Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Disember, 2011

KLISE SINETRON INDONESIA

Sumpah aku tak suka sinetron Indonesia, lagi-lagi kalau melibatkan percintaan budak sekolah SMU yang gadisnya berskirt pendek dan lelakinya mekap tebal macam gei. Kenapa? Sebabnya mudah. Siri dramanya yang panjang dan membosankan dan tahukah kamu sinetron ni ada banyak persamaannya dan persamaan-persamaan inilah yang membuatkan aku bosan dan benci untuk menontonnya. Selalunya adegan-adegan yang berlaku pula macam tak masuk dek akal dan kadang-kadang macam tak logik pulak!

Adegan tampar-menampar yang disusuli dengan menangis, berlari ke bilik, carut-carutan umpama menegakkan benang yang basah antara orang yang bertengkar. Si bapa menampar si ibu, si balak menempeleng si awek dan begitulah seterusnya. Selalunya ia akan diiringi dengan muzik “yang konon-kononnya suspen” dan jangan lupa di saat muzik dimainkan, kamera akan berulang kali fokus kepada pelakon. Aku dapat rasakan semua sinetron begitu. Bukankah ianya membosankan?

Kebiasannya apabila adegan tampar-menampar dan tempeleng-menempeleng ini berlanjutan maka bermulalah pula drama air mata. Jika kamu perasan, setiap episod drama sinetron ini pasti ada adegan menangis! Tak keterlaluan juga untuk aku katakan bahawa setiap sinetron pasti ada drama air matanya! Tak percaya? Cuba tonton.

Sinetron tak akan lari dari siri drama yang panjang dan berlarutan. Kadang-kadang siri dramanya akan makan tahun juga untuk menamatkannya, walaupun ada ketika siri tersebut seolah-olah sudah boleh ditamatkan. Bukankah ini juga membosankan?

Antara konsep garapan cerita yang sering dimainkan atau menjadi isu utama adalah cerita berebut harta pusaka atau harta pusaka tersebut jatuh pada anak atau cucu yang sudah lama hilang atau rebutan kekuasaan di dalam perniagaan atau berebut anak di antara keluarga. Kalau latar belakang penceritaannya adalah masih bersekolah sudah pasti jalan ceritanya adalah berebut boifren dan gurlfren. Kebiasaannya pula, yang merebut gurlfren atau orang yang popular di sekolah pasti anaknya adalah seorang yang miskin atau baru sahaja masuk pindah ke sekolah tersebut (baca; macam mana orang yang miskin boleh masuk sekolah elite yang pastinya memerlukan pembiayaan yang besar). Kemudian, yang merebut tersebut pastinya akan merasan bangga dengan kejayaan itu dan akan dicemburui oleh mereka yang lain-lain. Biasanya yang memenangi hati gurlfren dan boifren tu, mestilah seorang anak yang terkenal dan adalah anak kepada Pengetua Sekolah/empunya sekolah/ Ketua PIBG.

Orang kaya selalunya jadi orang jahat. Mata yang galak dengan renungan tajam macam helang. Jahat dan macam gampang! Selalu buat orang sakit hati dengan niat untuk menjatuhkan orang di pihak yang baik. Orang baik pula selalunya miskin, hidup melarat, dungu dan bodoh. Selalu sahaja dibohong, ditipu dan dihelah dengan macam-macam cara. Orang baik pula selalunya mesti tidak dapat bantuan dari peguam. Bila minta tolong pada polis pula selalu usahanya gagal dan tidak membuahkan hasil. Tapi bila orang jahat minta bantuan polis, sekelip mata polis sampai dan terus berpihak kepada orang jahat dan apa yang selalu berlaku bila ada adegan menuntut harta oleh orang baik pasti peguam akan disogok untuk menghalangnya dengan pelbagai cara, contohnya diberikan duit yang banyak. Sebagai akibatnya, orang baik tadi habis hartanya diambil, dihalau dan dicemuh dan bisanya lagi orang baik hanya mampu berdoa menadah tangan dengan ayat begini…

“Ya Allah…tolonglah hambamu ini”…..sambil menangis dan bercucuran air mata di bawah hujan yang lebat.

Dari sudut kepintaran IQ pula, orang baik pastinya memiliki IQ yang rendah dan agak kurang pintar. Mungkin bodoh, mungkin goblok.  Orang jahat, sekalipun masih budak kecil yang baru mengenal erti hidup jauh memiliki IQ yang tinggi dan idea-idea jahatnya untuk menjatuhkan orang baik selalunya bernas dan menjadi! Pelikkan?

Sinetron tak kan lari dari kisah sedih. Kisah sedihnya macam berpanjangan. Orang baik selalunya menderita panjang dan jika berlaku kemalangan atau kecelakaan pastinya akan menimpa bertubi-tubi. Contoh.

“Seorang bisnesman yang berjaya kemudian ditipu (baca; padahal seorang peniaga yang berpengaruh, berpengalaman tapi senang-senang je ditipu?). Kemudian jatuh sakit, bila nak mendapatkan rawatan terus tiada duit (baca; padahal bekas CEO syarikat, pelik pula bila tak de duit). Bila dah sehat, perniagaan pula dirampas entah macam mana, terus hilang jawatan, hilang harta dan hilang segalanya. Terus cari kerja, dapatlah kerja jadik kuli. Tidur pula entah di mana-mana, kadang kat bawah pokok, kadang di tepi kedai. Lepas tu datang pula sahabat yang muncul tiba-tiba untuk membantu. Begitulah hidupnya terus menerus….”

Kekadang walau dimana sekalipun orang baik bersembunyi, pasti akan ketemu balik juga. Macamla Indonesia tu kecik, padahal ada 13000 buah pulau wei! Bila jalan cerita nak selesai pula, ada je halangan yang menimpa. Macam tak nak bagi cerita habis je. Contoh.

“Orang baik akan jadik lumpuh dan tak boleh nak cakap. Lepas tu bila berjalan ke luar pula entah macam mana ada pulak kereta datang melanggar orang baik tadi (baca; di bawa dengan Wheel Chair ke taman permainan/di bawa berjalan di sekitar kejiranan). Habis koma! Bila kebah dari koma, di bela pula oleh seorang isteri yang jahat, entah macam mana pulak boleh jatuh bergolek dari tangga. Terus jatuh koma balik. Bila koma, di bawa ke hospital pulak untuk rawatan. Di hospital, tiba-tiba ada pulak penculik datang nak menculik orang baik tadi….dan begitulah hinggalah jalan cerita menjadi tepu, buntu dan tak logik macam tak de penghujung. Merapek!”

Ok, bab penyakit pulak. Antara penyakit yang biasa melanda (baca; mungkin boleh dipanggil epidemik) adalah kanser otak. Kalau batuk-batuk pula terus akan keluar darah dan kesan dari itu ada pula penyakit kronik yang lain. Kadang-kadang ada juga penyakit yang disebabkan oleh terperanjat apabila mendengar berita-berita yang pelik. Bila terkejut, terus jatuh kemudian datang pula Stroke+Lumpuh yang menyebabkan jalan cerita tak akan selesai sampai bila-bila.

Oh ya, aku terlupa satu lagi hal. Budak-budak sekolahnya akan ke sekolah dengan menaiki/memandu sekurang-kurangnya kereta Honda Jazz dan paling mahal sekali adalah BMW atau Merscedez! Kasut sekolah pula, janagn cerita. Macam-macam kaler, macam-macam brand!

Ha! Itulah dia persamaan-persamaan yang ada dala sinetron. Meloyakan dan memualkan.

Tapi, ada satu lagi persamaan yang bisa buat kamu si teruna di luar sana berdarah hidung. Bak kata seorang temanku yang baru sahaja membuat komen untuk entri ini, Derperadol (bukan nama sebenar, yang sudahpun berkahwin dan punya anak satu) berkata…

“Tapi cewek-ceweknya cun dan seksi banget deh!”

p/s – Lepas ni aku buat pasal K-POP pulak! Padan muka!

Advertisements

KHALIFF SUDAH DISCHARGE!

Khaliff sudah pulang ke rumah setelah bermalam 3 hari di Hospital Kajang akibat Bronchilitis. Aku gembira, lecturer juga gembira hingga menitiskan air mata. Atuk dan neneknya bukan main hepi sekali. Uncle dan auntienya juga begitu. Buyut dan nyainya sudah pun gerak dari kampung di Batu Pahat dan Kota Tinggi untuk datang ke sini melawatnya.

Khaliff moga lebih sihat selepas ini ya sayang.

Dari daddy dan mummy!

p/s –  Hilang seksa!

Cerita sebelumnya sila klik di sini


KENIKMATAN DI SUBUH HARI

Pukul enam pagi handset murah aku dah melalak. Alarm yang aku setkan adalah lagu “Like A G6” dari kumpulan Hip-Hop campuran Amerika-Asia, Far East Movement. Cis! Gampang! Tak pernah-pernah aku setkan lagu Hip-Hop untuk kejutkan aku bangun Subuh. Usai Subuh, aku berteleku sementara sambil memerhatikan dunia luar yang masih gelap. Angin kuat juga seolah-olah macam berada di Genting Highland. Awan yang berkumpul tebal menguatkan telahan aku yang hari ini mungkin akan hujan. Ok! Silakan, tak payah aku basuh kereta…

Ada semacam satu perasaan yang kurang selesa menerjah. Oh! Mungkin aku risaukan Khaliff agaknya..capai handset Nokia murah aku dan terus dail lecturer (baca; isteri aku, dan mungkin selepas ini aku akan bahasakan isteri aku sebagai lecturer di entri-entri akan datang. Oh ya! kenapa panggil lecturer? Mungkin bila-bila aku akan ceritakan)

Truttt…trrutt….

Truuttt….Trruttt…(baca; ini bukan bunyi perut kosong ok!)

“Hello, salam…tido lagi? Khaliff macam mana?”

