Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SIAPA YANG GEMBIRA GADDAFI MATI AKAN MENYESAL

Pengakhiran riwayat hidup Gaddafi amat menyanyat hati apabila beliau diaibkan oleh rakyatnya sendiri hingga mati (baca; diseret di jalanan, diejek, dikeji, dipukul, dibelasah, disodomi dengan pisau dan akhirnya ditembak). Pada awalnya, Konvoi kenderaanya yang cuba melolosi sempadan Libya dikesan dan dibom oleh pesawat NATO hingga mengorbankan hampir kesemua ahli konvoi, Gaddafi yang terselamat telah melarikan diri dan menyorok di bawah pembentung air hinggalah ditemui oleh pasukan tentera NTC yang sedang memburunya. Anak-anaknya pula turut menerima nasib yang sama, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh warganegara Libya yang menunjangi tentera NTC hingga kini cuma Saif Al-Islam sahaja yang masih selamat dan khabrnya mahu menyerah diri tidak lama lagi. Kini, jenazah Gaddafi telah pun dikebumikan dan lokasinya tidak pula dapat dipastikan kerana ditakuti makam pengembumiannya bakal dijadikan sebagai tempat kunjungan bagi penyokong-penyokongnya atau bagi mereka yang bersimpati dengannya.

Sungguhpun peperangan menumpaskan Gaddafi ini ditunjangi oleh Zionis Israel, Amerika dan juga Perancis serta sekutunya NATO dan dilicinkan oleh proksinya iaitu tentera NTC, betapa ramailah golongan rakyat yang begitu bergembira dengan kematiannya dan menyambutnya bagaikan pesta keramaian! Kisah Gaddafi hampir sama dengan Saddam di mana Saddam diburu hingga ke lubang tikus dan ditemui dalam keadaan yang sangat hina dan akhirnya dihadapkan ke muka pengadilan hinggalah mati di tali gantung. Bezanya cara pengakhiran kedua-dua pemimpin di akhir hayat mereka, di mana Gaddafi dibunuh kejam oleh rakyat tanpa diadili dahulu manakala Saddam pula sempat diadili.

Semalam, Ketua pergerakan Nation of Islam, Louis Farrakhan menempelak sikap sesetengah pihak yang ‘bergembira’ dengan kematian Muammar Gaddafi dan memberi amaran mereka akan menyesal dengan apa yang dilakukan itu.

”Mereka mencipta satu pembunuhan yang berjaya terhadap Gaddafi.

”Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh dipercayai kerana badan dunia hanyalah alat Barat,” katanya ketika ditemu bual stesen radio Chicago, WVON-AM.

Farrakhan berkata, dia mula mengenali Gaddafi sekitar 70-an dan bekas pemimpin Libya yang dibunuh minggu lalu itu pernah memberikan pinjaman sebanyak AS$5 juta (RM15.5) kepada pertubuhannya.

Malah jelasnya, pemimpin Nation of Islam sebelum ini, Elijah Muhammad pernah diberikan pinjaman sebanyak AS$3 juta (RM9.3 juta) oleh Gaddafi bagi menukar sebuah gereja di Chicago menjadi masjid.

”Ia bukan sekadar wang tetapi prinsip hidupnya yang membuatkan kami seperti saudara,” ujarnya.

Katanya, ketika pemerintahan Gaddafi, hasil minyak Libya digunakan untuk membina sekolah serta universiti bagi meningkatkan kadar celik ilmu dan Gaddafi juga telah berjaya memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang dilihat terbaik di kalangan negara ketiga.

p/s – Sekarang Amerika sedang carik pasal pula dengan Pakistan, satu-satunya negara Islam yang mempunyai senjata nuklear dengan “sah” adakah peperangan akan terjadi? Tunggu dan lihat.

Sumber; Utusan Malaysia

4 responses

  1. saya setuju pasal kebaikan yang gadafi buat tu. jugak menEntang pembunuhan kejam. Tapi rasanya kekejaman gaddafi lebih hebat dari kebaikan yang dia buat. pertama; seksa tahanan samapai mati, kedua; hantar jet serang masjid.. ketiga; mengarahkan pembunuhan penunjuk perasaan.. dia kejam tadi saya setuju dia tidak patut diseksa dan dibunuh…

    November 1, 2011 at 7:52 pm

  2. Mat

    NTC apa kurangnya, bunuh tahanan perang termasuk orang hitam afrika dan pengawal perempuan. Yang saya tahu Gadaffi banyak bantu Palestin dan pejuang Moro. Berita baru-baru ini memberitahu negara-negara seperti Libya, Syria, Mesir dan Yemen tidak lagi hantar bantuan kewangan ke Palestin. Adakah semua ini komplot Israel dan Barat?

    November 4, 2011 at 2:04 pm

  3. Uncle K

    antara yang paling berpengaruh dalam menegakkan islam. apa yg kita lihat luarannya dahulu hanya untuk memanipulasikan keadaan dengan pandangan. tetapi hakikatnya beliau antara pejuang islam yang digeruni israel(zionis) dan sekutunya yang lain

    Ogos 26, 2012 at 9:49 pm

  4. Rizki rafiqah

    Tidak ada ajaran islam yg mengajarkan untuk menyiksa orang jika org itu sudah dalam keadaan terjepit,apalagi sudah menjadi jenazah dn jenazah itu dizalimi seperti qadaffi,allah maha tahu dan maha adil,semua pelaku yang menzalimi qadaffi baik ketika saat menjelang ajalnya dan sesudah datang ajalnya,akan menerima balasan yg sama bahkan lebih parah dari yg dialami qadaffi,saya yakin itu.

    September 23, 2012 at 12:24 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s