Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LIPAS OH LIPAS…

Lipas. Apa yang kamu semua tahu pasal lipas? Serangga kotor, busuk dan menjengkelkan. Keluar secara tiba-tiba dan merayap di kaki ketika menikmati shower di bilik air. Menjerit sekuat hati. Geram, panas dan benci. Capai sebotol aerosol, sembur dan ketawa kuat-kuat tatkala lipas mati terbujur kaku di tepi pintu bilik air.

Itulah riwayat hidup sang lipas yang tidak bernasib baik. Dibenci, dihina dan dicaci. Aku jamin, setiap dari kamu akan rasa begitu, tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira kamu ini lurus atau bengkok pasti punya perasaan begitu. Benci kepada lipas.

Lipas. Merupakan antara haiwan/serangga yang paling tua di dunia. Sudah hidup melebihi dari 350 juta tahun dulu dan berjaya mengekalkan kelangsungan hidupnya dari generasi ke generasi. Ini telah menarik seorang Profesor di China untuk mengkaji serangga ini, malah dikatakan serangga ini boleh hidup dan adapt walau dimana sahaja di dunia ini waima sejuk, panas, hujan dan sebagainya. Secara berterusan saintis telah menunjukkan minat untuk mengkaji serangga ini, mungkin di masa-masa akan datang boleh mendatangkan kebaikkan dengan penemuan-penemuan baru dalam bidang anti-kanser, anti-penuaan dan lain-lain.

Kisah lipas juga mengingatkan aku kepada seorang rakan sekolah rendahku dulu. Boleh aku perkenalkan di sini nama beliau sebagai Din (baca; bukan nama sebenar). Din seorang budak yang pintar dan cergas walau badannya agak sedikit besar. Beliau juga mempunyai watak sebagai seorang yang kelakar dan memiliki funny bone di dalam diri beliau dan kadang-kadang kekelakaran yang dilakukan oleh beliau boleh membawa kepada gelak tawa yang berpanjangan dan kadang-kadang boleh di carry foward ke esok harinya!

Hendak dijadikan cerita. Mata pelajaran Sains darjah 5. Topik Kemandrian Spesis Hidupan. Cikgu menerangkan kepada kami semua tentang haiwan yang hidup lama dan bagaimana caranya haiwan menyesuaikan diri kepada alam semulajadi dan mengekalkan kelangsungan hidupnya. Tiba-tiba si Din bangun untuk menjawab pertanyaan cikgu…..

“Macam lipas kan cikgu…dia dah hidup lama….dah berjuta-juta tahun”

“Bagus Din….ok, lipas biasanya hidup di mana…”

“Di kawasan-kawasan lembap dan gelap cikgu”

“Bagus Din, baiklah murid-murid…esok cikgu nak kamu semua cuba bawa sampel haiwan/serangga berkaitan topik ini ya!

“Baik cikgu…..!” Kami semua menjawab.

– – – – – – PPPPPffftttttttttttttt – – – – – – –

Esok menjelma, maka riuh rendah dan pikuklah kelas kami pada hari itu dengan pelbagai seranggan dan haiwan. Mahu tunjuk pada cikgu! Aku bawa siput babi sahaja. Dua ekor. Saling tak tumpah macam siput babi si Sponge Bob Seluar Petak! Cuma siput babi Sponge Bob mengeluarkan bunyi aneh…

“Meoooowwwwwwwwwww!!!”

Parah! Aku tepuk dahi dan berkata di dalam hati…”Krisis identiti siput babi ni!”

Berbalik kepada si Din. Kelas Sains dan bermula dan masing-masing sudah pun membentangkan serangga dan haiwan masing-masing di depan kelas. Aku juga sudah. Kini tiba giliran Din. Din bangun dan maju ke depan, di tangan kanannya terpegang bekas plastik hitam yang bertutup lutsinar. Kami dari tadi tidak tahu apa yang dibawa oleh Din kerana beliau mahu merahsiakan kepada kami semua dan hanya akan membongkarkan perkara itu apabila tiba masanya.

Tiba di depan kelas Din bersuara dengan yakin….

“Kawan-kawan, Lipas merupakan bla…bla…bla…hidup lama…bla…bla… ada 35000 spesis lipas di dunia bla…bla..bla…Lipas Amerika, Lipas Tanah bla..bla..bla..Ada besar ada kecik…bla..bla..bla..”

Cikgu mencelah..

“Din tunjukkan serangga kamu…”

“Ini dia Cikgu!”

Sambil membuka bekas plastik hitam berpenutup lutsinar, yang keluar dari bekas itu…

LIPAN! bukan LIPAS!

Satu kelas terkejut beruk dan menjerit bagai nak gila bila Lipan Bara bersaiz sederhana besar berwarna kemerah-merahan keluar dari bekas itu. Esoknya Din diberi tusyen khusus yang lebih tentang serangga!

p/s – Hahaha…Konfiden lebih. Din, din…kat mana la kao skang ni! Adik-adik, lipas dan lipan adalah entiti yang berbeza. Ngerti?

Advertisements

One response

  1. cool story bro

    Disember 21, 2011 at 12:21 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s