Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HARIMAU MALAYA MALAYSIA LAYAK KE FINAL SUKAN SEA 2011

Malaysia akhirnya layak ke final buat kali ke dua berturut-turut hasil dari sepakan tepat ke gawang gol oleh Ahmad Fakri Saarani. Apapun, perlawanan akhir nanti dengan siapa pun Harimau Muda harus menentang, para pemain Harimau Muda perlulah memberikan lebih komitmen bagi mempertahankan kejuaraan dan juga pingat emas negara. Dari pengamatan aku selaku peminat bola sepak tempatan, Malaysia kini semakin digeruni dengan rekod tanpa kalah dan hanya seri sekali di sepanjang tempoh kempen Sukan Sea 2011.

Persembahan Malaysia pada kali sewajarnya dipuji kerana mereka boleh berdikari sendiri walaupun jurulatih negara, Ong Kim Swee dihukum keluar padang dan hanya memantau perlawanan dari jauh dan sekali sekala memberi arahan kepada pembantu jurulatih, Hassan Sazali Waras melalui surat-surat sahaja. Sebelum ini beliau menggunakan walkie-talkie bagi sebagai medium untuk perhubungan tetapi akhirnya dilarang. Ya, dalam bola sepak, hukuman buang padang tidak tertumpu kepada pemain yang beraksi di padang sahaja malah jurulatih juga tidak terkecuali!

Keadaan ini sama seperti kes Mourinho yang dihukum buang padang akibat tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan yang berat sebelah pada saingan Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu. Perlawanan yang melibatkan seteru lama antara Real Madrid dengan Barcelona itu tidak menampakkan kelebihan kepada Real Madrid apabila kantoi 2-0 di akhir perlawanan itu dengan 10 orang pemain. Kasihan.

Tapi, keadaan itu tidak berlaku kepada Harimau Muda kita. Harimau Muda semakin bijak dan matang dalam menagawal mood dan situasi. Mereka sudah semakin selesa untuk menyerap tekanan dan diterjemahkan kepada aksi dengan lebih baik. Tahniah Harimau Muda! Harimau nampaknya semakin lama semakin gagah dan kental. Nama semakin gah di peringkat antarabangsa. Kebuasan semakin ditakuti dan digeruni oleh lawan. Singa sudah dijinakkan. Gajah telah dimamah hingga gadingnya dicabut. Garuda pula telah ditogelkan bulunya hingga tidak mampu terbang lagi. Kemboja sudahpun kita hantar pulang. Kini hanya tinggal memburu kejuaraan dan sekaligus menjadi gergasi di Asia Tenggara.

p/s – Garuda hanya omong kosong!

UPDATE JAM 10:55PM SELEPAS PERLAWANAN INDONESIA-VIETNAM

Garuda tidak omong kosong malah Garuda sudah kembali terbang di angkasaraya dengan megahnya selepas menewaskan Vietnam 2-0 dengan bergaya. Nampaknya pertemuan antara dua seteru lama sudah tidak dapat dielakkan lagi. Harimau Muda harus sedar yang mereka kini akan kembali berhadapan dengan Indonesia untuk perlawanan akhir Sukan SEA 2011 yang dijangkakan pada 21 November ini. Apa yang pasti Indonesia akan berjuang bermati-matian bagi mendapatkan “ibu segala pingat” yang dipertahankan oleh Malaysia pada perlawanan akhir nanti dan Malaysia sewajarnya memberikan fokus dan tumpuan yang lebih pada perlawanan akhir kali ini.’

Benar kita sudah menewaskan Indonesia pada peringkat kumpulan yang lalu, tapi tidak mustahil Garuda akan bangkit dengan pelbagai strategi bagi meranapkan impian Harimau mempertahankan emas dan sekaligus merampas gelaran jagoan Asia Tenggara. Garuda telah sekian lama mahukan emas bagi perlawanan ini dan sudah beberapa edisi Sukan SEA mereka terlepas untuk mendapatkannya. Kali terakhir mereka merangkul kejuaraan dalam acara ini pada tahun 1991 dan sudah tentu dengan tempoh yang amat lama ini membuatkan para pemain, pasukan kejurulatihan dan rakyat Indonesia begitu beria-ia mahu mendapatkannya.

Garuda kini begitu bersemangat. Mereka kembali bermotivasi. Mereka mahukan pingat emas, kita juga begitu. Situasi mereka juga sama seperti situasi kita pada dua tahun lepas di mana kita berjaya mendapatkan pingat emas dalam acara ini setelah 20 tahun dahagakannya. Kini, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Sama ada Harimau dipatuk atau Garuda di robek…kita nantikan perlawanan akhir nanti.

p/s – Harap pemain Malaysia lebih memperhebatkan serangan dan cuba mendapatkan gol awal.

One response

  1. pengadil penipu!!kenapa semua butakan mata…penipu
    !!!!

    November 21, 2011 at 2:47 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s