Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BAZAAR RAMADHAN MALAYSIA

Macam biasalah fenomena masa bulan puasa . Bazaar ramadhanlah apa lagi. Bagi masyarakat Malaysia yang tak pernah pergi ke bazaar ramadhan atau tak pernah kenal dan tak pernah tahu apa itu bazaar ramdhan memang satu yang pelik.

Bazaar Ramadhan di Malaysia

Jadi, apa itu bazaar ramadhan?

Bazar Ramadhan merujuk kepada aktiviti perniagaan di sesuatu lokasi strategi pada bulan Ramadan di Malaysia. Sebenarnya perkataan “Bazaar” tu diambil dari Bahasa Arab dan jika disebut di dalam Bahasa Malaysia ianya dipanggil “pasar”.

Bagi aku, tidak banyak bezanya bazaar ramadhan dengan pasar-pasar malam tipikal yang biasa terdapat di Malaysia ni termasuklah dari segi penjualan juadah-juadah makanan dan minuman. Dari nasi ayam, ikan bakar, ayam percik, kuih-muih moden dan tradisional, air minuman katira, tebu dan air kelapa dan lain-lain. Semuanya sama. Cuma, terdapat sedikit sahaja perbezaan antara pasar malam dan bazaar ramadhan pada tahun ini,

Harga!

Ya, memang benar serta dari pemerhatian aku pada tahun ini di sekitar bazaar ramadhan di semenyih-kajang-bangi-bandar tun razak harga jualan bagi juadah-juadah standard agak “mahal” sedikit berbanding ketika jualan di pasar-pasar malam biasa. Harga dibezakan dengan kenaikkan secara purata RM1-RM2, Ikan bakar (baza; pari) berharga sekitar RM7-RM9 untuk satu potong kecil bagi ayam percik pula sekitar RM4.50-RM5.50 bagi seketul ayam. Entahlah, bila ditanya kepada peniaga katanya faktor kenaikkan harga adalah didorong oleh kenaikkan harga bagi barang-barang mentah.

Mahal atau murah harga bagi setiap juadah dan hidangan yang dijual tidak menjadi satu perkiraan yang besar bagi masyarakat Malaysia secara umumnya. Bak kata orang kalau di Malaysia ni (baca; Kuala Lumpur) juala batu goreng tepung, kayu masak kicap pun laku! Itulah dia masyarakat kita, tak kisah dalam membeli apa jua barang tak kira murah atau mahal. Justru ramailah orang datang berpusu-pusu ke tapak bazaar ramdahan untuk membeli juadah dan ianya menghasilakn kesesakan trafik!

Emm…aku rasa trafik sesak ni satu masalah yang akan dihadapai oleh masyarakat Malaysia secara berpanjangan. Entahlah…

p/s – Tiba-tiba aku teringat tragedi ramadhan tahun lalu bertempat di perkarangan stadium Jasin, Melaka pada tahun lalu (baca;2010). 3 orang maut yang terdiri daripada 2 orang peniaga dan seorang pengunjung bazaar. Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa tragedi.

2 responses

  1. beli lauk dan masak nasi dirumah. itu lebih praktikal..:)

    baca sini untuk entri terkini:
    pyejal.theStory

    Ogos 6, 2011 at 5:28 am

  2. faerrin

    Saja memerhati bazaar ramdhan tempatan. Ubah selera.

    Ogos 6, 2011 at 3:55 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s