Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DAH BERULANG KALI AKU KATA, AKU JEMU MAKAN DI Mc D!

Entah kenapa selera aku untuk makan di restauran makanan pantas Mc Donalds (baca; Mc D) kini semakin lama, semakin menurun. Seingat aku sudah hampir lebuh 4 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke Mc D. Sekiranya aku mahu ke sana untuk mencuba sesuatu yag baru pasti keinginan tersebut akan terbatal dan terbantut dengan sendirinya.  Mungkin sudah bosan dengan menu yang sama barangkali. Jemu juga bila acap kali ke rangkaian restauran tersebut, apa yang terhidang adalah benda yang sama dan tiada pembaharuan dari segi rasa.

Aku diperkenalkan kepada restauran ini sejak dari kecil lagi. Pada ketika itu, ibu dan bapa ku pernah beberapa kali membawa kami sekeluarga untuk menjamu selera di restauran tersebut yang terletak di Bukit Bintang, KL jika tak salah. Yaa..pada masa terebut, apa lagi yang boleh difikirkan oleh seorang kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun apabila diajak untuk makan-makan di sebuah restauran makanan pantas pada tahun 1990-an? Hanya kegembiraan yang tergambar di benak minda kerana dapat menjamu kentang jejari dan berger yang enak setelah penat berjalan di sekitar bandaraya KL. Oh ya! Trend rangkaian restauran makanan pantas pada ketika itu adalah sesuatu yang baru bagi penduduk Malaysia dan jika kamu mahu tahum restauran Mc D yang aku nyatakan di atas tadi merupakan restauran Mc D yang pertama di buka di Malaysia

Kegembiraan menjamu selera di Mc D berterusan hinggalah ke alam remaja, masuk ke Universiti dan alam pekerjaan, tetapi mula merosot berdikit-dikit apabila Israel melanggar Palestin pada beberapa tahun yang lalu (baca; 2005-2006).  Ada juga dalam beberapa ketika aku tidak menyentuh langsung Mc D hingga melebihi 9 bulan lamanya akibat daripada menyahut seruan untuk memboikot produk keluaran Israel yang menyumbang dana kegiatan negara haram zionis itu untuk terus-terusan melakukan kerosakan di bumi Palestin. Tapi akhirnya ku tewas dan kecundang juga pada set Prosperity Burger yang menghidangkan air Mountain Dew dan Curly Fries berempah yang enak itu!

Kenapa set hidangan Prosperity ini berjaya menjatuhkan aku? Selain dari burgernya yang enak sambil dilimpahi dengan sos lada hitam yang panas dan menyengat ianya disajikan juga dengan kentang-kerinting-keriwil yang ada umph! Juga produk ini hanya dikeluarkan mengikut musim yang tertentu sahaja. Mungkin elemen-elemen suprise ini menjadikan hidangan ini istimewa bagi aku. Bagaimana pula dengan produk yang lain? Emm…mual dan muak! Lihat sahaja pada product line Mc D. Walaupun berbeza dari segi rupa dan bentuk produk-produk tersebut, tapi rasanya hampir sama sahaja!

Double Cheeseburger, Quarter Pounder with Cheese, Big Mac, Big n Tasty, Cheeseburger, Beefburger.

Persamaannya, burger daging, cheese dan salad sebagai ramuan utama jadi, sudah tentulah rasanya sama bukan? Atas sebab inilah hidangan ini membosankan. Tiada fun. Perbezaan cuma dari segi rupa dan namaya sahaja. Bak kata orang, mekap sahaja yang lain-lain! Ok, bukan aku mahu bicara apa, cuma kepelbagaian di dalam sesuatu produk itu penting bagi memberikan satu kelainan atau nikmat rasa yang sungguh mengujakan. Tak kan mahu berada di takuk yang sama sahaja!

