Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September, 2011

PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN

Ohh..aku baru tahu si Nabil Raja Lawak sudah pun menjadi suami orang. Baguslah. Tak perlu banyak lagi kontrovesi lagi Bang Bil! Tahniah dan moga berkekalan ya!

Aku tumpang gembira dengan berita itu. Tapi ada sedikit kekurangan kegembiraan aku. Aku masih menanti buku-buku yang aku tempah secara atas talian sebelum ini melalui kedai buku online Silverfish.  Sungguh menghairankan ianya masih belum sampai lagi hingga kini! Peliknya, sebelum ini buku-buku yang dipesan paling lewat pun akan diterima selepas tiga hari dari tarikh pesanan.

Adakah ianya kerana buku-buku yang aku pesan berkisar kepada buku-buku perjuangan pejuang-pejuang berhaluan kiri lalu ianya tidak dapat dihantar? atau adakah buku-buku ini sudah pun ditarik dari pasaran oleh Kementerian Dalam Negeri?

Entahlah…dan aku masih menanti. Penantian itu satu seksaan yang pedih. Bagaikan kulit yang disiat-siat lalu ianya diperahkan asam limau di atasnya. Pedih yang amat.

Harapan aku, moga-moga pada minggu depan buku-buku yang dipesan dapatlah diterima. Dapatlah aku baca kemudian.

p/s – Buntu…kordu…


SYAWAL BERAKHIR, ISU KOMUNIS MASIH BELUM BERAKHIR

Selang beberapa hari lagi Syawal bakal melabuhkan tirainya tapi ketika ini masih ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka termasuk pejabatku salah sebuah IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan di Bangi. Acara yang penuh gemilang ini merupakan satu daripada acara rasmi Universiti di dalam kalender tahunanya dan dijangkakan ramailah hadirin serta tetamu yang hadir untuk memeriahkan suasana selain daripada mengenyangkan perut masing-masing. Aku tidak pasti sama ada menghadirkan diri atau tidak…semuanya bergantung kepada keadaan semasa nanti. Bergantung.

Sebenarnya kemeriahan Syawal itu senantiasa dirai dan dirasai bahkan di Malaysia ini Syawal disambut sebulan lamanya dan di masa itulah kita masih lagi di dalam mood raya. Tidak percaya? Lihat rumah jiran tetangga kamu, masih ada lagi yang memasang lampu “lip-lap” dan pelita, tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa di rumah-rumah itu juga masih terhidang kuih-muih raya di meja hadapan yang terletak di ruang tamu. Juga, apa yang menghangatkan suasana raya ini adalah lagu-lagu raya masih lagi dimainkan di corong-corong radio! Tidak kira lagu raya lama atau baru yang penting ianya masih lagi dimainkan. Bukankah itu satu perkara yang unik?

Kisah raya ini aku pasti ada suka, ada duka tapi yang pasti kisah suka lebih banyak dari yang duka. Hari raya sudah pastilah masanya untuk bergembira tak kan lah untuk bersedih dan sedu sedan! Apa pun, selepas ini Aidiladha bakal menyusul dan kini diberitakan sudah ada jemaah haji yang telahpun bersiap-sedia untuk berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam ke lima itu. Juga, dengar-dengarnya sudah ada pun jemaah haji Malaysia yang berangkat ke sana terlebih dahulu bagi menunaikan umrah sebelum menunaikan fadhu Haji. Selepas ini ibadah korban pula akan dijalankan oleh umat islam di Malaysia.

– – – – – – – – – – PPPPfftttttttt – – – – – – – – –

Sebelum ini aku tidak berapa tertarik dengan komunis yang mutakhir ini digebang-gebangkan oleh pihak Kerajaan. Isunya simple sahaja. Mat Indera yang kononya kejam dan tersangatlah komunis itu telah diangkat sebagai pejuang kemerdekaan oleh salah seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang di salah satu ceramahnya di utara tanah air. Bagaikan mahu mencari “point-point” penting bagi menjatuhkan politikus itu, maka seluruh jentera media massa, media elektronik dan cetak yang dikawal oleh parti pemerintah digunakan untuk memburukkan politikus itu, malah ada juga yang menuduh beliau sebagai komunis, pendokong perjuangan komunis, tiada jati diri, tiada semangat kebangsaan, tiada semangat kemelayuan, buta sejarah dan sebagainya hinggakan puluhan report polis dibuat (atau mungkin ratus?) bagi mendakwa beliau ke muka pengadilan. Kini kesnya sdah pun disebut dan beliau sudah pun dihadapkan ke mahkamah dan sedang menanti perbicaraan.

Bagi aku kisah ini amat menarik untuk dikaji secara ilmiah oleh para pengkaji sejarah atau mana-mana sejarahwan di Malaysia ini. Teologinya, warga Malaysia perlu bersikap kritis dalam apa jua bidang termasuk dalam pengkajian asal-usul kita sendiri kerana pada umumnya sejarah di Malaysia ini secara realitinya adalah lebih dari sudut pandang British (baca; penjajah). Oleh itu, aku tiba-tiba begitu minat akan subjek ini kerana cerita-cerita tentang gerakan komunis di zaman pra dan pasca kemerdekaan agak sedikit diketahui umum dan ianya amat sukar untuk mencari sumber-sumber kukuh tentang perjuangan mereka. Rasanya perjuangan mereka sedikit sebanyak menggegarkan penjajah. Jadi, untuk maklumat tambahan aku kini sedang memesan dua buah buku yang berkaitan dengan hal ini. Buku-buku tersebut ialah….

