Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for November, 2011

MALAYSIA KECUNDANG KEPADA SYIRIA

Malaysia tumpas kepada Syiria 0-2 dalam perlawanan ke dua kelayakan Olimpik di Bukit Jalil. Sebelum ini juga ditewaskan oleh Jepun dengan gol yang sama. Aku paham mereka penat juga ramai yang cedera. Mungkin juga nasib tidak menyebelahi Malaysia pada perlawanan kali ini, dengan pengadil yang kerap kali lebih berpihak kepada pasukan lawan. Aku lihat taktik Malaysia seperti tidak menjadi, malah dengan penghantaran bola tinggi semuanya serba tak kena. Malaysia perlu lebih pantas dengan menggunakan taktik hantaran-hantaran pendek dan mengelakkan kesilapan-kesilapan mudah dari bahagian pertahanan.

Tak pe lah. Aku paham mereka semua penat. Sudahlah 7 haribulan nanti akan bertemu dengan Bahrain pula. Tak de rehat nampaknya budak-budak ni. Harap ada senyuman nanti.

p/s – Usaha lagi Harimau Muda!


MALAYSIA MEMPERTAHANKAN EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

Sudah terbukti Harimau Muda mampu membaham Garuda Indonesia dan sekaligus menutup muka dan mulut rakyat-rakyat Indonesia. Aku tak banyak nak cakap. Jauh sekali nak komen yang macam-macam. Kini apa yang kita tahu, Malaysia sudah menjadi gergasi Asia Tenggara. Kita sudah jauh mengatasi Thailand, apatah lagi Singapura. Kita sudah berada di kelas yang tersendiri sebenarnya. Indonesia, walaupun mempunyai barisan yang diperkuat dengan pemain yang dinaturalisasikan oleh warganegara luar juga akhirnya tunduk kepada Malaysia dengan penentuan panalti berakhir 5-4.  Situasi ini sama seperti kejayaan skuad bola sepak Malaysia pada tahun 1979 di mana skuad yang diketuai Lagenda Bola Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari memberikan emas kepada Malaysia menerusi gol tunggal negara dengan 1-0 mengalahkan Indonesia. Skuad muda negara wajar diberi pujian melambung ke langit kerana berjaya mempertahankan emas dan Malaysia muncul menjuarai sukan bola sepak dengan memenangi pingat emas buat kali yang ke dua berturut-turut! Satu perkara yang mustahil sebelum ini!

Benarlah kata mak aku yang sejak dari tadi menonton bersama kami semua.

“Orang jahat (baca; Indonesia) tak kan menang, Orang yang banyak bersabar mesti menang!”

Betul, itu aku sokong. Lihat sahaja bagaimana Malaysia diterjah keras. Jatuh tergulik. Kaki terpeleot. Dibentes keras. Dinafikan hak oleh pengadil. Pengadil pula tidak berpihak kepada kita (baca; kecuali pengadil ke dua yang menjaga garisan-si botak yang kerap megawasi garisan off-side pemain Indonesia). Setiap kali Malaysia diterjah setiap kali itu kad kuning dilayangkan, bila Indonesia diterjah pula tiada kad diberi…adilkah begitu?

Tidak mengapalah, yang penting Harimau Muda sudah berjaya merobek Garuda. Jika perlawanan dahulu di peringkat kumpulan Harimau Muda sudah mematahkan sayap kanan Garuda, kini kedua-dua sayap kita patahkan! Justeru Garuda tidak mampu terbang lagi. Garuda tidak lagi mendongak langit seperti sebelum ini. Garuda sudah ditogelkan!

Tahniah Harimau Muda. Tahniah para penyerang, para pemain tengah, para pertahanan negara dan juga penjaga gawang negara yang berjuang bermati-matian bagi mempertahankan emas. Tahniah! Selepas ini perlu tumpukan perlawanan dengan Syiria pula. Mahu masuk Olimpik. Tidak mustahil bukan?

Apapun, syukur Alhamdullilah…

p/s – Aku nak order Garuda penyet boleh! Garuda penyet satu!!!! NGAAAUUUMMMM!!!!

Oh!!! Para warga Indonesia, jangan kamu bakar stadium pula dong! Pagi tadi kamu sudah bakar kantor tiket kan? Intelektual sikit bro!! Hahahaha!!! LOL~


HARIMAU MALAYA MALAYSIA LAYAK KE FINAL SUKAN SEA 2011

Malaysia akhirnya layak ke final buat kali ke dua berturut-turut hasil dari sepakan tepat ke gawang gol oleh Ahmad Fakri Saarani. Apapun, perlawanan akhir nanti dengan siapa pun Harimau Muda harus menentang, para pemain Harimau Muda perlulah memberikan lebih komitmen bagi mempertahankan kejuaraan dan juga pingat emas negara. Dari pengamatan aku selaku peminat bola sepak tempatan, Malaysia kini semakin digeruni dengan rekod tanpa kalah dan hanya seri sekali di sepanjang tempoh kempen Sukan Sea 2011.