Bagi orang-orang yang sudah jemu, tepu dan lali kepada rasa hidangan Mc D macam aku mungkin bukan lagi menjadi target group kepada pihak marketeers Mc D. Mungkin juga market segementation Mc D kini lebih memfokus kepada golongan-golongan muda, budak U yang konon-konon rajin buat assingment kat Mc D, budak-budak kolej yang poyo buat stadi group di sekitar ruang legar luar Mc D 24 jam padahal sebuk berfesbuk dan berchatting, juga membina restauran berstatus 24 jam di kawasan-kawasan bandar yang sedang naik sebagai contoh Batu Pahat, Johor.

Ok, kenapa aku sebut ianya dibina di kawasan-kawasan bandar yang sedang naik? Ambil contoh Batu Pahat, kampung halamanku. Bandar yang semakin berkembang maju ini menempatkan 4 buah pusat pengajian tinggi awam iaitu Univ. Tun Hussein Onn, Politeknik Batu Pahat, Institut Perguruan dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Lanjutan (ADTEC) dan beberapa kolej swasta yang lain.

Oleh itu dengan adanya pusat-pusat pendidikan tinggi ini sudah tentu ramailah budak-budak U dan koleh seperti yang aku nyatakan tadi. Berhampiran Univ. Tun Hussein Onn sendiri sudah ada Mc D 24 jam beroperasi selain beberapa buah lagi yang lain seperti di The Summit dan juga berhampiran Carefour Batu Pahat. Juga dengan terwujudnya rangkaian restauran makanan pantas yang beroperasi 24 jam merupakan satu environment baru bagi penduduk di kawasan ini. Oleh sebab itulah Mc D masih boleh bertahan dan meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai antara gergasi restauran makanan pantas di Malaysia!

Tiba-tiba aku teringat akan satu peristiwa ini. Aku dan adik beradik yang lain ke restauran Mc D Batu Pahat dengan berkain pelikat dan berbaju t-shirt lusuh sahaja pada waktu puncak malam hari. Masuk ke premis, kami diperhatikan bagai orang asing sahaja, mungkin kerna berpakaian sebegitu. Kebetulan, kereta di parkir agak jauh dari premis berkenaan kerana tempat “hot spot” sebegini parkirnya senantiasa penuh 24 jam juga! Sambil diperhatikan, ada dari lirik mata-mata itu seolah-olah mencebik kedatangan kami…mungkin di dalam hati berbisik..

“Orang kampung mana la ni…mahu makan di tempat standard seperti ini”

Mungkin itulah apa yang dibicarakan di dalam hati mereka. Usai bayar di kaunter, aku membisikkan sesuatu di kuping telinga adik. Adik mengangguk tanda faham. Selang 5 minit kemudian BMW 5 series mengangkut adikku dan kami hilang di dalam pekat malam itu sambil meninggalkan “orang-orang BP” yang baru nak belajar makan malam dalam suasana yang “kewl” penuh kehairanan.

“Come on! tak kan mahu ke Mc D kena bermekap macam budak-budak K-Pop! Pakai kasut, berjeans dan berjaket kulit macam lu orang!

p/s – Jemu makan Mc D, aku pernah termuntah sejurus lepas menikmati 2 ketul ayam dan Double Cheeseburger! Bukan sebab kekenyangan, mungkin perut sudah muak mahu terima Mc D!

Oh, trimas kepada Uncle aku yang bagi pinjam kereta BMWnya! Keretaku tidaklah sebagak itu, cuma Onda ja..mungkin akan dipandang enteng! LoL~

4 responses

  1. Tapi kan..
    Sekarang kan…
    Prosperity Burger dah keluar..
    So makan McD la nampaknya..

    keh keh keh…

    Disember 5, 2011 at 5:02 am

    • faerrin

      Aku sedang berkira-kira ni Nai…hahahaha

      Disember 5, 2011 at 5:57 am

  2. Hahaha..
    Mari2 makan Prosperity Burger!!!!

    Disember 5, 2011 at 7:46 am

    • faerrin

      dah kata, jangan kao coba meracuni aku! cis…

      Disember 5, 2011 at 8:39 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s