Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA DIHAMPAKAN SINGAPURA 5-3

Saffee Sali sedang berebut bola dengan Mustafic Faruddin…Mustafic ini anak jati mana agaknya ya?

Malaysia tewas kepada Singapura…5-3 dan ini satu jumlah yang besar, nampaknya Malayan Tiger sudah dibaham oleh Red Lions dengan ganas sekali di kandang mereka sendiri. Tidak mengapa, mungkin ini baru “salam perkenalan” dari skuad Harimau Malaya dan sudah pasti skuad negara kita mempunyai misi penting yang perlu dilangsaikan dengan baik sekali semasa aksi timbal balas bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Aku berasa sangatlah tidak puas hati dengan barisan pertahanan dan gol keeper kita pada aksi ketika “maghrib” tadi, sudahlah benteng pertahanan goyah dan mudah dibolosi oleh lawan…penjaga gawang pula boleh buat tak tahu ketika bola menerjah pintu gol. Tiada aksi lompatan. Tiada sebarang reaksi. Pada pemerhatian aku, ada 3 gol mudah yang dilepaskan tanpa sebarang tindak balas refleks dari penjaga gol. Hanya keluhan kecil sahaja yang mampu ditunjukkan…

Kenapa Sharbinee? Mana skil, kemahiran dan ketangkasan anda ketika perlawanan menentang skuad-skuad besar sebelum ini? Kenapa sampai begitu sekali kamu membiarkan bola begitu senang masuk ke gawang gol? Wahai Sharbinee, bangun dan bangkitlah!!! Datuk Rajagobal sudah bagi peluang pada kamu, jadi gunakanlah peluang itu sebaik mungkin dan tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang kamu mungkin lebih baik dari apek! Ingat kamu adalah benteng terakhir pasukan Malaysia!

Tapi, apa-apa pun pujian harus diberikan kepada skuad Malaysia kerana skuad Malaysia dibarisi oleh 100% anak jati Malaysia! 100% Made in Malaysia! Dibarisi dari pelbagai suku kaum bekerja bersama-sama untuk melonjakkan nama negara ke persada dunia! Bukan seperti negara seberang itu yang mengharapkan Awang Import untuk menjunjung maruah negara mereka.

Bak kata seorang temanku di wall facebooknya…

1 gol dari seorang yang bermain untuk negara tanah tumpah asalnya lebih bermakna dari 10 gol dari seorang yang diberi kerakyatan….berbanggalah​ kita punya RAKYAT yg boleh bermain bola…

Jadi aku berharap di sebalik kejian dan cacian yang aku dengar ketika 1st half tadi di mana Malaysia dibenam 4-1 pada ketika itu, kalian sebagai penyokong dan rakyat Malaysia sepatutnya masih rasa berbangga kerana yang bermain itu adalah saudara sewarganegara sendiri! Apa pun, Malaysia harus bangkit dan berkerja kuat ketika perlawanan di tempat sendiri pada minggu hadapan kelak. Pertahanan perlu diperkukuh, gawang gol harus dijaga rapi dan serangan perlu bertubi-tubi!

Bangkitlah Harimau! Bangkitlah dari tidur!

p/s – Goooooooooooooooo Malaysia! eRRR…Tadi peserta Qari dan Qariah dari Malaysia sudah menang kejohanan Tilawah…Tahniah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s