Persembahan Malaysia pada kali sewajarnya dipuji kerana mereka boleh berdikari sendiri walaupun jurulatih negara, Ong Kim Swee dihukum keluar padang dan hanya memantau perlawanan dari jauh dan sekali sekala memberi arahan kepada pembantu jurulatih, Hassan Sazali Waras melalui surat-surat sahaja. Sebelum ini beliau menggunakan walkie-talkie bagi sebagai medium untuk perhubungan tetapi akhirnya dilarang. Ya, dalam bola sepak, hukuman buang padang tidak tertumpu kepada pemain yang beraksi di padang sahaja malah jurulatih juga tidak terkecuali!

Keadaan ini sama seperti kes Mourinho yang dihukum buang padang akibat tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan yang berat sebelah pada saingan Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu. Perlawanan yang melibatkan seteru lama antara Real Madrid dengan Barcelona itu tidak menampakkan kelebihan kepada Real Madrid apabila kantoi 2-0 di akhir perlawanan itu dengan 10 orang pemain. Kasihan.

Tapi, keadaan itu tidak berlaku kepada Harimau Muda kita. Harimau Muda semakin bijak dan matang dalam menagawal mood dan situasi. Mereka sudah semakin selesa untuk menyerap tekanan dan diterjemahkan kepada aksi dengan lebih baik. Tahniah Harimau Muda! Harimau nampaknya semakin lama semakin gagah dan kental. Nama semakin gah di peringkat antarabangsa. Kebuasan semakin ditakuti dan digeruni oleh lawan. Singa sudah dijinakkan. Gajah telah dimamah hingga gadingnya dicabut. Garuda pula telah ditogelkan bulunya hingga tidak mampu terbang lagi. Kemboja sudahpun kita hantar pulang. Kini hanya tinggal memburu kejuaraan dan sekaligus menjadi gergasi di Asia Tenggara.

p/s – Garuda hanya omong kosong!

UPDATE JAM 10:55PM SELEPAS PERLAWANAN INDONESIA-VIETNAM

Garuda tidak omong kosong malah Garuda sudah kembali terbang di angkasaraya dengan megahnya selepas menewaskan Vietnam 2-0 dengan bergaya. Nampaknya pertemuan antara dua seteru lama sudah tidak dapat dielakkan lagi. Harimau Muda harus sedar yang mereka kini akan kembali berhadapan dengan Indonesia untuk perlawanan akhir Sukan SEA 2011 yang dijangkakan pada 21 November ini. Apa yang pasti Indonesia akan berjuang bermati-matian bagi mendapatkan “ibu segala pingat” yang dipertahankan oleh Malaysia pada perlawanan akhir nanti dan Malaysia sewajarnya memberikan fokus dan tumpuan yang lebih pada perlawanan akhir kali ini.’

Benar kita sudah menewaskan Indonesia pada peringkat kumpulan yang lalu, tapi tidak mustahil Garuda akan bangkit dengan pelbagai strategi bagi meranapkan impian Harimau mempertahankan emas dan sekaligus merampas gelaran jagoan Asia Tenggara. Garuda telah sekian lama mahukan emas bagi perlawanan ini dan sudah beberapa edisi Sukan SEA mereka terlepas untuk mendapatkannya. Kali terakhir mereka merangkul kejuaraan dalam acara ini pada tahun 1991 dan sudah tentu dengan tempoh yang amat lama ini membuatkan para pemain, pasukan kejurulatihan dan rakyat Indonesia begitu beria-ia mahu mendapatkannya.

Garuda kini begitu bersemangat. Mereka kembali bermotivasi. Mereka mahukan pingat emas, kita juga begitu. Situasi mereka juga sama seperti situasi kita pada dua tahun lepas di mana kita berjaya mendapatkan pingat emas dalam acara ini setelah 20 tahun dahagakannya. Kini, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Sama ada Harimau dipatuk atau Garuda di robek…kita nantikan perlawanan akhir nanti.

p/s – Harap pemain Malaysia lebih memperhebatkan serangan dan cuba mendapatkan gol awal.


HARIMAU MUDA SENGAT GARUDA MUDA

Tahniah Harimau Muda, anda berjaya menogelkan bulu-bulu Sang Garuda yang sudah sekian lama angkuh di angkasa. Anda juga berjaya mematahkan sayap Garuda dan berhasil menutup mulut-mulut jahat penyokong-penyokong mereka! Buktikan sekali lagi bahawa Malaysia, bukan sahaja boleh mempertahankan emas malah dapat menguasai rantau Asia Tenggara dan mungkin Asia satu hari nanti.

Barisan pemain Harimau Muda Malaysia sememangnya “made ini Malaysia”. Lihatlah mereka (baca; Indonesia) bermain tanpa pemain import, sayur! Lihat juga skuad Young Lions tanpa Shia Jiayi dan lain-lain awang import, bukan sahaja sayur…malah boleh “di ayam-ayamkan!” Malaysia menurunkan pemain yang lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, dididik dan dilatih oleh rakyat Malaysia sendiri tidak perlu tangan-tangan atau “kaki-kaki luar” bagi menabur bakti untuk mengaharumkan nama negara. Itulah baru sejati. Jika kalah pun masih bermaruah! Jika menang, menang dengan bergaya! Tunjuk pada semua, walau rangking kita jauh di belakang..tapi kita bukan sebarangan!

Harimau Muda, teruskan perjuangan. Tajamkan serangan. Kukuhkan pertahanan dan kasik SEEEEEENGGGGGGAATTTTTTT!!!! semua!!!