“Khaliff ok, cuma panas sket…pagi tadi jam 4 am nurse cek suhu naik 37.3”

“Alamak demam lagi ke, tak jelum-jelumkan dia”

“Dah buat dah…tadi je panas, dia kan kalau malam-malam memang macam nak demam je…tapi skang dah ok, tido nyenyak pun”

“Oh…tak pe lah, biarlah dia tido…”

Oleh kerana baru jam enam pagi, aku pun suruh lecturer tido. Sebelum meletakkan fon aku ucapkan..

“Tahun lepas macam ni, kita bersandingkan?”

“A’aah….”

Jawab lecturer ringkas. Aku tahu, hatinya masih sebak mengenangkan Khaliff yang masih belum nak berapa ok. Setelah habis perbualan, aku masih berasa kurang selesa. Ok, pergi dapur dan capai gelas. Aku tuangkan air jarang dan teguknya. Hilang haus dan rasa sedikit segar.

“Fuhh….apsal masih rasa kurang best ni, ish!”

Aku pura-pura buat ok dan buang perasaan tak best jauh-jauh. Buat kemas-kemas rak buku aku yang sudah penuh tu dan dalam masa kemas-kemas aku terjumpa satu alat yang mungkin juga dapat menyetelkan masalah aku pagi ni!

“Ahhhh…”

“Ahhh……..”

Stim dibuatnya.  Bagaikan menimbulkan satu eraksi yang sensasi. Mata mengecil dan hanya kenikmatan yang dapat dirasakan. Jujur aku katakan inilah perkara yang mampu membendung kegelisahan setiap umat manusia. Cari port gelap dan masukkan sahaja ke lubangnya! Sumpah nikmat!

Hasilnya, dua batang cotton buds berjaya mengeluarkan “emas-emas” tulen 24k dengan jayanya!

Selesai masalah! Aku mahu jogging! Eh, hujan….jogging atas katil la jawabnya!

p/s – Oh! double meaning ke? Korang jangan pikir aku main sex doll pula.

 


PERKAHWINAN SEJENIS (GAY) SEMAKIN POPULAR; RAKYAT MALAYSIA TIDAK TERKECUALI

Apabila dunia semakin maju dengan pelbagai macam teknologi nampaknya moral manusia semakin merudum jatuh ke bawah. Jangan kata soal keruntuhan moral, akhlak dan seks bebas di kalangan lelaki dan perempuan malah seks songsang semakin berleluasa. Walaupun isu Ariff Alfian Rosli dah lama diberitakan di dada-dada akhbar, isu paderi Ou Yan Weng Feng yang berkahwin sejenis di Amerika dan mahu menjalankan resepsi di Malaysia sudah lama basi di laman web, blog dan lain-lain media, namun aku merasa begitu terpanggil untuk menulis hal ini. Hal perkahwinan sejenis. Hal Gay. Hal LGBT.

Gay? Apabenda gay tu?

Kecik-kecik dulu, bila bebudak sekolah aku yang sama gender (baca; jantina) berpegang tangan beriringan ke toilet atau ke kantin kami semua dok pakat panggil gay! Padahal dalam kepala otak budak yang baru darjah 5 masa tu tak tau apabenda pun gay tu dan gay bukan setakat itu (baca; berpegang tangan) ia lebih dari itu. Kadang-kadang kecanggihan teknologi tidak mengiringi moral manusia di mana apabila manusia semakin maju, berdaya saing, materialistik, hidup tidak bercampur orang, individualistik dan lain-lain “tik” ianya bakal menjadikan manusia bertindak menggunakan akal fikiran logik sahaja tanpa berpandukan lain-lain medium (baca; agama, budaya dan adat) dan aku jamin medium-medium ini menentang seks songsang dan hubungan sejenis 500%!

Isu seks songsang yang begitu jarang didengar pada tahun-tahun 70an-90an kini semakin popular apabila ada sahaja “Front” atau penggerak yang menunjangi perjuangan seks songsang ini dan mempopularkan perkahwinan sejenis pula! Secara dasarnya perkahwianan sejenis ini boleh diertikatakan sebagai perkahwinan dengan pasangan yang mempunyai biologi seks atau sosial gender yang sama. Jadi, apa rasionalnya berkahwin sejenis antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan? Jika lelaki mana mahu ditujah, sedangkan kedua-duanya ada benda yang sama, pedang yang sama! Mahu ikut belakang? Budus! Bukankah lebih elok lalu sahaja ikut jalan depan dengan cara yang sah dengan jantina yang berlawanan. Bukankah lebih elok? Bukankah lebih stim!?

Perkahwinan seks sejenis yang dipopularkan pada tahun 2001 (baca; zaman 2000 ke atas adalah zaman millenium, di mana zaman ini kecanggihan teknologi semakin mantap apabila inovasi dan lain-lain pembangunan giat dijalankan…malahan pada zaman ini banyak kajian nanoteknologi dan bioteknologi mula diperkenalkan) di beberapa negara sebagai contohnya Argentina, Belgium, Kanada, Iceland, Netherland, Norway, Portugal, Spain, Afrika Selatan dan Sweeden. Beberapa negeri di Amerika dan Mexico City turut mengiktiraf perkahwinan sejenis tetapi peruntukan undang-undang ini hanya tertakluk di negeri masing-masing sahaja tidak secara total negara tersebut. Ada juga negara yang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis di negaranya akan tetapi mengiktiraf perkahwinan tersebut jika ianya dilakukan di tempat/negara lain sebagai contohnya Israel, Negara Kepulauan Carribean, beberapa negeri di Amerika dan kesemua negeri di Mexico. Australia pula hanya mengiktiraf perkahwinan sejenis ini hanya apabila salah satu pasangan yang berkahwin menukar jantina.

Malaysia tidak terkecuali dengan hal ini dan sudahpun ada golongan LGBT (baca; Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) yang berani bersuara untuk menegakkan “hak” mereka. Juga aku agak terkejut apabila Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Muhamad Zaman Khan menyatakan bahawa ramai golongan muda lelaki melayu terjebak dengan seks songsang beberapa hari yang lalu! Kes-kes sebegini semamangnya menggusarkan rakyat Malaysia yang masih lagi berpegang utuh dengan agama dan adat resam ketimuran yang kuat. Juga jika dahulu pengamal seks songsang ini akan melakukan aktiviti mereka secara sorok-sorok, kini tidak lagi dan ada daripada mreka tidak segan silu mahu menunjukkan pasangan gay mereka kepada umum! Malah kelab-kelab gay di alam maya semakin banyak tumbuh dan berkembang biak manakala kelab-kelab gay yang sebenar semakin berlambak di luar sana! Kes berat ini umpama barah/kanser di peringkat awal dan jika ianya tidak dibendung barah tersebut akan semakin melarat dan boleh mengakibatkan nasib yang buruk di kemudian hari! Sudah lupakah dengan kisah kaum Lut satu ketika dahulu, bagaimana pula dengan kisah runtuhnya kota Pompei di Rom? Sudah alpakah kita semua?

Dari pengamatan aku, LGBT di Malaysia sedang berada di dalam gelombang kebangkitan. Dengan pelbagai hujah seperti kerana kasih sayang, keadilan, toleransi, hak asasi manusia yang ditafsir secara melencong, golongan ini boleh mempengaruhi ramai di kalangan umat Islam yang boleh bersimpati, bahkan terjebak ke dalam gejala negatif ini serta bangga dengan perlakuan mereka. Manakan tidak, dengan promosi Seksualiti Merdeka sedikit masa dahulu, resepsi perkahwinan sejenis seorang paderi di tanah air setelah melangsungkan perkahwinan di New York, Amerika serta yang terbaru Ariff Alfian yang berkahwin sejenis dengan seorang lelaki di Dublin, Ireland. Ini semua menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sedang diancam dengan sejenis penyakit yang wabaknya amat sukar dibendung! 

File - In this June 20, 2008 file photo, the Reverend Dr. Jane Spahr, left, a Presbyterian minister, performs a same-sex marriage for Sherrie Holmes, center, and Sara Taylor, at the Marin Civic Center in San Rafael, Calif. A Roman Catholic church in San Francisco that canceled a series of pre-Christmas services featuring gay ministers from other denominations is being criticized for sending a negative message to its predominantly gay and lesbian congregation. Pastor Steve Meriwether of Most Holy Redeemer Church late last month rescinded the invitations he had extended to Spahr and two other ministers at the direction of San Francisco Archbishop George Niederauer, the San Francisco Chronicle reported Friday, Dec. 23, 2011. (AP Photo/Eric Risberg, File)

Seorang paderi mengahwinkan pasangan sejenis (sekadar gambar hiasan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ariff Alfian yang bertanjak dan masih mengaku islam dan kononya akan mengekalkan keislamannya hingga akhir hayat sedang mencium pasangannya di majlis perkahwinan mereka di Dublin, Ireland. Memalukan sungguh Ariff! (juga sekadar gambar hiasan)

p/s – Kembalilah kepada norma hidup yang asal! Lebih baik kao maen pelacur dari kao jadik gei!


KHALIFF KEMBALI PULIH

Alhamdullilah. Aku bersyukur apabila melihat keletah anakku Khaliff yang semakin sehat dan kembali pulih seperti sedia kala. Dia kembali aktif dan tidak lagi pasif, malah alat bantuan oksigen yang digunakan untuk bernafas juga sudah ditanggalkan. Khaliff sudah mula hendak bermain, semakin bersungguh menyepak, menendang dan menolak-nolak tangan dan kakinya dan sudah pandai hendak senyum-senyum semula! Terutamanya dengan doktor-doktor perempuan pelatih muda! Tak padan dengan kecik anak aku ni. Tapi dalam kegembiraan tersebut, ada juga sedikit kerisauan di sudut hati kami berdua. Batuk dan kahaknya tidak pula kebah. Masih sama lagi dan kadang-kala apabila Khaliff batuk, seolah-olah batuknya tidak lepas. Tapi, walaubagaimanapun keadaannya semakin pulih. Itu yang penting.