Memoir Ibrahim Chik; Dari API ke Rejimen Ke-10 

Memoir Rashid Maidin; Daripada Pejuangan Bersenjata kepada Perdamaian

Kedua-dua buku ini sudah pun aku pesan melalui internet dan ianya aku beli melalui laman Silverfish Bookstore. Sebelum ini, aku lihat buku-buku ini amat mudah untuk didapati di gedung-gedung buku seperti di MPH, Popular dan lain-lain dan aku tidak pula tertarik untu membelinya. Malangnya selepas isu panas yang dipukul canang dek pemerintah mengenai isu komunis dan Mat Sabu aku langsung tak menjumpainya di mana-mana kedai buku berhampiran. Justru pesanan melalui internet dibuat! Laris sangat terjual kot, atau ditarik balik penjualannya oleh pemerintah? Entahlah. Tapi ada sebuah lagi buku yang aku tak berkesempatan untuk membelinya dan aku bercadang untuk memlikinya pada bulan yang akan datang atau paling tidak pun selepas aku “khatam” membaca buku-buku di atas tadi. Buku tersebut adalah….

 

Memoir Shamsiah Fakeh; Dari AWAS ke Rejimen ke-10

Aku sekadar mengkaji dan meneliti permasalahan yang kini hangat dan menjadi isu utama di dada-dada akhbar dan warta berita kerana kita perlu mendapatkan sedikit sudut pandang yang berbeza kerana dalam menghayati sejarah yang sebenar inilah perkara yang perlu dilakukan. Bukan percaya bulat-bulat atau seberono sahaja!

p/s –  Sekadar mengkaji sahaja, tidak bermakna aku komunis!


BOSAN…

Aku kini lebih rela untuk menghabiskan sisa-sisa malam dengan membaca buku dari menonton televisyen yang kini tidak seberapa menarik jika dibandingkan dengan dulu. Lihat sahaja berita dari pelbagai saluran, setengah jam dari waktu yang diperuntukkan adalah berkisar tentang dunia politik semata. Sudahlah laporan yang berat sebelah malahan audiens kerap disajikan dan dimomok-momokkan dengan cerita dan cereka yang sama saban hari diulang-ulang hingga satu isu lain dibangkitkan kemudian harinya serta isu itu juga dimainkan berkali-kali hingga wujud lagi isu yang lain dan begitulah seterusnya. Cerita yang sama turut dimainkan di media-media cetak dan elektronik arus perdana semasa. Selak sahaja akhbar, lebih separuh laporan yang ditulis mengenai kisah yang sama! Perkara sebegini seolah-olah cuba menangkap dan memerangkap minda masyarakat agar mempercayai setiap laporan yang dibentangkan buta-buta tanpa ditapis dahulu. Seolah-olah minda masyarakat cuba dikawal tanpa mereka sedari!

Bukankah ini satu budaya yang tidak sihat untuk perkembangan sosial masyarakat serta bilakah agaknya berita-berita yang melaporkan cerita-cerita setempat yang lebih “elok” dapat dibuat liputan?  Oleh itu, dari aku mendengar bebelan yang sama berulang kali di kaca televisyen adalah lebih elok aku membaca buku atau artikel-artikel di alam maya yang mungkin berguna juga bagiku di hari mendatang.

Benar aku kini lebih gemar membaca buku. Aku sudah jemu dengan aplikasi fesbuk. Aku juga tidak punya akaun tweeter. Aku juga tidak pernah melayan laman sembang alam maya YM yang sudah lama ditinggalkan. Aku juga tidak mungkin melayan lagu Najwa Latif yang berjudul “Cinta Muka Buku” itu. Sambil membaca, aku mendengar muzik-muzik bernada pantas dan kadangkala lagu-lagu yang boleh menenangkan jiwa. Itu lebih baik. Jika sudah bosan dengan itu, aku segera ke laman wordpress untuk coretkan sesuatu yang terbuku di sanubari. Tuliskan mengikut hati dan perasaan di kolum yang tersedia mengikut ritma yang kontemp tanpa celaru.

p/s – Bosan dengan lanskap politik semasa. Tidak bolehkah permainan politik ini dibuat secara bersih??


DI PERSIMPANGAN DILEMA…

Pagi tadi adalah satu hari yang panjang. Manakan tidak, ketika semua orang di pejabatku bersukaria menikmati pelbagai juadah, hidangan, lauk pauk yang pelbagai dan variasi yang menarik, aku dan rakan diperlukan untuk menadah telinga bagi mendengar ceramah, ucapan dan syarahan di salah sebuah IPTA di Bangi. Ini bersempena dengan rangka lawatan kerja YAB TPM ke IPTA tersebut. Aku dan rakan dikehendaki untuk berkunjung ke sana sebagai wakil Jabatan.

Tak mengapa, dah kerana arahan aku rela ke sana kerana sekurang-kurangnya ada juga pelbagai input yang disampaikan oleh Big Guns-Big Guns Malaysia. Majlis yang bermula sekitar jam 9 pagi itu tamat sekitar jam 3 petang di akhiri dengan majlis makan-makan pada penghujungnya (akhirnya aku dapat makan juga walaupun tidaklah segempak hidangan yang tersedia di majlis rumah terbuka di Jabatanku). Sebelum itu, YAB TPM berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat dan ia juga merupakan salah satu slot program yang dicatatkan di dalam buku tentatif program.

