Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DI PERSIMPANGAN DILEMA…

Pagi tadi adalah satu hari yang panjang. Manakan tidak, ketika semua orang di pejabatku bersukaria menikmati pelbagai juadah, hidangan, lauk pauk yang pelbagai dan variasi yang menarik, aku dan rakan diperlukan untuk menadah telinga bagi mendengar ceramah, ucapan dan syarahan di salah sebuah IPTA di Bangi. Ini bersempena dengan rangka lawatan kerja YAB TPM ke IPTA tersebut. Aku dan rakan dikehendaki untuk berkunjung ke sana sebagai wakil Jabatan.

Tak mengapa, dah kerana arahan aku rela ke sana kerana sekurang-kurangnya ada juga pelbagai input yang disampaikan oleh Big Guns-Big Guns Malaysia. Majlis yang bermula sekitar jam 9 pagi itu tamat sekitar jam 3 petang di akhiri dengan majlis makan-makan pada penghujungnya (akhirnya aku dapat makan juga walaupun tidaklah segempak hidangan yang tersedia di majlis rumah terbuka di Jabatanku). Sebelum itu, YAB TPM berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat dan ia juga merupakan salah satu slot program yang dicatatkan di dalam buku tentatif program.

Tamat sahaja program, aku dan rakan buntu untuk ke mana. Mahu pulang ke Pajabat untuk majlis jamuan hari raya atau menongkah arus terus pulang ke destinasi masing-masing. Memandangkan kami sudah pun kenyang dek penangan ayam masak merah dan ayam rempah serta lauk-pauk lain, jam di tangan pula sudah menunjukkan tiga petang serta masih belum menyalin pakaian untuk berbaju melayu lengkap (baca; sempena majlis sambutan rumah terbuka di pejabat) sambil membayangkan apa sahajalah juadah yang tinggal untuk kami jika kami ke pejabat. Antara faktor lain ialah destinasi kami yang agak memakan masa untuk ke sana, walaupun tidak sejauh mana…tapi perjalanan untuk pulang ke pejabatku di Cheras dari Bangi memakan masa sekitar setengah jam atau empat puluh minit juga. Jadi bagaimana? Kami buntu. Tiada solusi. Kami ibarat di persimpangan jalan yang  tidak tahu untuk memilih persimpangan kanan atau kiri. Selepas berkira-kira, tambah, tolak, darab dan bahagi.

Kami memutuskan untuk ke destinasi masing-masing.

Ke mana? Sendiri mau ingatla kawan..

p/s –  Aku ini seorang yang amat menghormati majlis, waima majlis kahwin!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s