Sebenarnya awal pagi tadi (baca; sekitar jam 1 pagi dan 4 pagi tanggal 25 Disember 2011) aku mendapat khabar kurang enak dari isteri bahawa Khaliff demam. Suhunya mencapai sekitar 38′ celcius! Gila panas! Aku amat risau hingga tidak mampu melelapkan mata, tapi mujur dengan tindakan pantas isteri dengan melakukan rawatan awal dengan menjelumnya menggunakan air sejuk, menyapukan mukanya dan memberikannya  air zam-zam demamnya semakin kurang dan hilang terus! Lega hati kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapaku yang tidak jemu dan tidak putus-putus memberikan khidmat nasihat untuk melakukan rawatan awal kepada Khaliff, maklumlah orang tua lebih pengalamannnya…jadi pengalaman ini telahpun diberikan kepada kami untuk digunapakai kepada Khaliff. Sokongan padu dari keluarga amatlah penting ketika ini, kerana dengan adanya sokongan yang kuat dari segi moral, wang dan juga lain-lain ianya sedikit sebanyak memberikan kekuatan yang tersendiri dalam menangani masalah-masalah kritikal sebegini. Ramai yang datang melawat Khaliff termasuklah pakcik- dan makcik ku sendiri.

Esok, aku mendapat info bahawa Khaliff akan diberi rawatan Chest Physio dan pada masa yang sama kahaknya yang bersarang di paru-paru akan disedut secara paksa. Sakit? Memang sakit, tapi demi kebaikkan dan kesihatannya…terpaksa juga dilakukan. Mudah-mudahan selamat dan yang penting adalah lagi khabar gembira untuk kami semua esok.

p/s – Esok discharge! Yahooo!!! Amin….Diam tak diam dah 3 hari juga Khaliff ditahan di wad.

Kisah sebelumnya, klik sini


ULANG TAHUN PERKAHWINAN, HARI NATAL & WAD HOSPITAL

Esok 25 Disember 2011 hari Natal yang juga merupakan hari ulang tahun pertama perkahwinan aku dan isteri. Kalau ikut planning asal, kami sekeluarga (aku, isteri dan khaliff) akan pulang ke Melaka pada hari ini (baca; Sabtu). Tapi, apakan daya…si kecil Khaliff telah pun admit di Hospital Kajang akibat jangkitan/ Bronchitis. Bermula dengan hanya batuk yang sederhana hingga ke batuk berkahak dan keadaan yang sukar bernafas di akhirnya telah membawa satu episod duka buat aku dan isteri. 

Bronchitis ni dari apa yang aku faham setelah mendapat sedikit info dari doktor, merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria/virus di sekitar epithilium di paru-paru. Antara virus yang mengakibatkan penyakit ini adalah rhinoviruses, adenoviruses, dan influenza. Bakteria, termasuk Mycoplasma pneumoniae, Chlamydophila pneumoniae, dan Bordetella pertussis.

Ok, berbalik kepada kisah Khaliff. Batuk kecil yang dihidapinya bermula sejak dari minggu lalu lagi, kebetulan pada hari Khaliff mendapat sakit tersebut telah jatuh dengan tarikh untuk dia menjalankan medical check-up berkala di klinik kesihatan.

“Alang-alang dah ada kat klinik, baik aku terus tanya’ getus hati kecilku.

“Doktor, kenapa anak saya ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan kalau dia nak amibil nafas?”

“Meh sini saya cek”

Setelah di cek oleh doktor……

“Anak awak, ok cuma kesukaran bernafas adalah akibat dari ruang pernafasan yang semakin sempit”

“Jadi ada ubat?”

“Ada, saya bekalkan kamu dengan ubat kahak dan ubat lelah”

Pulang ke rumah. Khalif ok dan masih terkawal cuma kadang-kala sahaja batuk. Jumaat lalu Khaliff semakin teruk, keadaannya semakin tenat dan ini memaksa isteriku membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Aku yang pada ketika itu masih berada di ofis menjadi semakin celaru dan gelabah apabila dikhabarkan dengan berita sebegini. Jadi, setelah inform pada pegawai atasan, aku pun keluar dari ofis pada jam 4 petang dan memecut laju kereta untuk pulang ke rumah. Targetku di dalam kepala hanya mahu cepat sampai dan bawa Khaliff ke klinik. Apa yang membimbangkan Khaliff pada ketika itu sukar bernafas, batuk yang tidak lepas dan mukanya pucat serta kebiruan. Sejujurnya sejak dari awal pagi lagi ibuku sudah memaksa isteriku supaya membawa Khaliff ke hospital atau paling tidak pun membawanya ke klinik tetapi akibat kedegilan dan kekerasan kepala isteri telah mengakibatkan keadaan yang pada mulanya terkawal menjadi semakin teruk.

Setibanya di Poliklinik Dinamik, Khalif dikejarkan untuk mendapatkan rawatan awal. Gas oksigen diberikan. Kebetulan dalam keadaan yang mencemaskan itu, gas yang tinggal pada waktu rawatan tersebut merupakan satu-satunya gas yang ada di dalam klinik tersebut. Dalam erti kata lain merupakan gas spare. Mengikut kata doktor yang merawat, sekiranya Khaliff lewat dihantar (baca; setengah jam lewat), sudah tentu keadaan menjadi semakin buruk dan kemungkinan bakal meragut nyawa anak kesayangan kami itu! Alhamdullilah, dengan izin dan rezeki Allah S.W.T akhirnya Khaliff berjaya dipulihkan dan keadannya semakin stabil dan beransur pulih, cuma perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital.

Pada hari petang yang sama, Khaliff terus dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Kajang. Rawatan yang sama juga diberi dan setelah di X-Ray serta di diagnosis akhirnya Khaliff admit. Ditempatkan di wad Padeatrik di Hospital Kajang. Tika entri ini ditulis, Khaliff masih lagi di dalam pemantauan yang rapi oleh doktor. Aku harapkan, semoga Khaliff anakku kembali pulih seperti sediakala dan ceria macam selalu. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran yang berguna kepada kami sekeluarga.

p/s-  Harap-harap esok dah discharge.Aminn….Selamat ulang tahun perkahwinan Syarin dan Yana yang pertama!


KOREA UTARA, NEGARA YANG “BERAHSIA”

Banyak benda yang mahu aku cerita. Banyak idea yang mahu aku luah. Tapi idea tah ke mana, cerita pun entah ke mana langsung tulis pun tidak. Diam tak diam dah seminggu lebih juga aku tak menggerak-gerakkan jari-jemari untuk menulis. Kebelakangan ni, anak aku tidak berapa sihat. Batuklah, selsemalah, ruam lagi…dan juga lain-lain masalah lain. Begitu juga dengan orang rumahku, dua kali lima! Mujurlah tak melarat, kalau tidak jenuh juga. Nasib baik aku masih selamat dan baru sahaja kebah dari sakit perut yang panjang! Gara-gara kenduri di rumah Jon Naim lah ni!

Jika aku tanya satu persatu kepada gadis remaja tentang cerita Korea (baca; Korea Selatan), perkembangan semasa artis Korea, lagu-lagu Korea yang mana telah dihafal dan apa-apa jua mengenai Korea (baca; lebih menjurus kepada dunia artis, selebriti dan dunia hiburan sahaja tidak termasuk sosio-politik, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi dan GDP)  aku jamin “gadis-gadis remaja” dan “lelaki tangkap leleh jambu K-POP” pasti boleh menjawabnya dengan pantas, tepat, tuntas dan tanpa ragu-ragu.

Sebut sahaja artis seperti Beast, 2PM, Super Junior, Super Senior dan lain-lain.

Drama Korea yang tangkap leleh macam 49 Days, A thousand’s day promise, Smile Dong Hae dan lain-lain.

Aku yakin mereka tahu.

Tapi, bagaimana pula dengan satu lagi Korea? Korea yang terlalu “hidden” iaitu Korea Utara?  Adakah “gadis-gadis remaja” dan “lelaki tangkap leleh jambu K-POP’ tahu mengenaninya? Entah-entah mereka sendiri tidak tahu akan wujudnya Korea Utara ni. Ok, adik-adik…sila baca di bawah ya!

Ianya sebuah negara yang indah dan cantik dan beriklim empat musim. Terbahagi kepada 13 provinsi/negeri dan menjadikan Pyongyang sebagai pusat pemerintahan. Korea Utara berpisah dari Korea Selatan kerana tidak selari dengan ideologi Korea Selatan yang mengikut style/ideologi Amerika manakala Korea Utara mengikut fahaman dari Kesatuan Soviet. Kedua-dua negara pernah berperang pada Jun 1950 akibat dari serangan oleh Korea Utara ke atas saudaranya Korea Selatan. Walaupun peperangan ini telah lama terhenti, tidak silap sekitar tahun 1953 akan tetapi secara harafiah dan hakikatnya kedua-dua negara masih dalam keadaan berperang kerana mereka tidak pernah terlibat secara langsung dalam menandatangani sebarang perjanjian/deklarasi bagi penghentian perang dan peperangan ini terhenti secara seketika akibat daripada gencatan senjata sahaja. Negara Nuklear ini pernah diberikan jolokan nama sebagai “Paksi Kejahatan” dan “Pendokong Terorisme” oleh Bush Junior beberapa tahun yang lepas, tapi Korea Utara masih Korea Utara, apa peduli sama Bush!  