Tamat sahaja program, aku dan rakan buntu untuk ke mana. Mahu pulang ke Pajabat untuk majlis jamuan hari raya atau menongkah arus terus pulang ke destinasi masing-masing. Memandangkan kami sudah pun kenyang dek penangan ayam masak merah dan ayam rempah serta lauk-pauk lain, jam di tangan pula sudah menunjukkan tiga petang serta masih belum menyalin pakaian untuk berbaju melayu lengkap (baca; sempena majlis sambutan rumah terbuka di pejabat) sambil membayangkan apa sahajalah juadah yang tinggal untuk kami jika kami ke pejabat. Antara faktor lain ialah destinasi kami yang agak memakan masa untuk ke sana, walaupun tidak sejauh mana…tapi perjalanan untuk pulang ke pejabatku di Cheras dari Bangi memakan masa sekitar setengah jam atau empat puluh minit juga. Jadi bagaimana? Kami buntu. Tiada solusi. Kami ibarat di persimpangan jalan yang  tidak tahu untuk memilih persimpangan kanan atau kiri. Selepas berkira-kira, tambah, tolak, darab dan bahagi.

Kami memutuskan untuk ke destinasi masing-masing.

Ke mana? Sendiri mau ingatla kawan..

p/s –  Aku ini seorang yang amat menghormati majlis, waima majlis kahwin!


RUMAH TERBUKA

Sudah menjadi satu resam dan budaya di Malaysia apabila tibanya perayaan-perayaan besar, rumah terbuka akan diadakan bagi meraikan bulan Syawal dan menyemarakkan Aidilfitri yang mulia. Sebenarnya rumah terbuka yang kerap kali dilihat di Malaysia ini dapat memberikan satu impak dan kesan yang baik dalam jangka masa yang panjang bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah terbuka tersebut. Bukan sahaja dapat mengeratkan tali persaudaraan yang sedia terjalin, malahan ianya dapat memberi peluang kepada setiap orang yang berkunjung ke rumah terbuka tersebut untuk mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat.

Esok akan diadakan majlis rumah terbuka di pejabatku dan juadah yang bakal dihidang datang dari pelbagai pelosok dunia. Ada nasi arab, ayam golek, kambing panggang, lauk-pauk tradisi/tipikal hari raya, kuih-muih, satay dan pelbagai lagi. Memang jenuh dan penat untuk dimakan, maklumlah lebih makanan dari orang! Aku jamin sesiapa yang hadir untuk menikmati juadah ini akan kenyang sekenyangnya memandangkan lauk-pauk yang dihidang sungguh lazat dan menyelerakan. Aku juga jamin yang berat badan pastinya akan naik mendadak sejurus selepas itu, barangkali naik 2 hingga ke 3 kilo!

Biasanya majlis seperti ini lebih kepada majlis separa protokol kerana di awal majlis lebih kepada urusan pengurusan majlis itu sendiri yang terdiri daripada ucapan alu-aluan, bacaan doa dan perasmian. Selepas itu majlis akan diteruskan dengan upacara makan-makan dan santap-menyantap. Selepas itu majlis akan releks, tenang dan lebih kepada aktiviti bebas yang ditentukan sendiri oleh penganjurnya. Konsep majlis rumah terbuka di Malaysia ini agak unik, kerana majlis rumah terbuka akan berjalan di sepanjang bulan Syawal iaitu selama 30 hari! Lihat saja pada esok hari sudah Syawal yang ke berapa (sekarang sudah dihujung-hujung bulan Syawal), tapi masih ada juga yang ingin mengadakan rumah terbuka sebagai contohnya liha sahaja pejabat aku!

Apapun aku nak ucapkan agar Rashid RMR tidak gugup esok ya! (Itupun kalau kao baca entri ni).

p/s – Esok kena pergi ke Bangi pula. TPM Mahu turun katanya! Macam mana nak soru ni???


MALAYSIA LAWAN JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK PUSINGAN KETIGA DI STADIUM TOSU, JEPUN

Malam ini Harimau Muda akan menentang Samurai Biru bertempat di Stadium Tosu, Jepun bagi kempen kelayakkan pusingan ketiga bagi Kumpulan C. Apa pandangan kamu? Adakah Harimau Muda akan berjaya menidakkan serangan Samurai Biru? Mungkinkah Samurai akan memenggal kepala Harimau dengan Katananya? Kesemuanya akan terjawab pada jam 7 malam ini dan para penyokong terutamanya rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri di secara langsung di Astro Arena 801 dan juga di TV2 bermula jam 6.45 petang.

Gambaran dari luar Stadium Tosu

Gambaran dari dalam Stadium Tosu

Rata-rata kesemua pemain sudahpun melakukan persiapan yang secukupnya dari segi mental dan fizikal termasuklah “menuntut” seketika di perantauan,  Slovakia. Aku yakin malam ini perlawanan antara kedua-dua skuad ini pastinya sengit dan aku juga berharap selaku wakil tunggal Asia Tenggara untuk ke pusingan ketiga ini adalah wajar sokongan yang padu dari seluruh penduduk Asia Tenggara dapat membangkitkan semangat juang Harimau Muda. Aku juga berharap Harimau Muda dapat memberikan satu balasan yang setimpal akibat dari kekalahan dengan skuad yang sama (baca; Jepun) pada pusingan awal untuk Sukan Asia di Guangzhou yang berakhir dengan kekalahan pada skuad Malaysia dengan 2-0.

Apapun semoga Harimau Muda mampu melakukan “sesuatu” untuk menumpaskan Jepun atau paling tidak pun mengikat kedudukan seri dengan mereka dengan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata untuk perlawanan timbal balas di Malaysia kelak dan cuba elakkan segala kesilapan kecil yang mampu memudaratkan gawang gol negara. Masih ingat lagi betapa mudahnya Singapura mendapat “free kick” pada perlawanan kelayakan Piala Dunia yang lalu?

p/s – Bolasepak Malaysia nampaknya semakin menonjol! Tapi malam nanti masa tengok bola jangan sampai terlepas Maghrib pulak!

