Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA LAWAN ARSENAL ; SATU HARAPAN

Malam ini tanggal 13 Julai 2011 satu pertembungan nostalgia antara skuad gergasi  EPL dan skuad Harimau Malaya akan berlaku. Detik 8:45 malam segala-galanya akan bermula. Adrenalin akan mengalir laju. Degupan jantung akan menjadi kencang. Suara dan sorakan akan berkumandang. Tapi, adakah sorakan-sorakan yang datangnya dari warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan Malaysia ini menyokong  padu kepada skuad dari “kampung” mereka, tanah tampahnya darah mereka?

Itu aku tidak pasti.

Jika diperhatikan semalam di stadium ketika sesi latihan skuad “The Gunners” pada petang semalam. Rata-rata masyarakat yang hadir memberi perhatian lebih kepada skuad itu. Ini dapat dilihat dengan gambaran di bawah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AidiltekadburujaringangegarArsenal/pix_gal1

Oh!!!! Di mana penyokong Harimau Malaya??

Apa yang kamu fikir? Lihatlah….gelanggang keramat skuad kebangsaan di Bukit Jalil bertukar menjadi Stadium Emirates milik Arsenal pada sesi latihan semalam apabila hampir 5,000 penonton hadir memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu yang tampak lebih seperti latihan pertunjukan buat penyokong setianya di rantau Asia.

Emmm…tidak mengapalah…

Aku tidak mengharapkan kemenangan pada skuad Malaysia (Tapi jika kemenangan yang kita raih…apa salahnya? dan ini sudah pasti sesuatu yang dibanggakan!. Iyalah dengan dibarisi pemain bertaraf “bintang dunia” antaranya Robin van Persie, Samir Nasri, Jack Wilshere, Bacary Sagna, Andrei Arshavin, Alex Song, Tomas Rosicky, Maroune Chamakh dan Theo Walcott dan juga bekas juara Liga Inggeris mungkin Skuad Harimau Malaya tampak lebih kecil berbanding mereka.

Tidak mustahil jika anak buah K. Rajagobal mempamerkan corak permainan yang tangkas sambil diselang-selikan dengan hantaran yang tepat dan cantik pasti skuad Harimau Malaya dapat merobek pertahanan dan sekaligus meledakkan gol! Siapa tahu…

Ingat lagi kepada Super Mokh? Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari “Wira/Lagenda Bola Sepak Malaya” (Al-Fatihah) yang berjaya meragut keutuhan gawang gol Arsenal pada tahun 1975. Ledakan tersebut berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2-0! Menakjubkan! Aku harap, keajaiban pada malam ini akan berulang sekali lagi dan ianya akan menjadi satu sejarah yang indah dalam kalendar bola sepak Malaysia.

Skuad Malaysia, aku yakin kamu semua boleh. Kalau boleh, kasik tapau skuad Arsenal dan berjuanglah hingga ke titisan peluh yang terakhir dan kamu semua kena ingat….kamu sedang membawa maruah negara di atas padang itu dan jangan sekali-kali kamu membelakangi maruah negara kamu (begitu juga kepada rakyat Malaysia)!

Dan….

Jika kalahpun….biarlah kalah dengan bergaya…Aku doakan kamu semua berjaya!

p/s- Mengharapkan masih ada kibaran jalur gemilang dan jersi negara dipakai pada hari perlawanan malam ini.

Ini adalah update dari entri sebelum ini. Sila klik di sini.

2 responses

  1. aku pakai baju merah! kalau kuning nnt kena cekup..:)

    p/s: letak le link aku satu bro..:)

    baca sini untuk entri terkini:
    ”pyejal weblog”

    Julai 13, 2011 at 1:16 pm

    • faerrin

      aku dah lama la link jon…..

      Julai 13, 2011 at 2:28 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s