Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KUTIP DUIT RAYA CARA ZAMAN MODEN

Aku betul-betul tak puas hati dengan WordPress. Sudah beberapa kali entri baru yang aku tulis hilang begitu sahaja. Kebanyakkannya adalah entri-entri yang malar segar. Entri yang penuh idea dan kadang-kala dipenuhi dengan gambar-gambar menarik akan tetapi apabila mahu di”post” entri yang baru dengan meng”klik” buttonpost” ianya tidak muncul apa jua item yang aku tulis malahan kesemuanya hilang begitu sahaja! Kosong. Empti. Tiada. Jika aku mencari-cari di ruangan autosave atau draft entry kalau-kalau entri yang aku tulis sebelum ini masih ada disimpan di situ juga hasilnya tidak ditemui. Bukankah ini satu pembaziran dari segi masa, kos, dan idea?

Aku buntu. Jika masalah ini berlaku lagi aku kordu. Tiada solusi. Juga tiada tindak balas dari team WordPress walaupun aku sudah beberapa kali memaklumkan hal ini kepada mereka berkaitan masalah ini. Aku harap ianya tak berterusan dan jika ini berlaku lagi aku tidak akan teragak-agak menggunakan medium lain untuk mengekspresikan tulisan-tulisan mahupun idea aku.

– – – – – -PPPfftttttt – – – – – – – –

Kutip duit raya atau kumpul duit raya. Mana lagi elok dari segi bunyinya dan nahunya? Aku rasa istilah “kumpul” lebih manis untuk didengar berbanding kutip. Betul? Apa yang aku tulis kali ini ada kaitannya dengan persoalan di atas. Kerana istilah kumpul dan kutip ini walaupun hampir sama istilahnya tapi mempunyai maksud yang berbeza apatah lagi jika diimplementasikan penggunaan perkataan ini dalam erti kata “duit raya”.

Budak zaman moden memang amat berlainan sekali adab dan tatasusilanya dengan budak-budak zaman dulu. Aku dapat lihat baru-baru ini di rumah aku sendiri. Musim beraya kebiasanya rumah akan senantiasa terbuka untuk dikunjungi oleh teman, rakan taulan, jiran tetangga dan juga saudara mara. Konsep ini sudah menjadi satu amalan bagi masyarakat Malaysia ketika musim perayaan termasuklah aku. Jadi jika ada sesiapa sahaja yang memberi salam untuk berkunjung ke rumah aku sentiasa mengalu-alukannya dengan tangan yang terbuka, hati yang terbuka.

Baru-baru ini (baca; maksud aku, pagi tadi) rumah aku dikunjungi oleh budak-budak sekolah rendah yang mahu beraya. Usai salam diberi dan baru sahaja melangkah masuk ke kawasan pagar rumahku salah seorang dari mereka berteriak kepadaku seraya berkata.

“Acik, kami nak duit raya…banyak lagi rumah nak pergi untuk kami “kutip” duit raya..kitorang tak yah masuk rumah aciklah, kat depan ni pun kira ok lah ye?”

“A’ah laaa…..lagipun esok dah sekolahlaaaa….”

Straight-forward sungguh budak-budak ni. Aku dengan nada yang penuh persoalan terus bertanya kepada mereka.

“Masuklah rumah dulu…lagipun boleh kenal-kenal. Nak tau jugak anak kepada siapa dan tinggal di mana”

Persoalan aku itu lantas dijawab oleh salah seorang dari budak-budak tersebut dengan nada yang pantas dan sedikit kurang ajar.

“Saya anak Berahim, yang tu anak Roslan dan yang ini anak Rahman. Kami duduk kat taman sebelah tu…Ok, skang dah kenalkan? Nak duit raya….!!”

Aku terkedu seketika. Nampaknya amalan kunjung-mengunjung untuk mengumpul duit raya yang dipraktikkan oleh anak-anak kecil yang masih bersekolah rendah satu ketika dulu yang penuh dengan adab sopan, etika, budaya ketimuran dan tatasusila yang tinggi kini bertukar kepada kebiadapan, kurang ajar dan ke-langsian yang sangat hebat. Datang rumah orang berhari raya semata-mata untuk mengutip duit raya. Macam mengutip wang perlindungan pula. Nak dilempang, nak orang. Nak di tangan atau diberi “kaki” bukan anak kita. Aku cepat-cepat mengambil sampul duit raya dan memberikannya kepada budak bertiga tersebut.  Jadi, aku tak banyak kata…..

“Nah, ambillah….lenkali datang rumah orang biar beradab sikit”

“Ok acik, thanx….”

Budak-budak tersebut berlalu pergi begitu sahaja dengan menunggang basikal. Tanpa salam. Tanpa ucapan selamat hari raya. Tanpa ucapan maaf zahir dan batin. Aku yang sedari tadi masih dalam mood penuh persoalan bertambah hairan serta ligat memikirkan tentang nilai budaya masyarakat di zaman kini. Aku hairan kenapa sampai begitu sekali adab mereka? Apa ibu dan bapa mereka tidak pernah memberi didikan tentang adab dan budaya untuk berhadapan dengan orang yang lebih tua sambil memberikan rasa hormat? Apa cikgu-cikgi mereka tidak pernah menegur kesalahan moral mereka ketika tidak begitu elok perangainya ketika di sekolah? Atau…adakah nilai-nilai budaya kita semakin susut dek kerana pengaruh-pengaruh hendonisme dari rancangan-rancangan telivisyen yang langsung tidak memaparkan nilai-nilai budaya ketimuran islam yang dinamis, praktik dan cantik ini?

Entahlah.

Ketika entri ini ditulis aku masih memikirkan hal ini. Aku rasakan yang budaya kita semakin nipis nilainya. Kenapa?

p/s- Teringat masa pusing satu kampung kutip duit raya dengan teman-teman satu ketika dulu. Penuh harmoni.

One response

  1. Bahiyah

    Galakkan anak-anak beraya dengan keluarga supaya ada orang dewasa yang memantau adab dorang. 🙂

    September 5, 2011 at 1:23 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s