Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SYAWAL BERAKHIR, ISU KOMUNIS MASIH BELUM BERAKHIR

Selang beberapa hari lagi Syawal bakal melabuhkan tirainya tapi ketika ini masih ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka termasuk pejabatku salah sebuah IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan di Bangi. Acara yang penuh gemilang ini merupakan satu daripada acara rasmi Universiti di dalam kalender tahunanya dan dijangkakan ramailah hadirin serta tetamu yang hadir untuk memeriahkan suasana selain daripada mengenyangkan perut masing-masing. Aku tidak pasti sama ada menghadirkan diri atau tidak…semuanya bergantung kepada keadaan semasa nanti. Bergantung.

Sebenarnya kemeriahan Syawal itu senantiasa dirai dan dirasai bahkan di Malaysia ini Syawal disambut sebulan lamanya dan di masa itulah kita masih lagi di dalam mood raya. Tidak percaya? Lihat rumah jiran tetangga kamu, masih ada lagi yang memasang lampu “lip-lap” dan pelita, tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa di rumah-rumah itu juga masih terhidang kuih-muih raya di meja hadapan yang terletak di ruang tamu. Juga, apa yang menghangatkan suasana raya ini adalah lagu-lagu raya masih lagi dimainkan di corong-corong radio! Tidak kira lagu raya lama atau baru yang penting ianya masih lagi dimainkan. Bukankah itu satu perkara yang unik?

Kisah raya ini aku pasti ada suka, ada duka tapi yang pasti kisah suka lebih banyak dari yang duka. Hari raya sudah pastilah masanya untuk bergembira tak kan lah untuk bersedih dan sedu sedan! Apa pun, selepas ini Aidiladha bakal menyusul dan kini diberitakan sudah ada jemaah haji yang telahpun bersiap-sedia untuk berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam ke lima itu. Juga, dengar-dengarnya sudah ada pun jemaah haji Malaysia yang berangkat ke sana terlebih dahulu bagi menunaikan umrah sebelum menunaikan fadhu Haji. Selepas ini ibadah korban pula akan dijalankan oleh umat islam di Malaysia.

– – – – – – – – – – PPPPfftttttttt – – – – – – – – –

Sebelum ini aku tidak berapa tertarik dengan komunis yang mutakhir ini digebang-gebangkan oleh pihak Kerajaan. Isunya simple sahaja. Mat Indera yang kononya kejam dan tersangatlah komunis itu telah diangkat sebagai pejuang kemerdekaan oleh salah seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang di salah satu ceramahnya di utara tanah air. Bagaikan mahu mencari “point-point” penting bagi menjatuhkan politikus itu, maka seluruh jentera media massa, media elektronik dan cetak yang dikawal oleh parti pemerintah digunakan untuk memburukkan politikus itu, malah ada juga yang menuduh beliau sebagai komunis, pendokong perjuangan komunis, tiada jati diri, tiada semangat kebangsaan, tiada semangat kemelayuan, buta sejarah dan sebagainya hinggakan puluhan report polis dibuat (atau mungkin ratus?) bagi mendakwa beliau ke muka pengadilan. Kini kesnya sdah pun disebut dan beliau sudah pun dihadapkan ke mahkamah dan sedang menanti perbicaraan.

Bagi aku kisah ini amat menarik untuk dikaji secara ilmiah oleh para pengkaji sejarah atau mana-mana sejarahwan di Malaysia ini. Teologinya, warga Malaysia perlu bersikap kritis dalam apa jua bidang termasuk dalam pengkajian asal-usul kita sendiri kerana pada umumnya sejarah di Malaysia ini secara realitinya adalah lebih dari sudut pandang British (baca; penjajah). Oleh itu, aku tiba-tiba begitu minat akan subjek ini kerana cerita-cerita tentang gerakan komunis di zaman pra dan pasca kemerdekaan agak sedikit diketahui umum dan ianya amat sukar untuk mencari sumber-sumber kukuh tentang perjuangan mereka. Rasanya perjuangan mereka sedikit sebanyak menggegarkan penjajah. Jadi, untuk maklumat tambahan aku kini sedang memesan dua buah buku yang berkaitan dengan hal ini. Buku-buku tersebut ialah….

Memoir Ibrahim Chik; Dari API ke Rejimen Ke-10 

Memoir Rashid Maidin; Daripada Pejuangan Bersenjata kepada Perdamaian

Kedua-dua buku ini sudah pun aku pesan melalui internet dan ianya aku beli melalui laman Silverfish Bookstore. Sebelum ini, aku lihat buku-buku ini amat mudah untuk didapati di gedung-gedung buku seperti di MPH, Popular dan lain-lain dan aku tidak pula tertarik untu membelinya. Malangnya selepas isu panas yang dipukul canang dek pemerintah mengenai isu komunis dan Mat Sabu aku langsung tak menjumpainya di mana-mana kedai buku berhampiran. Justru pesanan melalui internet dibuat! Laris sangat terjual kot, atau ditarik balik penjualannya oleh pemerintah? Entahlah. Tapi ada sebuah lagi buku yang aku tak berkesempatan untuk membelinya dan aku bercadang untuk memlikinya pada bulan yang akan datang atau paling tidak pun selepas aku “khatam” membaca buku-buku di atas tadi. Buku tersebut adalah….

 

Memoir Shamsiah Fakeh; Dari AWAS ke Rejimen ke-10

Aku sekadar mengkaji dan meneliti permasalahan yang kini hangat dan menjadi isu utama di dada-dada akhbar dan warta berita kerana kita perlu mendapatkan sedikit sudut pandang yang berbeza kerana dalam menghayati sejarah yang sebenar inilah perkara yang perlu dilakukan. Bukan percaya bulat-bulat atau seberono sahaja!

p/s –  Sekadar mengkaji sahaja, tidak bermakna aku komunis!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s