Malaysia menang 1-0 dengan Indonesia di perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 2011 dan seterusnya berjaya merangkul juara bagi kumpulan A.

p/s – Izzaqq, gua rasa… lu patut malu sendiri. lu blahla! Reff, lu terbaikla! Control game pun kool ja!


KEKUATAN PERSENJATAAN REPUBLIK ISLAM IRAN

Saat ini Iran menjadi salah satu negara dengan kekuatan ketenteraan yang besar dan ditakuti. Selain isu mengembangkan senjata nuklear, Iran juga memiliki persenjataan lengkap mulai dari bom, pelancur roket, senapang serangan dan lain-lain. Kenderaan tempur yang dimiliki juga banyak seperti pesawat, kereta kebal, kapal perang, kenderaan pengangkut personel, dan sebagainya. Hal inilah yang menjadikan negara kuasa besar seperti Amerika menjadi fobia terhadap Iran. Berikut ini adalah beberapa persenjataan dan kendaraan tempur yang dimiliki oleh Iran. HANYA sebilangan sahaja yang aku tunjukkan di sini.

ARTILERI ROKET IRAN

Atas ke bawah:
– 107 mm single barrel rocket launcher
– 107 mm double barrel rocket launcher
– 107 mm 12 barrel rocket launchers
– 122 mm single barrel rocket launcher
– Rocket artillery chart

MORTAR RINGAN IRAN



Atas ke bawah:
– Fateh 60 mm mortar
– 81 mm HM15 mortar
– 120 mm HM16 mortar
– Mortar bombs
– 81 mm smoke/HE mortar bombs

ANTI KERETA KEBAL IRAN & SNIPER RIFLE


Atas ke bawah:
– Anti-Tank Gun SPG-9
– Nakhjir Sniper Rifle SVD

RIFLE SERANGAN IRAN



Antara senjata ringan yang dibina oleh industri pertahanan Iran
Atas ke bawah:
– KL-7.62.39
– G3-A4
– KH 2002
– G3-A3
– S-5.56

FADJR MLRS AND NAZEAT ROCKET



Atas ke bawah:
– Fadjr-3 Multiple Launch Rocket System
– Fadjr-5 MLRS
– Fadjr brochure
– Nazeat-6 Rocket
– Nazeat brochure

IRAN RGG-7 : PELEDAK



Atas ke bawah:
– Iranian RPG-7
– Improved RPG launchers
– Nafez 40 mm anti-tank rocket
– Saegheh 40 mm anti-personnel rocket
– 40 mm tandem warhead anti-tank rocket

“PANHA 2091” HELIKOPTER PENYERANG RINGAN


Panha 2091 merupakan helikopter penyerang ringan yang telah dinaik taraf dari helikopter penyerang ringan BelL AH-1J Sea Cobra yang sebelum ini dibeli pada tahun 1979.Program 2091 adalah program naik taraf helikopter ini yang merangkumi kokpik pemandu berperisai yang baru,kanopi yang direka bentuk mengikut citarasa Iran, sistem avionik yang baru, kamera pemerhati di hadapan muncung helikopter.

PELURU BERPANDU ANTI KERETA KEBAL IRAN



Atas ke bawah:
– Raad ATGM
– Tosan 1 (Copy of Konkurs, AT-5)
– Toophan-1
– Toophan-2
– Toophan launcher

KERETA KEBAL T-72 MBT IRAN

Iran dipercayai mempunyai, memiliki dan menoperasikan lebih dari 480 T-72M1 dan T-72S sejak tahun 2002

KERETA PERISAI BORAGH

ARTILERI BOLEH GERAK IRAN

“IRIAF” MIRAGE F1 BERAKSI


Pesawat pejuang Mirage F1 diperolehi oleh Iran dari Tentera Udara Iraq semasa Perang Teluk pertama yang diterbangkan ke Iran atas arahan Saddam Hussein.
KERETA KEBAL T-72Z

FASILITI NAIK TARAF KERETA KEBAL DI IRAN

PESAWAT PEJUANG RINGAN “SAEQEH”



HESA Saeqeh (Thunderbolt) adalah pesawat pejuang ringan Iran satu tempat duduk. Ianya merupakan pesawat pejuang dari varian Azarakhsh. Pesawat ini mengambil rekabentuk Pesawat pejuang F-5E Amerika sebagai rekebentuk asas bagi HESA Saeqeh. Pembinaan pesawat ini merupakan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Iran dengan Tentera Udara Republik Islam Iran.
“AZARAKHSH”

HESA Azarakhsh (Lightning) merupakan pesawat pejuang ringan Iran yang menambil rekabentuk F-5E sebagai bentuk rekaan asasnya akan tetapi besar sedikit berbanding F-5E sebanyak 10%-15%.
F-5 FREEDOM FIGHTER IRAN

KAPAL SELAM MINI IRAN

JEEP SAFIR

IRIAF F-4 PHANTOM II

IRIAF MiG-29 FULCRUM

IRIAF F-14A TOMCAT


PASDARAN SU-25 PESAWAT PEJUANG

HELIKOPTER PENGANGKUT & PENYERANG IRAN



Atas ke bawah:
– Boeing CH-47C Chinook lineup, IRIAA
– Boeing CH-47C Chinook at Zulfagahr manuevers 2006
– Bell AH-1 Super Cobra
– Bell AH-1 Super Cobra at Zulfagahr manuevers 2006
– Sikorsky RH-53D Sea Stallion at 2008 Military Day