Korea Utara adalah sebuah negara yang langsung tidak punya hubungan luar dengan negara lain terutamanya dari blok barat (baca; tidak termasuk China dan Rusia kerana fahaman politik mereka hampir sama, malah kedua-dua negara ini mempunyai hubungan utuh dengan Korea Utara. Di Asia Tenggara pula jalinan diplomatik dengan negara yang berfahaman sosialis seperti Vietnam, Loas dan Kemboja). Korea Utara yang mengamalkan konsep “Juche” iaitu “berdiri sendiri” ini sememangnya sebuah negara yang “berdiri sendiri” akan tetapi ianya mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara ini sendiri. Hasilnya, ramai yang mati kebulur akibat kekurangan makanan. Konsep Juche ini telah diperkenalkan oleh Presiden pertama Korea Utara iaitu Kim Il Sung atau lebih dikenali sebagai “The Eternal President”. Walaupun si Kim Il Sung ni mati pada tahun 1994 lagi, tetapi bagi rakyat Korea Utara pemimpin kesayangan mereka ini masih hidup dan juga menganggapnya umpama dewa/malaikat hinggakan pada hari kematiannya hampir semua rakyat meraung-raung meratapi pemergiannya hinggakan diberi cuti umum pada hari lahirnya setiap tahun iaitu pada tanggal 15 April. Oh ya! Il Sung adalah satu-satunya diktator yang telah mati, tetapi masih lagi memegang jawatan sebagai Presiden di negara ini!

Krisis makanan yang semakin melarat itu adalah akibat dari sistem pertanian yang lemah dan berteknologi rendah. Malah, bagi purata GDP perkapita pula Korea Utara antara yang terendah di dunia dengan hanya $1,244 per kapita dan di tangga yang ke 139 dunia. Walaupun dari sudut ekonomi dan sosial mereka amatlah mundur, tapi dari sudut ketenteraan mereka amat kuat dan mengikut kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh U.S Department of State dikatakan Korea Utara memiliki ketumbukan tentera ke-empat terbesar di dunia yang diperkuat dengan 1.21 juta orang! Dari sudut pasukan operasi khusus (baca; komando) ia mempunyai pasukan operasi khusus yang terbesar di dunia! Pasukan operasi khusus ini mensasarkan atur gerak di belakang garisan musuh secara besar-besaran bagi menjatuhkan operasi bertindak dari pihak musuh secara senyap.

Tanggal 17 Disember lalu Kim Jong Il (baca; pewaris pemerintahan Kim Il Sung, juga dipanggil sebagai de-facto/kepala negara) mati pada umurnya yang menjangkau 69 tahun. Presiden yang digelar sebagai “Dear Leader” itu mati dengan meninggalkan pelbagai cerita dan cita-citanya yang tidak kesampaian. Diberitakan beliau pernah dilahirkan di satu pergunungan (baca; Gunung Baekdu) dan pada saat kelahirannya terdapat pelangi dan bintang yang bersinar-sinar seolah-olah menyambut kelahirannya. Diktator ini juga dikatakan amat takut untuk menaiki kapal terbang dan juga gayat dengan tempat yang tinggi-tinggi. Kelakar! Pernah bercita-cita untuk membiakkan arnab gergasi ekoran dari kejayaan seorang penternak arnab di Jerman  yang berjaya membiakkan arnab sebesar anjing. Bagi menyelasaikan masalah kekurangan makanan di Korea Utara, Diktator ini berhajat mendapatkan arnab gergasi tersebut dari Jerman. Atas dasar kemanusiaan, peternak tersebut telah menghantar 12 ekor arnab kepadanya, akan tetapi 8 ekor darinya habis di meja makan Jung Il sendiri! Hari ini, diberitakan mayat Jung Il telah diletakkan di dalam bekas kaca bagi ke semua rakyat Korea, terutamanya di Pyongyang melawat dan meratapinya.

Kini, tempatnya digantikan oleh anaknya Kim Jong Un. Pada saat ini dan ketika ini, Kim Jong Un yang baru berusia 27/28 tahun bakal menjadi pemimpin negara ini, sebuah negara yang bergelojak di dalam dan luarnya. Bersedia atau tidak, Jong Un akan mengetuai Workers Party of Korea dan sekaligus bakal mengepalai ketumbukan tentera antara yang terbesar di dunia.

Adakah Jong Un bakal mewarisi bakat bapa dan datuknya? Kita lihat rentaknya selepas ini. Heh~!

Kim Il-sungKim Jong-il

Dari kiri ke kanan, Kim Il Sung, Kim Jong Il dan Kim Jong Un.

p/s –  Setidak-tidaknya pasukan bola sepak Korea Utara ke Piala Dunia. Kita ada? Cis! Oh ya! aku tambah beberapa info tambahan bagi entri ini dan tajuknya juga telah ditukar. Semuanya gara-gara tak boleh nak tidur walaupun sudah pukul 1:42 pagi!


PUKUL 2:30 PAGI MASIH BISA MENULIS MENGENAI ANAK DAN JUGA BOLA

Jam 2:30 pagi yang hening dan sunyi, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ini semua kerana Khaliff (baca; anakku) yang enggan tidur. Sudah bermacam-macam nasyid di dendangkan, berpuluh-puluh lagu dinyanyikan, bersurah-surah ayat suci al-quran diperdengarkan tapi beliau masih tidak mahu melelapkan mata. Matanya semakin bulat dan membesar, pergerakan badan semakin aktif dan kaki serta tangannya tidak henti-henti berkayuh, menumbuk dan menendang ke pelbagai arah. Aku pusing. Sudahlah esok mahu ke klinik dahulu sebelum ke pejabat di awal pagi, aku perlukan rehat yang cukup. Tak mengapa, aku redha dan tidak jemu-jemu memujuk Khaliff supaya tidur.

Sebenarnya di awal pagi esok aku perlu membawanya ke klinik kesihatan bagi urusan medical check up dan pada esok hari juga Khaliff akan dikenakan injection untuk bulan ke dua. Injection yang lebih dikenali dengan nama pena “tiga serangkai” dari kalangan mak cik-mak cik dan kaum ibu ini membarisi ubat pelalian dari jenis DPT (1), Hib (2) dan IPV (1). Pada kebiasaannya bagi bayi yang dikenakan suntikan ini, kebanyakkan dari mereka akan mendapat demam ekoran dari kurang daya tahan bayi menghadapi suntikan tiga serangkai ini. Apapun aku harapkan agar Khaliff dapat bertahan dan mengelakkan diri dari demam. Khaliff juga baru-baru ini agak susah untuk buang air besar. Kadang-kadang perlu tunggu hingga 3-4 hari baru boleh melunaskan hajatnya itu dan paling lama 5 hari. Ini yang agak menghairankan aku kerana Khaliff tidak pula meragam malah program penyusuannya masih berjalan macam biasa seolah-olah tiada masalah.

Tak pelah, besok segala-galanya aku mahu ajukan kepada doktor. Biar doktor terangkan. Biar aku faham. Tiada lagi persoalan. Hati pun tenang dan senang.

Kalau boleh dan jika diizinkan, aku sebenarnya mahukan si Khaliff menyarung jersi Harimau Malaya satu hari nanti. Main bola di pentas dunia dan harumkan nama negara. Buat ayah dan ibu bangga. Atuk dan nenek tersenyum megah. Letakkan kembali kegemilangan bola sepak Malaysia seperti di dekad-dekad lalu. Ketika era 70-an dan 80-an dulu. Era Supermokh, era Zainal Abidin Hassan. Tapi biarlah masa menentukan segalanya.

Sebetulnya, aku mahu ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda yang bertandang ke Australia bagi misi membalas dendam (baca; skuad senior Malaysia dibelasah teruk 0-5 pada perlawanan sebelum ini). Mereka ke sana untuk beradu kekuatan dengan kelab Sydney FC. Difahamkan, Harimau Muda berjaya meratah Syndney FC 3 gol berbalas kosong yang disumbangkan oleh K. Gurusamy pada minit ke 45′ dan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke 79′ dan 90′. Kemenangan yang bergaya ini dilakar menerusi percaturan Ong Kim Swee terhadap muka-muka baru yang membarisi skuad Harimau Muda kali ini.

Tahniah Harimu Muda!

Yeah!! buku Malaysia Tidak Ke Piala Dunia sudah dilanggan! Aku mahu meneliti, kaji dan faham.

p/s –  Sudah tiba masa melelapkan mata. Khaliff aku pass pada orang rumahku! Batton bertukar tangan. Servis over!


LIMA 2011; SEDIKIT ULASAN KETENTERAAN…DAN…

LIMA dan Langkawi begitu sinonim, malah penganjurannya pada kali ini dikhabarkan telah menarik begitu ramai pengunjung mengalahkan tahun-tahun yang sudah. Ada eloknya juga LIMA dilangsungkan kerana ianya sedikit sebanyak telah mengubah landskap Langkawi itu sendiri. Lihatlah 20-30 tahun yang lampau, Langkawi tiada apa yang menarik kecuali kisah-kisah Mahsuri yang dibunuh kejam hingga mengalirkan darah berwarna putih. Lain daripada itu, tiada siapa yang tahu keunikan Pulau Langkawi, sebuah pulau lagenda.

Penganjuran LIMA telah bermula sejak tahun 1991 lagi atas idea Mantan Perdana Menteri, Tun M. Biasanya pameran LIMA akan dilansungkan bersekali dengan pertunjukkan udara dan laut oleh pesawat-pesawat pejuang dan kapal perang. Bagi segmen udara, ianya dijalankan di Mahsuri International Convention Center manakala bagi segmen laut diadakan di Awana Porto Malai. LIMA juga akan membabitkan pelbagai kontrak yang akan ditandatangani melalui MoU, MoA dan LoI dan transaksi ini melibatkan billion ringgit. Biasanya membabitkan perolehan persenjataan untuk Angkatan Tentera Malaysia merangkumi Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bagi, aku kekuatan persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlulah dilengkapi dengan persenjataan moden dan canggih supaya ianya tidaklah terlalu ketinggalan dengan jiran kerdil di selatan tanah air yang dipayungi oleh Israel Defence Force( IDF). Aset tempur seperti Main Battle Tank perlu ditambah bilangannya supaya dapat mengukuhkan batalion Kereta Kebal sedia ada dari Rejimen Pendekar di bawah Kor Armor Diraja. Malah dengan hanya 48 unit kereta kebal utama ini, mampukan ianya diatur gerakkan dengan cepat bagi mempertahankan kedaulatan setiap inci negara yang meliputi Sabah dan Sarawak. Penambahan aset armor ini adalah kritikal kerana ianya sebagai benteng utama bagi berhadapan dengan pasukan musuh apatah lagi musuh yang mempunyai jumlah aset yang lebih banyak atau dari negara kecil yang dipayungi oleh kuasa besar seperti jiran kita di selatan. Mungkin ATM tidak perlu memiliki kereta kebal yang sama jenis seperti sekarang (baca; Pendekar yang diperolehi dari Poland adalah varisi moden Kereta Kebal T-72 Rusia) dengan melihat Pakistan yang juga antara pengeluar kereta kebal moden sebagai contohnya Al-Khalid MBT dan Al-Zarar MBT. Kita tidak perlu bergantung sangat kepada dunia eropah kerana kadang kala perolehan aset persenjataan dari Eropah lebih mahal.

