Khairul Fahmi, namun hanya palang menjadi penghalang yang menghampakan pelawat.

Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.

Meraikan gol kedua yang menjarakkan kedudukan sehingga separuh masa pertama tamat, ribuan penyokong negara berpadu tenaga untuk menyanyikan lagu patriotik, Barisan Kita.

Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari Mohamad Haidar.

Malang berganda tiba pada minit ke-64 yang menyaksikan Lebanon merapatkan kedudukan 1-2 menerusi tandukan Chadi Atie yang menewaskan Khairul Fahmi malah Mohamad Muslim yang cuba mengeluarkan bola di garisan gol, masih gagal menyekatnya.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohamad Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh), Gurusamy Govandar Kandasamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd. Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fandi Othman.

LEBANON: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine, Mohamad Haidar, Omar Ouaida, Nour Mansour, Haytham Faour, Ali Bazzi, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Kassem Leila, Mahmoud Kojok, Abdallah Taleb

P/s- Go, Go, Go Harimau Malaya.

 


BUKU BARU; KONSPIRASI YAHUDI, PERANG & PENAKLUKAN

Buku karya Sabaruddin Salleh berjudul Konspirasi Yahudi, Perang & Penaklukan

Aku baru sahaja membeli sebuah buku baru yang melibatkan kisah-kisah kaum Yahudi. Umum dan dunia sedia tahu yang Yahudi merupkan satu kaum yang sangat benci dan memusuhi umat Islam. Buku terbitan PTS Islamika ini murah sahaja dan ianya sangat bernilai untuk dimiliki dan cuma berharga RM16.00 sahaja.

Sinopis

Buku ini membongkar, mengupas dan mengemukakan bukti sulit dan kurang diketahui umum strategi Yahudi mencipta dan mengatur peristiwa demi peristiwa dalam tempoh 100 tahun lepas. Penulis juga membongkar percubaan mereka bagi merealisasikan penubuhan sebuah kerajaan agung dunia atau world super government. Semua bukti ini dapat dijadikan sumber alternatif kepada pengkajian peristiwa penting yang berlaku selama satu abad terakhir daripada perspektif yang berbeza.

Pembentangan maklumat ini dikumpul daripada pelbagai sumber dan pembacaan seperti Corporatism: The Secret Government of the New World Order oleh Jeffrey Grupp, ensiklopedia Perang Dunia Kedua World War II: War Crimes & Espionage, terbitan Abbeydel Press, The Battle for God, tulisan Karen Armstrong dan The Secrets of the Freemasonry: Revealing the Surpressed Tradition oleh Jonathan Lomas. Dengan pembentangan maklumat ini, kita dapat mengetahui secara mendalam tentang siapa, bagaimana, bila dan mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi. Melihat sejarah dengan mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang timbul daripada pelbagai sudut, membantu kita mengenal siapa kawan dan lawan. Dengan cara itu, masalah-masalah yang timbul daripada hal-hal itu dapat diselesaikan.

p/s –  Yahudi Laknatullah!


RINTIHAN KECIL WARGA KELAS BAWAHAN

Hari Ahad sudah setengah hari berlalu dan Melodi sedang bersiaran. Rasanya baru sahaja pagi tadi aku sebuk mengemas rumah, makan sarap dan tup,tup…sudah setengah hari berlalu.

Ohhh…minggu depan pada hujung minggu aku akan ke Pahang untuk ke Taman Negara. 3 hari di sana. Ini kunjungan kali yang ke dua dan ke sana adalah untuk pergi berkursus. Emm…layankan sahaja. Jadi, pada waktu tersebut aku tidak pulang ke Melaka seperti kebiasaan bagi menjenguk isteri.

Oh….pulang ke Melaka? Berapa kali seminggu ya?

Emmmm…..Ini soalan Matematik darjah 4. Sila jawab ok. Kalau dikutkan aku akan pulang ke Melaka paling minimum 3 kali seminggu dan maksimum 5 kali seminggu. Sekali perjalanan perlu isi minyak sebanyak RM30 dan tolnya dari Plaza Tol Sg. Besi ke Melaka adalah berjumlah RM13.60 sehala. Jika dua hala berjumlah RM27.20. Jadi berapa ringgitkan telah dibelanjakan oleh aku dalam seminggu dengan mengambilkira pulang ke Melaka minimum 3 kali seminggu.

Ohhhh….rabak poketku!!!

– – – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – – – –

Aduhhhh….lambatnya mahu gaji…kering dah ni! Sudahlah segala jenis barang naik harga. Harga utiliti juga meningkat sama. Apa punya “pelarasan tarif” (baca; penggunaan perkataan “pelarasan” adalah lebih molek dari perkataan “menaikkan” kerana perkataan seperti “pelarasan” lebih berperikemanusiaan berbanding perkataan yang lagi satu itu) agaknya yang dikenakan kepada rakyat hingga golongan sederhana pun turut terkesan. Kekadang aku terfikir, adakah golongan kelas atasan atau pemerintah turut sama merasai kesan “pelarasan harga” segala jenis barang-barang dan utiliti ini? Entahlah. Mungkin mereka tidak.

Jadi di sini, perlunya juga “pelarasan gaji” bagi semua kakitangan atau penjawat awam. Tidak dilupakan juga kakitangan swasta (baca; rakyat Malaysia). Pelarasan gaji ini bukan apa, supaya ianya “selaras” dengan kenaikkan harga barang. Jika harga barang sahaja yang naik berbanding gaji…ketidakseimbangan akan terjadi.

Oh yaaa…Bila agaknya kali terakhir kenaikkan gaji ya (baca; penjawat awam secara keseluruhan, bukan mengkhusus kepada sesetangah profisien sahaja eg: Guru/Cikgu)?

p/s –  Bila lah nak ada kenaikkan gaji bagi penjawat awam ni, asek-asek cikgu, polis, tentera…lain-lain penjawat awam ni tidak membangunkan negara jugak ke?


PAK UDA AKA ZAMI ISMAIL MENINGGAL DUNIA….AL-FATIHAH…

Pak Uda dalam kenangan…..Al-Fatihah…

Pak uda @ zami , 67, telah meninggalkan kita buat selamanya pada pukul 10.20 pagi tadi di institut jantung negara. sebelum ini pak uda memang berada dalam keadaan lemah berikutan jantungnya yang tidak stabil. Al-Fatihah buat arwah zami ismail, semoga rohnya berada dalam keadaan tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Diberitakan bahawa jenazah Allahyarham (baca; ayahanda) Pak Uda akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya (baca; tempat kelahiran arwah) di Tapah, Perak.

Al-Fatihah.

– – – – – – – -PPPffftttttt – – – – – – – – – –

Di dalam bidang seni ini, Allahyarham sememangnya seorang yang begitu kuat semangat dan komited dalam segala hal waima ketika sakit sekali pun arwah tetap akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Betapa kentalnya semngat dan jiwanya ini.

Jika tak silap aku, aktor dan pelawak popular ini pernah dimasukkan ke hospital susulan masalah sesak nafas sekitar bulan Mei lalu. (Jika silap sila maklumkan). Pun begitu, insiden ini tidak sedikitpun mematahkan semangat beliau untuk terus bergiat aktif di dalam bidang seni yang dicintainya sejak mula serius pada 1980-an.

Kali pertama dimasukkan ke hospital pada 1997 ketika sibuk menyiapkan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Salam Pantai Timur dan penggambaran filem. Kemudian sekali lagi diserang masalah sama pada 2007 dan terlantar koma hampir tiga hari kerana faktor kesibukan sama.Walaupun sudah membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Zami percaya sikapnya yang tidak pernah kenal erti penat serta rehat tidak mencukupi menjadi punca dia berdepan dengan masalah itu.

Beliau pernah berkata……

“Kita ibarat penoreh getah, kalau musim hujan, kita tidak menoreh bukan? Kalau tidak menoreh kita tidak ada duit. Maka sama apa yang saya lakukan ini. Jika tidak bekerja kita tiada duit. Jadi, kenalah cari kerja. Bezanya, sama ada kerja itu berat atau ringan saja. Yelah, jika dulu kita berlari tapi kini kita berjalan,” kiasnya.

P/S : Negara dah kehilangan pelakon dan pelawak yang bernilai di industri hiburan. Lawak pak zami memang terbaik dalam HKLBR. Tiada lagi lawak-lawak melayu klasik yang penuh dengan unsur nasihat yang sering ditonjolkan oleh beliau. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.


