Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BUKU BARU BULAN JULAI 2011

Ok, buku baru bulan ini. Aku baru sahaja beli pada Sabtu lepas ketika berlibur bersama isteri di Mahkota Prade sambil melayan Transformers 3 di sana. Terima kasih kepada isteri kerana begitu berbesar hati untuk membelikan buku ini kepadaku. Harganya tak mahal malah begitu bernilai untuk dimiliki dan cuma berharga RM26.00 sahaja.

Dari Penjara Taliban Menuju Iman

Kulit hadapan buku

Buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman adalah sebuah “inside story” atau sebuah “travelog” apa yang berlaku di bumi Afghanistan selepas keruntuhan WTC pada 11 September 2001 dan diikuti dengan serangan Amerika dan sekutunya ke atas bumi umat Islam itu. Tokoh yang dimaksudkan ialah seorang wartawan terkenal British yang juga seorang pejuang fahaman feminisme bernama Yvonne Ridley. Beliau ditahan oleh tentera Taliban dan dipenjara selama sepuluh hari pada tahun 2001. Kesalahannya – menyeludup masuk ke Afghanistan dengan menyamar memakai burka (purdah) untuk mendapatkan sebuah berita eksklusif tentang kehidupan kaum wanita di Afghanistan. Setelah dibebaskan dan kembali ke England, beliau masuk Islam dan berjuang membela Islam serta berusaha untuk membebaskan belenggu Islamofobia yang melanda dunia Barat. Buku karya Anton Kurnia ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yang digembar-gemburkan sebagai rejim yang paling sadis di atas muka bumi ini. Peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dalam kalbu Yvonne dan telah mengubah kehidupannya. Tanpa diduga, selama dalam tahanan, Yvonne mendapat layanan terbaik daripada Taliban. Apabila Yvonne bebas, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk Islam dan berjuang untuk mendaulatkan agama Allah dan umat Islam di mata dunia. Bagaimana? Anda baca pengembaraan beliau seterusnya dalam buku ini.

– – – – – – – – -PPPPffftttttt – – – – – – – –

Buku ke dua ini berharga RM36.00. buku ini  turut dibelikan kepadaku dan ianya berjudul…..

Kulit hadapan buku

Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara.

Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik ini mengupas segala jaringan kompleks operasi yang sudah menguasai Timur Jauh dan kini membuat serangan mengejut ke kawasan Barat. Pelbagai kajian dan penyelidikan sudah dilakukan mengenai Empayar China sejak beribu tahun lalu.

Antara kisah yang dikongsi bersama adalah pelbagai cerita pembunuhan dan pengkhianatan, keberanian dan rasuah yang dilakukan maharaja dan jeneral, pengintip dan lanun, dan ramalan perubahan dunia sepanjang dekad akan datang.

Fakta menggemparkan mengenai Cina!
– Komuniti besar yang merangkumi 55 juta ekspatriat (pengembara)
– Jumlah aset terkumpul mencecah 2 trilion dolar
– Rangkaian pengaruh yang bersepadu dan penuh impak
– Platform ekonomi yang nyata kukuh di Lautan Pasifik
– Bercita-cita mempengaruhi ekonomi Barat
– Organisasi yang mempunyai keupayaan kuasa yang hebat Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara

Ok, sekian sahaja. Aku sekarang lebih banyak membaca dari melayan FB. Sudah bosanlah aku dengan FB. Err…tak nak cuba Google Circle??

p/s – Sebulan, dua buah buku! Bukan setahun 2 buah buku!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s