Bagi memperkukuhkan strategi cegah rintang adalah wajar ATM menambah juga bilangan Multiple Launcher Rocket System MLRS Astros II dan memperlengkapkannya dengan peluru berpandu jarak jauh yang boleh menjangkaui Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan sebagai payung perlindungan kepada aset darat yang berada di medan depan kerana bantuan tembakan artileri umpama “bantuan dari langit” atau “tangan-tangan malaikat” kepada tentera yang sedang berjuang di medan hadapan. Penambahan artileri mudah gerak atau Self-Propeleed HowitzerGun dapat memberikan kelebihan kepada ATM kerana ianya lebih mudah diatur gerakkan malah lebih indipendent dan praktikal. Pada ketika ini artileri sedia ada bukan dari jenis mudah gerak dan memerlukan aset atau kenderaan lain untuk menundanya ke medan perang. Sebelum ini ada ura-ura Tentera Darat amat berminat untuk memiliki Denel G6, sebuah artileri mudah gerak dari Afrika Selatan, tapi hingga kini tiada berita tentang program tersebut.

Bagi memantapkan Tentera Darat dari segi sokongan taktikal dan pertahanan perolehan helikopter tempur perlu diteruskan kerana ianya adalah aset kritikal dan strategik yang perlu diperolehi. Buat masa kini Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) hanya dilengkapi dengan helikopter dari jenis Light Observation Helicopter (baca; LOH), jadi untuk mengimbangi kekuatan negara jiran di Selatan yang memiliki AH-64D Apache dan jiran di utara yang dilengkapi dengan helikopter penyerang Cobra adalah wajar Tentera Darat turut diberikan taringnya juga. Sudah sekian lama PUTD mengimpikan helikopter tempur yang ampuh dan cakap-cakap sebelum ini ada menyatakan bahawa PUTD amat berminat untuk mendapatkan helikopter penyerang Rooivalk dari Afrika Selatan tapi hingga kini ianya masih tidak menjadi kenyataan atas faktor kekangan peruntukan kewangan. Malah helikopter ini sudah beberapa kali menyertai LIMA atas usahanya untuk membida tender bagi membekalkan aset ini kepada PUTD tapi masih tidak berpeluang hingga kini.

Untuk mengukuhkan pergerakan pasukan khusus negara, operasi mencari dan menyelamat untuk sebarang operasi di belakang garisan musuh atau kata lainnya behind enemy lines, helikopter pengangkut yang lebih moden dan berkeupayaan perlu diperolehi ini kerana helikopter Nuri (baca; helikopter pengangkut PUTD) sedia ada sudah melebih had umurnya dan jika tak silap aku ianya sudah pun menjangkau usia lebih 30 tahun! Helikopter Nuri yang pernah digerakkan ketika insurgensi menentang komunis pada masa lampau masih beroperasi hingga kini! Jadi, tidak hairanlah sudah berapa banyak kes helikopter terhempas yang melibatkan Nuri. Pernah satu ketika dahulu Panglima Angkatan Tentera berhasrat untuk mendapatkan helikopter canggih dari jenis EH-101 Merlin buatan United Kingdom, juga hingga kini masih tiada perkembangan berkaitan status perolehan aset ini. Dukacita.

Aset maritim, aku tiada komen. Cuma adalah lebih elok kelengkapan kapal perang sedia ada ditambah atau dinaik taraf kepada kelengkapan yang lebih canggih dan moden, sama ada dari segi sistem command and control, persenjataan dan juga jumlah aset perang. Juga adalah lebih elok jika perolehan kapal perang selepas ini masih mengekalkan konsep fitted for but not with seperti mana kapal-kapal ronda TLDM dari Kelas Kedah umpamanya. Ini kerana, konsep tersebut adalah lebih praktikal kerana ianya memudahkan kapal perang tersebut untuk diintegrasikan sistem persenjataannya. Konsep ini juga memungkin sesebuah kapal perang itu diperlengkapkan untuk menjadi sebuah kapal Frigat ringan kerana memiliki sistem persenjataan yang ampuh bagaikan sebuah Frigat. Buat masa kini, TLDM diperkuatkan dengan ketibaan dua unit Kapal Selam di bawah Kelas Perdana Menteri iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tunku Abdul Razak. Bagi mengimbangi peperangan moden yang melibatkan kapal selam, adalah wajar TLDM diperkukuhkan dengan Helikopter Anti Kapal Selam (baca; ASW). Perolehan ini penting kerana dengan adanya helikopter ini, peperangan melebihi ufuk (baca; Over the horizon) dapat dilakukan ke atas kapal selam musuh.

Kedengaran desas-desus penggantian MIG-29N pesawat pejuang TUDM sejak beberapa tahun lalu dan terdapat keinginan untuk menggantikannya dengan pesawat pejuang moden pelbagai fungsi atau Multi Role Combat Aircraft. Dari pembacaan aku sepanjang LIMA 2011 berlangsung, TUDM berhasrat untuk mendapatkan pesawat pejuang yang masih belum diputuskan dari jenis Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Sukhoi dan Desault Falcon. Sekiranya sudah diputuskan satu hari nanti, bagi aku MIG-29N adalah masih diperlukan khidmatnya dan adalah tidak wajar perkhidmatan pesawat pejuang ini diberhentikan serta merta kerana aset perang udara kita bukanlah banyak sangat. Jadi, dengan mengekalkan pesawat ini sekurang-kurangnya aset tempur milik TUDM akan bertambah malah kekuatan juga akan bertambah berlipat ganda. Panambahan pesawat pejuang ringan juga boleh mengukuhkan kekuatan udara TUDM bagi memperteguh air-superiority ruang angkasa negara.

Berbalik kepada LIMA 2011. Aku masih menantikan apakah aset perang baru yang bakal diperolehi dan adalah diharapkan ATM dilengkapi dengan aset tempur yang lebih baik dan berkuasa supaya satu hari nanti kedaulatan Malaysia tidaklah menjadi satu perkara mudah bagi mana-mana negara yang berniat jahat.

– – – – – – PPPfffttttttttttttt – – – – – –

“Wan, kao baru balik Langkawi kan? Kao tak pergi tengok LIMA ke?”

“LIMA? Pebenda tu?”

“LIMA pun tak tau, tu kan pameran kapal perang….dah berpuluh tahun dah dibuat kat sana…apalah kao ni!”

“Ohhh….LIMA tu pameranlah yee…yang aku tahu LIMA kat Peru tu je! Tapi, ada satu lagi LIMA yang boleh buat kao berdarah hidung Faer!”

“LIMA apa, Buku LIMA ke?”

“Tu pun ye jugak…tapi ni bukan setakat berdarah hidung…tapi boleh jugak buat kau bereraksi!”

“Cis, ape bendenye ni? Double meaning pulak kao…pebendanya ni?”

“Adriana Lima! Ni, cuba kao tengok gambar dia!”

 Image Detail

Ok adik-adik…siapakah gerangan si LIMA jugak ni?

Adriana Lima adalah Super Model Brazil atau lebih dikenali dengan nama Victoria’ Secret Angel. Lahir pada tahun 1981 dan sudah berkahwin dengan pemain bola keranjang yang bermata keranjang. Sebenarnya berlambak gambar-gambar yang lebih hot dari ini, tapi tak nak lah aku letak kerana blog aku ni bukannya blog lucah!

p/s – Kalau tak kerana member aku, sumpah aku tak kenal si Adriana Lima ni!


GOTONG ROYONG DAN TRAGEDI BERDARAH

Kawasan taman perumahan aku diserang wabak demam denggi lagi, setakat ini sudah meragut satu nyawa yang melibatkan ibu muda yang bekerja sebagai seorang ustazah sekolah. Aku difahamkan, arwah meninggalkan anak kecil-kecil belaka dan menurut adik aku, beliau baru sahaja melahirkan bayi beberapa bulan yang lepas. Apalah nasib anak kecil dan keluarga tu. Kasihan. Pagi tadi satu taman digesa untuk menjalankan gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah masing-masing. Gotong-royong Perdana ini melibatkan banyak pihak antaranya Majlis Perbandaran, Hospital Kerajaan dan Kementerian Kesihatan serta persatuan penduduk.

Semua penduduk sebuk berpakat membersihkan kawasan rumah dan taman. Mak, bapak dan adik beradik aku awal-awal pagi lagi sudah membersihkan laman rumah, rumput yang tinggi di potong pendek, mana-mana bekas pasu yang kosong disusun satu tempat dan ditelangkupkan. Pokok-pokok bunga kertas di trim pendek dan kemas. Longkang di kawasan rumah habis disembur dengan air bagi melancarkan sistem pembentungan tersebut. Rumput-rumput dan daun pokok yang dipotong dan dicantas habis dibakar.  Target hari ini, hapuskan ke semua kawasan pembiakan nyamuk aedes! Tiada aedis, tiada denggi!

Aku tak banyak membantu. Hanya sempat memotong rumput dan lain-lain kerja ringan. Perut aku sejak dari malam semalam sudah tidak berapa enak. Sudah lebih 15 kali aku berulang alik ke tandas bagi melunaskan hajat. Memerut. Melepaskan apa yang terbuku. Menunaikan qada’ besar!