PERARAKAN KETENTERAAN

S-200 AND HAWK SISTEM SAM (ANTI PESAWAT)


Atas ke bawah:
– S-200 surface-to-air missile (SAM) in flight
– S-200 on transport at the 2007 Military Day Parade (Ghareh upgraded SAM with range of 315 km)
– Hawk surface-to-air missile (SAM) test launch
– Hawks on transport at the 2008 Military Day Parade

SISTEM MISIL NOOR AND HY-2 SILKWORMS

PELANCAR ANTI PESAWAT MUDAH ALIH IRAN (MANPADS)

DIVISYEN MOTOSIKAL KOMBAT IRAN

KAPAL LAUT



MISIL BALISTIK



PARA PELAJAR IRAN

Para pelajar Iran akan didedahkan dengan taktik peperangan, pengendalian senjata api serta diberi tunjuk ajar untuk membidik dan menembak dengan betul.

p/s – Berani ke USA dan Israel nak buat onar dengan Iran yang dari dulu lagi pernah merajai dunia? Dulu kaum Parsi menakluk dunia dari timur ke barat, apa mereka semua mahu ditakluk sekali lagi? Ingat Xerxes?Ingat pasukan elit Immortal di zaman purba dulu? Tamadun Parsi pada ketika itu sungguh digeruni!

Lagi satu, program persenjataan Iran bukan calang-calang. Sewajarnya Malaysia belajar dari Iran bagaimana mengeluarkan senjata sendiri dan tidak terlalu bergantung dengan senjata luar terutamanya dari blok barat!

Sumber: Internet, wikipedia Militer Iran, Iran Defense Forces website, Apedia.com.


MALAYSIA MENANG LAWAN KEMBOJA 4-1

Tahniah Malaysia kerana berjaya menundukkan Kemboja sebentar tadi dengan mata 4-1 ini menunjukkan Malaysia sudah menang dua kali dan seri sekali apabila berjaya mengalahkan Thailand 2-1 dan seri tanpa mata dengan Singapura. Walaupun Malaysia menang, tetapi corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain Harimau Muda tak berapa nak agresif, leka dan nampak seperti tiada kesungguhan. Bola asyik ditarik ke bawah bagi membuka ruang di bahagian tengah pihak lawan. Kenapa tidak dihantar ke atas untuk membuat asakan dan serangan bertalu-talu. Sewajarnya Malaysia perlu mengumpul lebih banyak mata ketika berlawan dengan Kemboja kerana pasukan ini dianggap sebagai pasukan belasahan di peringkat kumpulan.

Seperti kata pengulas sukan Zainal Abidin sebentar tadi, Malaysia bakal menempah maut kalau bermain gaya second half, beliau juga berkata kita seharusnya mengelak untuk berjumpa dengan VIETNAM di separuh akhir jika dapat second place dalam group, vietnam adalah team maut yang bermain dengan corak menyerang selain daripada pandai “berlakon drama” (yang ni aku tambah statement sikit dari ulasan Zainal Abidin). Kalau Thailand kalah dengan Indonesia malam ni Malaysia bakal selamat ke separuh akhir. Untuk selamat separuh akhir kena elak bertemu Vietnam dengan menewaskan Indonesia seterusnya menjadi juara kumpulan A.

Itulah ulasan dari Zainal. Ulasan aku pula. Malaysia perlu tajamkan serangan, tajamkan serangan dan tajamkan serangan. Manfaatkan sepenuhnya setiap peluang keemasan yang ada. Dari pengamatan sepanjang ketiga-tiga perlawanan dengan Singapura, Thailand dan Kemboja berpuluh-puluh peluang untuk menjaringkan gol ada di depan mata. Striker perlu matang dan bijak menggunakan peluang janganlah terlalu malas. Tolonglah!

p/s – Kalaulah Safee Sali masih menjadi jentera serangan Harimau Malaya, aku rasa dah kena tapau dah lain-lain negara.


PELAJAR MALAYSIA MATI DIBUNUH DI INDONESIA, MAHU DEMO?

Apa akan terjadi sekiranya ada pelajar Indonesia mati dibunuh dengan kejam di Malaysia. Apa pula reaksi kerajaan Indonesia dan rakyatnya yang memang terkenal dengan demonstrasi tunjuk perasaan itu? Pada 7 November 2011 yang lalu, penuntut perubatan dari Malaysia telah mati dibunuh dengan kejam di Malang, Jawa Timur. Beliau yang aku maksudkan adalah mendiang Adrian Jay Pereira, 22. Difahamkan mendiang mati dibunuh dengan kejam akibat mahu mempertahankan motornya yang hendak dicuri.

