Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PASCA HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Raya sudah hampir seminggu berlalu. Amacam? Banyak dapat duit raya? atau…banyak duit digunakan untuk pelbagai perbelanjaan ketika berhari raya? Aku jamin ramai yang kering poket dan ramai yang berkerut dahi mengenang gaji yang lambat lagi! Masa-masa terdesak inilah duit raya anak-anak boleh dijadikan “penjamin” untuk meneruskan hari-hari mendatang.

Aku baru sahaja pulang dari berhari raya di kampung halamanku di Johor dan boleh dikatakan ianya satu kenangan yang manis dan biasanya kenangan manis itu akan berlalu dengan pantas tanpa disedari bagaikan angin yang berlalu pergi. Kesibukan bagi mempersiapkan Syawal dan menyambut bulan mulia sudah berkahir dan akan digantikan dengan kesibukkan kerja pula selepas ini. Kembali ke dunia sebenar bagi menjalani rutin harian bagaikan sebuah robot yang telah diprogramkan bagi membuat itu dan ini atau boleh jadi juga ibarat se-ekor arnab “Duracell” yang hanya tahu berlari jauh hingga ke hujung dunia tanpa henti.

Ok, ini cerita pasal raya. Seperti biasa, apabila raya menjelma kita tidak akan lari dari suasana meriah hari raya itu sendiri. Masak-memasak juadah raya (baca; rendang, ketupat, lemak, dodol, lodeh dan lain-lain). Majlis bermaaf-maafan bersama sanak saudara serta sepupu-sepapat. Kita juga tidak lari dari majlis kunjung mengunjung jiran tetangga serta saudara mara jauh dan dekat bagi mengeratkan siratulrahim. Kemeriahan raya pastinya terasa dengan keriuhan suara anak-anak kecil yang sedang asyik dan amat galak untuk mengumpulkan duit raya dan ayat-ayat tipikal yang biasa didengar adalah seperti berikut..

“Assalammualaikum……kami datang nak beraya……”

– – – – – – – -PPPfftttttt – – – – – – – –

Hari raya baru ini, banyak sangat cerita hantu yang ditayangkan. Sungguhpun sesetengahnya berbentuk lawak dan jenaka tetapi ia masih lagi dalam lingkungan hantu. Raya  kali ni berhantu betol, tapi kalau tak silap tahun-tahun lalu pun kerap disiarkan cerita hantu di kaca tv.  Heran betol, kerana dalam dunia yang serba maju ini, kita seronok pulak tengok cerita hantu. Menariknya, hantu dalam pemikiran melayu menakutkan manakala dalam pemikiran cina membantu manusia dalam pemikiran barat hantu sungguh kejam dan diibaratkan sebagai pembunuh kejam. Entahlah, bagi aku benda-benda begini ada pro dan kontranya kerana garapan cerita sebegini mampu memberi pengaruhnya yang tersendiri di dalam masyarakat kita dan pengaruh tersebut jika diterima dalam bentuk positif akan memberikan kesan yang baik, tapi jika sebaliknya bagaimana?

Melambakkan filem dan cerekarama bertemakan jin, misteri dan hantu seperti bawang putih bawang merah, susuk, santau-menyantau, bunian dan sebagainya seolah-olah ingin membawa masyarakat kepada kemunduran di dalam fikiran. Sungguhpun ia bersifat hiburan tetapi sejauh mana pendedahan lakonan tahayul dan khurafat ini mampu mengajar masyarakat. Apakah ianya mengajak masyarakat menjauhinya atau lebih terpengaruh ke arahnya?

– – – – – – -PPPfffttttt – – – – – – – –

Raya bagi aku ibarat sebuah medan mencungkil bakat pragawan dan pragawati. Tidak percaya? Bukak saja FB teman-teman kamu dan kamu pasti akan terpukau, terkesima, teruja dan tergamam dengan pelbagai “pose” yang menarik diberikan oleh teman kamu ketika mereka berhari raya. Mereka sungguh bergaya dengan mengenakan busana muslimah mahupun separa muslimah (baca; tidak bertudung/free hair) berlatar belakangkan sebuah rumah kampung penuh retro! Tidak dilupakan lilitan tudung yang entah macam mana turut digayakan bagi menyerikan lagi “pose” maut tangkap leleh tersebut. Walaupun tidak mengenakan rekaan pakaian Benard Chndaran dan tidak menyarungkan kasut sentuhan Jimmy Choo mereka ini masih pandai memberikan satu impak yang menarik ketika bergaya di depan lensa kamera (baca; Nikon, Canon dan DSLR yang lain). Jadi aku secara tidak sengaja menyimpulkan yang hari raya dapat melahirkan lebih ramai aktres, model dan pragawan pada masa akan datang.

p.s – Selamat Hari Raya! Masih mood raya dan sepatutnya kita wajib menyambut raya sebulan dan sudah tentulah cuti sebulan bergaji penuh diberikan! Barulah raya lebih bermakna!

2 responses

  1. wawa

    saya terasa.

    September 3, 2011 at 4:33 pm

    • faerrin

      Bak kata pepatah, siapa makan cili..dia yang terasa pedasnya!

      September 3, 2011 at 4:35 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s