Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KEMPEN PAKAI BAJU HARIMAU MALAYA

Tulisan ini dibuat setelah aku terbaca sebuah artikel di web Malaya Tigers dan jika kamu mahu baca lebih lanjut boleh klik di sini.

Selang beberapa hari lagi Skuad Malaysia akan menentang gergasi-gergasi EPL di sini yang bermula pada 13 Julai 2011 nanti. Jadual perlawanan adalah seperti berikut dan aku dapatkan jadual ini dari laman web rasmi FAM.

Tapi, sebelum aku pergi lebih jauh…..Masih ingatkah lagi kamu semua tentang perlawanan skuad Malaysia dengan MU pada 18-19 Julai 2009 yang lalu? Ketika itu, skuad Malaysia ditumpaskan dengan tipis iaitu 3-2 dan apa yang penting lebih ramai rakyat berwarganegara Malaysia menyokong skuad MU berbanding skuad negaranya sendiri. Tidak percaya? Lihat gambar dibawah, ihsan dari Web Malaya Tigers.

Jangan tidak percaya, ini di stadium Bukit Jalil tapi gambaran ini umpama perlawanan sedang berlangsung di di Old Trafford!

Ihsan gambar; Utusan Malaysia 19 Julai 2009

Antara warganegara Malaysia yang menyokong MU semasa perlawnan persahabatan Malaysia menentang MU pada tahun 2009 yang lalu.

Di sini aku ingin tegaskan bahawa selaku rakyat yang berwarganegara Malaysia kita berkewajipan untuk menyokong skuad bola sepak negara kita sendiri apabila skuad negara menentang/melawan skuad bola sepak/kelab/liga/negara lain. Memanglah pada zahirnya begitu ramai peminat skuad-skuad gergasi EPL di negara kita yang mana mereka amat menyayangi dan menyanjungi pemain-pemain “Star” di EPL tapi, harus diingat inilah tempat di mana tumpahnya darah kita, tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan janganlah sesekali menggadai maruah negara dek kerana teralalu obses dengan “pemain luar negara”. Jadi, letakkanlah kepentingan negara itu nombor satu!

Oleh itu salah satu caranya untuk menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi kepada skuad negara adalah dengan menyuarakan sokongan moral yang padu dan jitu kepada para pemain bola sepak negara kita. Salah satunya adalah dengan memakai jersi negara kita sendiri ketika mereka sedang beraksi mengerah segala keringat bergasak di tengah padang sambil membawa maruah negara dan penuhkanlah stadium dengan lautan Hitam-Kuning…itulah warna yang sepatut kita bawa. Renung-renungkanlah kata-kata azimat dari pemain bola sepak lagenda negara.

If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – Mokhtar Dahari.

Aku bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, orang perseorangan, mana-mana kelab peminat atau apa jua organisasi yang begitu menggagumi skuad-skuad EPL. Aku juga mempunyai skuad EPL pilihan tersendiri yang bakal membuat pertemuannya dengan skuad negara pada 16 Julai 2011 nanti. Tapi, aku tetap dengan pilihanku untuk menyokong skuad Malaysia tanpa berbelah bahagi walaupun skuad negara pada  ketika akhir perlawanan itu nanti kecundang. Sekali lagi aku tegaskan, maruah negara adalah nombor satu! Biarpun kalah, ianya tetap bermaruah!

Bak kata pepatah….

Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung!!!

p/s – Berilah sokongan padu kepada skuad Malaysia supaya mutu bola sepak di negara kita semakin menyinar!!!

One response

  1. Pingback: MALAYSIA LAWAN ARSENAL ; SATU HARAPAN « PANDANG-pandang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s