Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA LAWAN JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK PUSINGAN KETIGA DI STADIUM TOSU, JEPUN

Malam ini Harimau Muda akan menentang Samurai Biru bertempat di Stadium Tosu, Jepun bagi kempen kelayakkan pusingan ketiga bagi Kumpulan C. Apa pandangan kamu? Adakah Harimau Muda akan berjaya menidakkan serangan Samurai Biru? Mungkinkah Samurai akan memenggal kepala Harimau dengan Katananya? Kesemuanya akan terjawab pada jam 7 malam ini dan para penyokong terutamanya rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri di secara langsung di Astro Arena 801 dan juga di TV2 bermula jam 6.45 petang.

Gambaran dari luar Stadium Tosu

Gambaran dari dalam Stadium Tosu

Rata-rata kesemua pemain sudahpun melakukan persiapan yang secukupnya dari segi mental dan fizikal termasuklah “menuntut” seketika di perantauan,  Slovakia. Aku yakin malam ini perlawanan antara kedua-dua skuad ini pastinya sengit dan aku juga berharap selaku wakil tunggal Asia Tenggara untuk ke pusingan ketiga ini adalah wajar sokongan yang padu dari seluruh penduduk Asia Tenggara dapat membangkitkan semangat juang Harimau Muda. Aku juga berharap Harimau Muda dapat memberikan satu balasan yang setimpal akibat dari kekalahan dengan skuad yang sama (baca; Jepun) pada pusingan awal untuk Sukan Asia di Guangzhou yang berakhir dengan kekalahan pada skuad Malaysia dengan 2-0.

Apapun semoga Harimau Muda mampu melakukan “sesuatu” untuk menumpaskan Jepun atau paling tidak pun mengikat kedudukan seri dengan mereka dengan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata untuk perlawanan timbal balas di Malaysia kelak dan cuba elakkan segala kesilapan kecil yang mampu memudaratkan gawang gol negara. Masih ingat lagi betapa mudahnya Singapura mendapat “free kick” pada perlawanan kelayakan Piala Dunia yang lalu?

p/s – Bolasepak Malaysia nampaknya semakin menonjol! Tapi malam nanti masa tengok bola jangan sampai terlepas Maghrib pulak!

UPDATE SELEPAS PERLAWANAN JAM 8:51 PM

Harimau sudah pun menjadi korban Katana dan Shuriken dari Samurai Biru dengan dua berbalas kosong. Pemain tengah Jepun, Keigo Higashi membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-11 sebelum Ryohei Yamazaki menggandakan kedudukan itu pada minit ke-77 (Gol yang ini bagi aku tak boleh diterima, si Yamazaki ni betul-betul di kedudukan offside). Permainan yang ditunjukkan oleh Jepun memang tersangat mantap, laju, kemas dan teratur dari setiap segi dan setiap sudut. Bola yang dipegang pula tidak terlalu lama dengan sentuhan yang kemas dan skil individu yang tinggi menerusi hantaran-hantaran pendek yang mantap menjadikan jentera serangan amat mudah membolosi bahagian tengah skuad Malaysia untuk terus masuk ke dalam ruang panalti negara. Serangan yang dijana oleh penyerang-penyerang berbisa Jepun pula datang bertalu-talu dari pelbagai bahagian dan sudut sudah pastinya itulah corak permainan skuad gergasi Asia, Jepun yang amat tinggi mutu dan standardnya. Berbekal semangat dari puluhuan ribu penyokong yang sejak dari awal hingga ke akhir perlawanan senantiasa bersorak memberikan sokongan padu semestinya perkara sebegini akan menaikkan semangat pemain-pemain Jepun untuk lebih giat mencari gol yang banyak.

Tapi tidak semudah itu.

Pertahanan Malaysia sewajarnya diberikan pujian kerana bermati-matian bertahan dengan kuat terutamanya penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat. Tanpa beliau, aku yakin gawang Malaysia sudah pastinya dibolosi paling tidakpun sebanyak 8-9 gol. Cuma aku sedikit kecewa dengan penyerang negara yang agak tumpul dan lambat pergerakannya terutamanya Izzaq Faris kerana banyak mempersiakan peluang-peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Sebagai seorang penyerang, beliau perlu bergerak pantas dan tangkas serta menggunakan peluang sebaik mungkin untuk memberikan gol kepada negara. Sewajarnya Coach Ong Kim Swee perlu mengambil serius akan perkara ini kerana, walaupun mempunyai benteng yang kuat tapi tanpa penyudah yang ampuh adalah satu perkara yang sia-sia bagi skuad negara dan seharusnya di masa kedua tadi, Izzaq digantikan dengan pemain lain kerana beliau sendiri kelihatan agak keletihan untuk bermain dalam satu jangka masa yang lama. Lebih menghairankan kenapa coach Ong Kim Swee selalu memberikan lebih kepercayaan kepada si Izzaq ni? Bukan apa, dah banyak kali aku tengok dia ni main tapi satu apa pun takde sumbangan yang begitu membanggakan buat pasukan negara. Bak kata kumpulan Jambu Maharajalawak “Apapun tak boleh!”. Elok saja panggil si Ramli yang bermain buat Manchester United untuk dijadikan sebagai striker negara! (baca; iklan komersial dari TM)

Nampaknya cita-cita skuad negara untuk mengikat mata supaya seri dengan Jepun tidak kesampaian, apatah lagi untuk membuat kejutan. Apapun, ini cuma permulaan dan perlawanan yang lain akan menyusul kemudian dan adalah diharapkan perlawanan yang seterusnya Malaysia mampu bangkit dengan memberikan kejutan demi kejutan buat penyokong-penyokong mereka, warga Malaysia! Sewajarnya pujian dan sokongan moral diberikan kepada pemain-pemain negara kerana mereka tidak mudah mengalah dan tetap memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan nombor satu di Asia, Jepun. Perlawanan seterusnya 23 November 2011 nanti, Malaysia menentang Syiria. Harap boleh benamkan mereka!

p/s – Aku rasa, goyang jugak pemain Jepun nak deal dengan Malaysia. Heh! Cuma, aku tak puas hati dengan gol ke dua Jepun, patutnya player Jepun yang menjaringkan gol tersebut dah Offside! Apalah linesman! Rasuahka???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s