PERMAINAN POLITIK AMERIKA DAN ISRAEL

Permainan Politik yang dipertontonkan oleh Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini adalah sangat halus sehingga ada yang menganggap bahawa hubungan kedua-dua buah negara itu mula retak. Adakah ini benar? Hal itu timbul berikutan tindakan kerajaan campuran baru Benjamin Netanyahu membenarkan sebanyak lebih 1600 penempatan baru penduduk Yahudi dibina di Jerusalem Timur. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan pemimpin dunia Arab. Tidak cukup dengan pencerobohan, pembunuhan dan kezaliman yang dilakukan Israel selama ini ke atas penduduk Palestin, Israel terus menceroboh dan membuat sesuka hati ke atas penduduk Palestin. Benjamin Netanyahu kemudian dengan angkuhnya berucap: “Jerusalem bukanlah sebuah penempatan, tetapi ia adalah ibu negara kita dan semua pihak akan tahu bahawa kejiranan ini akan menjadi aman dan ianya adalah sebahagian daripada Israel” katanya di hadapan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel ( America Israel Public Affairs Committee, AIPAC) pada 22hb Mac 2010 yang lalu sambil disambut dengan tepukan gemuruh tetamu yang hadir.

Namun, pada masa yang sama lawatanya ke Amerika, dia terpaksa berhadapan dengan desakan Presiden Barack Obama yang mahukan Israel bersikap lebih tolak ansur di dalam hal penempatan kerana tindakan yang dilakukan itu tidak akan dapat memujuk pemimpin-pemimpin Arab untuk bekerjasama di dalam pelan damai baru nanti. Walaupun mereka telah bermesyuarat selama berjam-jam sehingga PM Israel itu terpaksa menangguhkan kepulangannya, namun tiada kata putus yang dapat dihasilkan daripada perbincangan tentang penempatan baru Israel itu. Sebenarnya, permainan yang hampir serupa telah dimainkan oleh Benjamin Netanyahu pada 4 Mac 1997 semasa dia menjadi Perdana Menteri ketika itu dengan Presiden Clinton dan Setiausaha Negara, Madeline Albright. Semasa itu, dia telah meluluskan permohonan penempatan Yahudi yang baru di Har Homa, Timur Jerusalem sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin Arab dan akhirnya ia telah menggagalkan usaha damai yang kononnya sudah sampai ke peringkat akhir. Walaupun usaha damai pada ketika itu ditaja oleh Amerika, kali ini sebabnya agak berbeza.

Jika kita lihat kedudukan politik kedua-dua pemimpin di negara masing-masing, kita pasti akan mendapat jawapannya. Benjamin Netanyahu selaku pemimpin Parti Likud yang terkenal dengan sikap keras di dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Israel sentiasa mahu dilihat sebagai pemimpin Yahudi yang terulung. Namun, disebabkan kedudukan partinya yang tidak kukuh di dalam kerajaan campuran sekarang menyebabkan dia harus bersikap lebih ‘ultra’ di dalam dasar-dasar memperjuangkan kepentingan rakyat Israel. Justeru, membenarkan lebih banyak rakyatnya membuka penempatan di bahagian Timur Jarusalem adalah salah satu pilihan yang terbaik di dalam menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Yahudi yang hebat di mata rakyat Israel. Ia mula menampakkan hasil apabila sedikit demi sedikit, kedudukan partinya di dalam kerajaan campuran semakin kuat.

Begitu juga dengan kedudukan Presiden Barack Obama ketika ini. Kedudukannya sudah pun goyah sejak awal-awal mengambilalih jawatan Presiden Amerika daripada George W. Bush. apabila kempennya  ”Hope for change” menjadi malap dan kabur akibat kegoncangan ekonomi yang melanda Amerika yang dikatakan berpunca daripada krisis subprime mortgage. Obama juga dilihat lemah di dalam menangani kekuatan Iran. Manakala janji-janjinya untuk membawa pulang tentera di Iraq menjadi semakin tidak pasti kerana pelbagai kemungkinan yang mesti diambilkira samada daripada aspek ekonomi, keselamatan dan ketidaktentuan politik yang sedang dilalui oleh kerajaan boneka Iraq pada ketika ini. Kegagalan di Afganistan juga tidak jauh berbeza sehingga semakin banyak keranda-keranda yang berisi mayat tentera Amerika dihantar pulang daripada Afganistan. Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Amerika kerana mereka sudah mula merasa ditipu oleh kempen ”Hope for change” itu. Jadi, dengan menganjurkan usaha damai konflik Israel-Palestin ini, ia diharapkan dapat menaikkan semula populariti Obama. Kerana itulah, Obama benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Israel itu. Jika usaha damai itu gagal, nescaya kedudukan politik Obama pasti goyah menjelang pilihanraya Presiden pada 2012 nanti.

