Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

JASA GADDAFI DAN PENGAKHIRANNYA

Gaddafi sememangnya tidak sebulu dengan mana-mana pemerintah barat terutamnya Zionis Yahudi dan Amerika, oleh kerana itu beliau perlu “dilupuskan”. Nasib yang serupa dan sama pernah berlaku sebagaimana Taliban di
Afganistan dan Saddam Hussein di Iraq, Abdul Aziz Al-Rantissi dan Syeikh Ahmad Yassin di Palestin dan akhirnya nasib yang sama kini menimpa Gaddafi pula mungkin esok lusa Presiden Iran, Ahmadinejad bakal dilenyapkan. Negara mereka akan dikucar-kacirkan oleh kuasa besar dan sekutunya, ekonomi disekat, peralatan ketenteraan yang canggih diguna dan diuji cuba. Begitulah nasib kepada mana-mana pemerintah islam yang ingkar dan tidak mengikut telunjuk negara zionis Yahudi dan Amerika yang menentang mereka, pemimpin dihapuskan negaranya pula dimusnahkan
Kini pemimpin Syria dan beberapa lagi pemimpin di dunia Arab pula diambang kejatuhan yang akan menerima nasib sama dan menunggu detiknya sahaja, sama ada diusir atau ditangkap atau dibunuh dengan ‘bantuan’ kuasa luar.

Gaddafi memang ditakuti oleh negara-negara yang aku sebutkan tadi dan di dalam sejarah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu cuma beliau seorang sahaja yang pernah mencampakkan piagam PBB semasa berucap dihadapan pemimpin dunia di perhimpunan agung pertubuhan itu. Ini menunjukkan beliau seorang yang amat lantang, tegas dan mempunyai prinsip yang tinggi. Beliau juga pernah dianggap sebagai raja kepada raja di seluruh Afrika bila mana beliau telah menjemput lebih 200 kerabat diraja di seluruh Afrika berkumpul di Beghazi dan cuba memperkenalkan Pasport yang sama bagi dugunapakai bagi kesemua negara Afrika.

Sungguhpun beliau dianggap kejam oleh musuh-musuhnya tetapi betapa banyak kebaikkan/pembaharuan yang pernah dilakukan oleh beliau. Berikut adalah jasa yang pernah ditaburkan oleh Gaddafi semasa pemerintahan beliau selepas mengambil tampuk pemerintahan negara semasa rampasan kuasa yang dilakukan oleh beliau ke atas Raja Idris I.