UPDATE SELEPAS PERLAWANAN JAM 8:51 PM

Harimau sudah pun menjadi korban Katana dan Shuriken dari Samurai Biru dengan dua berbalas kosong. Pemain tengah Jepun, Keigo Higashi membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-11 sebelum Ryohei Yamazaki menggandakan kedudukan itu pada minit ke-77 (Gol yang ini bagi aku tak boleh diterima, si Yamazaki ni betul-betul di kedudukan offside). Permainan yang ditunjukkan oleh Jepun memang tersangat mantap, laju, kemas dan teratur dari setiap segi dan setiap sudut. Bola yang dipegang pula tidak terlalu lama dengan sentuhan yang kemas dan skil individu yang tinggi menerusi hantaran-hantaran pendek yang mantap menjadikan jentera serangan amat mudah membolosi bahagian tengah skuad Malaysia untuk terus masuk ke dalam ruang panalti negara. Serangan yang dijana oleh penyerang-penyerang berbisa Jepun pula datang bertalu-talu dari pelbagai bahagian dan sudut sudah pastinya itulah corak permainan skuad gergasi Asia, Jepun yang amat tinggi mutu dan standardnya. Berbekal semangat dari puluhuan ribu penyokong yang sejak dari awal hingga ke akhir perlawanan senantiasa bersorak memberikan sokongan padu semestinya perkara sebegini akan menaikkan semangat pemain-pemain Jepun untuk lebih giat mencari gol yang banyak.

Tapi tidak semudah itu.

Pertahanan Malaysia sewajarnya diberikan pujian kerana bermati-matian bertahan dengan kuat terutamanya penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat. Tanpa beliau, aku yakin gawang Malaysia sudah pastinya dibolosi paling tidakpun sebanyak 8-9 gol. Cuma aku sedikit kecewa dengan penyerang negara yang agak tumpul dan lambat pergerakannya terutamanya Izzaq Faris kerana banyak mempersiakan peluang-peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Sebagai seorang penyerang, beliau perlu bergerak pantas dan tangkas serta menggunakan peluang sebaik mungkin untuk memberikan gol kepada negara. Sewajarnya Coach Ong Kim Swee perlu mengambil serius akan perkara ini kerana, walaupun mempunyai benteng yang kuat tapi tanpa penyudah yang ampuh adalah satu perkara yang sia-sia bagi skuad negara dan seharusnya di masa kedua tadi, Izzaq digantikan dengan pemain lain kerana beliau sendiri kelihatan agak keletihan untuk bermain dalam satu jangka masa yang lama. Lebih menghairankan kenapa coach Ong Kim Swee selalu memberikan lebih kepercayaan kepada si Izzaq ni? Bukan apa, dah banyak kali aku tengok dia ni main tapi satu apa pun takde sumbangan yang begitu membanggakan buat pasukan negara. Bak kata kumpulan Jambu Maharajalawak “Apapun tak boleh!”. Elok saja panggil si Ramli yang bermain buat Manchester United untuk dijadikan sebagai striker negara! (baca; iklan komersial dari TM)

Nampaknya cita-cita skuad negara untuk mengikat mata supaya seri dengan Jepun tidak kesampaian, apatah lagi untuk membuat kejutan. Apapun, ini cuma permulaan dan perlawanan yang lain akan menyusul kemudian dan adalah diharapkan perlawanan yang seterusnya Malaysia mampu bangkit dengan memberikan kejutan demi kejutan buat penyokong-penyokong mereka, warga Malaysia! Sewajarnya pujian dan sokongan moral diberikan kepada pemain-pemain negara kerana mereka tidak mudah mengalah dan tetap memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan nombor satu di Asia, Jepun. Perlawanan seterusnya 23 November 2011 nanti, Malaysia menentang Syiria. Harap boleh benamkan mereka!

p/s – Aku rasa, goyang jugak pemain Jepun nak deal dengan Malaysia. Heh! Cuma, aku tak puas hati dengan gol ke dua Jepun, patutnya player Jepun yang menjaringkan gol tersebut dah Offside! Apalah linesman! Rasuahka???


SAFEE SALI, HARIMAU MALAYA MENGAUM DI CARDIFF CITY

Safee Sali. Siapa yang tidak mengenalinya? Aku dapat rasakan yang beliau kini ibarat ikon bola sepak tanah air. Apa yang menaikkan nama beliau?

Ehsan ; Utusan Malaysia Online

Bermula sebagai penyerang sensasi yang digeruni lawan semasa Malaysia mengungguli kejuaran bagi Kejohanan Suzuki AFF 2010 yang lalu dan berjaya membantu skuad tanah air di dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sebelum terkandas di pusingan ke dua dan seterusnya dalam perlawanan-perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka Eropah tempoh hari telah banyak menarik perhatian pemiat-peminat bola sepak tempatan dalam dan luar negara. Beliau yang kini bermain untuk Kelab Pelita Jaya di Indonesia sedang menjalani latihan pemilihan bersama skuad Cardiff City.

Terbaru, Safee Sali telah berjaya meledakkan satu gol pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut kelmarin. Sebelum meledakkan gol tersebut Safee berjaya menunjukkan kemahiran dan kehandalannya menggelecek seorang pemain pertahanan skuad Cardiff City itu. Di sana beliau menunjukkan satu perkembangan yang positif kerana berjaya menyesuaikan diri dan menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan adalah amat baik sekali.

Berita tentang Safee Sali bukan sahaja menarik minat rakyat tempatan sahaja malahan mendapat perhatian di akhbar tempatan dan digelar “David Beckham Malaysia” di dalam akhbar tersebut yang pada masa yang sama dapat menyuntik semangat Safee untuk berlatih dan menunjukan potensi yang beliau miliki bagi memikat pemilik kelab tersebut. Antara komen kepada Safee Sali yang boleh dibaca di laman tersebut.