Sebetulnya, aku sakit perut dan cirit-birit. Perut mula memulas lebih kurang jam 10 malam, malam semalam. Bergelojak, tunggang-terbalik di dalam perut dan kadang kala mengeluarkan bunyi-bnnyian yang kurang enak. Pada ketika itu aku sedang sebuk melayan karenah anak yang sedang galak untuk bermain. Dek kerana sudah tidak tahan, anak ditinggalkan begitu sahaja di ruang tamu dan sekelip mata aku sudah berada di toilet. Entah bila tuala sudah berada di tangan dan sekelip mata juga segala-galanya selesai.

Keluar dari toilet dengan dahi yang berkerut kerana menahan kesakitan melampau. Aku cuba mengingat-ngingat apakah makanan yang aku jamah hingga menyebabkan aku terseksa menahan kesakitan ini.

Sarapan pagi? Bukan…nasi lemaknya masih panas.

Makan tengah hari di kenduri kahwin Jon Naim? Hidangan enak, cuma sudah sejuk sedikit…

Makan petang? Aku tak jamah apa-apa…

Makan malam? Hanya roti gardenia dan milo panas sahaja…mana mungkin…

Jadi, setelah berkira-kira dan mengenalpasti punca makanan yang menyebabkan aku sakit begini, kesimpulannya sudahpun aku tahu. Biasanya, perut aku kurang tahan dengan lauk-pauk kenduri kahwin. Jadi, mungkin lauk pauk kahwin tersebut yang menyebabkan aku jadi begini. Sejak dari jam 10 malam itu, hinggalah ke saat entri ini ditulis aku rasa sudah lebih 15 kali aku berulang-alik ke “bank” bagi membuat pelaburan.

Huh! Pak cik kayo!

Jon Naim, terima kasih. Inilah pengorbanan seorang rakan! Dah macam ayam berak kapur dah aku dibuatnya. So, apa tragedi berdarahnya?

p/s – Pil Chi Kit Teck Aun adalah teman sejatiku!


BULAN DISEMBER DI MALAYSIA….

Bulan Disember di Malaysia. Apa yang boleh kamu senaraikan di dalam bulan ini?

Musim kahwin-akad nikah-ijab kabul oleh pasangan-pasangan mempelai yang sudah pun menunggu masa untuk disatukan bagi menjadi suami isteri yang sah. Perasaan gembira bukan kepalang kerana sudah berkian tahun lamanya bercinta, berkasih akhirnya dapat juga disatukan dengan ijab-kabul. Tahniah bagi kesemua pengantin-pengantin di Malaysia. Bak kata seorang teman baik aku.

“Musim mengawan dah tiba bro!”

– – – – – – -PPPffttttttttt – – – – – – –

Sunathon. Musim kanak-kanak dimandi-hujankan oleh Bomba bagi dikhatankan atau program berkhatan beramai-ramai. Pada ketika itu, pelbagai reaksi boleh dilihat, ada yang terlebih berani dan tidak kurang  juga yang kecut perut bagi berhadapan dengan “pisau lipat” dan batang pisang. Haha! Kamon adik-adik, zaman moden ni mana ada kesakitan melampau macam zaman dulu. Sakit boleh berpanjangan hingga seminggu-dua dan boleh jadi sebulan jika terkena bentan! Zaman perubatan moden ni, ada “Magic-Clamp” lah, “Khatan-Clamp” lah dan pelbagai lagi clam-clamp yang terdapat di pasaran. Lepas sunat, adik-adik boleh amek jersi bola nombor 10 “Safee Sali”, sarung kasut boot bola adik-adik, dan pergi turun ke padang untuk bermain bola dengan teman-teman. Tapi jaga-jaga. jangan sampai terbentan pula!

“Sakit kena sunat ni macam kena gigit semut je dik”

Tu statement zaman dulu braderrr…aku pernah dengan dari mulut budak-budak ni, baru umur 10 tahun. Aku tanya..

“Macam mana? Ok?”

“Ok bang…macam kena love bite je…”

“Cis!”

– – – – – – – – PPPfffttttttttt – – – – – – – –

Bulan dua belas (baca; Disember) juga menjadi satu agenda bagi ibu dan bapa membawa anak-anak mereka makan angin. Berjalan. Cuti-cuti Malaysia! Di kala rakyat golongan bawah menikmati keindahan cuaca sejuk di Cameron Higland, keindahan pulau dan coral di Pulau Tiga, Sabah “orang-orang besar negara” bersama keluarga ke luar negara dengan pembiayaan yang ditanggung sepenuhnya oleh duit-duit kami golongan bawahan. Tapi ada juga yang menafikannya dengan menyatakan perbelanjaan tersebut adalah menggunakan duit tabungan sepanjang hayat! Kelakar!

Tak pelah, itu mereka punya hal. Esok di “alam sana” menjawablah kamu!

Bulan Disember di Malaysia bagai dinanti-nanti oleh semua. Budak-budak di sekolah bercuti, guru-guru boleh buat part-time motong gotah dan yang penting mahu pergi kerja pagi-pagi jalan tak sesak macam selalu! Itu yang penting!

Ada lagi satu perkara yang sinonim dengan bulan dua belas. Tengkujuh dan bah!

Apapun, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT JON NAIM DAN AETON TATA! JON AZIM DAN ANIM DI KAYANGAN SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT!

p/s – Teringat tahun lepas, pada 25 Disember 2010 aku dijabkabulkan! Dah setahun rupanya!


FOBIA ADIK ANGKAT? CEH, ADA AKU KESAH!

Sambil melayan lagu Saosin yang penuh bingit dan membangkitkan ghairah mata supaya jangan tidur lagi aku terus berlayar di alam maya. Bukak Fesbuk dan melihat status rakan-rakan. Penuh! Patutla inbox yahoo email aku dah berbelas-belas ribu…dek penangan status depa la ni! Seharian di fesbuk sudah tentu update itu dan ini, upload gambar sana dan sini, post itu dan ini, entah beratus-ratus update dalam sehari. Sudahlah di ofis, aku tidak langsung punya akses ke fesbuk, jawabnya memang kosonglah nak update status. Lantaklah, aku tak update pun tak apa, bagi aku fesbuk makin lama makin bosan kadangkala menjengkelkan malah tiada apa yang menarik lagi…Lainlah budak-budak K-PoP macam lu orang, fesbuk memang tak pernah lekang! Apatah lagi budak-budak baru nak up yang layan lagu Najwa Latif, Cinta Muka Buku tu! Haish! Sungguh, budak alaf baru makin kurang citarasa!

Dah tak de kerja malam-malam yang pekat ni, aku masih terus berlayar dan mahu tak mahu hampir setiap status fesbuk aku baca. Ada cerita pasal husband masakan lauklah, wife belikan kek lah, tak puas hal itu dan ini juga ada yang meluahkan perasaan kerana masih di ofis menyiapkan kerja-kerja duniawi tatkala jam 10:45 malam. Apa lagi yang boleh aku katakan, insan-insan begini memang dilahirkan berdedikasi, kurang bersosial dan hidup matinya adalah untuk pejabat. Bagus! Bagi aku, kerja tidak akan habis, buatlah macam mana pun besok pastinya akan menyusul pula kerja-kerja yang lain. Tapi, jika tidak disiapkan kerja-kerja sedia ada maka makin menimbun dan bertambah pula! Ye tak?

Lantaklah…Bukan itu yang aku mahu ceritakan. Aku mahu coretkan sikit mengenai satu status member aku di fesbuk yang dalam keadaan tertekan dan mungkin kecewa barangkali dengan kehilangan adik angkatnya. Adik angkatnya enggan menerimanya lagi sebagai abang angkatnya. Punca putusnya perhubungan ini? Aku pun tak tahu. Terlebih caring barangkali.

Adik angkat? Menatang apekebendanya tu? Sejak zaman bila ianya diperkenalkan? Entahlah…menurut dari google translate, adik angkat dalam bahasa inggeris adalah adopted sister/brother. Ianya bukan adik sedarah sedaging, bukan juga adik seibu sebapa yang penting ianya tiada langsung kaitan dengan kamu-kamu sekalian. Aku tak pernah pula ada atau memiliki adik angkat jadi aku tidaklah berapa arif dengan hal-hal ini, cuma satu ketika dulu ada juga menyimpan niat untuk menjadikan seseorang yang aku kenal sebagai adik angkat, tapi awal-awal sudah lagi si budak ni tidak menunjukkan sebarang reaksi positif kepada intention aku tu. Jadi solusinya?

Aku amek sorang awek! Setel, selesai masalah. No heart feeling. Dia tak mahu, aku peduli apa. Apa dia ingat dia boleh jual mahal? Boleh jalanlah…Haha!

Apa yang aku faham, perempuan ni tak mahu dilayan sebagai adik angkat. Mereka lebih rela untuk dijadikan awek terus atau teman istimewa. Betul! Aku tak tipu, pernah juga aku memasang beberapa orang teman istimewa dan hasilnya! Walla! Tapi, akhirnya aku mengahwini juga seorang gadis yang paling aku kasihi. Pilihan mestilah yang paling terbaik bak kata mak aku..

“Lelaki zaman sekarang ni makin mahal, nak-nak yang dah bekerja, bekerjaya, sudah punya harta (baca; kereta, kawasaki ninja) punya rupa paras dan lain-lain”

Tambah mak aku lagi…

“Perempuan pulak zaman sekarang, mahu carik yang elok bukan senang..masing-masing dah buat jualan murah…JJ dan Harvey Norman punya sale pun kalah!”

“Kenapa mak”

“Iyalah, pakai baju tak seghope baju, ketat, tersembul sana-sini, dedah sana-sini, nampak peha gebu, nampak pusat, nampak lurah dendam, nampak bentuk badan! Cutting edge of technology! Apa untungnya tunjuk semua tu? Murah sangat!”

