Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA LAWAN SINGAPURA; BERJUANGLAH HABIS-HABISAN!!!

Malam ini merupakan satu penentuan hidup dan maut bagi Sang Rimau (baca; Malaysia) dan Sang Singa (baca; Singapura). Siapa membaham dan siapa pula yang dibaham. Siapa lebih kuat ngauman dan siapa lebih tangkas bergelut di medan perjuangan. Malam ini semuanya akan terungkai. Setelah kalah di tempat lawan dengan defisit dua mata serta kehilangan tonggak utama iaitu Kapten Shafiq Rahim, Sang Rimau tidak patah semangat malah dengan sokongan puluhan ribu warganegara Malaysia sudah pastinya Sang Rimau bersedia mencarik-carik, merobek-robek dan memamah daging kenyal Sang Singa. Dari pembacaan aku sebanyak 80,000.00 tiket telah habis dijual! Bayangkan sambutan hangat ini…..

Sudah pastinya perlawanan pusingan ke dua bertempat di Bukit Jalil pada malam ini menjanjikan pertembungan yang menarik antara Skuad Malaysia dengan Singapura. Sudah pastinya semangat juang anak jati Malaysia pada malam ini begitu tinggi untuk mengekang asakan pihak lawan bagi membolosi pertahanan negara dan sekaligus menggegar gawang gol negara. Apa yang perlu segala kesilapan kecil di petak penalti perlu dielakkan kerana jika ini berlaku sudah pastinya peluang itu akan disia-siakan oleh Singapura (Mahali Jasuli perlu lebih berhati-hati dengan hal ini).

Singapura yang dibarisi oleh “pemain-pemain import” untuk menunjangi skuad mereka seolah-olah kurang yakin dengan keupayaan rakyat mereka sendiri. Masakan tidak, dengan hanya memberi “status kerakyatan” sahaja kepada pemain-pemain “pro” negara luar untuk mewakili negara mereka di peringkat antarabangsa seperti menidakkan keupayaan dan bakat rakyat kelahiran negara mereka sendiri. Adakah rakyat Singapura sudah ketandusan bakat untuk bermain bolasepak hingga sanggup menggunapakai keupayaan orang lain bagi mengharumkan negara mereka? Adakah Singapura tiada bintang-bintang bolasepak seperti “legend” Fandi Ahmad pada satu ketika dahulu? Aku rasa tidak….

Pada pendapat aku, adalah lebih elok dan manis sekiranya yang mewakili sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa itu adalah warganegara yang lahir di negaranya sendiri. Sekurang-kurangnya segala kudrat yang digunakan adalah untuk ibu pertiwinya sendiri, bukan negara orang lain! Barulah menonjolkan identiti bangsa dan negara itu sendiri dan yang penting kita tidak “meminta-minta” kudrat orang lain untuk membantu menaikkan nama negara.

Ini disokong oleh Kapten Skuad Malaysia sendiri dengan membuat penyataan seperti berikut….

“You are nothing without foreign players”-Shafiq Rahim

Sejurus dari ucapan itu, maka banyaklah ungkapan-ungkapan “nakal” dari warganegara Singapura. Mahu berita lanjut?

Kredit gambar: STOMP-SINGAPORE

 klik di sini.

Jika kamu sudah klik di link di atas, dan kamu amati apa yang ada di dalam page tersebut sudah pasti kamu akan rasa “lain macam” dengan warga Singapura. Mereka sebenarnya menyokong supaya skuad bolasepak mereka ditunjangi oleh “pemain-pemain import” itu. Pelik bukan. Entahlah.

Apa-pun semoga Skuad Malaysia dapat memberikan satu persembahan yang menarik, mantap dan tangkas. Kurangkan kesilapan terutamanya di bahagian pertahanan serta gawang gol sewajibya dijaga dengan ketat tanpa melepaskan sebiji bola pun ke dalamnya. Bagi tugas asakan dan serangan, Safee Sali selaku “kereta kebal” Malaysia sambil dibantu Abdul Hadi Yahya sebagai “partner in crime” perlu memberikan asakan demi asakan serta gunakan setiap peluang yang ada sebaik mungkin kerana ini sahaj peluang kita untuk melayakkan ke 20 tempat bagi Asia untuk kelayakan Piala Dunia 2014 yang seterusnya.

Berjuanglah habis-habisan hingga ke titisan keringat yang terakhir! Aku dokan kemenangan skuad Malaysia pada malam ini!

p/s – Aku suka dengar mentera “Hitam Kuning” dendangan riuh pagi ERA. Apa kata satu stadium Bukit Jalil pakat nyanyi lagu ni. Moga menang 3-0!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s