Skill-wise he should be good enough for a Championship club which plays passing football as he’s as tall as Michael Owen, and even slightly taller than Jermain Defoe or David Silva.  He can shoot with both feet and is clinical in front of the goal (scored 2 against Liverpool in a friendly despite playing for less than 20 minutes and just recovering from injury). He can also head a bit and has got some pace. However, his trademark goals are his bicycle kicks. He scores them for fun, if the right ball gets to him!
Off the ball, he gets into good positions and he also creates chances for team-mates. The problem with Asian players is usually about confidence. So if he’s his cool, calm self during the trials then it should be Crosoe y Caerdydd to him. All the best to Safee and the Bluebirds. Personally, I think he’s even good enough for the premiership or a Bundesliga team and that said, I dont think he’s over-rated.”

Lebih lanjut, sila klik di sini.

p/s – Safee, harumkan nama negara di persada dunia! Tunjukkan taring Harimau Malaya!


JEREBU.

Tengok ke atas dan dongak ke langit. Mendung. Kusam. Tiada pencahayaan yang terang dan jelas tambahan pula cahaya mentari tidak sekuat dulu seperti selalu. Udara natural tidak senyaman dulu malah udara tiruan dan buatan manusia lebih segar dan lebih menyamankan. Cuba duduk di bawah talaan penghawa dingin York. Apa kamu rasa?

Sejuk? Dingin hingga ke sum-sum tulang? Beku? Nyaman?

Sekarang bagaimana? Sudahlah tahap penglihatan semakin kabur, kualiti udara pula semakin berkurangan. Teman-teman ada berkata “Kita sekarang umpama berada di Europe yang beriklim khatulistiwa”. Benar seperti yang temanku katakan tadi. Lihat sahaja pemandangan persekitaran kita. Redup semacam dan juga berkabus (baca; berjerebu) tapi pada masa yang sama suhunya tinggi kira-kira 30.5’c! Panas. Haba. Bahang hingga membuatkan baju yang dipakai basah bak disirami air semburan dari trak FRU!

Tapi itu hanya seketika. Syukur keadaan alam yang kusam kini kembali ceria. Zarah-zarah jahat dan partikel-partikel negatif yang berunsur jerebu sudah dicuci oleh sang hujan yang kerap kali turun dengan derasnya beberapa hari kebelakangan ini. Kelebatan hujan yang mencuci udara kotor bagaikan cecair pencuci Azion yang menanggalkan kesan kotoran degil di pinggan magkuk. Kini, keadaan sudah kembali normal. Udara juga kembali ke paras yang sihat. Kita juga semua hepi!

p/s – Nasib baik jerebu tak lama! Hargai alam sekeitar!


BUAYA GERGASI 1 TAN DITANGKAP!!!

In this photo taken Sunday, Sept. 4, 2011, Mayor Cox Elorde of Bunawan township, Agusan del Sur Province, pretends to measure a huge crocodile which was captured by residents and crocodile farm staff along a creek in Bunawan late Saturday in southern Philippines. Elorde said Monday that dozens of villagers and experts ensnared the 21-foot (6.4-meter) male crocodile along a creek in his township after a three-week hunt. It was one of the largest crocodiles to be captured alive in the Philippines in recent years. (AP Photo)Buaya ini beratnya 1 tan, agak-agak dah berapa tahun hidup???

Bertempat di Filipina, penduduk kampung dan pemburu veteren telah berjaya menangkap seekor buaya air masin yang beratnya melebihi satu tan dan hasil dari tangkapan tersebut pihak penduduk kampung merancang untuk menempatkan haiwan ini di Taman Ekotourisme di selatan Filipina.

Buaya jantan yang mempunyai kepanjangan melebihi 21 kaki (baca; 6.4 meter) telah lama diburu oleh penduduk kampung dan pakar haiwan di sekitar bandar Agusun del Sur dan ianya berjaya ditangkap selepas 3 minggu operasi pemburuan buaya ini. Menurut pakar buaya tempatan, buaya gergasi ini dipercayai merupakan seekor buaya paling besar ditangkap hidup-hidup dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tenaga seramai 100 orang diperlukan untuk menarik buaya gergasi ini yang mempunyai berat sekitar 2,370 paun (1,075 kilogram) dari terusan di tempat ianya di tangkap sebelum diangkat dan dipindahkan ke sebuah lori trak dengan menggunakan kren pengangkut. sebelumm ianya dipindahkan ke pusat ekotourisme.

p/s – Teringat buaya Bujang Senang dan “isterinya” Dayang yang popular di Sarawak pada satu ketika dulu. Tapi tak ramai tahu pasal buaya lagenda yang hidup di Sungai Kelang dan lebih dikenali sebagai Buaya Sungai Tok Kelang yang panjangnya jika diempangkan di sungai tersebut sama panjang dengan jambatan Sungai Kelang!!! Betul atau tidak, hanya Allah yang tahu.

ihsan berita dan gambar dari Yahoo News. Di terjemah dalam Bahasa Melayu oleh aku.


BUKU BARU ; SENGSARA KEM KAMUNTING

Sengsara Kem Kamunting; Kisah Hidup dalam Penjara ISA

Aku dan lama tak update dan mengulas mengenai buku-buku baru yang aku beli. Lazimnya aku akan memperuntukkan sedikit dana yang aku ada (baca; gaji bulanan) untuk mendapatkan sebuah buku bagi setiap bulan dan akan cuba untuk mengkhatamkannya dalam bulan tersebut juga sebelum buku baru dibeli pada bulan berikutnya. Pada pandangan aku, membaca itu satu amalan yang penting kerana dengan membaca kita akan mendapat pelbagai ilmu yang jarang kita ketahui dan dengan membaca juga kita dapat meresapi dan melalui pengalaman-pengalaman penulis yang menulis buku tersebut. Sebenarnya untuk beberapa bulan kebelakangan ini ada beberapa buah buku yang aku beli, tapi mungkin nanti-nantilah aku update.