Mak aku membebel. Aku angguk tanda setuju dan paham. Memang benar, perempuan zaman sekarang sangat murah, contohnya…kamu bukak fesbuk pun kamu boleh nikmati free show dari rakan-rakan wanita kamu yang tersangatlah bermurah hati bagi pose istimewa dengan berpakaian mini skirt dan slevless! WALLA! Tapi aku masih tak nafikan masih ada yang berbudaya melayu islam sejati. Muslimah sejati. Baguslah…

So,berbalik kepada cerita adik angkat member aku tadi. Ingatlah, jika mahu sayang adik angkat tu biarlah berpada-pada. Tak perlulah diberi harapan sangat dan tak perlulah nak ambil tahu sangat pasal mereka. Lantak pi ja. Mahu masuk longkang ka, masuk gaung ka, hanyut dilambung ombak ka, dibuai ombak rindu ka, demam panas ka, gila meroyan ka…LANTAK PI LAH…Bukan untung apa pun, buat pening kepala ja. Baik ang pi fokus kerja, carik duit, kumpul harta, carik awek, buat bini. Lagi baguih dok ada. Hidup pun aman, jiwa pun tenteram…macam aku!

Aku sebagai kawan ang yang baik hati dan berbudi pekerti nak nasihatkan ang. Sayangilah diri ang dulu. Kalau depa (baca; adik angkat ang) dah tak mau kat ang, ang angkat kaki ja. Fokus pada kerjaya ang, keluarga ang, adik ang ka..Lagi baik. Itu lebih baguih. Sudahlah, ang tak payah lah nak pikiaq-pikiaq sangat, nanti badan ang juga yang sengsara…lagipun “adik angkat” jaaa…nama pun adik angkat, bila-bila masa ja boleh “angkat kaki” boleh blah tinggalkan ang sorang-sorang dalam keadaan sedu sedan.

Bagi aku, ang rileks ja. Kool. Chill Out! Hidup pun hepi. Apapun aku support ang bro!

p/s – Kalau adik angkat, kita boleh angkat dia ke mana-mana. Ada tak adik selak? Boleh selak ja kat mana-mana!


RAKYAT MALAYSIA ANTARA YANG TERCURANG DI DUNIA. KAMU BANGGA?

Menurut satu laporan dari China Press, rakyat Malaysia di tangga yang ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia. Tinjauan tersebut juga melaporkan 33% mengaku mereka tidak jujur kepada pasangan masing-masing manakala 39% wanita di Malaysia mengaku mereka pernah mengkhianati pasangan mereka.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kondom-Durex, mereka juga menyatakan lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup!

Ok, apa yang kamu semua faham? Lelaki Malaysia curang? Perempuan Malaysia jalang? Main kayu tiga? Cinta 4 segi? Tiada kejujuran? Ombak Rindu? Memang tak dinafikan bahawa rakyat Malaysia menjadi begini atas beberapa faktor luaran yang tidak dapat dijangkakan. Mungkin atas sebab desakan hidup, mungkin atas sebab mahu keseronokkan, mungkin juga sebagai punca pendapatan. Tapi tidak dapat tidak antara faktor lain yang mendorong punca kecurangan adalah teknologi ICT tambahan lagi dengan segala kecanggihan teknologi ICT terkini semua perkara boleh jadi, ya tak?

Satu masa dulu, ada mirc, tak lama kemudia ada pula laman sosial friendster, myspace, facebook yang boleh diakses melalui internet dan kini sudah ada pula kecanggihan telefon bimbit dengan pelbagai “G”. Jadi, perkara-perkara beginilah yang menjadi punca ketidakjujuran pasangan masing-masing. Jika ada masalah, luah sahaja di FB, pasti ada yang respon dan pasti ada yang caring lebih. Dari perasaan caring itulah, akan timbul pula bibit-bibit kasih sayang dan akhirnya mewujudkan perasaan cinta!

Kisah-kisah cinta pejabat, laki orang bercinta dengan bini orang, si polan itu dengan si polan ini sudah menjadi satu perkara biasa dan ianya bagai menjadi satu trend pula sekarang! Haha! Kadang-kadang yang bercinta tu pula sudah berpangkat emak dan bapak orang malah ada juga yang dikategorikan sebagai atuk dan nenek orang. Aiyak! Dunia nak kiamat!

Ok, apa pun aku kira ok lah tu..sekurang-kurangnya nama Malaysia berada di puncak dunia dengan mendapat rangking yang ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia! Global beb! Bila bercakap soal rangking ni, kita perlu berbangga bukan kerana apa, mahu tunggu ranking bola sepak kita naik pun makan masa! Budak-budak Harimau Muda itu hari sudah habis dibelasah ketika kelayakan Olimpik pusingan ketiga (baca; apapun tahniah kepada mereka kerana berjaya menunjukkan skill dan corak permainan yang baik, mungkin nasib tak menyebelahi mereka).

Ranking universiti?  Kira ok lah, Universiti Malaya di kedudukan 167 mengikut standard QS University Ranking, UKM pula di kedudukan 279 dan USM di tangga 335 mengikut standard yang sama dari 700 Universiti terbaik di dunia. Bagaimana dengan pasukan bola sepak kita? Mengikut kedudukan terkini FIFA, Malaysia di tanngga 155 dari keseluruhan 204 buah negara/pasukan bola sepak yang berdaftar di bawah FIFA.

Berbalik kepada soal curang tadi. Kadang-kadang soal hati bukan senang mahu dibicara dan aku ada kisah berkaitan hal kecurangan ini. Tapi tiada kaitan dengan aku.

Kawan aku, namanya Abu dan sebaya denganku. Menuntut di Universiti yang sama satu ketika dulu. Beliau dilahirkan hensem, kacak, segak, agak berduit serta agak pemalas untuk menyiapkan assignment. Otaknya pula tidak berapa bijak di arena pembelajaran tapi sungguh brilliant untuk menjerat aweks-aweks kampus dengan kata-kata manis dan ayat-ayat power yang maha canggih! Siapa sahaja wanita yang terdengar pasti akan secara sukarela mahu berpacaran dengannya!

Seperti yang aku katakan tadi, Abu tidak berapa pintar belajar dan agak malas untuk buat homework dan segala bagai tugasan kuliah yang diberi oleh pensyarah. Nah! di sinilah gunanya awek-awek Abu. Jika tak silap aku, Abu ada lebih kurang 3-4 orang awek di kampus yang sama, akan tetapi awek-aweknya ini berlainan kursus/pengajian juga mereka ini berlainan kolej! Awek di luar kampus? Itu aku tak pasti, cuma dari intuisi aku, Abu juga ada teman tapi mesra di luar kampus, mungkin gadis-gadis penjual topup di gerai handphone atau awek-awek sales girl di pasaraya-pasaraya di bandar.

“Abu, kao dah siapkan ke assignment MGT350?”

“Dah…aku dah siapkan dah, dah compile lagi!”

“Wah!! bile masa kao buat aku tak nampak pun…?”

“Tadi aku dah pas kat Ema (baca; bukan nama sebenar) kat Kolej Si Garang Dulu (baca; nama kolej telah diubah suai atas faktor-faktor keselamatan)”

Begitulah pintarnya Abu, mengguna segala sumber yang ada untuk memaksimumkan pulangan di kemudian hari. Tiada kos lepas.

Abu mempunyai trick untuk mengekalkan kerahsiaannya dari awek-awek beliau. Abu ada 2 biji handphone dan juga ada 4 nombor telefon yang berlainan. Untuk awek A, dia akan guna Maxis, jika awek B dia akan guna nombor Digi dan begitulah seterusnya. Tapi, yang menghairankan aku…Abu tak pernah pula kantoi dengan awek-aweknya itu hinggalah ke penghujung pengajian! Sungguh mengkagumkan! Tapi, yang aku tak berapa nak kagum…apabila tinggallah Abu kesorangan di kampus hingga ke Part/semester ke berapa entah aku tak pasti, sedangkan awek-aweknya sudah pun tamat Diploma manakala Abu masih di takuk yang lama!

Kasihan Abu (bukan nama sebenar)

p/s – Mahu curang, berpada-pada!


LIPAS OH LIPAS…

Lipas. Apa yang kamu semua tahu pasal lipas? Serangga kotor, busuk dan menjengkelkan. Keluar secara tiba-tiba dan merayap di kaki ketika menikmati shower di bilik air. Menjerit sekuat hati. Geram, panas dan benci. Capai sebotol aerosol, sembur dan ketawa kuat-kuat tatkala lipas mati terbujur kaku di tepi pintu bilik air.

Itulah riwayat hidup sang lipas yang tidak bernasib baik. Dibenci, dihina dan dicaci. Aku jamin, setiap dari kamu akan rasa begitu, tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira kamu ini lurus atau bengkok pasti punya perasaan begitu. Benci kepada lipas.

Lipas. Merupakan antara haiwan/serangga yang paling tua di dunia. Sudah hidup melebihi dari 350 juta tahun dulu dan berjaya mengekalkan kelangsungan hidupnya dari generasi ke generasi. Ini telah menarik seorang Profesor di China untuk mengkaji serangga ini, malah dikatakan serangga ini boleh hidup dan adapt walau dimana sahaja di dunia ini waima sejuk, panas, hujan dan sebagainya. Secara berterusan saintis telah menunjukkan minat untuk mengkaji serangga ini, mungkin di masa-masa akan datang boleh mendatangkan kebaikkan dengan penemuan-penemuan baru dalam bidang anti-kanser, anti-penuaan dan lain-lain.

Kisah lipas juga mengingatkan aku kepada seorang rakan sekolah rendahku dulu. Boleh aku perkenalkan di sini nama beliau sebagai Din (baca; bukan nama sebenar). Din seorang budak yang pintar dan cergas walau badannya agak sedikit besar. Beliau juga mempunyai watak sebagai seorang yang kelakar dan memiliki funny bone di dalam diri beliau dan kadang-kadang kekelakaran yang dilakukan oleh beliau boleh membawa kepada gelak tawa yang berpanjangan dan kadang-kadang boleh di carry foward ke esok harinya!