Mayat pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang mati dibunuh di Malang, Indonesia tiba di KLIA, Sepang semalam sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Klang Jaya, Selangor-Ihsan gambar, Utusan Malaysia

Tiada kecaman, ugutan dan demonstrasi terhadap kejadian bunuh ini di hadapan Kedutaan Indonesia di Malaysia menjadi bukti rakyat Malaysia sentiasa menghormati undang-undang Indonesia. Bukanlah maksudnya NGO mahupun kerajaan Malaysia tidak peka atau tidak patriotik. Tetapi selalunya kita mendahulukan rundingan dan muafakat untuk menyelesaikan masalah. Ada beratus-ratus NGO di Malaysia ini dan jika digerakkan mereka-mereka ini di depan Kedutaan Indonesia bagi membuat tunjuk perasaan boleh sahaja, akan tetapi warga Malaysia lebih matang dan berfikiran rasional dengan perkara sebegini. Tidak perlu bertindak bodoh.

Aku berani jamin 200 peratus jika kejadian seumpama ini berlaku di Malaysia dengan mengakibatkan kematian dikalangan warga Indonesia dan mati dibunuh pula oleh orang Malaysia (baca; warga Malaysia) sudah tentu bangunan kedutaan Malaysia di Indonesia menjadi sasaran para demonstran tegar warga Indonesia. Kedutaan bakal dicampak dengan najis, bendera Malaysia bakal diinjak dan dipijak kemudian dibakar, malahan bangunan Kedutaan juga bakal dipenuhi dengan kehadiran para demonstran ini. Warganegara Malaysia pula dikeji, dicemuh dan digelar sebagai “Maling” bukan itu sahaja bahkan perkataan Malaysia itu sendiri ditukar kepada “Malingsial” di laman-laman web. Yang juga akan berlaku ialah kumpulan NGO dan ahli politik negara itu menekan pemerintah Indonesia supaya mendesak Malaysia mencari pembunuh tersebut hingga ke lubang cacing dan selagi tidak jumpa, selagi itu para demonstran tegar ini menekan pemerintah Indonesia. Gegak gempitanya tentu luar biasa dan mungkin sekali lagi akan ada aksi ‘sweeping’ rakyat Malaysia di Indonesia. Betapa sakitnya hati rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Kita lihat sahaja dengan pelbagai contoh yang pernah berlaku sebelum ini iaitu semasa Aidilfitri yang lalu di mana para demonstran Indonesia membuat tunjuk perasaan sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, mereka membunyikan hon motosikal dan meneriak “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan. Demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Bagi pihak di Malaysia, tiada apa yang berlaku. Tiada tunjuk perasan dan sebagainya dari rakyat Malaysia cuma, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshee Afdzaruddin Syed Hassan menegaskan, hukuman berat perlu dikenakan ke atas pelaku yang bertindak di luar batas kemanusiaan itu selain akan terus memantau dan menunggu tindakan susulan pihak berkuasa Indonesia. Kematiannya merupakan isu yang memerlukan pembelaan sewajarnya.

p/s –  Bukankah serumpun, sewajarnya pihak/warga di Indonesia harus lebih matang dan tidak perlu bertindak terburu-buru kerana apa jua masalah boleh diselesaikan dalam bentuk rundingan. Lebih baik begitu.

Update terkini, 7 orang suspek sudah diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ini di Indonesia. Harap keluarga pelajar ini banyak bersabar.


ISTERI DAN ANAK DI KAMPUNG, AKU KEMBALI BUJANG!

Diam tak diam sudah seminggu isteri dan anak sulungku tinggal di kampung, Kota Tinggi, Johor. Berpantang di sana pula selepas tiga minggu berpantang di sini, di rumahku. Bermakna aku juga kembali bujang dalam masa seminggu ini dan juga hinggalah isteriku kembali disisiku sejurus selepas habis berpantang kelak. Bujang di dalam konteks ini, aku jauh dari perhatian isteri dan adakah kau selayaknya boleh bergerak ke sana-sini bebas? Hmmmm……hehehe…tepuk dada, tengok poket dan tanya selera!

Berpantang bagi orang yang baru sahaja melahirkan anak bukanlah satu perkara yang asing kerana proses berpantang ini diibaratkan satu ritual yang penting bagi menjaga/memulih/merawat/memelihara kembali tubuh badan yang lemah ketika proses melahirkan anak. Pemakanan akan dikawal sepenuhnya kerana bagi orang yang berpantang pengambilan makanan yang mengakibatkan “gatal” perlulah dielakkan dan mereka hanya dibolehkan memakan ikan dan sayur-sayuran sahaja. Memasak lauk-pauk juga tidak boleh sebarangan kerana ia bakal memberikan kesan yang tidak elok kepada tubuh badan pada ketika ini masih lemah. Urut-urutan, bertungku dan memakai bengkung adalah satu kewajipan bagi mereka yang baru sahaja lepas bersalin kerana ianya penting bagi memperbetulkan urat-urat yang sudah tersimpul dan tegang serta mengembalikan keremajaan dan mengembalikan bentuk tubuh badan yang cantik kepada si ibu. Selain itu, ada pelbagai lagi perkara yang perlu dilakukan sebagai contohnye memakai param, pilis dan meminum jamu bagi mencantikkan kulit, mengelakkan darah naik ke kepala serta mengecutkan rahim dan mengembalikan tenaga.