Namun, perkara yang paling utama yang harus diperhatikan oleh kaum muslimin pada ketika ini adalah ’ketegangan’ hubungan antara Amerika-Israel itu bukanlah satu harapan tetapi ianya adalah satu permainan yang hendak melalaikan kita daripada hal yang sebenar. Perkara yang sebenar mesti harus kita ketahui adalah hubungan Amerika-Israel tetap kukuh dan akan terus berkeadaan begitu atas beberapa sebab:

1)    Sehingga saat ini, Israel masih menikmati USD 3 bilion bantuan dalam bentuk pakej ekonomi dan ketenteraan setiap tahun daripada Amerika. Para pemimpin dan aktivis Amerika yang sentiasa lantang mengkritik tatkala Amerika terlibat dengan aktiviti keganasan, tetapi di dalam hal ini mereka tetap berdiam diri. Padahal bantuan yang disalurkan itu dengan jelas diberikan kepada sebuah kerajaan negara haram yang saban hari melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin.

2)    Mengapa negara kecil Israel yang keluasannya hanya lebih kurang 1/17 daripada keluasan Malaysia itu mendapat bantuan begitu banyak daripada Amerika? Ini disebabkan banyak kepentingan Amerika di rantau tersebut yang harus dilindungi. Maka, Amerika menggunakan Israel untuk tujuan itu dan sebagai balasannya, Amerika akan terus memberikan bantuan agar rakyat Israel akan terus menikmati taraf kehidupan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera.

3)    Amerika akan memastikan dunia Arab terus berpecah-belah dengan menjadikan Israel sebagai punca kepada perpecahan tersebut. Amerika akan terus mempertahankan dasarnya yang sejak dari dahulu dengan matlamat menjadikan wilayah Palestin itu kepada 2-Negara (2 state solution) iaitu Israel dan Palestin. Perpecahan negara-negara umat Islam merupakan kunci utama kepada penguasaan Amerika di setiap negara Arab di dalam usahanya mengaut kekayaan yang ada di bumi umat Islam. Justeru, hubungan dengan Israel akan mewujudkan ’ancaman’ sehingga setiap negara Arab tidak boleh lari daripada campurtangan Amerika jika tidak, mereka pasti akan menerima nasib sepertimana yang menimpa Iraq.

4)    Amerika akan terus memanfaatkan sikap biadap Israel untuk kepentingannya. Ini adalah kerana Israel sentiasa bercita-cita hendak menguasai wilayah Arab untuk kepentingan orang-orang Yahudi. Amerika sudah pun mengetahuinya dan ia telah dan akan terus mewujudkan halngan-halangan tertentu untuk mengagalkan usaha pengembangan negara Israel dan pengaruhnya ke wilayah Arab kerana jika Israel mampu melakukannya, sudah tentu penguasaan Amerika akan terancam. Antara halangan tersebut adalah dengan mengasingkan wilayah yang bergolak itu dengan negara Arab yang lain. Mendatangkan sejumlah pasukan pengaman di sepanjang sempadan wilayah Arab-Israel. Jadi ini diharapkan dapat ’mengasingkan’ Israel tetapi pada masa yang sama tetap menghadirkan ’momokan ancaman’ kepada negara-negara Arab.

Itulah hakikat yang harus diterima oleh penduduk Palestin dan umat Islam pada ketika ini. Di manakah pemimpin Palestin? Alangkah sedihnya, apabila Presiden Mahmoud Abbas dan pentadbirannya hanya mampu menjadi pemerhati di dalam permainan politik di antara Amerika dan Israel tanpa dapat berbuat apa-apa. Jangankan hendak cuba mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin itu, hendak mempengaruhi rakyat Palestin sendiri dia tidak mampu. Pemimpin-pemimpin umat Islam yang lain juga mengambil sikap yang sama bahkan menjadi penghalang kepada sebilangan umat Islam yang hendak membela nasib saurdaranya di Palestin.

Dasar Amerika yang mendokong dan melindungi Israel itu sebagaimana yang Amerika lakukan di belahan dunia yang lain seperti di Taiwan, Jepun dan Amerika Selatan, itu semua hanyalah untuk menjaga kepentingan strategiknya di merata tempat di seluruh dunia. Jadi dengan itu, ia akan terus menjadikan Amerika kuasa ’pengganas’ no.1 dunia untuk sementara ini, sehingga Khilafah tertegak kelak, ia akan mengembalikan Amerika ke benuanya semula, insyaAllah.