Untuk buku yang  terbaru ini, aku baru sahaja dapatkannya di kedai buku MPH pada hari Ahad lepas ketika sedang berliburan di Mahkota Prade Melaka. Harga buku terbitan SIRD ini adalah RM38.00 dan bagi aku buku ini adalah amat bernilai untuk dimiliki kerana ianya mengisahkan kehidupan di sebuah kem tahanan yang amat terkenal di Malaysia iaitu Kem Kamunting. Dari pembacaan aku yang baru sahaja selesai beberapa bab di dalam buku ini, dapat aku gambarkan dan bayangkan yang kem tahanan ini ala-ala sebuah Concentration Camp. Bagi aku buku ini juga sesuai untuk pembacaan bagi semua lapisan masyarakat tidak kiralah dari apa jua latar belakang dan kaum kerana buku ini menerangkan segala-galanya tentang kesengsaraan tahanan tanpa bicara ISA serta apa jua yang berlaku di sebalik Kem Kamunting seperti yang diceritakan oleh penulis sendiri (baca; Saari Sungib).

Di sini aku sertakan sedikit maklumat berkaitan buku ini yang dikarang sendiri oleh penulisnya.

“Saya namakan penulisan saya sebagai siri “Sengsara Kem Kamunting” dan untuk itu saya menulis menurut getaran hati dan denyutan perasaan saya sebagai seorang yang telah dibebaskan daripada penahanan kejam ISA. Buku yang berada di tangan pembaca ini merakamkan imbauan pengalaman saya dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ia bermula dengan mengkisahkan pengalaman malam pertama saya dan rakan-rakan dihantar ke kem kamunting dan seterusnya mengimbau ke belakang beberapa peristiwa dan pengalaman yang belum saya catatkan dalam “Suara Dari Kamunting”. Untuk itu penulisan ini juga kembali mengenang apa yang saya lalui semasa berada di bawah tahanan SB selama dua bulan sebelum saya dihantar ke Kem Kamunting. Ia juga merupakan perkongsian saya perihal apa yang saya lalui, saya rasai, saya renungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang saya hayati – khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib yang sama dipenjarakan di atas motif politik. Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman saya dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama kami ditahan di bawah akta zalim ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ianya mengkisahkan bagaimana kempen mogok lapar kami berakhir.”

p/s – ISA? Perlu mansuh atau tidak? Apa pendapat kamu? Pikir-pikirkanlah ya….


MUZIK VIDEO MALAYSIAN BOY

Aku pasti ramai rakyat Malaysia terutamanya pelanggan Astro sudah mendengar lagu “Malaysian Boy” yang acap kali dimainkan di pelbagai channel di kaca tv terutamnya dari rangkaian Astro dan sekutunya (baca; Radio Era). Sudah pasti ramai juga yang teruja dengan kesegaran lirik lagu ini dan kelunakkan suara artis yang menyanyi dan mendendangkan lagu ala-ala rap hip-hop ini. Muzik ini yang berjaya mencuri tumpuan lebih dari 22,000 orang pelayar dalam masa seminggu selepas ianya dimuat naik di laman You Tube.

Mahu lihat betapa kewl-nya muzik ini sila klik di sini.

Malaysias boy Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc Rabbit Mac

Semarakkan semangat kemerdekaan!!!

Jika dilihat dari muzik video  ini lokasi penggambaran dibuat di sebuah bandar yang sebuk dan juga di sebuah kampung yang tenang, aman dan harmoni. Video muzik ini juga menggambarkan satu kumpulan remaja dari pelbagai kaum bekerjasama secara berkumpulan untuk membina dan mencantumkan jigsaw puzzles yang datang dari pelbagai warna (baca; biru, kuning, merah dan putih) dan bentuk. Ceraian jigsaw puzzles tersebut di bawa ke sebuah stadium untuk dicantum-cantumkan bagi mendapatkan bentuk bendera Malaysia (baca; Jalur Gemilang).

Sebenarnya lirik lagu ini telah pun diubahsuai ke dalam bahasa Melayu, Cina (baca; Kantonis) dan India serta diilhamkan dari lagu asal yang popular di barat iaitu “American Boy” nyanyian Kenya West dan Estelle Song. Lirik dalam bahasa tempatan ini pula telah ditulis sendiri secara kreatif oleh penyanyi rap/hip-hop yang tidak asing lagi di tanah air iaitu Altimet, Point Blanc, Rabbit Mac, Illa Damia dan DJ Fuzz. Penggambaran muzik video ini telah mengambil masa selama 10 hari untuk disiapkan adalah untuk menyuntik semangat harmoni dan diversiti yang unik di kalangan rakyat Malaysia serta ianya telah menjadi salah satu video untuk Karnival dan Konsert Astro Suara Kami 2011 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September ini.