Ok, itu antara kisah-kisah berpantang yang aku lihat sendiri bagaimana isteriku hadapi seharian. Aku ada bertanya kepada nenek, ibuku dan ibu mertuaku tentang kepentingan berpantang ini kepada wanita yang baru sahaja bersalin. Jawabnya mudah, dan jawaban mereka hampir sama…

“Berpantang ni baik untuk kesihatan masa tua nanti supaya kekal kuat dan berstamina tinggi. Masa muda-muda memang tak nampak..kesannya masa tua kelak”

Ok, berbalik kepada kisah isteriku di kampung. Mengikut anggaran dan perkiraaan mereka akan aku ambil kembali pada awal Disember kelak, jadi lebih kurang lagi 3-4 minggu atau sebulan lagi dari sekarang. Satu tempoh yang agak lama kerana aku saban hari kini terkenangkan isteri dan anak sulungku, Mohammad Khaliff Riyadh. Hanya gambar-gambar dan video yang aku rakamkan sebelum mereka pulang ke kampung menjadi penemanku di kala kerinduan dan kesunyian. Oh ya! aku ada juga menyimpan baju busuk dan sarung kaki serta tangan si Khaliff yang masih melekat bau badannya yang manis, wangi kemasaman (baca; bau baby) untuk ku cium di kala kerinduan mencapai tahap maksima. Kadang-kadang keletah dan aksinya terbawa-bawa di dalam mimpi. Sudahlah kini aku tidak berapa nak lena tidur, makan juga tidak berapa nak lalu…emmm.

Oh…kapankah aku dapat bertemu dengan mereka kembali bagi mengubat kerinduan ini. Cuti Awal Muharram ini aku perlu pulang ke kampung. Mahu jenguk-jenguk dan mahu tatap mereka puas-puas. Aku dapat berita dari isteri dan mak mertuaku bahawa si Khaliff sudah pun pandai ketawa hingga melekek-lekek dan sudah pandai menangis dengan kuat.

p/s – Lambatnya nak cuti Awal Muharram ni (baca; lambatnya nak gaji!)


ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2011

Anugerah Industri Muzik muncul lagi tahun ini. Kali ke berapa, itu aku tak tahu, apa yang aku tahu anugerah ini bermula sejak dari tahun 1994 lagi dan dianjurkan oleh Persatuan Akedemi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dan disokong oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Malam ini bertempat di Stadium Bukit Jalil tepat jam 9 malam akan berlangsunglah acara gilang-gemilang ini. Jika kamu masih bertanya kali ke berapa, elok kamu kira sendiri sejak tahun pertama penganjurannya pada 1994 hingga kini.Dapat?

Tipikal.

Kenapa tipikal? Kerana kita akan disajikan dengan perkara-perkara yang sama sebagai contohnya, anugerah itu dan ini. Persembahan ini dan itu. Ucapan penghargaan dari pemenang yang berjaya merangkul juara dalam kategori masing-masing (baca; pakai seksi tak ingat kemudian sebuk-sebuk berucap “Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya dan bla, bla, bla). Artis-artis melaram berfesyen dengan baju sendat tak cukup kain. Gimik yang biasa-biasa serta upacara “karpet biru/merah” dan tak dilupa gelagat pengacara majlis yang tak kelakar cuba buat kelakar disepanjang pengendaliannya terhadap majlis tersebutt. Itu semua adalah perkara biasa berlaku dalam majlis ini, Anugerah Industi Muzik (AIM).

Aku tak pernah pula nak ambil kisah akan apa jua anugerah industri seni tanah air kerana aku sudah bosan menontonnya. Ianya umpama menonton cerita yang sama berulang kali sambil dimainkan oleh watak berbeza setiap tahun. Apapun semoga perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan selamat menonton bagi kamu semua.

p/s – Huargghhhh….Ngantuk. Bosan. Layan Astro Sport dan Astro Movie je lah malam ni!

Sorrylah, aku bukan nak cerita pasal AIM sangat. Mahu cerita lanjut AIM, pergi klik kat laman Murai.com.


ANALISIS RINGKAS MALAYSIA U23 VS CAMBODIA U23 SUKAN SEA 2011

Sedikit analisis ringkas menjelang perlawanan Malaysia u23 vs Cambodia u23….
Striker:
Syahrul Azwari perlu menggunakan kelebihan kepantasan larian beliau dan mempertajamkan serangan. Izzaq Farris perlu memperkemaskan teknik dan mempertajamkan penyudah.
Kesimpulannya, bahagian serangan perlu memantapkan penyudah bagi mendapatkan jaringan dan memastikan setiap penyudah perlulah tepat ke gawang gol. Percubaan tepat yang dihasilkan sewajarnya menghadiahkan gol kepada Malaysia. Kelincahan, agresif dan kepantasan serta penyudah yang membuahkan hasil adalah medium penting bagi penyerang Malaysia kerana tanpa keempat-empat medium ini, bahagian serangan adalah sia-sia walaupun bertali arus asakan di buat dalam kawasan pertahanan lawan.
Midfield:
Bahagian tengah merupakan penggerak total di dalam permaianan. Kawalan bola yang cantik di bahagian tengah mungkin menentukan kemenangan dan kekelahan satu-satu pasukan. Kawalan bola yang kemas, terkawal dan sentiasa di dalam pegangan bakal menjadi faktor kepada penyudah yang baik bagi barisan serangan manakala jika kawalan bola agak lemah dan kendur di bahagian ini, ianya bakal merencanakan pasukan lawan membolosi hingga ke bahagian pertahanan dan mungkin membolosi gawang gol! Oleh itu, praktikalnya adalah lebih baik pasukan negara mengamalkan corak bermain secara hantaran pendek sebagaimana ditunjukkan oleh pasukan Jepun tempohari ketika menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan. Bahagian ini juga boleh memperbanyakkan percubaan dari jarak jauh dan sentiasa menekan pertahanan kemboja dengan asakan-asakan pantas.
Defend:
Perlu sentiasa fokus 100% kerana kemboja berkeupayaan untuk menghasilkan gol dari percubaan jarak jauh serta sentiasa mengawasi pemain kemboja apabila sepakan penjuru, kerana beberapa pemain mereka pintar mencari ruang untuk membuat jaringan.  Akhirnya GK malaysia perlu memastikan beliau sentiasa berada di posisi gawang yang baik.
Melihat kepada perlawanan antara Thailand u23 vs Cambodia U23 (4-0), tidak mustahil bagi malaysia untuk memburu jaringan yang besar kerana kelebihan rehat yang lebih panjang dimiliki.
p/s –  Malaysia boleh “makan” Kemboja ni cuma janganlah sesekali pandang rendah pada pihak lawan. Padah jawabnya.
Sumber: Diolah dari laman Facebook Harimau Malaya.

