Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BOSAN…

Aku kini lebih rela untuk menghabiskan sisa-sisa malam dengan membaca buku dari menonton televisyen yang kini tidak seberapa menarik jika dibandingkan dengan dulu. Lihat sahaja berita dari pelbagai saluran, setengah jam dari waktu yang diperuntukkan adalah berkisar tentang dunia politik semata. Sudahlah laporan yang berat sebelah malahan audiens kerap disajikan dan dimomok-momokkan dengan cerita dan cereka yang sama saban hari diulang-ulang hingga satu isu lain dibangkitkan kemudian harinya serta isu itu juga dimainkan berkali-kali hingga wujud lagi isu yang lain dan begitulah seterusnya. Cerita yang sama turut dimainkan di media-media cetak dan elektronik arus perdana semasa. Selak sahaja akhbar, lebih separuh laporan yang ditulis mengenai kisah yang sama! Perkara sebegini seolah-olah cuba menangkap dan memerangkap minda masyarakat agar mempercayai setiap laporan yang dibentangkan buta-buta tanpa ditapis dahulu. Seolah-olah minda masyarakat cuba dikawal tanpa mereka sedari!

Bukankah ini satu budaya yang tidak sihat untuk perkembangan sosial masyarakat serta bilakah agaknya berita-berita yang melaporkan cerita-cerita setempat yang lebih “elok” dapat dibuat liputan?  Oleh itu, dari aku mendengar bebelan yang sama berulang kali di kaca televisyen adalah lebih elok aku membaca buku atau artikel-artikel di alam maya yang mungkin berguna juga bagiku di hari mendatang.

Benar aku kini lebih gemar membaca buku. Aku sudah jemu dengan aplikasi fesbuk. Aku juga tidak punya akaun tweeter. Aku juga tidak pernah melayan laman sembang alam maya YM yang sudah lama ditinggalkan. Aku juga tidak mungkin melayan lagu Najwa Latif yang berjudul “Cinta Muka Buku” itu. Sambil membaca, aku mendengar muzik-muzik bernada pantas dan kadangkala lagu-lagu yang boleh menenangkan jiwa. Itu lebih baik. Jika sudah bosan dengan itu, aku segera ke laman wordpress untuk coretkan sesuatu yang terbuku di sanubari. Tuliskan mengikut hati dan perasaan di kolum yang tersedia mengikut ritma yang kontemp tanpa celaru.

p/s – Bosan dengan lanskap politik semasa. Tidak bolehkah permainan politik ini dibuat secara bersih??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s