Lirik lagu Malaysian Boy

(Altimet)
Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji
Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali

(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy

(Point Blanc)
问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝

(Point Blanc – Translation)
If you ask Point Blanc where is home
It’s definitely this land called Malaysia
This is the best place in the whole world
There ain’t no problems
Just open up your eyes
There are plenty of beautiful women around
Enjoy all kinds of food and drink everyday
There’s no worries in our lives
We know how to work hard but we also know how to enjoy life
Wherever I go it will never change my view because in my mind you are the best
Malaysia is oh my homeland and is most precious to me

(Rabbit Mac)
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai PNG
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best

(Rabbit Mac – Translation)
Greetings everybody hi hello
Come let’s go for a tour around the nation
Okay my name is Malaysian boy
Whatever we do we are always good
Brothers sisters
Mommy daddy sisters grandpa and grandma have come
From the village to the city
From sabah till penang
Red blue white and yellow
You can see rainbows of these colors in my country
North south east and west
Our country Malaysia
We are the best

Lirik ihsan dari web: Lirik Kami

p/s –  Sambutan merdeka akan dilansungkan serentak dengan Perayaan Malaysia 16 September 2011 ini!


KUTIP DUIT RAYA CARA ZAMAN MODEN

Aku betul-betul tak puas hati dengan WordPress. Sudah beberapa kali entri baru yang aku tulis hilang begitu sahaja. Kebanyakkannya adalah entri-entri yang malar segar. Entri yang penuh idea dan kadang-kala dipenuhi dengan gambar-gambar menarik akan tetapi apabila mahu di”post” entri yang baru dengan meng”klik” buttonpost” ianya tidak muncul apa jua item yang aku tulis malahan kesemuanya hilang begitu sahaja! Kosong. Empti. Tiada. Jika aku mencari-cari di ruangan autosave atau draft entry kalau-kalau entri yang aku tulis sebelum ini masih ada disimpan di situ juga hasilnya tidak ditemui. Bukankah ini satu pembaziran dari segi masa, kos, dan idea?

Aku buntu. Jika masalah ini berlaku lagi aku kordu. Tiada solusi. Juga tiada tindak balas dari team WordPress walaupun aku sudah beberapa kali memaklumkan hal ini kepada mereka berkaitan masalah ini. Aku harap ianya tak berterusan dan jika ini berlaku lagi aku tidak akan teragak-agak menggunakan medium lain untuk mengekspresikan tulisan-tulisan mahupun idea aku.

– – – – – -PPPfftttttt – – – – – – – –

Kutip duit raya atau kumpul duit raya. Mana lagi elok dari segi bunyinya dan nahunya? Aku rasa istilah “kumpul” lebih manis untuk didengar berbanding kutip. Betul? Apa yang aku tulis kali ini ada kaitannya dengan persoalan di atas. Kerana istilah kumpul dan kutip ini walaupun hampir sama istilahnya tapi mempunyai maksud yang berbeza apatah lagi jika diimplementasikan penggunaan perkataan ini dalam erti kata “duit raya”.

Budak zaman moden memang amat berlainan sekali adab dan tatasusilanya dengan budak-budak zaman dulu. Aku dapat lihat baru-baru ini di rumah aku sendiri. Musim beraya kebiasanya rumah akan senantiasa terbuka untuk dikunjungi oleh teman, rakan taulan, jiran tetangga dan juga saudara mara. Konsep ini sudah menjadi satu amalan bagi masyarakat Malaysia ketika musim perayaan termasuklah aku. Jadi jika ada sesiapa sahaja yang memberi salam untuk berkunjung ke rumah aku sentiasa mengalu-alukannya dengan tangan yang terbuka, hati yang terbuka.

Baru-baru ini (baca; maksud aku, pagi tadi) rumah aku dikunjungi oleh budak-budak sekolah rendah yang mahu beraya. Usai salam diberi dan baru sahaja melangkah masuk ke kawasan pagar rumahku salah seorang dari mereka berteriak kepadaku seraya berkata.

“Acik, kami nak duit raya…banyak lagi rumah nak pergi untuk kami “kutip” duit raya..kitorang tak yah masuk rumah aciklah, kat depan ni pun kira ok lah ye?”

“A’ah laaa…..lagipun esok dah sekolahlaaaa….”

Straight-forward sungguh budak-budak ni. Aku dengan nada yang penuh persoalan terus bertanya kepada mereka.

“Masuklah rumah dulu…lagipun boleh kenal-kenal. Nak tau jugak anak kepada siapa dan tinggal di mana”

Persoalan aku itu lantas dijawab oleh salah seorang dari budak-budak tersebut dengan nada yang pantas dan sedikit kurang ajar.

“Saya anak Berahim, yang tu anak Roslan dan yang ini anak Rahman. Kami duduk kat taman sebelah tu…Ok, skang dah kenalkan? Nak duit raya….!!”

Aku terkedu seketika. Nampaknya amalan kunjung-mengunjung untuk mengumpul duit raya yang dipraktikkan oleh anak-anak kecil yang masih bersekolah rendah satu ketika dulu yang penuh dengan adab sopan, etika, budaya ketimuran dan tatasusila yang tinggi kini bertukar kepada kebiadapan, kurang ajar dan ke-langsian yang sangat hebat. Datang rumah orang berhari raya semata-mata untuk mengutip duit raya. Macam mengutip wang perlindungan pula. Nak dilempang, nak orang. Nak di tangan atau diberi “kaki” bukan anak kita. Aku cepat-cepat mengambil sampul duit raya dan memberikannya kepada budak bertiga tersebut.  Jadi, aku tak banyak kata…..

“Nah, ambillah….lenkali datang rumah orang biar beradab sikit”

“Ok acik, thanx….”

Budak-budak tersebut berlalu pergi begitu sahaja dengan menunggang basikal. Tanpa salam. Tanpa ucapan selamat hari raya. Tanpa ucapan maaf zahir dan batin. Aku yang sedari tadi masih dalam mood penuh persoalan bertambah hairan serta ligat memikirkan tentang nilai budaya masyarakat di zaman kini. Aku hairan kenapa sampai begitu sekali adab mereka? Apa ibu dan bapa mereka tidak pernah memberi didikan tentang adab dan budaya untuk berhadapan dengan orang yang lebih tua sambil memberikan rasa hormat? Apa cikgu-cikgi mereka tidak pernah menegur kesalahan moral mereka ketika tidak begitu elok perangainya ketika di sekolah? Atau…adakah nilai-nilai budaya kita semakin susut dek kerana pengaruh-pengaruh hendonisme dari rancangan-rancangan telivisyen yang langsung tidak memaparkan nilai-nilai budaya ketimuran islam yang dinamis, praktik dan cantik ini?