TARIKH 11-11-11 APA SIGNIFIKANNYA?

Betulkah tarikh 11-11-11 bukan hari yang baik atau adakah ianya hari yang baik?

Masyarakat pada umumnya menyukai dan memilih tarikh-tarikh yang bagus untuk mennganjurkan peristiwa-peristiwa penting dalam hidup, seperti pernikahan, bertunangan, melahirkan, grand opening usaha baru, dan lain-lain. Meskipun tujuannya berbeza pada dasarnya mereka inginkan momen istimewa itu menjadi lebih istimewa atau “superb” kerana peristiwa-peristiwa penting yang dianjurkan oleh mereka itu terjadi pada tarikh/hari yang istimewa , indah , atau mudah diingati.

Memang, tidak ada yang salah dengan fenomena tersebut, kerana setiap orang mempunyai sudut pandang atau persepsi berbeza tentang “hari istimewa pada tarikh yang istimewa”. Ada yang berpandangan, bahawa tarikh hanyalah sebuah waktu dan pemilihannya semata-mata berdaasarkan pada bagus atau tidak adalah tertakluk pada angka tarikh tersebut.

Ada juga pandangan lain, bahawa pemilihan tarikh kerana pertimbangan kesempatan (bertepatan dengan hari untuk melibur, bersiar-siar atau menganjurkan apa jua parti atau majlis ). Lainnya berpendapat, tarikh (waktu) mengandung energi tertentu dan berpengaruh pada peristiwa-peristiwa yang terjadi di muka bumi ini. Perbezaan budaya, pendidikan, wawasan, nilai-nilai yang dianut menjadikan perbezaan pandangan tersebut merupakan suatu kewajaran. Oleh kerana itu, tarikh-tarikh “cantik” adalah perlu dihargai.

Seperti yang kita ketahui tarikh hari ini adalah 11.11.2011 dan aku hendak mengulas  dan memberi sedikit analisis tarikh yang cantik, khususnya tarikh 11 dan 20 November 2011 dari sudut pandang metafisik China (Chinese astrology). Tujuan ulasan di sini adalah untuk memberikan pandangan kepada para pembaca supaya dapat dimanfaatkan seperlunya. Dalam entril ini juga akan diulas baik buruknya tarikh 11 dan 20 November 2011 tersebut dalam dua aspek/ peristiwa, iaitu sebagai tarikh lahir dan sebagai tarikh pernikahan.

Kriteria umum “tarikh yang cantik”

Dalam ilmu metafizik Cina dikenal ilmu membaca peta nasib atau dalam Bahasa Cina disebut dengan Ba Zi (baca: pa’ zhi’). Sebuah titik waktu (jam, hari, bulan, tahun) tertentu, dapat diformulakan menjadi lapan buah elemen. Dari ke lapan elemen atau unsur itu dapat dianalisis berbagai aspek kehidupan seseorang yang lahir pada satu titik waktu tersebut.

Hari yang baik beserta tarikh yang cantik, menurut ilmu metafizik Cina tersebut, adalah hari yang memiliki elemen yang tanpa konflik (clash). Ini biasanya dijadikan kriteria untuk menentukan baik tidaknya sebuah hari untuk pernikahan. Kriteria lain yang sebenarnya juga sejalan dengan kriteria tersebut adalah keselarasan atau keseimbangan. Ketidakselarasan atau ketidakseimbangan akan menjadikan masalah yang terkait dengan energi tidak selaras atau tak seimbang itu.

Tarikh 11-11-11

Elemen pada hari itu adalah langit: Logam Yang, bumi: Api Yang. Sebagai hari pernikahan, tanggal 11 November 2011 disimpulkan sebagai hari yang tidak baik, mengingat energi langit konflik dengan energi bumi atau pertentangan antara Logam dan Api).

Sementara sebagai hari kelahiran, jika si bayi adalah anak laki-laki, secara umum lebih baik dibandingkan dengan bayi perempuan. Selain itu, seseorang yang lahir pada tanggal tersebut, baik laki-laki maupun perempuan, kelak akan didominasi atau dikendalikan oleh pasangannya.

