Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MUAMMAR GADDAFI DIBUNUH, APA SELEPAS INI?

Penjajah Amerika dan sekutunya seperti sudah merayakan kemenangan yang mutlak setelah membunuh Mumammar Gadafi di Sirte pada hari ini dengan menggunakan proksinya Majlis Peralihan Nasional (baca; NTC). Makanya sekonyong-konyonglah insan-insan dan warga negeri Libya keluar meraikan pembunuhan pemimpin mereka itu. Bunga ditabur, gendang di palu, lagu-lagu dinyanyi, semua penduduk menyambut kesukaann bagaikan pesta keramaian. Masing-masing gembira, masing-masing hepi tak terkata!

Peliknya, mereka ini semua (baca; penduduk arab Libya/warga Libya) tidak tahukah yang ke semua prasarana sudah musnah dibom. Segala kemudahan hancur berkecai akibat peperangan saudara. Tiada apa-apa bagai padang jarak padang tekukur! Mahu hidup amankah itu? Lebih tenangkah begitu? Lebih majukah ekonomi selepas ini? Lihatlah sekeling kamu wahai Libyanese! semuanya tiada apa-apa…jadi kenapa kamu masih bersuka-suka? Meraikan kemenangn yang sia-sia walhal segalanya sudah hancur berkecai. Bersorak sahaja lebih, tapi maruah dan kampung halaman tergadai.

Sudah lupa dengan Afganistan (baca; Taliban diperangi oleh Pakatan Utara yang juga proksi Amerika)? Tidak ingat pada Iraq (baca; Saddam Hussein di bunuh di tali gantung)? Lebih majukah mereka selepas pemerintah yang sedia ada digulingkan melalui peperangan? Aku rasa makin teruk.

Apapun selamat maju jaya warga Libya (baca; yang suka sangat bersorak di jalanan menyambut dan merai kemenangan) dan kita lihatlah apa yang berlaku selepas ini.

p/s – Kenapa warga arab mudah dicucuk jarum ya?? Lemah!

2 responses

  1. desperadol

    maka berjayalah propaganda amerika & israel jahanam. lepas ni dapatlah rakyat libya BEBAS seperti rakyat iraq. boleh lah minum arak secara terbuka & jalinkan hubungan ekonomi dengan israel keran gaddafi dulu mengharamkannya.

    Oktober 21, 2011 at 9:25 am

    • faerrin

      Kebodohan dan kedunguan bangsa arab yang tidak bersatu menjadikanan mereka seperti mainan LEGO bagi si jahanan Zionis dan Amerika itu. Kasihan.

      Oktober 21, 2011 at 1:18 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s