Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BUKU BARU ; SENGSARA KEM KAMUNTING

Sengsara Kem Kamunting; Kisah Hidup dalam Penjara ISA

Aku dan lama tak update dan mengulas mengenai buku-buku baru yang aku beli. Lazimnya aku akan memperuntukkan sedikit dana yang aku ada (baca; gaji bulanan) untuk mendapatkan sebuah buku bagi setiap bulan dan akan cuba untuk mengkhatamkannya dalam bulan tersebut juga sebelum buku baru dibeli pada bulan berikutnya. Pada pandangan aku, membaca itu satu amalan yang penting kerana dengan membaca kita akan mendapat pelbagai ilmu yang jarang kita ketahui dan dengan membaca juga kita dapat meresapi dan melalui pengalaman-pengalaman penulis yang menulis buku tersebut. Sebenarnya untuk beberapa bulan kebelakangan ini ada beberapa buah buku yang aku beli, tapi mungkin nanti-nantilah aku update.

Untuk buku yang  terbaru ini, aku baru sahaja dapatkannya di kedai buku MPH pada hari Ahad lepas ketika sedang berliburan di Mahkota Prade Melaka. Harga buku terbitan SIRD ini adalah RM38.00 dan bagi aku buku ini adalah amat bernilai untuk dimiliki kerana ianya mengisahkan kehidupan di sebuah kem tahanan yang amat terkenal di Malaysia iaitu Kem Kamunting. Dari pembacaan aku yang baru sahaja selesai beberapa bab di dalam buku ini, dapat aku gambarkan dan bayangkan yang kem tahanan ini ala-ala sebuah Concentration Camp. Bagi aku buku ini juga sesuai untuk pembacaan bagi semua lapisan masyarakat tidak kiralah dari apa jua latar belakang dan kaum kerana buku ini menerangkan segala-galanya tentang kesengsaraan tahanan tanpa bicara ISA serta apa jua yang berlaku di sebalik Kem Kamunting seperti yang diceritakan oleh penulis sendiri (baca; Saari Sungib).

Di sini aku sertakan sedikit maklumat berkaitan buku ini yang dikarang sendiri oleh penulisnya.

“Saya namakan penulisan saya sebagai siri “Sengsara Kem Kamunting” dan untuk itu saya menulis menurut getaran hati dan denyutan perasaan saya sebagai seorang yang telah dibebaskan daripada penahanan kejam ISA. Buku yang berada di tangan pembaca ini merakamkan imbauan pengalaman saya dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ia bermula dengan mengkisahkan pengalaman malam pertama saya dan rakan-rakan dihantar ke kem kamunting dan seterusnya mengimbau ke belakang beberapa peristiwa dan pengalaman yang belum saya catatkan dalam “Suara Dari Kamunting”. Untuk itu penulisan ini juga kembali mengenang apa yang saya lalui semasa berada di bawah tahanan SB selama dua bulan sebelum saya dihantar ke Kem Kamunting. Ia juga merupakan perkongsian saya perihal apa yang saya lalui, saya rasai, saya renungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang saya hayati – khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib yang sama dipenjarakan di atas motif politik. Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman saya dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama kami ditahan di bawah akta zalim ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ianya mengkisahkan bagaimana kempen mogok lapar kami berakhir.”

p/s – ISA? Perlu mansuh atau tidak? Apa pendapat kamu? Pikir-pikirkanlah ya….

Advertisements

2 responses

  1. carlosnizam620

    hello mate. 😛

    September 6, 2011 at 12:05 pm

    • faerrin

      hallo buyer carloss!!!

      September 6, 2011 at 12:10 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s