Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA TUMPAS 0-4 KEPADA ARSENAL

Malaysia tumpas 0-4. Banyak yang perlu diperbaiki dari segi taktikal dan juga passing yang perlu diperkemaskan lagi. Lagi satu yang aku nak tegur ialah pasukan kebangsaan kita kerap membuat silap di kawasan panalti sendiri dan dengan itu, senang-senang penalti kick diberi kepada pihak lawan. Itu satu yang perlu dielakkan!

Jaringan dari Arsenal dibuat oleh Ramsy pada minit 5′ dan Walcott pada minit 37′ yang telah menjarakkan Arsenal mendahului Malaysia sebanyak 2-0 dan ianya kekal hingga tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua gol dijarIngkan oleh Vela pada minit 59′ dan ianya terus kekal hingga masa kecederaan dan pada masa tersebut Rosicky berjaya menambah keduakaan Malaysia dengan menjaringkan sebiji gol pada minit-minit akhir di waktu kecederaan dan menjadikan Malaysia kalah 4-0. Keseluruhan permainan boleh dikatakan ianya dikawal oleh Arsenal dan Malaysia seolah-olah tiada kawalan bola dan kerap melakukan hantaran-hantaran yang tidak kesampaian. Mungkin standard permainan yang terlalu jauh antara pemain Malaysia dengan Arsenal.

Gunners ease to opening win

Arsenal mengalahkan Malaysia mudah dengan gol 4-0

Tak pelah. Pengalaman lebih penting. Fokus pada pusingan ke dua Piala Dunia pula. Tumpaskan Singapura!

Ok, dengan tiadanya siaran secara langsung di telivisyen dek kerana kononya jualan tiket tidak mencapai 80% (baca; perjanjian berat sebelah) maka terpaksalah saluran alternatif digunapakai. Web Tv! Tapi ialah, mana nak dapat tengok smooth…internet cap kampung ja! 1mb nak layan streaming…mana nak dapat! Tapi…aku tetap nak salahkan astro! Kenapa ditayangkan siaran ulangan Selangor melawan Perak? Kenapa siaran berprestij begini tidak diambil perhatian? Janganlah terlalu asyik memikirkan keuntungan sahaja…sudahlah bil naik, dan siaran kadang-kala tidak memuaskan.

p/s – Go!Go!Go! Harimau Malaya!

Tapi, kenapa  stadium dah bertukar laut yang kemerah-merahan? Macam manalah mentaliti rakyat Malaysia ni. Yang luar diagung-agungkan jugak!

2 responses

  1. Pasukan Malaysia

    Assalamualaikum.

    Sayang seribu kali sayang…Malaysia tertewas kepada pasukan Arsenal. Mentaliti sebahagian rakyat Malaysia yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi mereka lebih menyokong kepada pasukan luar negara. Jangan lupa Arsenal menentang pasukan Malaysia, dan kita adalah rakyat Malaysia bukan rakyat Arsenal. Sebusuk-busuk pun pasukan negara kita, pasukan itu mewakili negara Malaysia dan kita sebagai rakyat. Semakin lama, semakin pupus semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia. Kepada pasukan Malaysia, jangan putus asa! Teruskan perjuangan menaikkan martabat sukan boia sepak kita di mata dunia. Buktikan pasukan Malaysia adalah pasukan yang hebat! Dan kepada pasukan Arsenal, jika kamu berkunjung lagi ke sini di lain waktu, kemungkinan kamu takkan layak bermain dengan pasukan Malaysia lagi, kerana ketika itu Arsenal hanya bertaraf kelab atau negeri saja di Malaysia. Di saat itu, pasukan Malaysia hanya layak bermain dengan pasukan negara England bukan Arsenal! Maju Pasukan Malaysia!

    Julai 13, 2011 at 10:08 pm

    • faerrin

      Itualah masalahnya. Jika diperhatikan di stadium semalam…rata-rata rakyat Malaysia menyokong Arsenal, di manakah penyokong Malaysia? Berapa jumlah mereka? Aku yakin penyokong Malaysia boleh dikira dengan jari! Pemain yang berada di atas padang pun turut terasa tempiasnya! Perang psikologi dimainkan oleh warganegara Malaysia sendiri ! Sudahlah bermain di “kampung halaman” sendiri, tapi masih lagi mahu menyokong kampung lain?

      Benar seperti kata anda, sebusuk-busuk pasukan negara kita, selemah-lemah mereka pun aku masih berbangga. Biarlah kalah, janji ianya kalah dengan maruah. yang tinggi.

      p/s – Malam tadi kalau tak menang pun tak pelah, janji menang sorak..tapi itu semua tak berlaku! Chait!!

      Julai 14, 2011 at 12:13 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s