1. Tiada bil elektrik di Libya, kemudahan elektrik adalah percuma bagi setiap warga Libya.
2. Tiada dikenakan sebarang kadar faedah melalui pinjaman yang dibuat dari bank dan pinjaman diberi pada kadar 0% oleh lunas undang-undang.
3. Rumah dianggap sebagai satu keperluan asas di Libya dan Gaddafi pernah bersumpah bahawa beliau dan bapanya tidak akan memiliki rumah selagi kesemua  rakyat Libya tidak memiliki rumah . Bapa Gaddafi meninggal ketika di mana mereka masih tidak mempunyai rumah dan tinggal di dalam khemah.
4. Pasangan pengantin baru akan diberi 60,000 dinar oleh kerajaan bagi permulaan untuk membeli rumah untuk memulakan keluarga baru dan kehidupan baru.
5. Peluang pendidikan dan kesihatan adalah percuma dan kadar celik huruf adalah sebanyak 83%, sebelum pemerintahan Gaddafi, kadar celik hurufnya adalah 25%.
6. Sekiranya rakyat Libya mahu memulakan pertanian, mereka akan menerima tanah, rumah pertanian, peralatan pertanian, benih dan haiwan ternakan secara percuma dengan bantuan kerajaan.
7. Sekiranya rakyat Libya tidak mendapat kemudahan yang baik dari segi peluang pendidikan dan kesihatan di Libya mereka boleh ke luar negara untuk mendapat peluang yang lebih baik dan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan malah akan diberi elaun perjalanan sebanyak USD2,300 dan elaun kenderaan.
8. Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 50% bagi pembelian kereta di Libya
9. Harga petrol di Libya per liter sebanyak USD0.14 antara yang termurah di dunia.
10. Libya tidak memiliki hutang luar negara hasil pemerintahan Gaddafi dan dana “reserve” yang dimiliki adalah sebanyak USD150 billion.
11. Sekiranya para graduasi/lepasan universiti di Libya tidak mendapat pekerjaan mereka akan dibayar elaun semasa mereka menganggur dan pembayaran akan ditarik balik selepas mereka mendapat pekerjaan.
12.Hasil dari keuntungan penjualan petroleum di Libya dikreditkan terus ke akaun bank rakyat Libya.
13. Ibu yang melahirkan anak akan diberi USD5,000 sebagai bantuan khas.
14. 40 buku roti di Libya cuma berharga USD0.15.
15. 25% rakyat Libya memiliki sekurang-kurangnya Ijazah pertama dari Universiti yang diiktiraf.
16. Gaddafi mejalankan projek mega iaitu sistem pengairan terbesar di padang pasir yang tandus dan dikenali di seluruh dunia sebagai “Great Man-Made River Project” bagi mengairi tanah kering kontang itu untuk menyuburkannya agar boleh dibuat tanah pertanian supaya di masa depan Libya tidak bergantung dari hasil luar negara.
17. Libya memiliki kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hidup yang tinggi.
18. Apabila berlaku kenaikkan kadar makanan, Gaddafi akan menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sungguhpun besar jasa beliau dengan membebaskan negaranya dari pemerintahan monarki yang sebelum ini diperintah oleh Raja Idris I dan seterusnya melakukan pembaharuan akhirnya beliau mati ditangan rakyatnya juga. Kasihan Gaddafi. Maka tumbanglah lagi seorang jagoan arab islam yang ditakuti oleh Zionis Yahudi…kini, sasaran seterusnya pastinya Republik Islam Iran yang kononya memiliki nuklear dan seteru utama Amerika dan Zionis Yahudi pastinya ditumpukan pada Presiden Ahmadinejad.
Al-fatihah untuk Gaddafi.
p/s – Lepas ni kalau rakyat Libya nak menagis pun tak guna, tanggunglah derita macam di Afganistan dan Iraq..penjajah datang menjarah negara, dirai-rai dipuji-puji dan dipeluk cium…kendian apa dah jadi. Nyesal pun tak guna.
Sumber: Wikipedia Gaddafi, Anak Sungai Derhaka, Utusan Malaysia dan laman-laman web lain serta sumber berita dunia.
Mahu tonton bagaimana Gaddafi dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh tentera NTC, sila klik di sini.

3 responses

  1. RXz

    aku nak tgk lepas ni..dgn pemerintahan yg baru..adakah kebaikan/pembaharuan spt senarai diatas yg dibuat oleh arwah gaddafi sepanjang pemerintahannya akan diteruskan atau tidak…adakah rakyat Libya bersedia menerima pembaharuan dgn pemerintahan baru? sama-samala kita tunggu dan lihat…

    Oktober 25, 2011 at 1:42 am

    • faerrin

      Biasanya lepas satu2 negara itu diserang amerika dan sekutunya, tiada yang baik berlaku. Malah lebih teruk. Kita lihat apa bakal berlaku di Libya dan bagaimana pula corak pemerintahan boneka Amerika di Libya memerintah.

      Mungkin boleh dijadikan contoh, lihat Hamid Karzai di Afghanistan….

      Oktober 25, 2011 at 9:09 am

  2. Mustafa ismail

    Memang setiap individu tidak terlepas dari kesilapan kecuali Rasullullah dan para2 anbia yg dilindungi Allah swt… semoga Allah swt mencucuri keatas semua pejuang fisabillilah

    Mei 17, 2012 at 11:25 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s