Hendak dijadikan cerita. Mata pelajaran Sains darjah 5. Topik Kemandrian Spesis Hidupan. Cikgu menerangkan kepada kami semua tentang haiwan yang hidup lama dan bagaimana caranya haiwan menyesuaikan diri kepada alam semulajadi dan mengekalkan kelangsungan hidupnya. Tiba-tiba si Din bangun untuk menjawab pertanyaan cikgu…..

“Macam lipas kan cikgu…dia dah hidup lama….dah berjuta-juta tahun”

“Bagus Din….ok, lipas biasanya hidup di mana…”

“Di kawasan-kawasan lembap dan gelap cikgu”

“Bagus Din, baiklah murid-murid…esok cikgu nak kamu semua cuba bawa sampel haiwan/serangga berkaitan topik ini ya!

“Baik cikgu…..!” Kami semua menjawab.

– – – – – – PPPPPffftttttttttttttt – – – – – – –

Esok menjelma, maka riuh rendah dan pikuklah kelas kami pada hari itu dengan pelbagai seranggan dan haiwan. Mahu tunjuk pada cikgu! Aku bawa siput babi sahaja. Dua ekor. Saling tak tumpah macam siput babi si Sponge Bob Seluar Petak! Cuma siput babi Sponge Bob mengeluarkan bunyi aneh…

“Meoooowwwwwwwwwww!!!”

Parah! Aku tepuk dahi dan berkata di dalam hati…”Krisis identiti siput babi ni!”

Berbalik kepada si Din. Kelas Sains dan bermula dan masing-masing sudah pun membentangkan serangga dan haiwan masing-masing di depan kelas. Aku juga sudah. Kini tiba giliran Din. Din bangun dan maju ke depan, di tangan kanannya terpegang bekas plastik hitam yang bertutup lutsinar. Kami dari tadi tidak tahu apa yang dibawa oleh Din kerana beliau mahu merahsiakan kepada kami semua dan hanya akan membongkarkan perkara itu apabila tiba masanya.

Tiba di depan kelas Din bersuara dengan yakin….

“Kawan-kawan, Lipas merupakan bla…bla…bla…hidup lama…bla…bla… ada 35000 spesis lipas di dunia bla…bla..bla…Lipas Amerika, Lipas Tanah bla..bla..bla..Ada besar ada kecik…bla..bla..bla..”

Cikgu mencelah..

“Din tunjukkan serangga kamu…”

“Ini dia Cikgu!”

Sambil membuka bekas plastik hitam berpenutup lutsinar, yang keluar dari bekas itu…

LIPAN! bukan LIPAS!

Satu kelas terkejut beruk dan menjerit bagai nak gila bila Lipan Bara bersaiz sederhana besar berwarna kemerah-merahan keluar dari bekas itu. Esoknya Din diberi tusyen khusus yang lebih tentang serangga!

p/s – Hahaha…Konfiden lebih. Din, din…kat mana la kao skang ni! Adik-adik, lipas dan lipan adalah entiti yang berbeza. Ngerti?


DAH BERULANG KALI AKU KATA, AKU JEMU MAKAN DI Mc D!

Entah kenapa selera aku untuk makan di restauran makanan pantas Mc Donalds (baca; Mc D) kini semakin lama, semakin menurun. Seingat aku sudah hampir lebuh 4 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke Mc D. Sekiranya aku mahu ke sana untuk mencuba sesuatu yag baru pasti keinginan tersebut akan terbatal dan terbantut dengan sendirinya.  Mungkin sudah bosan dengan menu yang sama barangkali. Jemu juga bila acap kali ke rangkaian restauran tersebut, apa yang terhidang adalah benda yang sama dan tiada pembaharuan dari segi rasa.

Aku diperkenalkan kepada restauran ini sejak dari kecil lagi. Pada ketika itu, ibu dan bapa ku pernah beberapa kali membawa kami sekeluarga untuk menjamu selera di restauran tersebut yang terletak di Bukit Bintang, KL jika tak salah. Yaa..pada masa terebut, apa lagi yang boleh difikirkan oleh seorang kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun apabila diajak untuk makan-makan di sebuah restauran makanan pantas pada tahun 1990-an? Hanya kegembiraan yang tergambar di benak minda kerana dapat menjamu kentang jejari dan berger yang enak setelah penat berjalan di sekitar bandaraya KL. Oh ya! Trend rangkaian restauran makanan pantas pada ketika itu adalah sesuatu yang baru bagi penduduk Malaysia dan jika kamu mahu tahum restauran Mc D yang aku nyatakan di atas tadi merupakan restauran Mc D yang pertama di buka di Malaysia

Kegembiraan menjamu selera di Mc D berterusan hinggalah ke alam remaja, masuk ke Universiti dan alam pekerjaan, tetapi mula merosot berdikit-dikit apabila Israel melanggar Palestin pada beberapa tahun yang lalu (baca; 2005-2006).  Ada juga dalam beberapa ketika aku tidak menyentuh langsung Mc D hingga melebihi 9 bulan lamanya akibat daripada menyahut seruan untuk memboikot produk keluaran Israel yang menyumbang dana kegiatan negara haram zionis itu untuk terus-terusan melakukan kerosakan di bumi Palestin. Tapi akhirnya ku tewas dan kecundang juga pada set Prosperity Burger yang menghidangkan air Mountain Dew dan Curly Fries berempah yang enak itu!

Kenapa set hidangan Prosperity ini berjaya menjatuhkan aku? Selain dari burgernya yang enak sambil dilimpahi dengan sos lada hitam yang panas dan menyengat ianya disajikan juga dengan kentang-kerinting-keriwil yang ada umph! Juga produk ini hanya dikeluarkan mengikut musim yang tertentu sahaja. Mungkin elemen-elemen suprise ini menjadikan hidangan ini istimewa bagi aku. Bagaimana pula dengan produk yang lain? Emm…mual dan muak! Lihat sahaja pada product line Mc D. Walaupun berbeza dari segi rupa dan bentuk produk-produk tersebut, tapi rasanya hampir sama sahaja!

Double Cheeseburger, Quarter Pounder with Cheese, Big Mac, Big n Tasty, Cheeseburger, Beefburger.

Persamaannya, burger daging, cheese dan salad sebagai ramuan utama jadi, sudah tentulah rasanya sama bukan? Atas sebab inilah hidangan ini membosankan. Tiada fun. Perbezaan cuma dari segi rupa dan namaya sahaja. Bak kata orang, mekap sahaja yang lain-lain! Ok, bukan aku mahu bicara apa, cuma kepelbagaian di dalam sesuatu produk itu penting bagi memberikan satu kelainan atau nikmat rasa yang sungguh mengujakan. Tak kan mahu berada di takuk yang sama sahaja!

Bagi orang-orang yang sudah jemu, tepu dan lali kepada rasa hidangan Mc D macam aku mungkin bukan lagi menjadi target group kepada pihak marketeers Mc D. Mungkin juga market segementation Mc D kini lebih memfokus kepada golongan-golongan muda, budak U yang konon-konon rajin buat assingment kat Mc D, budak-budak kolej yang poyo buat stadi group di sekitar ruang legar luar Mc D 24 jam padahal sebuk berfesbuk dan berchatting, juga membina restauran berstatus 24 jam di kawasan-kawasan bandar yang sedang naik sebagai contoh Batu Pahat, Johor.

Ok, kenapa aku sebut ianya dibina di kawasan-kawasan bandar yang sedang naik? Ambil contoh Batu Pahat, kampung halamanku. Bandar yang semakin berkembang maju ini menempatkan 4 buah pusat pengajian tinggi awam iaitu Univ. Tun Hussein Onn, Politeknik Batu Pahat, Institut Perguruan dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Lanjutan (ADTEC) dan beberapa kolej swasta yang lain.

Oleh itu dengan adanya pusat-pusat pendidikan tinggi ini sudah tentu ramailah budak-budak U dan koleh seperti yang aku nyatakan tadi. Berhampiran Univ. Tun Hussein Onn sendiri sudah ada Mc D 24 jam beroperasi selain beberapa buah lagi yang lain seperti di The Summit dan juga berhampiran Carefour Batu Pahat. Juga dengan terwujudnya rangkaian restauran makanan pantas yang beroperasi 24 jam merupakan satu environment baru bagi penduduk di kawasan ini. Oleh sebab itulah Mc D masih boleh bertahan dan meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai antara gergasi restauran makanan pantas di Malaysia!

Tiba-tiba aku teringat akan satu peristiwa ini. Aku dan adik beradik yang lain ke restauran Mc D Batu Pahat dengan berkain pelikat dan berbaju t-shirt lusuh sahaja pada waktu puncak malam hari. Masuk ke premis, kami diperhatikan bagai orang asing sahaja, mungkin kerna berpakaian sebegitu. Kebetulan, kereta di parkir agak jauh dari premis berkenaan kerana tempat “hot spot” sebegini parkirnya senantiasa penuh 24 jam juga! Sambil diperhatikan, ada dari lirik mata-mata itu seolah-olah mencebik kedatangan kami…mungkin di dalam hati berbisik..

“Orang kampung mana la ni…mahu makan di tempat standard seperti ini”

Mungkin itulah apa yang dibicarakan di dalam hati mereka. Usai bayar di kaunter, aku membisikkan sesuatu di kuping telinga adik. Adik mengangguk tanda faham. Selang 5 minit kemudian BMW 5 series mengangkut adikku dan kami hilang di dalam pekat malam itu sambil meninggalkan “orang-orang BP” yang baru nak belajar makan malam dalam suasana yang “kewl” penuh kehairanan.

“Come on! tak kan mahu ke Mc D kena bermekap macam budak-budak K-Pop! Pakai kasut, berjeans dan berjaket kulit macam lu orang!

p/s – Jemu makan Mc D, aku pernah termuntah sejurus lepas menikmati 2 ketul ayam dan Double Cheeseburger! Bukan sebab kekenyangan, mungkin perut sudah muak mahu terima Mc D!

Oh, trimas kepada Uncle aku yang bagi pinjam kereta BMWnya! Keretaku tidaklah sebagak itu, cuma Onda ja..mungkin akan dipandang enteng! LoL~