Untuk menganalisis lebih mendalam baik buruknya tarikh tersebut sebagai tarikh kelahiran, kita mengharapkan informasi tentang jam kelahiran yang berbeza setiap  2 jam, sehingga ada 12 kombinasi. Misalnya, jika lahir antara jam 07.00-09.00 pagi, organ jantung, mata, ginjal, kelenjar tiroid, telinga, kandung kemih, organ seks, sangat berisiko terkena gangguan (lemah).

20-11-2011

Sebagaimana telah diungkapkan sebelumnya, bahawa hari yang baik menurut ilmu metafizik Cina tersebut adalah hari yang memiliki elemen tanpa konflik (clash). Pada tanggal 20 November 2011, di hari itu, elemen tunggaknya adalah Tanah Yin, dan elemen cabang buminya adalah Kayu Yin. Hubungan antara Tanah dan Kayu, adalah hubungan clash atau konflik. Ertinya, energi langit dan bumi saling merosak dan membinasakan. Sehingga, secara umum dikatakan tanggal tersebut kurang baik untuk hari pernikahan.

Sementara itu, sebagai tarikh lahir, ada beberapa hal dapat disimpulkan. Pertama, tarikh lahir tersebut secara umum baik untuk bayi perempuan, namun kurang baik untuk bayi laki-laki, terutama untuk keharmonian rumah tangganya kelak.

Kedua, seseorang yang dilahirkan pada taeikh tersebut kelak akan didominasi oleh pasangannya. Jika salah memilih pasangan hidup, maka dia akan “tertindas” dalam pernikahannya.

Lebih lanjut, jika diketahui data jam lahirnya, dapat dianalisis lebih mendalam tentang berbagai aspek kehidupan. Pada masalah kesihatan, misalnya. Seseorang yang dilahirkan pada tarikh tersebut, iaitu antara jam 07.00 sampai 09.00 pagi, cenderung mengalami gangguan organ pencernaan karena elemen Tanah sangat dominan. Gangguan lainnya antara lain gangguan organ ginjal, tiroid, telinga, kandung kemih, organ seks akibat elemen Air sangat lemah.

Bijak memilih tarikh

Baik buruk sebuah hari untuk pernikahan, adalah kiranya jangan dijadikan faktor penentu utama sebuah pernikahan. Ada orang berpendapat, bahwa jika menikah di hari yang buruk/tidak baik pernikahan tidak akan bertahan lama.

Anggapan tersebut tentu tidak benar. Pemilihan hari yang baik untuk pernikahan hanya relevan pada hari tersebut. Jika hari yang dipilih kurang baik atau clash, baik antarenergi pada hari tertentu atau pun antarenergi hari dengan energi seseorang atau shio, maka ditakuti akan terjadi masalah dalam kelancaran proses pernikahan mereka. Istilahnya, ada saja yang salah. Maka, jika memang sudah terlanjur menetapkan tanggal tersebut sebagai hari pernikahan, koordinasi atau persiapan pernikahan harus lebih cermat dan matang.

Sementara itu, sebagai hari kelahiran, sebaiknya tidak memaksakan diri melahirkan pada tarikh tersebut. Jika memang sengaja ingin mengatur hari kelahiran, seperti melalui operasi/kaedah Caesar, sekalipun tarikh yang dipilih memang benar-benar “baik” berdasarkan analisis yang dibuat. Jangan asal memilih tarikh hanya kerana mudah diingat atau istimewa sesuatu tarikh tersebut. Misalnya, adalah lebih wajar menyambut kelahiran seseorang  secara semulajadi dan tidak dengan sengaja memilih tarikh, maka anggap saja melahirkan anak pada tarikh “cantik” merupakan sebuah anugerah dan tidak perlumempertikaikan lagi kebaikan maupun keburukannya. Jadi, biarkanlah takdir yang berbicara.

p/s – Ada apa dengan tarikh yang cantik, tak heranlah aku! Huh!

Sumber: Diuabah dan ditokok tambah dari PusatToko.com dan lain-lain sumber di internet.


MALASNYA MALAYSIA!

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Banyak yang aku mahu lontarkan di sini, tapi entah kenapa mood tak kunjung tiba, nafsu juga tiada, badan pula lesu, justru kekuatan dan kemahuan atau “ke”eager”an” mahu menulis amatlah rendah. Benar, memang banyak yang aku mahu tulis, coret dan muntahkan tapi biarlah dulu.

Biarlah ia basi menjadi pekasam. Kamu semua bacalah surat khabar, tontonlah berita dan kunjungilah lain-lain blog ok!Nanti hujung minggu ni aku akan kembali dengan entri yang segar dan bugar!

Oh…..Malasnyaaaa Malaysia…

p/s – Aku dapat info dari radio menyatakan dari kajian yang dibuat menunjukkan orang Malaysia merupakan masyarakat yang rajin bekerja di dunia! Wahh..siapa cakap orang Malaysia malas!


SALAM AIDILADHA 2011

Salam Aidiladha buat semua. Pulang ke kampung berhati-hati. Jumpa lagi di lain entri.

p/s – Aku mahu berehat seketika, esok sudah mahu pulang berhari raya di rumah mertua di Kota Tinggi, Johor. Hantar sekali orang rumahku untuk “berpantang” di sana. Aku “bujang” kembali!