Rujukan:

http://www.khilafah.com  dan  Political Views On Palestine (Al Khilafah Publications)


ISU PANAS; FILEM KONGSI DAN KL GANGSTER

Baru-baru ini kecoh isu dua filem bergenre Gangster (baca; Kongsi dan KL Gangster) hendak di saman dek kerana menonjolkan beberapa corak/gaya dari pertubuhan (baca; PEKIDA) ini. Berikut adalah komentar yang dipetik dari MStar Online;

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

KL Gangster berjaya meraih kutipan menakjubkan sehingga RM6.2 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan, bermula 9 Jun sekali gus melakar sejarah tersendiri di arena perfileman tanah air. Walaupun isu panas yang ditimbulkan oleh pertubuhan NGO tetapi kedua masih mendapat sambutan hangat oleh masyarakt umum. Dari tinjauan aku baru-baru ini dibeberapa panggung wayang berhampiran tiket-tiket bagi filem KL Gangster habis dijual! Tidak mustahil filem-filem ini juga akan mendapat sambutan di Astro First nanti. Kalau diikutkan filem ini sedang bersaing dengan beberapa filem blockbuster Hollywood seperti Kung Fu Panda 2, X-Men: First Class dan Super 8, buah tangan Syamsul Yusof itu nyata punyai tarikan tersendiri.

Bagi aku, kedua-dua filem ini adalah filem yang bagus dan setidak-tidaknya menonjolkan kelainan dalam pembikinan filem di tanah air kita. Sudahlah sekarang ini sikit punya banyak filem-filem yang menonjolkan elemen-elemen seram, hantu sana-sini dan sewaktu dengannya, tidakkah itu satu yang membosankan?

Tapi di satu yang lain pulak jika mahu buat filem, kasik tengok kiri kanan jugak. Bukan kerana apa, isu agama, isu perkauman dan lain-lain sensiviti perlu difikirkan jugak. Jangan main langgar ikut sedap hati, ikut sedap rasa. Mintalah pendapat dari pelbagai pihak sebelum mahu membuat filem yang mempunyai unsur-unsur sebegini (baca; unsur-unsur yang mempunyai sensitiviti yang kuat hingga boleh menggugat ketenteraman awam). Iyalah, ini Malaysia bukannya Hollywood yang masyarakatnya sangat-sangat terbuka dari pelbagai segi. Di sana pembikin filem bebas mahu buat filem yang macam mana sekalipun waima mengutuk agama sendiri pun tidak mengapa! Kadang-kadang, wahai pembikin filem… janganlah difikirkan untuk keuntungan yang tidak seberapa sahaja hinggakan maruah bangsa sendiri tergadai.

Walaubagaimanapun sebagai penonton/masyarakat, kita sewajarnya memahami juga apa si pengkarya mahu sampaikan. Apabila diperhatikan dan diselami sedalam-dalamnya dari hasil yang cuba diberikan oleh pengkarya atau pembikin filem tempatan setakat ini, mereka sedang cuba untuk menonjolkan beberapa  permasalahan yang berlaku di dalam masyarakat dan juga beberapa “culture underground” yang tidak dapat dilihat dari pandangan biasa atau seharian kita walhal perkara-perkara “yang tidak nampak” ini sedang berlaku!

Permasalahan sosial atau kritikan sosial yang disampaikan ini sewajarnya digunakan oleh pelbagai pihak untuk memperbaiki apa jua sistem yang sedang rosak agar ianya tidak menjadi teruk atau barah di kemudian hari. Lihat sahaja filem Hantu Kak Limah Balik Rumah karya Pengarah tersohor Mamat Khalid yang banyak membuat kritikan sosial (baca;kritikan yang diberi disampaikan secara direct/indirect) hinggakan dipihak pemerintah juga terkena tempiasnya apatah lagi masyarakat umum. Juga sama seperti apa yang disampaikan oleh Syamsul Yusuff, Pengarah Muda yang kini sedang meningkat naik. Bila diperhatikan filem-filem arahannya banyak memberi unsur-unsur nasihat secara tidak langsung serta kritikan sosial kepada masyarakat di Malaysia.

Entahlah, ini cuma pandangan aku yang tidak seberapa, mungkin nilainya cuma 30 sen sahaja. Apa-apa pun eloklah dibuat perbincangan, diskusi dan lain-lain solusi diantara kedua-dua pihak yang bertelagah agar segalanya kembali kepada normal. Iyalah, yang bertelagah inipun sesama melayu islam juga. Aku sertakan ayat suci Al-Quran untuk dijadikan sebagai pedoman. Sekian….

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudar, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu mendapat rahmat”- Surah Al-Hujarat ayat 10.

“Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH, dan janganlah kamu berpecah belah”- Surah Ali-Imran ayat 103.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari bersangka-sangka, sesungguhnya sebahagian dari bersangka-sangka itu adalah keburukan, janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu bertelagah sesama sendiri, adakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati?…” – Surah Al-Hujurat ayat 12.

p/s – Berbaik-baiklah….dan selesaikanlah dengan bijak. Aku layan Young and Dangerous aka Muda dan Bahaya.


PASUKAN BOLA SEPAK IRAN YANG DIHARAMKAN OLEH FIFA

Iranian women's national soccer team poses before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer's governing body FIFA after its women's team were banned from a qualifying game for next year's Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.

Iranian women’s national soccer team poses before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer’s governing body FIFA after its women’s team were banned from a qualifying game for next year’s Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.

An assistant helps a player of the Iranian women's national soccer team adjust her veil before their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman's association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.

An assistant helps a player of the Iranian women’s national soccer team adjust her veil before their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.

Iranian women's national soccer team walks to the pitch before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman's association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code. Iran will complain to world football's governing body FIFA after its women's team were banned from a qualifying game for next year's Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported Sunday.

Iranian women’s national soccer team walks to the pitch before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code. Iran will complain to world football’s governing body FIFA after its women’s team were banned from a qualifying game for next year’s Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported Sunday.

Iranian women's national soccer team reacts after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer's governing body FIFA after its women's team were banned from a qualifying game for next year's Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.

Iranian women’s national soccer team reacts after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer’s governing body FIFA after its women’s team were banned from a qualifying game for next year’s Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.

The Iranian women's national soccer team react after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman's association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.

The Iranian women’s national soccer team react after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.

A player of Iranian women's national soccer team is comforted by a team mate after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman's association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code. Iran will complain to world football's governing body FIFA after its women's team were banned from a qualifying game for next year's Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported Sunday.

The Iranian women's national soccer team line up before their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman's association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.

Pasukan bolasepak wanita Iran yang diharamkan FIFA

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.
Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, “Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.”“Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab.” Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.

Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam…

…………………………………………………………………………………………………………………..

Di bawah ini contoh pasukan bolasepak wanita Islam  yang dihalalkan FIFA…

Jordan's women national soccer team stand before their qualifying match against Vietnam for the 2012 London Olympic Games in Amman June 7, 2011.

Ini pasukan Bolasepak Wanita Jordan…

Jordan's Ala'a Abu Kasheh (R) fights for the ball with Vietnam's Le Thu Thanh Huong during their women's qualifying soccer match for the 2012 London Olympic Games in Amman June 7, 2011.

Jordan’s Ala’a Abu Kasheh (R) fights for the ball with Vietnam’s Le Thu Thanh Huong during their women’s qualifying soccer match for the 2012 London Olympic Games in Amman June 7, 2011.

Jordan's Samaa Khraisat (L) fights for the ball with Vietnam's Bui Thi Nhu during their qualifying women's soccer match for the 2012 London Olympic Games in Amman June 7, 2011.

Jordan’s Samaa Khraisat (L) fights for the ball with Vietnam’s Bui Thi Nhu during their qualifying women’s soccer match for the 2012 London Olympic Games in Amman June 7, 2011.

Dipetik dari blog: Pinkturtle.

p/s – Sanggupkah anda menggadaikan maruah agama Islam di tangan kaum kafir? Sama-samalah menegakkan syiar Islam!


HARI JUMAAT HARI YANG CERIA; 1 REJAB HARI NI WEH!!

Hari Jumaat, hari yang ceria. Betul, aku tak tipu dan ini bukan rekayasa semata-mata. Jumaat boleh dikategorikan sangat “heaven” waktunya. Ya! Waktu kerja pendek, rehatnya lama! Kadang kita boleh terdengar suara-suara gelak dan hilai tawa staff pejabat yang jarang-jarang kita dengar pada waktu-waktu biasa terutamanya pada hari Isnin.

Waktu-waktu tengah harilah paling meriah. Perempuan ke shopping-shopping kompleks, hang out, melepak dan cuci mata. Tambah-tambah mood raya dah mula mucul sikit-sikit ni.

Tapi tahukan kamu hari ini adalah hari yang istimewa???

Ya…hari ni 1 Rejab…berapa hijrah? Kamu semua pikirlah sendiri…

Hari ini, Jumaat, 3 Jun 2011 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj (Rabu, 29 Jun 2011) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p/s- Rebutlah peluang ini wahai rakan-rakan sekalian