Entahlah.

Ketika entri ini ditulis aku masih memikirkan hal ini. Aku rasakan yang budaya kita semakin nipis nilainya. Kenapa?

p/s- Teringat masa pusing satu kampung kutip duit raya dengan teman-teman satu ketika dulu. Penuh harmoni.


PASCA HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Raya sudah hampir seminggu berlalu. Amacam? Banyak dapat duit raya? atau…banyak duit digunakan untuk pelbagai perbelanjaan ketika berhari raya? Aku jamin ramai yang kering poket dan ramai yang berkerut dahi mengenang gaji yang lambat lagi! Masa-masa terdesak inilah duit raya anak-anak boleh dijadikan “penjamin” untuk meneruskan hari-hari mendatang.

Aku baru sahaja pulang dari berhari raya di kampung halamanku di Johor dan boleh dikatakan ianya satu kenangan yang manis dan biasanya kenangan manis itu akan berlalu dengan pantas tanpa disedari bagaikan angin yang berlalu pergi. Kesibukan bagi mempersiapkan Syawal dan menyambut bulan mulia sudah berkahir dan akan digantikan dengan kesibukkan kerja pula selepas ini. Kembali ke dunia sebenar bagi menjalani rutin harian bagaikan sebuah robot yang telah diprogramkan bagi membuat itu dan ini atau boleh jadi juga ibarat se-ekor arnab “Duracell” yang hanya tahu berlari jauh hingga ke hujung dunia tanpa henti.

Ok, ini cerita pasal raya. Seperti biasa, apabila raya menjelma kita tidak akan lari dari suasana meriah hari raya itu sendiri. Masak-memasak juadah raya (baca; rendang, ketupat, lemak, dodol, lodeh dan lain-lain). Majlis bermaaf-maafan bersama sanak saudara serta sepupu-sepapat. Kita juga tidak lari dari majlis kunjung mengunjung jiran tetangga serta saudara mara jauh dan dekat bagi mengeratkan siratulrahim. Kemeriahan raya pastinya terasa dengan keriuhan suara anak-anak kecil yang sedang asyik dan amat galak untuk mengumpulkan duit raya dan ayat-ayat tipikal yang biasa didengar adalah seperti berikut..

“Assalammualaikum……kami datang nak beraya……”

– – – – – – – -PPPfftttttt – – – – – – – –

Hari raya baru ini, banyak sangat cerita hantu yang ditayangkan. Sungguhpun sesetengahnya berbentuk lawak dan jenaka tetapi ia masih lagi dalam lingkungan hantu. Raya  kali ni berhantu betol, tapi kalau tak silap tahun-tahun lalu pun kerap disiarkan cerita hantu di kaca tv.  Heran betol, kerana dalam dunia yang serba maju ini, kita seronok pulak tengok cerita hantu. Menariknya, hantu dalam pemikiran melayu menakutkan manakala dalam pemikiran cina membantu manusia dalam pemikiran barat hantu sungguh kejam dan diibaratkan sebagai pembunuh kejam. Entahlah, bagi aku benda-benda begini ada pro dan kontranya kerana garapan cerita sebegini mampu memberi pengaruhnya yang tersendiri di dalam masyarakat kita dan pengaruh tersebut jika diterima dalam bentuk positif akan memberikan kesan yang baik, tapi jika sebaliknya bagaimana?

Melambakkan filem dan cerekarama bertemakan jin, misteri dan hantu seperti bawang putih bawang merah, susuk, santau-menyantau, bunian dan sebagainya seolah-olah ingin membawa masyarakat kepada kemunduran di dalam fikiran. Sungguhpun ia bersifat hiburan tetapi sejauh mana pendedahan lakonan tahayul dan khurafat ini mampu mengajar masyarakat. Apakah ianya mengajak masyarakat menjauhinya atau lebih terpengaruh ke arahnya?

– – – – – – -PPPfffttttt – – – – – – – –

Raya bagi aku ibarat sebuah medan mencungkil bakat pragawan dan pragawati. Tidak percaya? Bukak saja FB teman-teman kamu dan kamu pasti akan terpukau, terkesima, teruja dan tergamam dengan pelbagai “pose” yang menarik diberikan oleh teman kamu ketika mereka berhari raya. Mereka sungguh bergaya dengan mengenakan busana muslimah mahupun separa muslimah (baca; tidak bertudung/free hair) berlatar belakangkan sebuah rumah kampung penuh retro! Tidak dilupakan lilitan tudung yang entah macam mana turut digayakan bagi menyerikan lagi “pose” maut tangkap leleh tersebut. Walaupun tidak mengenakan rekaan pakaian Benard Chndaran dan tidak menyarungkan kasut sentuhan Jimmy Choo mereka ini masih pandai memberikan satu impak yang menarik ketika bergaya di depan lensa kamera (baca; Nikon, Canon dan DSLR yang lain). Jadi aku secara tidak sengaja menyimpulkan yang hari raya dapat melahirkan lebih ramai aktres, model dan pragawan pada masa akan datang.

p.s – Selamat Hari Raya! Masih mood raya dan sepatutnya kita wajib menyambut raya sebulan dan sudah tentulah cuti sebulan bergaji penuh diberikan! Barulah raya lebih bermakna!