Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA TEWAS KEPADA SINGAPURA ~ INI SUARA HATIKU!

Malaysia gagal untuk mendapatkan tempat di barisan 20 pasukan terbaik di Asia setelah dikalahkan oleh Singapura dengan agregat 6-4. Itu tidak mengapa. Aku terima kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Walaupun agak perit untuk ditelan tapi takdir sudah tertulis lagipun pemain-pemain Malaysia harus dipuji kerana mempamer persembahan terbaik dengan berjuang bermati-matian terutamanya penjaga gawang gol negara, Apek.

Sungguh, aku berbangga dengan barisan skuad kebangsaan yang terdiri dari anak jati tempatan. Ya!!! mereka memang original di buat di Malaysia (malah ada yang sekampung dengan aku di Semenyih! Bangga beb!!), 100% made in Malaysia termasuklah jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal. Cuba, lihat pula di barisan skuad merah Singapura….adakah mereka macam kita? Tidak! dan sewajarnya kemenangan mereka adalah bersumberkan “orang luar”…Jadi, itu bukanlah bermakna sangat. Bagaimana dengan maruah? Entahla…..

Apa pun…yang menang tetap menang. Tahniah Singapura! Persembahan yang mantap, passing yang cantik dan taktikal yang menarik. Lagi satu…drama yang sungguh menyanyat hati! Kenapa aku berkata begitu?? Jika kamu lihat aksi pada malam tadi…kamu pasti rasa jengkel hingga seperti mahu muntah hijau! Mungkin di masa depan, FIFA boleh wujudkan satu anugerah “Drama terbaik atas padang” dan berikan kepada pemain-pemain yang over-acting itu yang pastinya mengujakan!

Aku yakin jika Piala Dunia 2014 kali ini kamu tak layak menempatkan diri untuk ke Brazil, apa kata untuk Piala Dunia yang seterusnya (2019 mungkin) kamu “beli” sahaja “Star-Star” dunia! Beri kerakyatan untuk membarisi skuad bolasepak kebangsaan kamu. Aku yakin, kamu pasti boleh menjuarai Piala Dunia! Hahaha!

Bagi Skuad Malaysia, jangan berputus asa…dan aku berbangga dengan mereka yang banyak kali memberikan persembahan yang baik bermula dengan menjuarai Piala AFF Suzuki akhir tahun lalu hingga kini. Teruskan usaha, tingkatkan semangat dan lipat gandakan segala-galanya. Mungkin satu hari nanti, skuad bola sepak negara layak untuk ke Piala Dunia! Siapa tahu….

Untuk Ultra Malaya aka penyokong-penyokong berani mati skuad Harimau Malaya….jangan berduka dan bersedih kita masih ada Skuad Olimpik negara yang akan beraksi kelak. Ayuh kita beri sokongan kepada mereka dan naikkan nilai motivasi diri mereka untuk memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan.

Ini suara hati aku. Jika ada rakyat negara sana yang terbaca entri ini. Rilek-rilek sudah. Bola itu bulat dan dunia ini juga bulat. Peace! No War!

p/s- Mahu lihat skuad Olimpik layak ke Piala Dunia yang seterusnya, lagi satu kenapa main lazer? Buat malu negara sahaja!

2 responses

  1. Muhayat

    Tahnia kpd Sibgapura kerana:
    1. Mempersembahkan ‘aksi2’ yg layak terima academy awards;
    2. Tidak sporting dan memalukan , termasuk coach????
    3. Akan jumpa negeri2 dlm piala malaysia…musim dpn!!!
    4. Memperbodoh2kan ref!!! Ref sekolah lago baik.
    Tapi kalau main dgn attitude sumban (konon profesional), jgn hrp main piala dunia!
    Apapun tahniahlah….

    Julai 29, 2011 at 4:51 am

    • faerrin

      Tahniah kepada Singapura…Mereka tidaklah “sejantan” mana……

      Julai 29, 2011 at 4:56 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s