Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA LAWAN LIVERPOOL ; SATU HARAPAN

Lihat gambar-gambar di atas. Ini di Malaysia atau…
Aku ini penyokong Liverpool. Benar. Aku tidak berjalan seorang diri. Lihat gambar di atas jika tidak percaya. Tapi bila datang kepada negara sendiri, maruahnya dan juga kredibelitinya…Liverpool aku jadikan yang kedua dan skuad kebangsaan menjadi yang pertama. Kerana apa?
Kerana Malaysia tempat kelahiranku!Paling penting  jika bukan kita selaku rakyat a.k.a warganegara Malaysia yang menyokong pasukan sendiri, siapa lagi?Memang benar, peminat Liverpool (tidak terkecuali aku) menunggu sekian lama untuk menyaksikan kedatangan “The Reds” ke Malaysia, tapi biarlah berpada-pada. Aku tahu ramai yang datang ke stadium memberi sokongan kepada “Skuad EPL” dan “Harimau Malaya” semasa hari perlawanan TAPI yang aku gusarkan ialah kita tidak nampak di manakah penyokong skuad kebangsaan kerana ditenggelami oleh penyokong/peminat “Skuad EPL” itu sendiri.
Aku ingin memberi sedikit cadangan kepada warganegara kita yang sememangnya penyokong fanatik “Skuad EPL”  ini. Jika mahu memberi sokongan, biarlah memberi sokongan semasa sesi latihan mereka sahaja dan apabila tiba kepada perlawanan sebenar, berilah sokongan yang padu kepada “Harimau Malaya”. Semasa sesi latihan tersebut jika kamu semua peminat “Skuad EPL” mahu pakai satu sut lengkap jersi bola lengkap dengan kasut bola sepak sambil memegang sebiji bola pun tak mengapa! Pakailah! Tapi bila tiba pertembungan yang sebenar berjalan…sokonglah Malaysia tanpa berbelah-bahagi!
Dengarkan keluhan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal ketika ditemuramah.
Saya tidak faham mengapa dalam keadaan seperti ini sebahagian daripada mereka tidak memberi sokongan kepada skuad kebangsaan, mereka harus bertindak bijak tidak boleh membandingkan antara Malaysia dan pasukan EPL,”
Saya harap semua penyokong tempatan faham walau macam mana sekali pun Malaysia tetap negara mereka, saya tidak cakap semua penyokong seperti itu hanya sebahagian daripada mereka sahaja,
Ulasan ini dipetik dari akhbar arus perdana, Utusan Malaysia dan di akhir laporan jurulatih negara sempat merayu kepada penyokong  setia Liverpool di Malaysia perlu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan dan memakai jersi kedua kebangsaan berwarna biru hanya untu satu hari sahaja.
Aku akhiri coretan ini dengan gambar di bawah dan juga kata-kata masyhur dari lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.
https://mejakerusi.files.wordpress.com/2011/07/ultras3.jpg?w=300
Sokonglah Malaysia! Maruah lebih penting dari segalanya!

If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – Mokhtar Dahari.

p/s – Harap Malaysia dapat menjaringkan gol pada petang nanti.

Kredit gambar-gambar kepada blog Kerabat Kenshiro. Thanx!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s